Anda di halaman 1dari 11

Tajuk Drama Komsas: Hadiah

Semua orang bercakap-cakap tentang Hari Guru yang bakal menjelma tidak lama lagi. Rahimah akan
menghadiahi Cikgu Khalid bunga di dalam kotak plastik. Rahimah selalu bercerita tentang bunga yang
dibelinya. Kata Rahimah, harganya mahal, sepuluh ringgit. Rahimah mendapat wang itu daripada
bapanya yang bekerja sebagai Pegawai Daerah. Rahimah anak orang kaya, bolehlah dia membeli
hadiah yang mahal-mahal.

Begitu juga Zaiton, dia akan membeli sebuah novel untuk orang dewasa buat Cikgu Faridah. Zaiton
sayang akan Cikgu Faridah kerana guru itu selalu memberikan markah yang tinggi untuk karangannya.
Oleh itu, Zaiton akan meminta wang daripada mamanya untuk membeli novel buat Cikgu Faridah.
Zaiton akan menyuruh kakaknya memilih judul novel yang sesuai dengan jiwa Cikgu Faridah. Cikgu
Faridah gemar membaca novel. Zaiton tahu itu. Cikgu Faridah gemar membaca novel karangan
Shahnon Ahmad. Zaiton pernah terpandang Cikgu Faridah begitu asyik membaca novel Arena Wati,
Sakura Mengorak Kelopak. Ketika itu, Zaiton pergi menghantar buku latihan. Dia nampak Cikgu
Faridah begitu asyik membaca hingga tidak sedar bahawa dia ada di situ.

Hamidah pula akan menghadiahi Cikgu Azimah pasu bunga yang dibeli oleh ibunya dari Paris.
Hamidah memang orang kaya. Bapanya bekerja sebagai pengurus sementara ibunya pula bertugas
sebagai setiausaha di syarikat bapanya.

"Tentu Cikgu Azimah terpegun melihat pasu bunga itu. Memang aku sengaja minta ibu tempah pasu
bunga itu khas dari Paris," cerita Hamidah kepada rakan yang lain. Rakan-rakannya, Zaiton, Rahimah,
Marina dan Azira begitu terpegun mendengar cerita Hamidah. Mereka masing-masing terpegun dan
kagum mendengar cerita tentang hadiah Hamidah yang menarik itu. Tentu Cikgu Azimah semakin
sayang akan Hamidah, fikir semua orang.

"Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" tanya Hamidah. "Hamidah, aku akan hadiahkan kain tenun sutera
kepada Cikgu Azimah."

"Eh, kau tiru aku! Kau bagilah kepada guru lain," kata Hamidah. Dia marah dan geram kerana Aliza
akan memberikan hadiah kepada guru kesayangannya.

"Cikgu Azimah bukan guru kau seorang. Aku pun sayang

akan Cikgu Azimah."

"Yalah... betul kata Aliza tu," kata Rashid. Semua orang memandang Rashid yang baru datang ke
kelas.

"Kau nak hadiahkan apa dan kepada cikgu mana?" tanya Hamidah kepada Rashid.

"Aku akan menyuruh Abang Rahim membuat model masjid daripada kayu-kayu yang bermutu
tinggi," kataRashid dengan megahnya. Pada matanya terbayang sebuah model masjid yang cantik
dan berkilat.

"Kau nak berikan benda itu kepada siapa?" tanya Zaiton. "Kepada Cikgu Firdauslah. Bukankah dia
akan berkahwin pada bulan depan?" kata Rashid dengan yakin. "Masjid bukankah lambang
pernikahan yang diberkati dan direstui," jawab Rashid pula.

"Engkau, Hashim?" tanya Hamidah kepada Hashim.

"Aku nak beli tuala muka yang istimewa buat Ustazah Salma. Aku sayang akan Ustazah Salma. Dia tak
pernah marah kepada aku," jawab Hashim dengan senyum lebar.
"Kau pula Zizah, bagaimana? Asyik diam saja dari tadi, sepatah kata pun tak cakap," kata Hamidah
kepada Azizah.

Azizah terdiam, fikirannya buntu. Dia terfikir bahawa dia tiada wang untuk membeli hadiah buat guru
kesayangannya, Cikgu Zaleha. Dia orang miskin. Bapanya hanyalah seorang penarik beca, manakala
emaknya yang cacat sebelah kaki itu, mengambil upah menganyam tikar mengkuang. Dia tidak ada
duit atau modal untuk menyediakan hadiah pada Hari Guru nanti. Hatinya menjadi risau dan sedih.

"Mak... mak ada duit tak?" tanya Azizah pada petang itu. Emaknya tidak menjawab. Emaknya hanya
menggelengkan kepala sahaja.

"Betul?" tanya Azizah. Emaknya mengangguk pula. "Sungguh?" tanya Azizah lagi. Emaknya
mengangguk lagi. "Bohong!" bentak Azizah, marah.

"Buat apa mak nak bohong kau, Zizah," jawab emak,

lemah dan sayu.

"Hari tu Zizah nampak mak kira duit banyak."

"Itu duit abang Azman kau di UiTM, dia nak gunakan duit untuk membayar yuran," kata emak
perlahan.

"Mak selalu sangat kirim duit kepada Abang Azman. Dia kan dah dapat biasiswa, buat apa nak kirim
lagi?" Azizah sedih dan kecewa. Mana nak cari wang? Sekurang-kurangnya sepuluh ringgit diperlukan
untuk membeli hadiah buat Cikgu Zaleha. Azizah sayang akan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu
memuji kepandaian Azizah dalam kebanyakan mata pelajaran. Azizah juga dipuji kerana rajin belajar
dan merupakan murid yang berdisiplin.

"Cikgu, nak hadiah apa pada Hari Guru nanti?" tanya Azizah pada suatu hari di bilik guru.

"Cikgu tak nak hadiah apa-apa daripada kamu. Cukuplah dengan kejayaan kamu yang cemerlang
dalam UPSR nanti," kata Cikgu Zaleha dengan lembut dan tenang.

"Saya tetap akan memberi cikgu satu hadiah yang cukup istimewa," janji Azizah pagi itu.

"Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."

"Tak apa, akan saya belikan juga hadiah yang menarik." Namun, sampai kini Azizah tidak tahu hadiah
apa yang boleh dibelinya. Fikirannya buntu. Perasaannya menjadi hiba apabila memikirkan rakan-
rakannya yang telah siap dengan hadiah masing-masing. Mahal-mahal belaka. Yang menambahkan
kerisauannya lagi ialah sambutan Hari Guru semakin hampir.

Azizah membuka tabung arnabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum pergi ke Universiti
Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul di dalam tabungnya. Wang
yang ada belum cukup dua ringgit. Azizah selalu menggunakan wang tabungnya untuk pelbagai
belanja. Ini menyebabkan wang tabungnya tidak bertambah.

Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa? Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya dua ringgit
lapan puluh sen. Azizah melihat sapu tangan yang berbunga orkid kecil itu di pekan sewaktu dia
keluar ke pasar malam minggu lalu. Untuk beli yang paling murah, Azizah berasa malu, takut diejek
oleh Hamidah nanti.

"Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber lagipun majalah juga mahal.
Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya?" fikir Azizah.
"Aku nak hadiahi Cikgu Leong termos. Bapa belikan termos tu untuk aku. Harganya mahal, tiga puluh
lapan ringgit sebuah," kata Marina pada petang itu.

"Kakak dah janji nak lukiskan potret Cikgu Manisah buatku. Tentu Cikgu Manisah suka akan potret
itu. Kakakku pandai melukis. Dia belajar di Universiti Teknologi Mara. Tentu lukisannya menarik
nanti," kata Jasmin pula.

"Kau nak hadiahkan apa, Zizah?" tanya Irwan. "Aku nak belikan kain batik sarung buat Cikgu
Kamariah," kata Irwan lagi kepada rakan-rakannya.

Kata-kata itu membuatkan Azizah tidak tidur lena. Azizah juga berasa sedih apabila rakan-rakan
mengejeknya. Semuanya mengata-ngata Azizah. Hal ini menyebabkan Azizah malu hendak ke
sekolah, namun dipaksa juga kakinya mengayuh basikal buruk ke sekolah yang terletak sejauh tiga
kilometer dari rumahnya.

"Bapa... bapa ada duit, kan?" tanya Azizah pada pagi itu ketika mereka bersarapan. Sarapan pada
pagi itu ialah nasi goreng dan kopi susu. Azizah tidak berselera untuk makan. "Pagi-pagi tanya pasal
duit, kenapa Zah?" tanya bapanya kehairanan melihat Azizah.

"Bapa ada duit tak?" tanya Azizah lagi. Geleng.

"Tak kan tak ada langsung."

"Adalah sikit, buat bayar hutang pun tak cukup." "Bagi Zah pinjam sepuluh ringgit," pinta Azizah
dengan nada merayu.

"Nak buat apa sampai sepuluh ringgit. Duit itu bapa nak bayar hutang barang kedai Tong Seng. Cuba
tanya mak kau," kata bapanya menyebabkan Azizah berasa hampa.

"Zah nak buat apa duit sebanyak itu?" tingkah emak tanpa menanti soalan Azizah. Azizah diam.
Bungkam. "Nak beli buku?"

Geleng. "Habis itu?"

"Zah nak beli hadiah."

"Hadiah apa pulanya ini?" tanya bapa separuh kehairanan. "Hadiah Hari Guru."

"Untuk siapa?" tanya emak pula. Keningnya berkerut. "Untuk Cikgu Zaleha."

"Kalau tak berikan hadiah tak apa kan?" tanya bapa sambil mengunyah nasi goreng perlahan-lahan.

"Tak apa, tapi malulah Zah. Kawan-kawan semuanya beli hadiah untuk guru kesayangan mereka. Ada
yang membuatnya sendiri. Mereka ada kakak dan abang yang tolong buatkan. Macam Zah ini, duit
pun tak ada. Nak minta Abang Azman tolong buatkan, dia pula jauh di Shah Alam." "Kalau macam tu,
Zah pun boleh buat sendiri hadiah untuk Cikgu Zaleha," kata emak memujuk.

"Macam mana?" "Menganyam." "Anyam apa?"

"Raga, bakul atau tudung saji kecil buat hiasan di dalam rumah. Cikgu Zaleha itu perempuan, tentu
dia gemar menyimpan hasil-hasil kerja tangan, tambahan pula daripada muridnya yang paling
disayangi," kata emak lagi. Kali ini lebih bersungguh-sungguh memberikan cadangan. Azizah terdiam.
Di hatinya terfikir juga akan kebenaran kata-kata emaknya.

"Modalnya?" tanya Azizah, hampir menyetujui cadangan yang diberikan oleh emaknya.
"Modalnya tak mahal, cuma perlu beli pewarna. Dua botol pewarna harganya seringgit. Kalau nak
buat raga, gunakan tiga warna."

"Kalau buat tudung saji, berapa warna, mak?" tanya Azizah, tertarik.

"Tiga warna pun boleh."

"Zah ada seringgit lapan puluh sen. Mak bagi dua puluh sen, ya? Zah nak buat tudung saji yang paling
cantik untukCikgu Zaleha. Kalau cukup duit, Zah nak buat tudung saji dalam empat warna. Tentu
cantik, kan mak?" kata Azizah dengan riang dan yakin. Emak tersenyum puas hati kerana dapat
menyelesaikan masalah anaknya itu.

Petang itu, Azizah sibuk menganyam tudung saji. Dia memang cekap menganyam. Ini semua hasil
tunjuk ajar emak dan kegigihannya membantu emak setiap petang. Dia membuat beberapa tudung
saji kecil sebagai perhiasan.

"Tentu cantik kalau diletakkan di meja ruang tamu," fikir Azizah dalam hatinya.

"Dah siap berapa, Zah?" tanya emak sambil menganyam tikar mengkuang, bersirat-sirat.

"Baru empat, mak."

"Zah nak buat berapa?"

"Enam, bagi cukup satu set."

"Rajin anak emak," kata emak dengan gembira. Emak membelek-belek hasil kerja tangan Azizah.
Hasil tangan itu begitu kemas, unik dan cantik. Emak berasa begitu bangga akan anaknya.

Hari Guru pun tiba. Azizah keluar awal pagi itu. Dia mengayuh basikalnya dengan laju. Dia mahu
sampai segera. Dia mahu menunjukkan hadiah itu kepada rakan-rakannya. Dia membalut hadiah itu
dengan kertas surat khabar kerana kos untuk membeli kertas pembalut berbunga kecil tidak cukup.
Tentu unik. Tentu Cikgu Zaleha suka akan anyamannya yang halus dan menarik itu. Atau mungkin
hadiahnya paling akhir dibuka kerana ringan... atau mungkin Cikgu Zaleha tidak....

Azizah menunggang basikalnya dengan laju sekali. Dia berasa tidak sabar untuk menghulurkan
hadiah itu kepada Cikgu Zaleha. Bungkusan hadiah diletakkan di dalam raga basikal. Pada matanya
terbayang senyuman Cikgu Zaleha menyambut huluran hadiah itu.

Setibanya di sekolah, semua mata tajam tertumpu pada bungkusan di tangan Azizah. Kelibat Azizah
yang tiba di pintu pagar diperhatikan oleh Cikgu Zaleha. Dalam tangan Cikgu Zaleha terdapat
sekeping borang yang sangat besar kaitannya dengan Azizah.

Cikgu Zaleha dikerumuni banyak peminat cilik. Azizah di belakang sekali. Secara tradisi, murid-murid
yang membawa hadiah akan dipersilakan untuk menghulurkan hadiah masing-masing ke tangan guru
mereka di hadapan tapak perhimpunan. Azizah menahan cungap. Resah menanti giliran menyuakan
hadiah ciptaannya.

"Cikgu ini saja yang mampu saya berikan. Jangan buka sekarang, cikgu. Buka di rumah." Azizah
merayu kepada Cikgu Zaleha. Jemari nakal Cikgu Zaleha mencubit bucu kertas surat khabar pembalut
hadiah daripada Azizah. "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu Zaleha yang
begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama-lama. Ingin meneka apa-apa yang
tersirat di sebalik perkataan "besar" itu.
"Saya tak mampu, cikgu. Saya belajar buat hadiah ini pun kerana saya tak mampu membeli dengan
wang, cikgu. Gaji bapa kecil sahaja. Emak tak ada gaji tetap." Lurus luahan rasa Azizah. Cikgu Zaleha
memaut bahu kanan Azizah.

"Profesor Azizah, cikgu yakin kamu boleh beri hadiah yang besar maknanya kerana kamu memang
layak, rajin dan kuat berusaha. Hanya orang yang bersikap seperti Profesor Azizahlah yang akan
memberikan kepuasan kepada cikgu. Tolong, ya?" Dengan bersungguh-sungguh Cikgu Zaleha
meletakkan Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah di tangan kanan Azizah. Ceraian B
khusus untuk Azizah, iaitu menghasilkan dua puluh karya anyaman dengan menggunakan bahan
semula jadi. Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai murid yang serba boleh,
cuma sifat rendah diri dalam diri Azizah itu terlalu tebal.

"Cikgu berbangga kalau Azizah menang tapi kalau Azizah tarik diri... bermakna Azizah kalah. Yang
palingpenting, kita sertai peraduan ini kerana peraduan ini menguji daya usaha dan kreativiti kita."

"Tapi...." Azizah terharu sebab tercabar. Menganyam memang bukan tugas mudah tetapi kata Abang
Azman. "Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara tidak mustahil dapat kita
laksanakan."

"Bagaimanakah kalau kalah? Tiadalah hadiah besar untuk cikgu...."

"Profesor Azizah, ukuran bagi nilai kejayaan seseorang bukan pada menang atau kalah ... tapi pada
kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang semata-mata untuk meningkatkan kemajuan diri. Ingat
pesan cikgu."

Terkebil-kebil mata Azizah apabila menerima mandat yang besar daripada Cikgu Zaleha.

Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad dan semangat yang kuat untuk membuktikan bahawa
usaha gigihnya dapat membina keyakinan dirinya, bukan wang yang banyak, bukan tenaga yang kuat.

Habis daun nipah, urat mengkuang, daun lalang dikerjakannya. Dengan berulang-ulang, dicubanya
untuk meneroka pelbagai bentuk dan warna, aneka rupa dan teknik, cara dan persembahan. Dengan
suntikan kata-kata semangat ayah dan bimbingan ibunda yang berjemari seni, tidak hairanlah Azizah
menang pada peringkat daerah sebagai johan. Pada peringkat negeri pula, dia mendapat naib johan.

Pada peringkat kebangsaan pula, Cikgu Zaleha tersenyum puas atas kemenangan Azizah bagi kategori
Karya Inovatif kerana Azizah yang digelarnya Profesor Serba Boleh itu telah berjaya menambat hati
para hakim dan juri dengan menghasilkan Tudung Saji 20 Beradik. Set tudung saji menarik yang
bermula dengan saiz seinci dan berakhir dengan saiz 48 inci itu telah mengambil masa selama lapan
minggu untuk disiapkan.

Cikgu Zaleha pula memenangi Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.

Kejayaan murid seperti Azizah bukan terletak pada material, sebaliknya usaha gigih dan kerajinan
Azizah menyahut cabaran itulah kemenangan dan hadiah besar bagi Cikgu Zaleha.
WATAK:

Azizah

Cikgu Zaleha

Emak

Rakan-rakan (Rahimah, Zaiton, Hamidah, Rashid)

BABAK 1: DI DALAM KELAS

(Azizah duduk sendirian di sudut kelas, sedih dan buntu)

Azizah: (sambil merenung) Semua orang ada hadiah untuk Cikgu Zaleha... tetapi aku tak ada wang.
Apa yang patut aku buat?

(Cikgu Zaleha memasuki kelas)

Cikgu Zaleha: (bersuara lembut) Azizah, kenapa kamu kelihatan sedih?

Azizah: (terkejut) Oh, Cikgu! Saya... saya tak tahu hadiah apa yang hendak saya berikan pada Cikgu
Zaleha. Semua rakan saya sudah ada hadiah yang cantik-cantik, tapi saya...

Cikgu Zaleha: (tersenyum) Azizah, hadiah bukanlah perkara yang paling penting. Saya tahu kamu
berusaha dengan sangat dalam pelajaran dan sentiasa berdisiplin. Itulah hadiah terbaik yang boleh
kamu berikan kepada saya.

Azizah: (terkejut dan bersyukur) Cikgu... tetapi saya masih ingin memberikan hadiah yang istimewa
untuk Cikgu Zaleha.

Cikgu Zaleha: (memujuk) Tak perlu risau, Azizah. Hadiah itu tidak perlu mahal. Yang penting, ia
datang dari hati. Cikgu akan gembira dengan apa jua yang kamu berikan.

BABAK 2: DI RUMAH

(Azizah berbincang dengan Emak)


Azizah: Emak, saya nak berikan hadiah istimewa untuk Cikgu Zaleha, tetapi saya tak ada wang. Apa
yang patut saya buat?

Emak: (berfikir sejenak) Apa kata kita menggunakan kemahiran menganyam kita? Kita boleh
membuat tudung saji cantik untuk Cikgu Zaleha.

Azizah: (ceria) Ya, itu idea yang baik! Saya boleh menggunakan pewarna yang ada di rumah untuk
menjadikan tudung saji itu lebih cantik.

Emak: (tersenyum) Itulah anak emak yang bijak. Ayuh, kita mulakan kerja.

BABAK 3: DI DALAM KELAS

(Azizah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha)

Azizah: (dengan gembira) Cikgu Zaleha, ini hadiah untuk Cikgu. Saya membuat tudung saji ini dengan
tangan sendiri. Saya harap Cikgu suka.

Cikgu Zaleha: (tersenyum gembira) Azizah, tudung saji ini sangat cantik! Terima kasih banyak-banyak.
Saya amat menghargainya.

Rakan-rakan: (berkumpul di sekeliling)

Rahimah: Wah, Azizah! Hadiah kamu sangat istimewa.

Zaiton: Sungguh kreatif! Cikgu pasti terharu.

Hamidah: Azizah, kamu memang hebat!

Rashid: Saya bangga menjadi rakan Azizah!

(Azizah tersenyum bangga)


WATAK:

Azizah (Zizah)

Emak

Cikgu Zaleha

Rashid

Marina

Zaiton

Rahimah

Hamidah

Rakan-rakan lain (Boleh dimainkan oleh pelakon tambahan jika perlu.

BABAK 1: Sekolah (Rakan-rakan Azizah sedang bercakap-cakap tentang persiapan Hari Guru)

RAHIMAH: Hari Guru akan tiba tidak lama lagi. Apa hadiah yang kamu semua sediakan?

ZAITON: Aku akan membeli novel untuk Cikgu Faridah. Dia selalu memberikan markah yang tinggi
untuk karangan-karanganku.

MARINA: Aku akan memberikan Cikgu Azimah sebuah pasu bunga yang dibeli oleh ibuku dari Paris.

HAMIDAH: Aku juga akan memberikan pasu bunga yang istimewa untuk Cikgu Azimah.

RASHID: Aku akan membuat model masjid daripada kayu-kayu yang bermutu tinggi untuk Cikgu
Firdaus yang akan berkahwin bulan depan.

(Azizah terdiam dan sedih)

HAMIDAH: (memperhatikan Azizah) Eh, Zizah, kau nak hadiahkan apa?

AZIZAH: (teragak-agak) Erm... aku... tidak ada wang untuk membeli hadiah.
RAHIMAH: (dengan nada mengejek) Oh, kau tak mampu beli hadiah kecil-kecilan?

AZIZAH: (berusaha tegar) Tidak apa, Cikgu Zaleha mengatakan bahawa cukuplah dengan kejayaan
kita dalam UPSR.

ZAITON: Tapi setiap guru pasti gembira dengan hadiah dari murid-murid mereka.

MARINA: Betul, Zizah. Aku pasti kau boleh mencipta sesuatu yang istimewa.

RAHIMAH: Atau mungkin minta bantuan kakakmu?

AZIZAH: (sedih) Kakakku berada di Shah Alam. Dia tidak dapat membantu.

RAHIMAH: (menyindir) Kalau begitu, apa yang dapat kamu buat?

BABAK 2: Rumah (Azizah pulang ke rumah dengan perasaan sedih. Dia berbicara dengan emaknya)

AZIZAH: Mak, ada duit tak? Aku tidak ada wang untuk membeli hadiah untuk Cikgu Zaleha.

EMAK: (sedih) Maafkan emak, Zizah. Emak tidak ada wang.

AZIZAH: (frustrasi) Tapi rakan-rakan ku semua ada hadiah yang cantik-cantik. Aku rasa malu.

EMAK: (berfikir) Bagaimana kalau kamu membuat hadiah sendiri?

AZIZAH: (terperanjat) Hadiah sendiri? Tapi apa yang boleh aku buat?

EMAK: Kamu pandai menganyam, bukan? Cuba kamu anyam tudung saji kecil. Cikgu

Zaleha pasti suka.


AZIZAH: (bersemangat) Ya, mak! Aku akan membuat tudung saji yang tercantik!

BABAK 3: Sekolah (Hari Guru di sekolah. Murid-murid memberikan hadiah kepada guru-guru
mereka)

ZAITON: (memberikan pasu bunga kepada Cikgu Azimah) Ini hadiah daripada saya, Cikgu Azimah.

MARINA: (juga memberikan pasu bunga kepada Cikgu Azimah) Dan ini hadiah daripada saya, Cikgu
Azimah.

HAMIDAH: (sambil menyerahkan pasu bunga) Saya juga memberikan hadiah yang istimewa, Cikgu
Azimah.

RASHID: (menyerahkan model masjid yang dihasilkan) Ini hadiah daripada saya, Cikgu Firdaus.
Selamat pengantin baru!

(Cikgu Zaleha sedih melihat Azizah datang tanpa hadiah)

CIKGU ZALEHA: (tersenyum) Zizah, kamu tidak membawa hadiah?

AZIZAH: (malu) Maafkan saya, Cikgu Zaleha. Saya tidak ada wang untuk membeli hadiah.

CIKGU ZALEHA: (gembira) Tidak apa-apa, Zizah. Hadiah paling istimewa adalah kejayaanmu dalam
UPSR. Tapi apa yang kamu bawa di tanganmu?

(Azizah mengeluarkan tudung saji kecil yang dianyamnya)

AZIZAH: (dengan bangga) Ini hadiah daripada saya, Cikgu Zaleha. Saya membuatnya sendiri.

(Cikgu Zaleha tersenyum dan terharu)

CIKGU ZALEHA: (mengambil tudung saji) Terima kasih, Zizah. Ini hadiah yang sangat istimewa. Saya
akan gunakannya setiap kali ada tetamu datang ke rumah.
AZIZAH: (gembira) Saya gembira Cikgu Zaleha suka hadiah ini.

(Cikgu Zaleha memeluk Azizah dengan penuh kasih sayang)

CIKGU ZALEHA: Terima kasih, Zizah. Hadiah ini sangat berharga bagiku.

(Azizah tersenyum bangga, dan drama berakhir dengan semua murid dan guru bersalaman dan
berpelukan di atas pentas)

Anda mungkin juga menyukai