Anda di halaman 1dari 3

2 . 12 .

2021

( TATABAHASA DEWAN – halaman 61 – 68 Kata Tunggal , halaman 73 – 75 Kata Majmuk )

KATA TUNGGAL

1. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau
tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata
tunggal .

2. Dua jenis kata tunggal :

- Kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata

- Kata tunggal yang emngandungi dua suku kata atau lebih

3. Terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti itu , ini , situ ,
sana , namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk
diperluas dan menjadi bentuk terbitan .

KATA MAJMUK

1. Proses pemajmukan ialah proses merangkai dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang
terhasil membawa makna tertentu .

2. Kata majmuk dipisahkan kepada tiga kelompok :

i. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas

 Gambar rajah , alat tulis , bandar raya , tengah hari , kapal terbang , terima
kasih , merah muda

 Termasuk gelaran – Perdana Menteri , Naib Canselor , Raja Muda ,


Setiausaha Politik .

ii. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus

 Hak milik , pita suara , darah panas , kemas kini , cari gali , reka bentuk , garis
pusat , lut sinar

iii. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa

 Kaki ayam , anak emas , berat tangan , duit kopi , makan angin , pilih kasih ,
buta hati
KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah mantap dan dianggap satu
perkataan yang utuh walaupun dalam bentuk kata tersebut mengandungi dua kata dasar . Perkataan
itu dieja satu perkataan .

1. antarabangsa ( APEK )

2. beritahu ( bawa )

3. bumiputera ( bakul )

4. jawatankuasa ( jalan )

5. kakitangan ( kiri )

6. kerjasama ( kanan )

7. matahari ( macam )

8. olahraga ( orang )

9. pesuruhjaya ( perempuan )

10. sukarela ( suka )

11. suruhanjaya ( senyum )

12. setiausaha ( senyum )

13. tanggungjawab ( tak )

14. tandatangan ( tentu )

15. warganegara ( waktu )


CONTOH AYAT KATA TUNGGAL

1. Bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan mampu meningkatkan beban para peniaga
kecil yang terkesan akibat pendemik COVID-19 .

2. Ramai penonton bersorak dan memberikan tepukan gemuruh kepada para peserta
acara lari dalam guni yang semakin hampir ke garisan penamat .

3. Pergerakan badan dengan cara mendaki , memanjat dan menurun bukut merupakan
aktiviti terbaik bagi meningkatkan stamina badan serta merehatkan minda .

4. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini agar
negara akan segera bebas daripada ancaman virus berbahaya ini .

CONTOH AYAT KATA MAJMUK

1. Pemilik resort itu menawarkan selam skuba sebagai aktiviti utama dalam tempoh
percutian kepada setiap pelancong .

2. Pelanggan dinasihati menempah lebih awal kerana aktiviti luncur udara bergantung
kepada cuaca semasa .

3. Ayah membina luncur air sepanjang satu kilimeter di tanah peninggalan arwah nenek .

4. Sukan luncur jet menuntut pengguna untuk mengenakan jaket keselamatan .

AKTIVITI 3 : Terokai meklumat lanjut tentang kepentingan sukan air kepada negara dan
persembahkannya dalam bentuk syarahan

Anda mungkin juga menyukai