Anda di halaman 1dari 12

ANTI DADAH Indahnya Malaysia, Negaraku yang merdeka Negaraku yang aman, Negaraku yang makmur, Negaraku yang

maju. Tapi, Negara ini akan lebih merdeka Jika tiada penagih dadah, Musuh yang lesu, Menyerang dalam senyap, Yang bisa memusnahkan pengisian wawasan, Kemerdekaan yang telah lama dirasakan. Negara ini akan lebih aman Jika lenyap dadah dari pengedaran, Ketua perancang segala kemusnahan, Kepala bala kehancuran, Yang meruyupkan keamanan, Negara akan lebih makmur, Jika hilang penyeludupan, Punca keretakkan perpaduan, Ibu yang meruntuhkan akal dan pertimbangan, Punca berkuburnya kemakmuran, Negara ini akan lebih maju, Jika tiada estacy, kokain, shabu, Morfin, heroin, Lenyapnya penagih, Hilangnya pengedaran, Hapusnya penyeludupan, Oleh itu, Bangkitlah semua warga, Indahkan lagi kemerdekaan ini, Penuhkan erti keamanan ini, Cukupkan kemanisan kemakmuran ini, Sempurnakan isi kemajuan ini, Demi negara yang bernama Malaysia.

DADAH MUSUH NEGARA Dadah, Kau datang mengaku kawan Konon membantu meringan beban Tetapi, Wahai teman Kau sebenarnya musuh Musuh nombor 1 negara kau buat mereka alpa kau buat anak bangsa rebah kau musuh negara ! Tatkala negara membangun kau meratah belia Negara punah, musnah, lemah kerana kau... dadah durjana Ectacy, Heroin , Ganja Pelbagai nama dan rupa namun aku bersumpah kau akan musnah Teman, Marilah kita bangkit bersama Perangi Dadah Musuh Negara

DADAH DURJANA PEMUSNAH BANGSA Janganlah leka pemudi pemuda, Harus waspada setiap masa, Bagi membina wawasan bangsa, Berbagai rupa serta bentuknya, Heroin, candu, syabu dan sebagainya, Walau apa jua panggilan namanya, Tetap membawa bahaya petaka, Jangan kita mudah percaya, Ketagihkannya membawa sengsara, Dadah yang hina jangan dicuba, Kelak hidup akan merana, Melentur biarlah waktu rebungnya, Menanam bibit citarasa, Menghayati seni sosial budaya, Setiap ribut sosial dalam keluarga, Perlu ditangani dengan bijaksana, Ketagihan dadah bisa merosakkan, Kesejahteraan kita sekeluarga, Masyarakat dan bangsa negara, Marilah bersama perangi dadah, Membantu Negara capai sasaran, Kita bangkit dengan kejayaan, Wawasan Negara kita buktikan, Malaysia berjaya dengan kecemerlangan.

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH tik..tik..tik waktu terus berdetik ragam manusia satu demi satu tercipta kulihat dua manusia berkongsi pentas yang sama tapi lakonan watak berbeza satu jalannya gah rapi sekali berkot hitam mendabik dada aduh (bangga) persis telah diukir diwajahnya 'aku lepasan pusat pengajian tinggi' 'aku manusia berkerjaya' tapi yang di sana pula aduh (sedih) mengapa langkah kau susun longlai tak bermaya tubuhmu mengapa dibaluti kain perca aduh (marah) jijik aku melihatnya noda-noda merah wajahmu meyakinkanku kau penagih dadah bangkai bernyawa tak berguna kau bukan lepasan pusat pengajian tinggi tapi lepasan pusat serenti terkesima aku seketika air mata yang mengalir lesu di wajahnya menyedarkan aku kembali siapalah aku ini untuk menilai manusia? sekadar dari zahirnya? aduh... (sedih) pasti kau bergelumang derita menjadi mangsa HIV menelan peritnya rasa cerca-cerca manusia sendiri tanpa kasih keluarga mimpi indahmu untuk

menggapai cita di jiwa hanyalah mimpi selamanya semuanya angkara kau dadah durjana tak berguna perosak bangsa perosak negara! duhai rakanku sekalian ayuh kalian buka mata seluas lautan dunia mahukah kalian merintih atau tersenyum gembira sepanjang masa kehidupan yang kita ada diri sendiri penentu segalanya salam satu dunia 1 Malaysia Membanteras Dadah!

KITA ISYTIHARKAN PERANG Terdetik di hati ini Untuk menyusun bicara Mengatur kata Pada menyatakan Rasa jelik dan jijik Najis dadah Ganja, pil estacy membawa padah Mengapa kita harus dilalaikan Pada najis dadah musuh durjana Perkasa Kita Perangi Ia Seluruh Jiwa Raga Ayuh kita perkasakan Menara Bangsa Hiasi ia dengan indah sejuta warna Sirami ia dengan wangi sejuta bunga Perangi ia dengan simbahan sejuta cahaya Dan kita wajib menghargai diri Yang masih muda Usah terumpun oleh rona curang gejala Usah tergoda oleh racun asing budaya Bangkitlah dari khayal yang melalaikan Pada najis dadah musuh durjana Oleh bayang neraka jahanam Menggamit nafsu hina

YANG JATUH DAN REBAH ITU ADALAH ANAK WATAN MU Di setiap detik perjalanan hidupnya tersekat pada rongga nafsu malam baginya suatu mimpi siang baginya suatu penyeksaan merah matanya lesu tubuhnya bagaikan dimamah kepayahan bergetar tangannya menggapai mencari ketenangan yang menghancurkan. Wahai anak-anak watan! Mengapa dibiarkan senyum iblis di setiap langkahmu kemenangannya mengocak ruang fikirmu Mengapa laluan itu yang menjadi pilihan? Mengapa ketenangan itu yang menjadi santapan? Katakan DADAH itu bukan penawar DADAH itu bukan pemberi ketenangan DADAH itu bukan santapan keimanan Ia adalah racun yang tersembunyi Ia adalah duri yang menusuk pedih. Wahai anak-anak watan! Bantu dan bimbinglah mereka Meski tidak terdaya mengawal diri dengan tubuh yang lesu dan tangan yang bergetar sambut dan genggamlah jari-jari itu tadahkan doa memohon restu keampunan agar langkah yang sumbang, masih bisa dihayunkan sederap penuh sedar. Jangan dibiarkan bunga-bunga bangsa itu layu dan gugur dari jambangan yang segar dan bumi yang subur kerana yang jatuh dan rebah itu adalah anak-anak watanmu yang masih punya harapan utk hidup beribu tahun bercitakan kebahagiaan dan kecemerlangan wawasan.

MALAM MALAM Semalam, Kulihat dia di lorong tenat, Bersama sahabat seneraka yang hebat. Sedekad malam lalu, Mampir langkahku, Mencuba dia sang ratu, Tanpa kusedari menjadi anak 1 Hantu, Akulah kutu itu, Kutu yang berhati batu, Kutu yang menjadi parasit anak watanku. Tidakkah kalian tahu, Ini zaman karma yang lapar kepada nafsu, Yang dahaga akan kematian insan, Aku dan dia persis satu nyawa, Bermalam-malam ganjaku tersisip hina, Bermalam-malam syabuku terselit dina, Bermalam-malam heroinku tersemat fana. Malam 31 Ogos itu, Tatkala cahaya mulai menerangi kegelapan, Aku tercari-cari jawapan, Aku begini entah untuk apa dan demi siapa, Tatkala juga fikrahmu menyiat kalbu, Aku berfikir, Adakah aku betah berundur semula, Aku sedar, Aku mayat hidup di bumi Malaysia, Disumpah masyarakat Asia hingga Andalusia, Disisih Tuhan Maha Esa, Membuatkan ibadatku sia-sia. Kerana dadah malamku nanah berdarah, Dan kerana dia dadah aku jadi padah, Dan dia aku ranap parah, Semuanya sudah tidak terarah, Yang dibawah dipersalah, Hilang maruah, Cukuplah, Aku bukan lagi penyembah, Tunduk segalanya tanpa sanggah. Malam semalam, Aku kebingungan sendirian, Lalu sejadah usang kuhamparkan, Nawaituku ingin kembali, Dambakan kasih sejati, Tuhan Rabbul Izzati. Ingatlah duhai warid jatiku, Moga hidupmu yang berliku, Terus cemerlang, gemilang, terbilang,

Tanpa dadah, musuh penghalang, Sekali lagi diriku seru, Ayuhlah kita hapus seteru, Kita ke gerbang globalisasi, 1 Malaysia menjana transformasi, Masyarakat kan penuh dedikasi, Tanpa dadah, iman sentiasa dihiasi.

DADAH DURJANA Dadah Tika dulu kau bagai penawar Mengukir sejarah di bidang perubatan Penyelamat nyawa tika kesakitan Namun kini Martabatmu begitu hina Hadirmu bak najis semata Kau hanyalah pemusnah Generasi dunia Dadah Kau umpama racun yang mengalir Dalam pembuluh darah Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang Perit..Pedih.. Dadah Kau durjana Hadirmu membawa derita Khayalan sementara cumaImaginasi dusta di bumi nyata Membawa kesedihan Mengundang derita sengsara Dan mengusung Kematian.. Wahai Bangsaku Ketika mentari senja berlabuh, Merah jingga di ufuk barat, Seorang anak muda, Terdampar lesu di balik tirai batu Gelap gelita Tanpa sinar cahaya Bangsaku, Bangunlah dari lenamu, Lontarkan semua mimpi-mimpi palsumu, Jangan biarkan dadah durjana, Memimpin hidupmu. Bangsaku, Marilah bersama-samaku, Membangun sebuah Negara, Tanpa,Dadah durjana.

MISI GENERASI Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?, Dan lembah bernanah ini dituruni?, Sedang denai hayat di hadapan, Sayup Memandang, Sedang sinar iman di belakang, Setia Menyuluh Jalan, Denai diterokai, Dari kasih sayang ayah bonda, Sinar yang terpercik, Dari jiwa dan harapan bangsa, Dan Tuhan tidak pernah berkata, Bahawa nafsu lebih mulia, Daripada akal manusia, Sekali diredahi lorong berjelaga, Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda, Sekali dituruni lembah bernanah, Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa, Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan, Iman ditusuk jarum dari mata syaitan, Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan, Seluruh hayat terapung, Di sungai zaman, Ini seteru zaman baru harus ditentang, Dengan semangat padu, Tak kira apa nama kamu, Mereka, dia dan aku, Kerana anak-anak kita, Diintip setiap waktu, Sekali leka, Seribu kali menyesal, Tidak mudah berlaku, Mari kita gempur lorong berjelaga, Agar ruyup luka di wajah berhemah, Mari kita lafaz ikrar, Menjadi sumpah berakar, Mari kita genggam, Tekad membangun generasi berdaulat, Ini misi generasi masa kini, Tidak ingin menjadi cermin yang retak, Di kamar nusa, Tidak ingin menjadi album kosong, Di lantai sejarah, Gempur!!..., Gempur lorong berjelaga, Gempur!!..., Gempur lembah bernanah....

PINCANGNYA SEBUAH MARUAH Lorong gelap kian bercahaya Dek sinar berbalam lilin-lilin hina Menyokong hidup bangkai bernyawa Longlai meredah malam gelita Menyusuri ruang-ruang hitam Bagaikan syurga mereka Di suatu sudut dunia Debu itu pilihan mereka Ringgit dikorban bukan halangan Mereka tega demi kepuasan Segala dilakukan penuhi keinginan Rapuhnya Apakah hilang warasnya fikiran? Hingga nyawa terus diperjudikan Manakah perginya walau secubit keinsafan ? Apakah mati ditelan zaman? Manakah hilangnya slogan takkan melayu hilang di dunia Ayuh... sedarlah bangsaku Segera bangkit dari mimpi duniamu Ayuh.. kita cantas, kita tepis, kita lempar segala kegelapan yang menyulubungi diri Kita kembali ke landasan Illahi Rabbul Izzati Agar pentas dunia ini menjadi saksi Bahawa kita mampu mencorak sebuah masyarakat madani

Anda mungkin juga menyukai