Anda di halaman 1dari 5

Babak 1: TAPAK PERHIMPUNAN.

Pengumuman dari GPK koko: unit koku sk kg belukar akan mengadakan perkhemaHAN di taman pertanian indera mahkota padA 13.10. 2012. Penyertaan ini terbuka kepada murid tahun 5 dan 6. Murid-murid dikehendaki membayar 20 ringgit.sesiapa yang berminat sila berjumpa dengan guru penasihat setiap unit beruniform. Ustazah maria: ok murid-murid, minggu hadapan kita akan mengadakan perkhemahan. Siapa yang nak pergi? Ani,mira, siti : saya!, saya! Zara :ustazah, kalau saya nak nak ikut, boleh tak? (mengangkat tangan dan bertanya) Ustzah maria: ooootak nak ikut yer. Emmmm..tak boleh! Kita tak cukup orang ni. Semua mesti pergi berkhemah. Ani, mira, siti: yea, yea!! Pergi berkhemah. Zara : oh tidakkkk!!!!! Tak suka

Babak 2: TAPAK PERHIMPUNAN Pada petang yang indah itu, mereka pun sampai ke tapak perkhemahan dengan menaiki bas. Masing-masing kelihatan riang sambil membawa barang-barang keperluan menuju ke tempat untuk berkhemah. Selepas sedikit taklimat dari ketua komandan, mereka pun mula memasang khemah. Ani: Anak kambing di bawah rumah Mari kita dirikan khemah (memegang kain khemah, yang lain meletakkan beg mereka di tepi kawasan itu) Mira : kecil je khemah ni. Macam tak muat je untuk kita berempat. (melihatlihat keadaan khemah mereka)

Siti

: sepatutnya khemah ni muat untuk kita, tapi awak tu kenalah buang sedikit beg-beg awak yang banyak tu. (siti menunjukkan beg-beg mira yang berlonggok di tepi khemah mereka)

Mira : mana ada. Sikit jelah saya bawak. 1 beg sandang, 1 beg plastik kasut, 2 beg baju. Khemah ni yang kecil. (dia menunjukkan beg-beg yang dibawanya sambil tersenyum) Zara: sedikit ke kalau macam tu? kita berkhemah dua hari jelah, mira. Bukan sebulan. Hehehe. Aduh, peningnya kepala. Rasa macam nak muntah lagi. (celah zara yang sejak tadi terduduk lemah kerana asyik muntah di atas bas) Sit : ala, saya bukannya pernah berkhemah. Selalu mama bawa tidur di hotel je (jawabnya dengan bangga) Ani : zara, zara. (melihat zara dan menggeleng-gelengkan kepala) Anak kambing terjatuh di dalam kotak Naik bas sekejap, muntah pulak? Zara: nak buat macam mana, kalau naik bas je, mesti muntah. Dah lah tak suka pergi berkhemah ni. Huhu (jawabnya agak sedih) Mira: mula-mula je rasa tak seronok. Lepas ni mesti awak akan rasa best sangat sampai tak nak balik. Betul tak kawan-kawan? Ani, siti: betul,betul,betul. Mereka pun mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang di dalam perkhemahan tersebut. Banyak pengalaman baru dan suka duka yang mereka lalui sepanjang perkhemahan itu. dalam keseronokan berkhemah, mereka juga bersemangat menyertai aktiviti yang diadakan. Ada malam kebudayaan.

BABAK 4: MALAM KEBUDAYAAN Guru: sekarang dijemput kumpulan ke empat dari puteri islam untuk membuat persembahan yang bertajuk silat puteri batu belah batu bertangkup Ani :hiyyah! Hiyyah! Siti: haip, haip, wacca..(ala-ala ultraman) Penonton memberikan tepukan gemuruh atas persembahan yang sangat mengejutkan itu.. Ada pertandingan masakan rimba antara unit kokurikulum. Satu unit diwakili oleh 2 kumpulan.. BABAK 5: MASAKAN RIMBA (ani dan zara berada dalam satu kumpulan memasak cekodok goreng kfc) Ani: anak kambing memasak pengat Mengapa tepung cair la sangat? Alamak, tak jadilah cekodok ni Zara: betullah ni. Saya ikut resepi chef wan kembong minggu lepas (manakala mira dan siti berada dalam kumpulan memasak pisang salai ben 10) Mira: siti, pisang kita rentung la. Boleh makan ke tak ni? Siti: alamak, buat semula, buat semula. Seorang guru bertindak sebagai pengadil. BABAK 5: JUNGLE TRACKING Ada jungle tracking, merentas hutan menikmati ciptaan illahi yang maha indah. Subhanallah.

Dan ada juga cabaran dan ujian yang menimpa mereka. Dalam keseronokan bersulam kepenatan ketika meredah hutan, kaki siti terseliuh apabila tersadung pada akar pokok kayu yang berselirat. Dia tidak dapat meneruskan perjalanannya. Guru memberi rawatan kecemasan kepada siti. Namun atas semangat kental kawan-kawannya, mereka membantu siti untuk berjalan. Siti: aduh, kaki saya sakit. Mira: jangan risau siti, kami akan papah awak sampai keluar hutan zara : kami akan tolong awak siti.. biarlah kita lambat. Apa yang penting, kerjasama! Ani: anak kambing dalam (baru nak berpantun, tapi telah dihalang oleh zara) Zara: sudah! Tak sempat nak berpantun anak kambingnye..cepat tolong. (zara,mira memapah siti yang berjalan terjengket-jengket) BABAK 6: NAK BALIK DAH.. Pada petang itu, mereka bersiap-siap untuk pulang. Ani, siti dan mira kelihatan sedih untuk meninggalkan tapak perkhemahan. Banyak sangat perkara baru yang telah mereka pelajari dan alami disini. Ani: anak kucing jatuh dalam perigi terasa berat melangkah pergi (menangis: sob,sob,sob)

Zara: anak kambing termakan rotan banyak pengalaman menjadi ingatan Siti, zara, mira: kalau ada sumur diladang Boleh kita menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Insyaallah kita pergi lagi

Anda mungkin juga menyukai