Anda di halaman 1dari 11

BABAK 1 : BILIK AIMAN

(Aiman masuk dan berjalan ke katil)

Nek sinah :(Masuk ke dalam bilik dan berdiri di depan pintu)


Aiman, mari makan nak. Nek dah siapkan ayam masak merah
kegemaran Aiman.

Aiman :Apa panggil aku anak-anak?! Aku bukan anak kaulah. Kau tu orang
gaji saja dalam rumah ni.

Nek Sinah :Aiman, nenek sedar siapa nenek. Tak apalah kalau macam tu. Tadi
Dato' telefon, dia kata dia tidak balik tengah hari ni. Datin pun sama.

Aiman :Hmm, tak balik lagi? Kenapa semua orang asyik sibuk je?
Dahlah, keluarlah dari sini. Kalau aku lapar nanti aku turunlah. Tak
perlu nak suruh aku buat semua benda tu. Aku tahulah ,aku dah
besar.

Nek Sinah :Hmm. Baiklah

Aiman :Hish, dia ingat aku budak kecil lagi ke? Rimasnya! Baik aku tidur.
( Dengus marah )
BABAK 2 : KORIDOR SEKOLAH

Nora :Aiman! Sini-sini tengok ni!. Ini senarai nama pelajar yang terpilih untuk
PLKN, nama kau ada kat sini.

Aiman :Hah! Kenapa nama aku ada? Aku tak nak lah.

Nora :Hish, kau nie tak ada semangat patriotik langsung. Tak naklah aku
kawan ngan kau.
( Nora pergi meninggalkan Aiman dalam keadaan tidak puas hati )

Aiman :Eh, Nora! Nora! Maaflah. Janganlah merajuk.


BABAK 3 : KANTIN SEKOLAH

( Aiman duduk di meja yang kosong setelah membeli makanan. Puventhi datang
lalu duduk berhadapan dengan Aiman. )

Puventhi : Aiman, kau dapat masuk kem mana?

Aiman : Kem? Kem Majidee. Ha ha ha…

Puventhi : Sejak bila pula kem tu bertukar kepada kem PLKN? Setahu aku
itu kem askar. Macam kem Pulada.

Aiman : Kau ni lurus bendullah. Aku gurau je. Janganlah kau percaya. Kau
dapat kem mana?

Puventhi : Kem De Bana, Jempol.

Aiman : Di mana tu? Tak pernah dengar pun.

Puventhi : Buta sejarah betul lah kau ni. Jempol tu dalam kawasan Negeri
Sembilan.

Aiman : Aku tak tahu lah. Aku selalu melancong ke luar negara.
Malaysia tiada apa-apa yang menarik pun. Semuanya sama.

Puventhi : Peribahasa ada menyebut "hujan emas di negeri orang, hujan batu
di negeri sendiri". Tahu tak maksudnya?

Aiman : Aku tahulah. Aku belajar bahasa melayu.

( Ah Tiau muncul menyelamatkan keadaan lalu duduk di sebelah Puventhi )

Ah Tiau : Kamu berdua dapat masuk kem mana? Saya di Kem Paya Indah
Wetland, Hulu Langat. Dapat juga saya melawat kawasan lain.

Puventhi : Saya akan ke kem De Bana Jempol, Negeri Sembilan.


Ah Tiau : Awak pula Aiman?

Puventhi : Dia dapat ke kem Majidee. (jeling aiman)

Ah Tiau : (Garu kepala) Hah? Sejak bila kem tu menjadi PLKN?

Aiman : Boleh tak kita tukar topik? Hunger Games ke? The Man Of Steel
ke? Tak habis-habis dengan PLKN, PLKN, PLKN!

( Syuhada datang menyertai mereka )

Syuhada : Aiman! Kita dapat kem yang sama.

Aiman : Di mana?

Syuhada : Kem Teluk Sari, Mersing.

Aiman : Mersing? Hmm

Puventhi : Eh Syuhada, kenapa kau tengok nama Aiman? Ko suka dia ye? (
Ejek)

Ah Tiau : Wuuu

Syuhada : Mana ada. Tolong lah. ( Dengus )

( Bunyi loceng berdering )


BABAK 4 : KORIDOR SEKOLAH

( Murid-murid berjalan untuk masuk ke kelas. Kemudian, mereka terserempak


dengan Cikgu Dahari )

Syuhada : Assalamualaikum cikgu!

Puventhi : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu Dahari : Waalaikumussalam, selamat sejahtera. Hah! Kamu semua dah


lihat senarai nama di papan kenyataan ke?

Nora : Awal-awal lagi kami dah tengok.

Cikgu Dahari : Tahniah la kepada yang terpilih. Beruntung siapa yang terpilih
ke kem ini.

Puventhi : Cikgu, PLKN tu apa?

Cikgu Dahari : PLKN itu ialah pusat latihan yang wajib khususnya untuk remaja
yang dah tamat sekolah. PLKN menjadikan kamu lebih
berdisiplin dan ia mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
PLKN juga tidak meniru sebarang model dari luar.

Aiman : Tapi cikgu, kenapa ada yang tidak terpilih?

Cikgu Dahari : Kerana pemilihan ini secara rawak. Contohnya, kalau kamu semua
ada masalah untuk melaporkan diri, kamu pasti akan dipenjarakan.
Masa depan kamu pun akan musnah.
Lebih-lebih lagi kalau kamu tidak mendapatkan peguambela

Aiman : Hah? Keselamatan tidak terjamin ke dalam kem tu?


Cikgu Dahari : Eh taklah. Cikgu dah banyak kali pergi kem tu. Elok je. Cuma
ada beberapa kes. Dalam rekod PLKN, tahun 2004 hingga
2007 ada tujuh kematian pelatih.

Semua : Mati?!

Nora : Mana cikgu tahu semua tu?

Cikgu Dahari : Dari PPSB.

Semua : PPSB? Apa tu?

Cikgu Dahari : Program Penghayatan Sastera Dan Budaya. Nanti di PLKN, Kamu
semua akan didedahkan tentang sastera dan kebudayaan.

Aiman : Cikgu, sekarang zaman dah maju. Perlu lagi ke sastera dan
kebudayaan tu? ( Muka berlagak )

Cikgu Dahari : Setiap individu mempunyai budaya sendiri. Berbalik kepada topik
tadi, kamu akan belajar puisi tradisional dan moden. Lepas tu, kamu
semua boleh persembahkan atas pentas selama 10 minit.

Nora : Wah seronoknya! Macam artis pula.

Cikgu Dahari : Jadilah artis yang berpendidikan. ( Lihat jam di pergelangan


tangan ). Ehh, cikgu dah lambat ni. Cikgu pergi dulu.

Aiman : Tak boleh jadi ni. Aku kena bincang dengan daddy. Aku tak nak
pergi PLKN
BABAK 5 : RUANG TAMU 1

(Setibanya Aiman di rumah, dia mendapati daddynya berada di sofa ruang tamu)

Khir Gazali : Eh Adik, awalnya balik hari ni? Selalunya senja baru tahu jalan balik.
Ni mesti ada apa-apa kan?

Aiman : Mana ada. Adik memang suka duduk rumah. Macam ni daddy, Adik
dapat pergi PLKN tapi Adik tak nak pergi. Boleh tak daddy tolong
dapatkan surat pengecualian? Tolonglah daddy.( Aiman merayu)

Khir Gazali : Baguslah tu. Kenapa pula? Banyak benda boleh dapat. Maaf, daddy
tak boleh tolong. Cubalah jadi matang. Adik dah besar. Jangan selalu
berharap pada daddy dan mummy sahaja.

Aiman : Hish, susahlah daddy ni. Semua kena ikut cakap daddy. Baik Adik
minta tolong mummy je. Mummy mesti tolong Adik. Mummy! Oh
Mummy.

Masnah : Ya, kenapa ni? Terjerit-jerit.


Aiman : Hehe. Jangan marah mummy. Daddy ni tak nak tolong . Adik tak nak
pergi PLKN tapi daddy paksa juga.

Khir Gazali : Tengoklah anak awak ni. Manja sangat. Cuba awak ajar dia berdikari.
Malu abang ada anak lelaki macam ni.

Masnah : Eh anak saya, anak awak juga. Abang tolong je lah dia. Sanggup ke
abang tengok dia terkena panas? Abang tak sayang anak ke?

Khir Gazali : Sayang, sebab sayanglah abang biarkan dia masuk PLKN. Awak nak
ke dia buat benda yang tidak berfaedah saja. Tiga bulan je. Bukan
tiga tahun. Abang baru nak rehat hari ni. Kalau tau jadi macam ni,
baik abang rehat kat kelab golf saja.

( Aiman pergi dengan muka yang masam )

Masnah : Abang, maaflah. Saya cuma nak abang tolong Aiman. Dia tidak
pernah pergi tempat macam tu.

Khir Gazali : Hm, tak apalah. Biarlah Aiman buat keputusan dia sendiri. Kita diam je
dulu.

Masnah : Hm, ok.


BABAK 6 : RUANG TAMU 2

Aiman : Eh, mana semua orang ni. Daddy! Mummy! Nenek!.

Khir Ghazali : Ya , kenapa ni?

Masnah : Ya dik?

Nek Sinah : Kenapa ni Aiman?

Aiman : Adik dah buat satu keputusan.

(throwback)

(Aiman menghempaskan begnya ke atas sofa lalu bermain telefon pintar)

Aiman : Eh, ni Syufia! Murid yang senyap dan pendiam kan. Macam mana dia
boleh terpilih sebagai wirawati terbaik Kem Gerak Khas. Hish, pelik-
pelik. Eh, ini kan Azlan. Dia kan kuat makan dan gemuk. Dia terpilih
sebagai pelatih terbaik PLKN siri pertama. Tak boleh jadi ni. Aku kena
buktikan pada daddy, mummy dan nenek yang aku boleh berjaya.

(habis throwback)

Khir Ghazali : Ya , kenapa ni?

Masnah : Ya dik?

Nek Sinah : Kenapa ni Aiman?

Aiman : Adik dah buat satu keputusan. Adik nak pergi PLKN.

Khir Ghazali : Betul ni Adik?

Masnah : Adik tak kisah peluh-peluh? Nanti kalau Adik penat macam mana?
Aiman : Ini kan anak Dato' Khir Ghazali dan Datin Masnah. Mestilah kuat.

Masnah : Kalau suatu hari nanti mummy terima panggilan telefon yang Adik lari
dari PLKN. Siap Adik!.

Aiman : Tak adanya mummy. Mummy jangan risau.


(Menghadap Nek Sinah ) Nenek…..

Nek Sinah : Ya Aiman.

Aiman : Aiman nak minta maaf kat nenek sebab tengking nenek hari tu.

Masnah : Aiman!!! Kenapa tengking Nek Sinah.

Aiman : Aiman tak sengaja.

Nek Sinah : Tak mengapalah Datin. Bukan salah Aiman pun. Nenek dah lama
maafkan Aiman.

Aiman : Nenek….Tolong doakan Aiman berjaya dunia Akhirat ye.

Nek Sinah : InsyaAllah

Aiman : Nenek Aiman dah lapar.

Nek Sinah : Eh. Lupa pula. Dato' Datin Aiman jom makan.

Khir Gazali : Adik, daddy berharap sahsiah Adik akan berubah daripada buruk ke
baik selepas Adik menyertai PLKN ini.
( Daddy dan Aiman berpeluk )

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai