Anda di halaman 1dari 19

BAB 11 : TEKS DRAMA

( BERKHIDMAT UNTUK NEGARA )

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan Aiman , seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan berbagai-bagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan
Khidmat Negara ( PLKN ) . Cerita bermula apabila Aiman menerima sepucuk surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara yang dihantar oleh
posmen . Surat tawaran tersebut memaklumkan pemilihan Aiman sebagai salah satu pelatih PLKN . Keadaan ini menimbulkan konflik dalaman kepada
Aiman kerana dia sememangnya tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN itu disebabkan pengetahuan serta pemahamannnya yang kurang tentang
kebaikan seseorang remaja mengikuti program berkenaan . Selain itu , Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya
kerana dia berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup kemewahan .

Konflik antara Aiman dengan Nek Sinah bermula apabila di merakan Nek sinah seolah-olah mengatur kehidupannya apabila menjemputnya untuk
makan tengah hari . Oleh itu , dia melayan orang gajinya itu dengan kasarnya dan kurang sopan . Nek Sinah kecewa dengan sikap Aiman ynag tidak
menghormatinya sebagai orang tua . Walau bagaimanapun , Nek Sinah hanya bersabar ketika berhadapan dengan kerenah Aiman itu .

Cerita diteruskan dengan peristiwa Aiman di sekolah . Kawan-kawannya memberitahu Aiman tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti
PLKN . Aiman tawar hati apabila mendengar berita itu . Sundarani , Nora , Syuhada , Ah Tau , dan Aiman berbincang tentang PLKN . Masing-masing
melahirkan rsa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baru PLKN kecuali Aiman . Semasa sesi pembelajaran di kelas , Cikgu Dahari telah
menerangkan PLKN kepada Aiman dan rakan-rakann skelasnya dengan panjang lebar . Kebetula , Cikgu Dahari juga pengajar sambilan PLKN yang
memfokuskan modul PPSb , iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya .

Selaps pulang dari sekolah , Aiman mengemukakan masalah pemilihan namanya sebagai salah seorang pelatih PLKN kapada bapanya bagi meraih
simpati dan pertolongan . Puncak cerita dalam drama ini apabila hasrat Aiman meminta bantuan bapanya yang emmpunyai pengaruh dan kedudukan untuk
mengecualikan penyertaannya dalam PLKN tidak kesampaian apabila bapanya menolak kemahuannya . Sebaliknya , bapa Aiman bertegas agar Aiman
mengikuti PLKN kerana program tersebut banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman . Sementara itu , Puan Masnah , iaitu ibu Aiman
menyebelahi anaknya . Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN ats faktor keselamatan nyawa anaknya . Namun , bapanya tetep teguh dengan
pendirian asalnya .

Ketika Aiman melayari internet di biliknya , daia terbaca berita tentang kejayaan seniornya , Syufia mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati di
Kem Gerakhas , Desaru , Johor dan juga seniornya , Ziman yang berjaya hidup berdikari selepas menjalani program PLKN . Kejayaan mereka itu telah
menyuntik semangat baharu dalam dirinya . Akhirnya , Aiman tersebar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan
PLKN . Aiman berjanji akan mengikuti PLKN bagi membentuk dirinya supaya dapat berdikari seterusnya menyahut seruan berkhidmat untuk tanah air
tercinta .
TEMA

1. Tema drama ini ialah kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka dalam
Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) .

2. Terbitan rasa bangga dan teruja dalam kalangan generasi muda untuk mengikuti PLKN ini sudah pasti dapat melahirkan generasi muda yang
sentiasa siap siaga berkhidmat untuk negara , mengukuhkan pembinaan sahsiah diri di samping memupuk semangat perpaduan kaum dan integrasi
nasional .

PERSOALAN

1. Kesedihan generasi muda mengikut dasar kerajaan . Contohnya :

 Nora , Syuhada , Ah Tiau , dan Sundarani mewakili golongan generasi muda yang berasa bangga dan begitu teruja untuk mengikuti PLKN .

2. Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan . Contohnya :

 Sebagai bapa , Khir Ghazali bertanggungjawab untuk menyokong setiap dasar kerajaan dengan mewajibkan anaknya , Aiman menyertai
PLKN .

3. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak . Contohnya :

 Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya . Beliau memutuskan agar Aiman perlu menyertai PLKN untuk emmbentuk
sahsiah positif dalam diri anaknya itu yang diharapkan menjadi insan yang berguna kepada nusa dan bangsa .

4. Kesedaran tentang kepentingan menyertai program kerajaan . Contohnya :

 Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang salah terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita tentang PLKN di laman
sesawang . Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta .
5. PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diri generasi muda . Contohnya :

 Ziman berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuti dengan jayanya Program Latihan Khidmat Negara
( PLKN ) .

WATAK DAN PERWATAKAN

AIMAN

1. Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin Khir Ghazali .

2. Dia merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik .

3. Dia berumur 17 tahun .

4. Seorang yang bersifat agresif , iaitu dia menentang keras pemilihan namanya sebagai pelatih baharu PLKN .

5. Seorang yang suka tidur . Contohnya :

 Aiman akan tidur apabila mempunyai masalah untuk menenangkan fikirannya .

6. Seorang yang mementingkan kemewahan . Contohnya :

 Dia tidak mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas .

7. Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan . Contohnya :

 Dia menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah .

8. Seorang yang sedar akan kesilapan dan ingin berubah . Contohnya :


 Aiman sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN bagi memupuk sikap berdikari .

KHIR GHAZALI

1. Bapa kepada Aiman dan Dapnia .

2. Suami kepada Masnah .

3. Beliau berpangkat Datuk .

4. Seorang yang gigih bekerja . Contohnya :

 Khir Ghazali biasanya pulang ke rumah hanya pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki .

5. Seorang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat . Contohnya :

 Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruh untk mendapatkan pengecualian untuk Aiman supaya tidak
perlu menyertai PLKN .

6. Seorang yang berpendirian tegas . Contohnya :

 K hir Ghazali tegas dan tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Aiman sebagai pelatih PLKN yang baharu walaupun
dipujuk oleh Aiman dan Masnah .

7. Seorang yang berpandangan jauh . Contohnya :

 Khir Ghazali menerangkan faedah t=yang akan diperoleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di samping dapat membentuk sikap berdikari
dalam diri Aiman .
8. Seorang bapa yang penyayang . Contohnya :

 Khir Ghazali mahu Aiman menyertai PLKN supaya cuti sekolahnya selama tiga bulan itu akan terisi dengan aktiviti yang berfaedah .

9. Seorang yang bersifat merendah diri . Contohnya :

 Datuk Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya bagi mengeluarkan nama anaknya daripada senarai pelatih baharu
PLKN .

MASNAH

1. Ibu kepada Dapnia dan Aiman .

2. Beliau bergelar Datin .

3. Seorang yang penyayang . Contohnya :

 Dia tidak bersetuju Aiman menyertai PLKN kerana bimbang akan keselamatan anaknya .

4. Seorang yang sibuk dengan berbagai-bagai urusan . Contohnya :

 Dia telah menggunakan khidmat orang gaji bagi mengurus rumahnya .

5. Seorang yang mudah mengakui kesilapan diri . Contohnya :

 Masnah berasa bersalah dengan tindakannya memihak kepada Aiman dan cuba memujuk semula hati suaminya yang terluka .

CIKGU DAHARI

1. Beliau bertugas sebagai guru sastera di sekolah Aiman .


2. Beliau bertugas sebagai fasilitator sambilan di Kem PLKN yang telibat dalam pengajaran Modul PPSB – Program Penghayatan Sastera dan Budaya .

3. Seorang yang mudah mesra dan disenangi oleh orang lain . Contohnya :

 Dia begitu mesra melayani setiap pertanyaan anak-anak muridnya .

4. Seorang yang berpengetahuan luas tentang pelaksanaan PLKN . Contohnya :

 Dia berjaya menerangkan maklumat PLKN secara terperinci kepada anak-anak muridnya .

POSMEN

1. Dia bertugas sebagai penghantar surat .

2. Seorang yang berintegriti ketika melaksanakan tugasannya . Contohnya :

 Dia amanah dalam tugasnya menghantar surat-surat kepada pelanggannya .

3. Seorang yang suka memberikan nasihat . Contohnya :

 Dia menasihati Aiman agar berfikir secara mendalam mengenai penolakannya sebagai pelatih PLKN .

NEK SINAH

1. Orang gaji kepada keluarga Khir Ghazali .

2. Seorang yang berhemah tinggi dan berperwatakan lemah lembut . Contohnya :

 Dia menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap dengan Aiman .


3. Seorang yang penyabar . Contohnya :

 Dia tetap bersabar berhadapan dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya .

4. Seorang yang penyayang . Contohnya :

 Dia mengajak Aiman makan tengah hari dengan menggunakan kata panggilan “ nak ” .

5. Seorang yang prihatin . Contohnya :

 Nek Sinah memasakkan lauk kegemaran Aiman , iaitu ayam masak asam pedas bagi menambat hati Aiman .

LATAR

LATAR TEMPAT

1. Rumah Khir Ghazali .

 Posmen telah datang menghantar sepucuk surat tawaran kepada Aiman sebagi pelatih Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN )

2. Sekolah .

 Cikgu Dahari telah berbincang dengan anak-anak muridnya , iaitu Aiman , Nora , Ah Tiau , Sundarani , dan Syuhada berkaitan dengan
Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) di sekolah .

3. Bilik Aiman .

 Aiman melayari Internet menggunaka komputer riba di biliknya .


4. Latar tempat lain termasuklah

i. Kem Gerakhas , Desar , Johor .

ii. Kem De Bana , Jempol , Negeri Sembilan .

iii. Kem Paya Indah Wetland , Hulu Universiti

iv. Kantin sekolah

LATAR MASA

1. Cuti hujung minggu .

 Aiman bersantai di rumah dam melakukan perkara yang diinginkannya pada cuti hujung minggu .

2. Waktu tengah hari .

 Posmen datang ke rumah Khir Ghazali untuk menyampaikan sepucuk surat kepada Aiman , iaitu tentang pemilihan Aiman sebagai salah
seorang pelatih PLKN yang baharu pada waktu tengah hari .

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang mementingkan semangat patriotik / cinta akan negara . Contohnya :

 Kawan-kawan Aiman terdiri daripada Nora , Syuhada , Ah Tiau , dan Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih
sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) .
2. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga . Contohnya :

 Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya . Beliau mewajibkan Aiman menjadi pelatih baharu PLKN untuk membentuk
sahsiah anaknya itu supaya menjadi seorang insan yang mampu berdikari dan berguna kepada nusa dan bangsa .

3. Masyarakat yang berintegriti dan amanah ketika memikul tanggungjawab .

 Posmen meminta diri daripada Aiman untuk menyambung kerjanya menghantar surat kepada para pelanggan yang lain .

4. Masyarakat yang berpandangan jauh . Contohnya :

 Datuk Khir Ghazalimenerangkan faedah yang akan diperoleh Aiman apabila dia menyertai PLKN .

5. Masyarakat yang mempunyai pengaruh dan kedudukan dalam kalangan masyarakat . Contohnya :

 Datin Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian Aiman daripada
menyertai PLKN .

6. Masyarakat yang terlalu memanjakan anak . Contohnya :

 Datin Masnah tidak bersetuju dengan penyertaan Aiman sebagai pelatih PLKn kerana bimbang akan keselamatan nyawa anaknya .

7. Masyarakat yang berpendirian tegas . Contohnya :

 Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan Masnah .
PLOT

BINAAN PLOT

1. Bahagian pengenalan atau eksposisi drama ini mengisahkan watak Aiman yang menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmay Negara
sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) .

2. Cerita sampai kepada tahap perkembangan apabila Aiman menunjukkan berbagai-bagai reaksi setelah menerima surat tawaran daripada Jabatan
Latihan Khidmat Negara yang dihantar oleh posmen .

3. Cerita sampai kepada tahap perumitan apabila berlaku konflik dalam diri Aiman kerana dia sememangnya tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN
disebabkan pengetahuan serta pemahamannya berkenaan . Selain itu , Aiman juga berasa tawar hati apabila rakan-rakannya menyampaikan berita
tentang dirinya terpilih sebagai salah seorang pelatih PLKN di sekolah . Sebaliknya , rakan-rakan Aiman seperti Sundarani , Nora , Syuhada dan Ah
Tiau melahirkan perasaan gembira dan teruja kerana terpilih untuk menyertai PLKN .

4. Cerita sampai tahap klimaks apabila Aiman meinta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk mengecualikannya daripada
Program Latihan Khidmat Negara . Namun begitu , bapanya menolak kemahuannya itu . Bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana
program itu banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman . Ibu Aiman menyebelahi anaknya . Dia kurang bersetuju Aiman
mengikuti PLKN atas faktor keselamatan anaknya . namun , bapanya tetap teguh dengan pendirian asalnya .

5. Cerita sampai ke tahap peleraian apabila Aiman masuk ke dalam biliknya selepas usaha memujuk bapanya gagal . Aiman melayari Internet . Aiman
sedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap PLKN selepas membaca berita tentang kejayaan senior-seniornya semasa
mengikuti kursus PLKN bagi membentuk dirinya supaya dapat hidup berdikari seterusnya menyahut seruan untuk berbakti kepada tanah air yang
tercinta .
TEKNIK PLOT

Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot cerita .

1. Teknik pemerian . Pengarang menggambarkan sikap Aiman yang bersantai dan hanya melakukan perkara-perkara yang diminatinya sahaja pada cuti
hujung minggu . Contohnya :

 ( Cuti hujung minggu sudah menjadi seperti masa yang terbaik untuk AIMAN bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukannya .
Lahir daripada keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang ringgit , telah menjadikan dia manja serta malas . Segala kerja
di rumah akan dibantu oleh orang gaji . Pada tengah hari itu , sedang AIMAN duduk bersantai , muncul POSMEN menyampaikan sepucuk
surat yang akan merubah kehidupannya . Kelihatran POSMEN muncul dan menyerahkan surat kepada AIMAN ) . ( halaman 90-91 )

2. Teknik saspens . Pengarang menggunakan teknik saspens dengan membiarkan pembaca tertanya-tanya tentang keputusan yang bakal dibuat oleh
Datuk Khir Ghazali apabila anaknya , Aiman bercadang menggunakan kedudukan dan pengaruh bapanya untuk mengecualikan dirinya daripada
menyertai PLKN . Contohnya :

 ( Semua murid kelihatan gembira dengan penerangan CIKGU DAHARI , kecuali AIMAN . AIMAN masih tidak senang dengan keputusan yang
namanya terpilih untuk PLKN . seboleh-bolehnya dia mahu mengecualikan diri . Dia bercadang untuk berbincang dengan ayahnya demi
merealisasikan tujuannya . Dengan kedudukan dan pengaruh yang kuat AIMAN percaya bahawa ayahnya akan dapat membantu ) .
( halaman 101 ) .

3. Teknik kejutan . Pembaca dikejutkan dengan tindakan Datuk Khir Ghazali yang tidak mahu menggunakan kedudukan dan pengaruhnya bagi
mengecualikan penyertaan anaknya , Aiman daripada PLKN . Contohnya :

 AIMAN : masalahnya saya tak mahu pergi . Saya nak minta daddy tolong dapatkan pengecualian untuk saya . Saya tak sukalah program
macam itu !

KHIR GHAZALI : Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu , daddy akan kata tidak . Daddy mahu Aiman pergi sertai PLKN itu . Banyak faedah
yang akan Aiman dapat . Cubalah berfikir seperti orang dewasa , Aiman bukan budak-budak lagi . Jadilah manusia yang sentiasa
dahagakan ilmu dan pengalaman . Jangan hanya pandai meminta daripada berusaha . ( halaman 102-103 )
4. Teknik dialog . Dialog antara Aiman dengan posmen yang menghantar surat tawaran PLKN ke rumahnya . Contohnya :

 POSMEN : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali .

AIMAN : Ada , sayalah orangnya . Surat apa ini ?

POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara . Ini bermakna , adik terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat
Negara . Bagus program itu . kalau umur abang macam adik , pasti abang tak akan lepaskan peluang ini . ( halaman 91 )

5. Teknik konflik . Konflik yng belaku antara Aiman dengan Nek Sinah . Aiman kurang menyenangi gelaran yang digunakan oleh Nek Sinah kepadanya .
Contohnya :

 AIMAN : Hei , jangan panggil saya nak Aiman ! Saya bukan anak Nek Sinah . Nek Sinah tu Cuma orang gaji di rumah ini , faham ? Saya
belum lapar . Belum nak makan lagi . Saya nak tunggu Kak Dapnia balik , saya nak makan dengan dia .

NEK SINAH : Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini . Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak balim makan tengah hari , dia
banyak tugasan di universiti . Datin juga sibuk , malam baru dia pulang . ( halaman 92-93 )

6. Teknik monolog . Aiman berfikir sesuatu secra bersendirian sambil menanyakan dirinya tindakan yang perlu dibuat dengan surat tawaran PLKN yang
diterimanya . Contohnya :

 ( POSMEN berlalu . Tinggal AIMAN sendirian memikirkan sesuatu )

AIMAN : patutkah aku simpan surat ini atau aku buang sahaja ?
Hmm , kalau aku buang , nanti ada orang lain jumpa pula .
Hah , baik aku bakar ! Tak ada kesannya nanti . Baik aku simpan dulu , cukup kalau aku tak berminat , baru aku bakar .
( halaman 92 )
GAYA BAHASA DAN UNSUR BAHASA

1. Bahasa Arab . Contohnya :

 Assalamualaikum .

 Waalaikumussalam .

( halaman 97 )

2. Bahasa Inggeris . Contohnya :

a. Mummy . ( halaman 93 )

b. Daddy . ( halaman 102 )

3. Simile . Contohnya :

a. Cuti hujung minggu sudah menjadi seperti masa yang terbaik untuk AIMAN bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukan .
( halaman 90 )

b. Macamlah esok dah nak kiamat . ( halaman 93 )

c. ... terasa seperti ada sesuatu yang menarik pada hari itu . ( halaman 94 )
4. Metafora . Contohnya :

a. ... maka surat tawaran PLKN itu langsung tidak dibukanya ... ( halaman 92 )

b. Aku biasa mandi dengan air panas . ( halaman 94 )

c. Buta sejarah betul kau ini . ( halaman 95 )

5. Sinkope . Contohnya :

 Tak baik kau cakap macam tu kepada aku . ( halaman 94 )

6. Personafikasi . Contohnya :

 Lahir daripada keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang ringgit ... ( halamn 90 )

7. Inversi . Contohnya :

a. Tak fahamlah saya , bang .

Sepatutnya : Bang , saya yak fahamlah . ( halaman 91 )

b. Memang bagus program itu .

Sepatutnya : Program itu memang bagus . ( halaman 92 )

c. Malaslah aku kalau fasal tu .

Sepatutnya : Aku malaslah kalau fasal tu . ( halaman 94 )


8. Perulangan kata atau repitisi . Contohnya :

a. Aku tak suka , tak suka . ( halaman 94 )

b. Aiman minta daddy dapatkan pengecualian tapi daddy tak mahu tolong . ( halaman 103 )

9. Peribahasa . Contohnya :

a. Duri dalam daging . ( halaman 89 )

b. Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri . ( halaman 95 )

c. Lurus bendul . ( halaman 95 )

NILAI

1. Nilai kasih sayang . Contohnya :

 Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya . Beliau memutuskan agar Aiman menghadiri PLKN untuk membentuk peribadi
anaknya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada nusa dan bangsa .

2. Nilai baik hati . Contohnya :

 Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut .

3. Nilai tanggungjawab . Contohnya :

 Cikgu Dahari melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan baiknya apabila turut menyentuh isu tentang pelaksanaan dan
keberkesanan PLKN untuk membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik .
4. Nilai cinta akan negara / patriotisme . Contohnya :

 Kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora , Syuhada , Ah Tiau , dan Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama
mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara .

5. Nilai kegigihan . Contohnya :

 Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang Program Penghayatan Sastera dan Budaya ( PPSB
).

6. Nilai hemah tinggi . Contohnya :

 Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah lembut ketika mengajak Aiman mekan tengah hari walaupun Aiman melayannya dengan sikap
kurang sopan .

7. Nilai berpandangan jauh . Contohnya :

 Datuk Khir Ghazali ingin Aiman menyertai PLKN untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni di samping menanam
semangat patriotik dalam jiwa anaknya .

8. Nilai berdikari . Contohnya :

 Syufia telah berjaya membentuk sikap berdikari apabila terpilih sebagai pelatih terbaik wirawati untuk Kem Gerakhas , Desaru , Johor dalam
Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) .

9. Nilai kesedaran . Contohnya :

 Aiman sedar akan sikap negaranya terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita PLKN di laman sesawang . Dia berazam untuk
menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara .
10. Nilai kesabaran . Contohnya :

 Nek Sinah bersabar dengan sikap biadab Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua .

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memupuk semangat patriotik / cinta akan negara dalam kalangan generasi muda .

 Cikgu Dahari memberikan sokongan kepada Nora , Sundarani , dan Ah Tiau yang bersemangat kerana terpilih untuk mengikuti PLKN .

2. Kita perlulah menjadi seorang insan yang berintegriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab . Contohnya :

 Posmen menjalankan tugasnya menghantar surat-surat pelanggan dengan penuh integriti .

3. Kita mestilah rajin membaca bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas dalam satu-satu perkara . Contohnya :

 Cikgu Dahari rajin membaca dan mendalami maklumat berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) .

4. Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadab . Contohnya :

 Nek Sinah bersabar dengan sikap biadab Aiman yang tidak emnghormatinya sebagai orang tua .

5. Kita perlulah berpandangan jauh dalam usaha membina kehidupan yang lebih sempurna . Contohnya :

 Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila menyertai PLKN .

6. Kita mestilah berpendirian tegas dan teguh ketika menegakkan satu-satu perkara yang bermanfaat kepada nusa dan bangsa . Contohnya :

 Datuk Khir Ghazali tatap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan Datin Masnah .

7. Kita hendaklah gigih mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga . Contohnya :
 Datuk Khir Ghazali selalu pulang ke rumah pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki untuk menyara keluarganya .

8. Kita mestilah adil dan seksama ketika membuat satu-satu keputusan dengan tidak menggunakan pangkat dan pengaruh yang ada . Contohnya :

 Datuk Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk mengecualikan anaknya daripada mengikuti PLKN .

Anda mungkin juga menyukai