Anda di halaman 1dari 2

BULATAN

BAHAGIAN BULATAN
1. JEJARI
 Garis lurus dari pusat bulatan ke seberang titik pada lilitan bulatan.

2. LILITAN
 Perimeter sebuah bulatan.

3. PUSAT
 Satu titik tetap yang berjarak sama dari semua titik pada lilitan bulatan.

4. TEMBERENG
 Rantau yang dibatasi oleh satu lengkok dan satu perentas.
 Tembereng mempunyai dua iaitu tembereng minor dan tembereng
major.

5. SEKTOR
 Rantau yang dibatasi oleh satu lengkok dan dua jejari.
 Sektor mempunyai dua iaitu sektor minor dan sektor major.

6. LENGKOK
 Lengkok adalah sebahagian daripada lilitan.
 Lengkok mempunyai dua iaitu lengkok minor dan lengkok major.

7. PERENTAS
 Garis lurus yang menyambung sebarang dua titik pada lilitan.

8. DIAMETER
 Garis lurus yang menyentuh lilitan dan melalui pusat bulatan.
SIFAT SIMETRI PERENTAS
 Diameter sebuah bulatan merupakan suatu paksi simetri bulatan
tersebut.
 Jejari yang berserenjang dengan perentas membahagi dua sama
perentas itu.
 Pembahagian dua sama serenjang dua perentas bertemu di pusat
bulatan .
 Perentas yang sama panjang menghasilkan lengkok yang sama
panjang.
 Dua perentas yang sama panjang adalah sama jarak dari pusat
bulatan dan sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai