Anda di halaman 1dari 10

Tajuk Drama: Berkhidmat Untuk Negara

Drama ini mengisahkan aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan berbagai-
bagai alasan untuk tidak menyertai program latihan khidmat negara (plkn). Setelah menerima
sepucuk surat tawaran daripada jabatan latihan khidmat negara aiman mengalami konflik
dalaman kerana dia tidak berminat untuk mengikuti siri plkn disebabkann pengetahuan serta
pemahamannya yang kurang tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program
berkenaan. Selain itu, aiman beranggapan bahawa plkn mungkin akan menggugat zon
keselesaannya kerana dia berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup
dalam kemewahan.

Konflik antara aiman dengan nek sinah bermula apabila dia merasakan nek sinah seolah-olah
mengatur kehidupannya apabila menjemputnya untuk makan tengah hari. Oleh itu, dia telah
melayan orang gajinya itu dengan kasar dan kurang sopen. Nek sinah kecewa dengan sikap
aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua. Walau bagaimanapun, nek sinah hanya
bersabar ketika berhadapan dengan kerenah aiman itu.

Cerita diteruskan dengan peristiwa aiman di sekolah. Kawan-kawannya memberitahu aiman


tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti plkn. Aiman tawar hati apabila mendengar
berita itu. Sundarani, nora, syuhada, ah tiau, dan aiman berbincang tentang plkn. Masing-
masing melahirkan rasa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baharu plkn kecuali
aiman. Semasa sesi pembelajaran di kelas, cikgu dahari telah menerangkan plkn kepada aiman
dan rakan-rakan sekelasnya dengan panjang lebar. Kebetulan, cikgu dahari juga merupakan
pengajar sambilan plkn yang memfokuskan modul ppsb, iaitu program penghayatan sastera
dan budaya.

Setelah pulang dari sekolah, aiman mengemukakan masalah pemilihan namanya sebagai
salah seorang pelatih plkn kepada bapanya bagi meraih simpati dan pertolongan. Puncak cerita
dalam drama ini apabila hasrat aiman meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh
dan kedudukan untuk mengecualikan penyertaannya dalam plkn tidak kesampaian apabila
bapanya menolak kemahuannya. Sebaliknya, bapa aiman bertegas agar aiman mengikuti plkn
kerana program tersebut banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh aiman.
Sementara itu, puan masnah, iaitu ibu aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju
aiman mengikuti plkn atas faktor keselamatan anaknya. Namun, bapanya tetap teguh dengan
pendirian asalnya. Kegagalan ibunya memujuk bapanya menyebabkan aiman masuk ke
biliknya. Sementara itu, bapa aiman bercadang untuk merehatkan fikirannya di kelab golf.

Ketika aiman melayari internet di biliknya, dia telah terbaca berita tentang kejayaan seniornya,
syufia mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati di kem gerakhas, desaru, johor dan juga
seniornya, ziman yang berjaya hidup berdikari selepas menjalani program plkn. Kejayaan
mereka itu telah menyuntik semangat baharu dalam dirinya. Akhirnya, aiman tersedar akan
kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan plkn. Aiman berjanji
akan mengikuti plkn bagi membentuk dirinya supaya mampu berdikari, dan seterusnya
menyahut seruan berkhidmat untuk tanah air tercinta.
Skrip Drama (1)

(Sudah menjadi satu kebiasaan bagi Aiman, cuti hujung minggu merupakan masa yang terbaik
untuknya bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukannya. Lahir daripada
keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang ringgit, telah menjadikan dia manja
serta malas. Segala kerja di rumah akan dibantu oleh orang gaji. Pada tengah hari itu, sedang
AIMAN duduk bersantai, muncul Posmen menyampaikan sepucuk surat yang akan merubah
kehidupannya. Kelihatan POSMEN muncul dan menyerahkan surat kepada AIMAN )

Posmen : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah Bin Khir Ghazali di rumah ini?

Aiman : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?

Posmen : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih
untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus Program itu. Kalau
umur abang macam adik, pasti abang tak akan lepaskan peluang ini.

Aiman : Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak
bersusah
payah sertai program macam ni. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak,
semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja program macam ni. Untuk
orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari,
tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi…
ha…ha..ha.

Posmen : Tak baik cakap macam tu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba jangan
fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan
pengalaman yang akan diperoleh nanti.

Aiman : Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program itu.

Posmen : Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya, dah
banyak yang abang nampak.

Aiman : Tak fahamlah saya, bang.

Posmen : Maksud abang. Remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat latihan,
banyak kesan positif yang akan wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang dulu
pemalas. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan makan saja. Tapi selepas
tamat
program itu, abang tengok dia dah rajin tolong keluarganya dan baru nampak
rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat dengan diri abang ialah
adik abang sendiri. Memang bagus program itu. Banyak perubahan positif
dalam
diri dia.

Aiman : Apa sajalah. Doakanlah, mana tahu terbuka hati saya untuk sertainya kelak.

Posmen : Terpulang, tak ada siapa yang akan rugi kalau adik tak pergi kecuali diri adik
sendiri. Fikirkanlah baik-baik. Abang banyak lagi surat yang hendak dihantar
ini. Amanah orang semua surat ini.

Aiman : Terima kasih.

(Posmen berlalu. Tinggal Aiman sendirian memikirkan sesuatu)

Aiman : Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang,
nanti
ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar! Tak ada kesannya nanti. Baik
aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.

(Oleh sebab AIMAN langsung tidak berminat untuk menyertai program itu, maka surat tawaran
PLKN langsung tidak dibukanya, malah sesampai di biliknya terus dicampakkan sahaja surat
itu).

Nek Sinah : Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam
masak asam pedas.

Aiman : Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu
cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi.
Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.

Nek Sinah : Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu
yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam
baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.

Aiman Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sibuk
saja. Macamlah esok nak kiamat.

Nek Sinah : Tak baik cakap begtu. Mereka pastinya ada urusan penting.

Aiman : Sudahlah. Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nraanti kalau saya lapar,
saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya
buat.
Saya bukannya budak kecil lagi

(Nek Sinah meninggalkan Aiman dengan rasa kesal. Kesal dengan sikap Aiman yang tidak
menghormatinya dan ahli keluarga tersebut hanya mementingkan wang ringgit)’

Aiman : Bosan betul aku dengan Nek Sinah. Semua perkara nak diberitahu kepada aku.
Suruh aku buat macam ini, macam itu. Hish, rimas aku dengan orang tua itu!
Daripada aku fikir fasal Nek Sinah, baik aku tidur.

(Sudah menjadi tabiat AIMAN, apabila punya masalah dia akan tidur. Ada kalanya dia akan
tidur semalaman. Namun, dalam mimpinya kali ini dia merasakan bahawa dia sudah menyertai
program PLKN dan berada dalam kem latihan. Aiman terjaga daripada mimpi. Barulah dia
menyedari bahawa dia telah tidur hingga pagi dan sudah terlewat untuk ke sekolah. Setibanya
AIMAN di sekolah, terasa seperti ada sesuatu yang menarik pada hari itu. NORA muncul dan
menerpa ke arahnya).

Nora : Aiman, cepat pergi tengok kat papan kenyataan sekolah. Ada perkara menarik.

AIMAN : Apa yang menarik sangat. Ada berita tentang aku keluar kat surat khabar, ke?

Nora : Bukanlah. Kau ni memang gila glamour betul. Ini tentang nama pelajar yang
terpilih untuk menyertai PLKN. Kalau tak silap aku tadi, aku ada nampak nama
kau juga.

Aiman : Malaslah aku fasal itu. Aku nak pergi kantin cari makan lagi bagus.

Nora : Kau ni teruklah. Langsung tak ada semangat cinta akan Negara sendiri.
Jahanam
Negara kita ini kalau ramai yang berfikiran macam kau. Malu aku ada kawan
macam kau.

Aiman : Janganlah merajuk. Tak baik kau cakap macam tu kepada aku. Hmm, apa kata
aku belanja kau sarapan pagi ini?

Nora : Tak payahlah kau gunakan wang kau untuk pujuk aku. Jangan ingat dengan
wang kau boleh dapat semua perkara yang kau mahukan.

(Aiman terkejut dengan tindakan NORA kepadanya. Selama ini mereka sentiasa bersependapat
dalam pelbagai perkara. Tetapi tidak pada kali ini. AIMAN kehairanan, lalu terus menuju ke
kantin).

Sundarani : Kau dapat masuk kem mana?

Aiman : Kem? Kem Majidi. Ha..ha..haa…

Sundarani : Sejak bila kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku, itu kem
askar
saja. Macam Kem Pulada.

Aiman : Kau ni lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau percaya
perkara yang aku cakap. Bahaya orang macam kau ni, senang kena tipu. Kau
sibuk Tanya aku, kau dapat kem mana?

Sundarani : Kem De Bana, Jempol.

Aiman : Di mana kem itu? Tak pernah dengar pun nama tempat itu.

Sundarani : Buta sejarah betul kau ini. Jempol kan dalam kawasan Negeri Sembilan.
Aiman : Manalah aku tahu. Aku biasa berjalan ke luar Negara. Kalau dalam Malaysia
manalah aku tahu. Tak ada apa-apa yang menarik pun sama saja

Sundarani : Pernah dengar peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri”? Tahu maknanya?

Aiman : Tahu.

Sundarani : Kalau tak tahu mengaku saja, jangan jadi bodoh sombong pula.

(AIMAN menjadi tidak selesa dengan persoalan SUNDARANI. Kemunculan AH TIAU


menyelamatkan suasana daripada menjadi tegang)

Ah Tiau : Kamu berdua dapat masuk kem mana? Saya terpilih untuk masuk Kem Paya
Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor. Seronoknya. Dapat juga saya tengok
kawasan lain.

Sundarani : Saya akan ditempatkan di Kem De Bana, Jempol, Negeri Sembilan.

Ah Tiau : Awak pula Aiman, kem mana?

Sundarani : Dia dapat masuk Kem Majidi.

Ah Tiau : Hah, sejak bila kem itu menjadi kem untuk PLKN?

Syuhada : Aiman …. Kita dapat kem yang sama.

Sundarani ; Kem mana? Kem Majidi?

Syuhada : Mana boleh, aku baca senarai penempatan kem tadi, nama Aiman tersenarai di
Kem Teluk Sari, Mersing.

Aiman : Mersing? Hmmm.

Syuhada : Kenapa? Kan bagus tempat itu. Kawasannya di tepi pantai menghadap Laut
China selatan lagi.

(Sedang mereka rancak berbincang tentang PLKN, kedengaran loceng yang menandakan
waktu bermulanya sesi persekolahan untuk hari itu berdering. Mereka semua menuju ke kelas
masing-masing. Semasa dalam kelas mereka telah mendapat maklumat yang sangat berguna
daripada Cikgu Dahari berkaitan tentang PLKN)

(Setibanya Aiman di rumah dia mendapati ayahnya berada di rumah).

Khir Ghazali : Awal balik hari ini? Selalunya lewat petang baru sampai rumah. Ini mesti ada
hajat, sebab itulah lepas sekolah terus balik ke rumah.
Aiman : Mana ada, daddy. Kan saya memang suka duduk di rumah. Daddy tu yang
pelik
hari ini. Biasanya, malam baru sampai rumah.

Khir Ghazali : Kan daddy baru selesai daripada kerja luar. Hari ini daddy bercadang nak
berehat di rumah. Tak payahlah nak soroklah, daddy tahu ada sesuatu yang
Aiman fikirkan. Cakaplah, mana tahu daddy dapat bantu.

Aiman : Daddy pasti dapat membantu saya kali ini. Saya yakin daddy dapat selesaikan
masalah saya. Daddykan selalu menjadi penyelamat saya.

Khir Ghazali : Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin. Aiman fikir
daddy ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar menjadi permintaan
yang
dimahukan. Apa masalahnya?

Aiman : Sebenarnya nama saya terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesai SPM.

Khir Ghazali : Baguslah, apa pula masalahnya?

Aiman : Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan
pengecualian untuk saya. Sayantak suka program macam itu!

Khir Ghazali : Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak. Daddy mahu
Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat.

Aiman : Lecehlah berbincang dengan daddy. Semua keputusan daddy akan tentukan
dan
Aiman hanya kena ikut. Baik Aiman minta tolong mummy pula.

(Sedang Aiman mahu berlalu meninggalkan daddynya, muncul pula MASNAH, mummy AIMAN.
AIMAN terus mendapatkannya).

Masnah : Apa yang dua beranak ini bincangkan? Dari tadi mummy dengar macam hangat
saja?

Khir Ghazali : Anak awak ini, dah besar panjang pun asyik nak manja saja. Cuba awak ajar
supaya dia tahu berdikari. Buat malu saja kalau anak lelaki macam ini.

Masnah : Apa masalahnya?

Aiman : Aiman terpilih untuk penempatan pelatih PLKN nanti. Aiman minta daddy
dapatkan pengecualian tapi daddy tak mahu tolong.

Masnah : Hah abang, bukanlah itu masalah kecil sahaja? Abang boleh gunakan
kedudukan
dan pengaruh abang untuk dapatkan pengecualian untuk Aiman ini. Abang tak
sayangkan Aiman? Sanggup abang biarkan dia masuk kem latihan?
Khir Ghazali : Sebab saya sayang akan Aimanlah saya nak dia terlibat dengan PLKN.

Masnah : Bahayakan nyawa anak kita nanti.

Khir Ghazali : Apa yang awak merepek? Daripada dia terlibat dengan perkara yang tak
berfaedah pada masa cuti sekolah nanti, ada baiknya dia terlibat dengan
PLKN.
Bukan lama pun, tiga bulan saja. Sudahlah, hari ini saya bercadang untuk
berehat di rumah dengan aman tenteram. Kalau macam ini baik saya berehat
di
kelab golf.

(Khir Ghazali berlalu diikuti dengan MASNAH. MASNAH berasa bersalah dengan tindakannya
tadi dan cuba memujuk semula hati suaminya untuk berehat sahaja di rumah bersama-
samanya dan anak-anak. AIMAN berlalu dan segera ke biliknya. Dia terus menghadap
computer ribanya. Sedangkan dia leka melayari pelbagai laman sesawang yang ada, dia
dikejutkan dengan satu berita).

Aiman : Eh, kalau tak silap aku, ini Syufia! Murid yang sentiasa mengasingkan diri dan
tidak bercampur dengan orang alin. Tapi macam mana dia boleh terpilih untuk
menjadi pelatih terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerakhas, Desaru, Johor?
Pelik, pelik. Ini pula ada gambar Ziman, senior di sekolah aku. Setahu aku, dia
ni kuat makan dan tidur, tapi dia pun dah berjaya menyertai PLKN. Ini mesti
ada
sesuatu yang istimewa semasa program dijalankan sehingga kawan-kawan aku
boleh berubah. Kalau begitu, aku juga akan sertai PLKN dan buktikan bahawa
aku juga mampu berdikari. Ya, aku akan menyahut seruan berkhidmat untuk
negara tercinta.

- TAMAT -
Skrip drama (2)

Watak:

Aiman - Remaja berusia 17 tahun yang awalnya menolak menyertai program latihan khidmat
negara (PLKN).
Nek Sinah - Penjaga aiman yang berusaha mengatur kehidupannya dengan baik.
Sundarani - Rakan sekelas aiman yang terpilih untuk mengikuti PLKN.
Nora - Rakan sekelas aiman yang terpilih untuk mengikuti PLKN.
Syuhada - Rakan sekelas aiman yang terpilih untuk mengikuti PLKN.
Ah Tiau - Rakan sekelas aiman yang terpilih untuk mengikuti PLKN.
Bapa Aiman - Bapa aiman yang ingin aiman mengikuti PLKN.
Puan Masnah - Ibu aiman yang tidak bersetuju aiman mengikuti PLKN.
Cikgu Dahari - Pengajar sambilan PLKN yang juga mengajar aiman di sekolah.
Syufia - Senior aiman yang meraih anugerah pelatih terbaik wirawati di kem gerakhas, Desaru,
Johor.
Ziman - Senior aiman yang hidup berdikari selepas menjalani PLKN.
Skrip Drama:

[Adegan 1: Rumah Aiman - Dapur]

(Aiman duduk di meja makan, sementara Nek Sinah memasak)

Aiman: (menggerutu) Nek Sinah, kenapa kau selalu mengatur hidupku? Aku sudah cukup besar
untuk mengurus diriku sendiri!

Nek Sinah: (tersenyum) Aiman, Nek hanya berusaha membantu. Ingatlah, Nek hanya ingin
yang terbaik untukmu.

(Aiman makan dengan kasar dan kurang sopan)

[Adegan 2: Sekolah - Kelas]

(Semua pelajar berkumpul di kelas)

Sundarani: Tahniah, Aiman! Kau terpilih untuk mengikuti PLKN!

Nora: Ya, betapa hebatnya! Aku juga terpilih!

Syuhada: Sama! Kita akan mengalami banyak pengalaman menarik.

Ah Tiau: Benarlah, PLKN adalah peluang emas untuk memperbaiki diri.

Aiman: (berpikir) Apa yang hebat tentang itu? Aku tidak berminat sama sekali!

[Adegan 3: Kelas - Pembelajaran]

(Cikgu Dahari mengajar mengenai PLKN)


Cikgu Dahari: PLKN adalah program yang bertujuan membentuk remaja menjadi individu yang
bertanggungjawab dan berdisiplin. Ia memberikan peluang untuk memperluas pengetahuan dan
menghayati budaya.

(Aiman duduk dengan tidak berminat)

[Adegan 4: Rumah Aiman - Bilik Aiman]

(Aiman masuk ke biliknya dan bercakap dengan bapanya)

Aiman: Ayah, aku tidak mahu mengikuti PLKN. Tolong batalkan pemilihan namaku!

Bapa Aiman: (menolak) Aiman, PLKN mengandungi banyak kebaikan yang belum kau ketahui.
Aku ingin kau mengikutinya.

[Adegan 5: Rumah Aiman - D

apur]

(Puan Masnah berbincang dengan Bapa Aiman)

Puan Masnah: Sayang, aku risau tentang keselamatan Aiman. Aku tidak setuju dia mengikuti
PLKN.

Bapa Aiman: Aku faham kebimbanganmu, tetapi PLKN akan memberi Aiman pengalaman yang
berguna. Aiman perlu melalui ini.

[Adegan 6: Bilik Aiman - Malam]

(Aiman berada di biliknya, berselancar di internet)

(Aiman membaca berita tentang kejayaan Syufia dan Ziman)

Aiman: (berfikir) Mereka begitu berjaya selepas menjalani PLKN. Aku telah salah menilai
program ini. Aku akan mengikutinya dan berusaha berdikari.

[Adegan 7: Kelab Golf - Ruang Santai]

(Bapa Aiman duduk di kelab golf)

Bapa Aiman: (berfikir) Aku harap Aiman akan memahami niat baikku. PLKN akan
membentuknya menjadi pemuda yang berjaya.

[Adegan 8: Rumah Aiman - Dapur]

(Aiman keluar dari biliknya)

Aiman: (bersemangat) Nek Sinah, ayah, ibu, maafkan aku. Aku telah salah memahami PLKN.
Aku akan mengikutinya dengan sepenuh hati.
Puan Masnah: (tersenyum) Aiman, aku bangga dengan keputusanmu. Tetapi, pastikan kau
menjaga keselamatanmu.

Nek Sinah: (gembira) Anakku sudah dewasa. Aiman, buatlah yang terbaik!

[Adegan 9: Akhir]

(Aiman memaklumkan keputusannya kepada rakan-rakannya)

Sundarani: Itu keputusan yang tepat, Aiman! Kita akan berada di sini untukmu.

Nora: Ya, dan kita akan menghadapi cabaran PLKN bersama-sama.

Syuhada: Kami berharap kau akan mencapai kejayaan seperti Syufia dan Ziman.

Ah Tiau: Kita akan menyahut seruan berkhidmat untuk tanah air tercinta!

(Adegan akhir, semua pelajar bersama-sama, menyemangati satu sama lain)

Selesai

Anda mungkin juga menyukai