Artis: Raihan
renungkanlah insan...
Sajak Palestin
Palestin
Tanah mu bergolak lagi
Dengan pekatan warna merah
Terpecik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah perluru berhantu
Dari puak kejam… Zionis durjana
Palestin
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah
Tidak pernah aman dari perluru hidup
Menembusi remaja dan kanak kanak
Tanpa belas kasihan
Dari air mata mereka yang tidak berdosa
Wajah ibu yang suram
Ayah nan derita
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih
Dan darah membasahinya
Kedengaran teriakan dan percikan perluru bersama
Dentuman dan ceraian bunyi Bom di mana jua
Menggegarkan suasana bahagia
Menjadi duka Nestapa
Palestin
Mereka hanya melihat negara mu
Dari corong berita palsu CNN
Menutup segala aib zionis durjana
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa
Tidak kira siapa.
Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa
Meraung karana terasa sakit pabila
Kudung tangan dan kakinya
Meratap hiba…… dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah
Doa buat mu
Palestin
Tiada apa yang dapat ku lakukan
Hanyalah doa sebagai senjata
Semoga Allah Makbulkan
Jahanamkan Zionis Durjana
Menitis air mataku menadah tangan pada Mu
p/s : Sajak ini dikarang oleh Sdr Mohd Adha Mohd Zain.
KELAWAR BERTUKAR
Abizai
Miri, Sarawak.
Januari 2009.
Tuhan
putus salur darahmu berkorban demi Tuhan
kami juga sedang berperang
dengan nafsu yang lebih besar dari jihadmu,
Palestin.
terkuat kita
hantarkan kembali doa buat kita berjaya sama
bersama maaf dari Palestin.
Zaki Johari.
Ube, Jepun.
Mari kutunjukkan
potret-potret manusia terjajah
membelah derita.
Mengapa dipersoal
apa yang ada padanya
mohon doa gempa
dan hujan mengganti mortar.
Menghapus kezaliman
pada ranjang kehidupan umat.
DANAU HIDUP
Baha Wahab
Kuala Terengganu
Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas.
Guru
membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila
sudah dewasa. Dia mengajar ‘anaknya’ bagaimana cara menyebut, menulis,
membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan
dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid
sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.
Lihatlah,
yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa
pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk
menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu
yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah
di kemudian hari.
Fahamkah
ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak
perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat
kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.
Malanglah
sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak
bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan
yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya –
adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding
kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab,
tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan
orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk
dibangku seorang guru.
Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.
Ya,
memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal
anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum
dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program
sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga
mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..
Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi
orang yang tahu Islam. Ada
guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi
motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas,
yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap
untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan –
disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan
anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana
yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami -
anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan.
“Anak aku pintar, bijak” Dan semuanya diakhiri dengan perkataan ‘AKU’
juga.
Sebagai
seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya
balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan.
Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan
mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang.
Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…
Begitulah…
sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar,
walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan
cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya..
sumber : http://jarumemas.blogspot.com
KENAPA?
i
Kenapa suara itu tiba-tiba tertutup
bicara akal pun lemas tergugup
gunjing demi gunjing dibiar meletup
menjadi galak dan terkukup.
Ah, hairan yang merobekkan kulub
terkedu nafas kembang dan kuncup.
ii
Kenapa akal itu tiba-tiba terkunci
seberkas ilmu yang terkurung sepi
leka demi leka bersilih ganti
menjadi biasa dan melali.
Ah, pelik yang sungguh merugi
terbakar hayat dalam diri.
iii
Kenapa sabar itu tiba-tiba terlepas
hamburan marah menggasak ganas
kemelut demi kemelut kian membebas
menjadi lecak yang berbekas.
Ah, bimbang yang terentang belas
tersayat sumpah yang tak terbalas.
iv
Kenapa damai itu tiba-tiba berkocak
sesama sendiri saling berpencak
hujah demi hujah melabakan tidak
yang jijik semakin mudah ditegak
leka bergasak dan bergolak
menguntungkan dagang yang berganjak.
Ah, jelik yang makin bertimbun dan berlambak
demi kepentingan diri yang sungguh jelak.
v
Kenapa harus sering berpaling
tidak seperti aur dan tebing
saling sejasad sedarah dan sedaging
yang keruh ditapis dan disuling
kelemahan tak selamanya dibiar meruncing
sebelum teroboh teguhkan pasak dan dinding
berkat dan manfaatnya memang tak terbanding.
Ah, sehela nafas tak rugi berganding
semulia hasrat bangsa terbimbing.
Sajak: "Pejuang..."
20 Mac 2004
Tok Janggut
__________________
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami, Al-Quran perlembagaan kami, jihad
jalan kami, mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...
Ketahuilah pejuang,
patah sayap bertongkat paruh.
Matinya seorang mujahid bukan penamat perjuangannya.
Tetapi permulaan kerehatannya.
22 Mac 2003
Tok Janggut
__________________
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami, Al-Quran perlembagaan kami, jihad
jalan kami, mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...
sesunguhnya..
diri ini hanya untukNya...
wujudnya insan untuk menegakkannya...!
mana perginya
laungan keinsanan kamu..?
mana perginya kesungguhan kamu..?
mana perginya keberanian kamu..?
mengapa.?
kamu masih disini..?
mengapa..?
kamu masih enak bersantai..?
mengapa ..?
kamu masih mampu untuk menonton..?
mengapa..?
kamu masih lagi menunggu..?
siapa ..?
yg kamu tunggu untuk mengerakkan kamu..?
siapa..?
yg kamu tunggu untuk menyedarkan kamu..?
siapa ..?
Sajak...
LAILATULQADAR
Lailatulqadar, berceritalah
26 malam 27 ini dikau ke bumi ini
lawatilah hati-hati yang pilu yang sendu
yang terendam aniaya yang dizalimi
ziarahilah hati-hati yang mendekati dunia suci
sapalah mereka yang mencari
puluhan tahun dirimu.
DAENG RAMLIAKIL
UM
19.09.2008
A HAMID HALIM
Bandar Baru Bangi
KACA AIDILFITRI
Kaca Aidilfitri
menyinar kembali
terpancar putih seri
menyapa wajah ayah bonda
percikannya terpantul di mata
mengilau nyaman auranya
membisik syahdu di telinga
semua andai taulan dan saudara mara.
Kaca Aidilfitri
membias redup cahaya lilin
lembut maya teguh terjalin
tak tergugat hembusan angin
antara yang kaya dan miskin
bak jari manis tersarung cincin
biarpun digugat seribu mungkin.
Kaca Aidilfitri
seharusnya tidak retak
tahun demi tahun berganjak
biar sinarnya tidak berselerak
tidak akan memisahkan jarak
sekalipun goda nafsu akan bertindak
membikin nafas kembali sesak.
Kaca Aidilfitri
apa yang diharapi
biarlah mengguriskan hati
kekasih-kekasih yang menanti
di gerbang Syawal hakiki.
MAZEMIE MAZ
Taman Selasih, Sikamat, Seremban.
SEPURNAMA INI
AS SYRAMY
18 2300H Sept.2008
KETUPAT TRADISI
HUZAIFAH ZULFAKAR
Ampangan
PIDANA SYAWAL
Di ruang ini
aku mencari seberkas kunci keampunan
yang bisa meliangkan tembok keangkuhan
berlapisan mengurung jasad pemburu keadilan
pada dosa yang selalu dilanggan.
Di ruang ini
Syawal yang mendakapku
adalah satu penjara pilu
yang tidak pernah membebaskanku
daripada maqfirah kehilafan dosa yang lalu.
ZULFAZLAN JUMRAH
PPJ, Bandar Tenggara.
SUATU KEMENANGAN
(1 Syawal)
Walau hilal tidak menjelma
rukyah sudi mengisi diri
lapar pagi
sahur dini
bungkam di serambi diri.
Sebuah kemenangan
terpateri sudah
semoga dosa tidak tersisa
tapi kita insan biasa.
RAZAK IDRIS
Morib, Banting
SAYU LEBARAN
MJ
Jalan Sibu-Bintulu
DARUS AHMAD
Taman Bunga Raya, Sungai Petani
PELABUHAN USIA
ISMAIL MAN
UPSI
HUJAN PAHALA II
ZAKI JOHARI.
13 Ramadhan 1429H,
Ube, Jepun.
JALAN
(Buat ketabahan yang diseru semangatnya)
RAHMAN D
UKM
MERPATI PUTIH
Merpati putih
merindui bulan
ketika hujan malam
membasahi sarangnya.
Merpati putih
mendengar suara
anak-anak gembira
mencuba baju raya.
Merpati putih
memejamkan mata:
cahaya bulan
menjadi tilam mimpinya.
KE PANGKUAN SAHABAT
MUSTAFFA SIRAT
SMKP SAAD, Batu Pahat
PELABUHAN USIA
ISMAIL MAN
UPSI
HUJAN PAHALA II
ZAKI JOHARI.
13 Ramadan 1429H,
Ube, Jepun.