Anda di halaman 1dari 3

DADAH MUSUH SEMUA Salam sejahtera kami hulurkan, Ungkapan salam ditaut kemas, Selamat menonton kami ucapkan,

Andai tercela diharapkan belas.

Ribut jauh kedengaran deras, Langit biru berubah mendung, Kisah kami sekadar ringkas, Adapun cuma untuk direnung. BABAK 1 DI sebuah perkampungan yang tidak berapa jauh, tinggal sepasang suami isteri yang baru berumahtangga. Adapun sang suami bernama Saharul Nizam dan pasangannya Siti Sakinah. Setelah beberapa bulan menantikan, akhirnya sang isteri pun berjaya mengandung. Saharul Nizam: Dinda, betapa besar hati kanda. Akhirnya kita akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Siti Sakinah: Ya kanda. Andai inilah ertinya bahagia, seribu kali lagi pun sanggup dinda mencuba. Suami isteri: Hahahah. BABAK 2 Selang beberapa bulan, lahirlah putera tunggal pasangan tersebut. Saharul Nizam dan Siti Sakinah sangat bersyukur dengan kurniaan cahaya mata yang telah diberikan. Mereka menamakan anak mereka Safuan. Membesar dengan penuh tumpuan dan kasih sayang daripada Saharul Nizam dan Siti Sakinah, Safuan merupakan anak yang taat, jujur, sopan santun, lemah lembut, berjiwa murni, berhemah tinggi, tinggi nilai sosial, tampan dan berjiwa patriotik. Safuan: Sayang ayah. Sayang ibu. Bertiga: Kami keluarga bahagia!

BABAK 3 Namun panas yang disangka ke petang, rupanya cuma sampai ke tengah hari. Safuan telah mula bergaul dengan rakan rakan yang tidak elok. Pengaruh buruk kawan kawan nya telah diikuti oleh Safuan. Lantas membuatkan Safuan mula berubah. Malahan ketika di zaman persekolahan lagi Safuan sudah berani menghisap rokok dan menghidu gam. Safuan terus hanyut dan hanyut Safuan: Hoi geng, aku ada barang baru. Baru dapat dari Sazali Gasket kat Kampung Enam Kedai sebelah sana. Kawan 1: Kampung Enam Kedai?? Safuan: Ye la. Kampung Enam Kedai. Sebelah Kampung Lima kedai. Sebelum Kampung Tujuh Kedai. Hahaha. Kawan 2: Ahh ada ada saja kau ni Safuan. Wah! mahal ni. Banyak duit kau Safuan? Safuan: Alah, apa nak dihairankan, aku kan anak tunggal. Lagipun mak bapak aku percaya aku ni baik. Eh, sudahlah. Kalau kau tak mahu, aku habiskan sorang. Hahaha Ramai ramai: hahahha marilah.. Saharul Nizam: Safuan?? Mata aku silapkah? Bukankah itu Safuan? BABAK 4 Hati ibu bapa mana yang tidak sedih melihatkan anak kesayangan berubah sekelip mata. Anak yang ditatang ibarat minyak mensia siakan kasih sayang ibu dan ayahnya. Sejak kejadian itu, Saharul Nizam dan Siti Sakinah mula bersangsi dengan setiap perbuatan Safuan. Wang saku Safuan juga telah dipotong menyebabkan Safuan resah. Ketagihannya yang tinggi menyebabkan Safuan mula memikirkan jalan yang gelap dan hitam.. Safuan: isshh Dah tak tahan ni Mana nak cari duit Ahh aku tak kira. Aku mesti dapatkan duit.. eh, apa itu? Mangsa! Ragut Safuan: Hahahaha kaya! Kaya!. Kalau macam ni, hari hari pun boleh minum bandung soda kat restoran! Hahaha. Eh, tidaaakk!!!!! Langgar, mati.

BABAK 5 Tok Adi: Haaaa Dah lama pakcik tunggu! Ingat anak anak. Berdosa kalau kita menghancurkan hati ibu dan ayah kita. Jauhilah najis dadah. Kerana dadah boleh ubah manusia yang baik jadi jahat. Jalan! Hikayat dicerita tamatlah sudah, Semoga menjadi pengajaran di hati, Janganlah kita menghampiri dadah. Perangilah ia sepenuh hati. DADAH MUSUH SEMUA! Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai