Anda di halaman 1dari 1

Hidup Berjiran

Hidup Berjiran

Keluarga Azizi tinggal di Taman Lestari, Puchong. Pada suatu hari, sebuah keluarga baharu berpindah ke rumah di sebelah rumah Azizi. Nama jiran baharunya Encik Chan. Aziz dan ayahnya ke rumah jiran untuk berkenalan dengan mereka. Setelah bersalaman, Azizi dan ayahnya menolong Encik Chan mengangkat barang-barang ke dalam rumah. Encik Chan berasal dari Mentakab, Pahang. Keluarga Encik Chan terdiri daripada enam orang. Anak lelakinya, Benjamin sebaya dengan Azizi. Azizi berkenalan dengan Benjamin. Azizi bercerita tentang sekolahnya. Benjamin juga akan bersekolah di sekolah itu. Setelah selesai mengangkat barang-barang, bapa Azizi mengangkat mengajak Encik Chan dan isteri ke rumahnya, ibu Azizi menyediakan jamuan ringan untuk mereka. Terima kasih, Encik Farid, Puan Maria, kata Encik Chan. Sama-sama. Saya gembira kerana mendapat jiran baharu, jawab Encik Farid sambil tersenyum. Selepas makan dan minum, Encik Chan dan isterinya meminta diri. Mereka ingin meneruskan kerja-kerja mengemas rumah mereka.

Anda mungkin juga menyukai