Anda di halaman 1dari 7

DADAH DURJANA

Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan

Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia

Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..

Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian..

Nurkilan bersama..Md. Rz & Adik-Beradik..07.








SAJAK DADAH


tik..tik..tik
waktu terus berdetik
ragam manusia satu
demi satu tercipta

kulihat
dua manusia
berkongsi pentas yang sama
tapi
lakonan watak berbeza

satu
jalannya gah rapi sekali
berk0t hitam mendabik dada
aduh (bangga)
persis telah
diukir diwajahnya
'aku lepasan pusat pengajian tinggi'
'aku manusia berkerjaya'

tapi yang di sana pula
aduh (sedih)
mengapa langkah kau susun
longlai tak bermaya
tubuhmu mengapa
dibaluti kain perca
aduh (marah) jijik aku melihatnya
noda-noda merah wajahmu
meyakinkanku
kau penagih dadah
bangkai bernyawa tak berguna
kau bukan lepasan
pusat pengajian tinggi
tapi lepasan pusat serenti



terkesima aku seketika
air mata yang
mengalir lesu di wajahnya
menyedarkan aku kembali
siapalah aku ini
untuk menilai manusia?
sekadar dari zahirnya?


aduh... (sedih)
pasti kau bergelumang derita
menjadi mangsa hiv
menelan peritnya rasa
cerca-cerca manusia
sendiri tanpa kasih keluarga
mimpi indahmu untuk
menggapai cita di jiwa
hanyalah mimpi selamanya

semuanya angkara kau
dadah durjana tak berguna
perosak bangsa perosak negara!

duhai rakanku sekalian
ayuh kalian buka mata
seluas lautan dunia
mahukah kalian merintih
aduh (sesal)
atau tersenyum aduh (gembira)
sepnjang masa kehidupan
yang kita ada
diri sendiri penentu segalanya
salam satu dunia
bahagia tanpa dadah!

Sender's name : Liyana
Sender's Email : bella_starmix[at]yahoo[dot]com
Diterbitkan pada: 29 Januari 2010

SAJAK : KITA ISYTIHARKAN PERANG


Terdetik di hati ini
Untuk menyusun bicara
Mengatur kata
Pada menyatakan
Rasa jelik dan jijik
Najis dadah
Ganja, pil estacy membawa padah

Mengapa kita harus dilalaikan
Pada najis dadah musuh durjana
Perkasa Kita Perangi Ia
Seluruh Jiwa Raga

Ayuh kita perkasakan Menara Bangsa
Hiasi ia dengan indah sejuta warna
Sirami ia dengan wangi sejuta bunga
Perangi ia dengan simbahan sejuta cahaya
Dan kita wajib menghargai diri
Yang masih muda
Usah terumpun oleh rona curang gejala
Usah tergoda oleh racun asing budaya

Bangkitlah dari khayal yang melalaikan
Pada najis dadah musuh durjana
Oleh bayang neraka jahanam
Menggamit nafsu hina

Oleh Amirul Aziz Abd. Aziz





Dadah Musuh Negara


Dadah,
Kau datang mengaku kawan
Konon membantu meringan beban
Tetapi, wahai teman
Kau sebenarnya musuh
Musuh nombor 1 negara


kau buat mereka alpa
kau buat anak bangsa rebah
kau musuh negara !
Tatkala negara membangun
kau meratah belia negara
punah, musnah, lemah
kerana kau... dadah durjana


Ectacy, Heroin , Ganja
Pelbagai nama dan rupa
namun aku bersumpah
kau akan musnah


Teman,
Marilah kita bangkit bersama
Perangi Dadah Musuh Negara


Nukilan,

INTAN NUR ATHIRAH DAUD @ MAZINUYA







Malam Malam


Semalam,
Kulihat dia di lorong tenat,
Bersama sahabat seneraka yang hebat.
Sedekad malam lalu,
Mampir langkahku,
Mencuba dia sang ratu,
Tanpa kusedari menjadi anak 1 Hantu,
Akulah kutu itu,
Kutu yang berhati batu,
Kutu yang menjadi parasit anak watanku.
Tidakkah kalian tahu,
Ini zaman karma yang lapar kepada nafsu,
Yang dahaga akan kematian insan,
Aku dan dia persis satu nyawa,
Bermalam-malam ganjaku tersisip hina,
Bermalam-malam syabuku terselit dina,
Bermalam-malam heroinku tersemat fana.

Malam 31 Ogos itu,
Tatkala cahaya mulai menerangi kegelapan,
Aku tercari-cari jawapan,
Aku begini entah untuk apa dan demi siapa,
Tatkala juga fikrahmu menyiat kalbu,
Aku berfikir,
Adakah aku betah berundur semula,
Aku sedar,
Aku mayat hidup di bumi Malaysia,
Disumpah masyarakat Asia hingga Andalusia,
Disisih Tuhan Maha Esa,
Membuatkan ibadatku sia-sia.

Kerana dadah malamku nanah berdarah,
Dan kerana dia dadah aku jadi padah,
Dan dia aku ranap parah,
Semuanya sudah tidak terarah,
Yang dibawah dipersalah,
Hilang maruah,
Cukuplah,
Aku bukan lagi penyembah,
Tunduk segalanya tanpa sanggah.

Malam semalam,
Aku kebingungan sendirian,
Lalu sejadah usang kuhamparkan,
Nawaituku ingin kembali,
Dambakan kasih sejati,
Tuhan Rabbul Izzati.
Ingatlah duhai warid jatiku,
Moga hidupmu yang berliku,
Terus cemerlang, gemilang, terbilang,
Tanpa dadah, musuh penghalang,
Sekali lagi diriku seru,
Ayuhlah kita hapus seteru,
Kita ke gerbang globalisasi,
1 Malaysia menjana transformasi,
Masyarakat kan penuh dedikasi,
Tanpa dadah, iman sentiasa dihiasi.

Anda mungkin juga menyukai