Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mira, kenapa masih berdiri disitu? Mari ikut nenek ke kedai. Nanti di sana Mira akan dapat
berkenalan dengan banyak teman sebaya, ajak nenek cuba memujuk hatiku yang rawan. Dengan malas
aku bangun lalu berjalan ke arah nenek.
Mira pergi ke bilik nenek dan ambil tudung, perintah nenek.
Nak buat apa dengan tudung nek?
Kan Mira nak ikut nenek pergi ke kedai. Mira kenalah pakai tudung kepala. Sebagai wanita
Islam, kita wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi.
Kedai tu dekat saja.
Dekat atau jauh, apabila kita keluar dari rumah tentu terdapat orang yang bukan muhrim kita,
kita wajib menutup aurat. Kalau datuk Mira nampak Mira tak pakai tudung tentu dia akan berleter nanti,
kata nenek seperti bersyarah.
Lagipun Mira dah menengah dua. Dah memasuki alam remaja. Di kampung ini anak-anak gadis
sebaya Mira semuanya bertudung kepala apabila keluar rumah, sambung nenek. Tanpa berlengah aku
berjalan ke bilik nenek untuk mengambil tudung seperti yang nenek arahkan.
Apabila sampai di kedai Pak Uda Usop, ternyata apa-apa yang dikatakan oleh nenek kepadaku
benar belaka. Di sana aku lihat banyak anak gadis yang sebaya denganku berpakaian sopan. Mereka
berbaju kurung dan memakai tudung. Tidak ada yang berseluar jean atau memakai skirt pendek seperti
yang aku lihat di bandar.
Assalamualaikum Nek Milah, nak beli sayur? sapa seorang gadis.
Waalaikumussalam oh, Suzana! Ni ha! Nenek bawa cucu nenek ni kenal-kenal jalan
kampung kita ni. Ha, Mira! Ini Suzana anak Pak Imam Dollah. Suzana, ini cucu nenek Amira dari Johor
Bahru. Dia akan bersekolah di sini. Nanti Suzana bolehlah datang ke rumah nenek belajar bersama Mira,
kata nenek. Aku bersalaman dengan Suzana. Orangnya manis dan lemah lembut sekali. Dia tidak kedekut
dengan senyuman walaupun baru pertama kali bertemu.
(Antologi Gema Sepi Gadis Genius, halaman 120 - 121.)
31. Apakah tujuan nenek mengajak aku ke kedai?
A untuk membeli sayur
B untuk bertemu dengan Pak Uda Usop
C untuk memperkenalkan aku kepada Suzana
D untuk berkenalan dengan rakan-rakan yang sebaya dengan aku

Dia tidak kedekut dengan senyuman walaupun baru pertama kali bertemu.

32. Berdasarkan ayat di atas, apakah tanggapan aku terhadap Suzana
A Suzana sentiasa tersenyum.
B Suzana tidak sombong orangnya.
C Suzana amat baik dengan neneknya.
D Suzana dikenali ramai di kampung itu.

33. Berdasarkan petikan, yang manakah bukan perwatakan nenek aku?
A peramah
B penyayang
C takut kepada datuk aku
D mementingkan keagamaan

34. Nilai-nilai yang berikut terdapat dalam cerpen Warkah daripada Ibu, kecuali
A kasih sayang.
B kebijaksanaan.
C hormat-menghormati
D bertanggungjawab.

35. Pilih pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.
A Kita hendaklah menyayangi keluarga kita.
B Setiap orang hendaklah rajin mencari rezeki.
C Janganlah mudah berputus asa apabila menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup.
D Kita hendaklah memahami bahawa tindakan yang dibuat oleh ibu bapa adalah untuk kebaikan diri kita.

Anda mungkin juga menyukai