Anda di halaman 1dari 4

27 . 6 .

2021

KARANGAN BAHAGIAN 1 ( JENIS SURAT )

Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah gangguna bekalan air di kawasan tempat
tinggal anda . Sebagai seorang wakil penduduk , tulis sepucuk surat kepada pihak penguasa
tempatan untuk mengadukan gangguan bekalan air di kawasan tempat tinggal anda dan cadangkan
tindakan yang perlu diambil .

Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan .

Rangka Karangan

Isu : Gangguan Bekalan Air

Kehendak Soalan :

i) Masalah
ii) Cadangan / langkah

Format : Surat Kiriman Rasmi

Perenggan 1

Pendahuluan

- Memeprkenalkan diri

- Menyatakan tujuan menulis surat

Perenggan 2

Isi 1 : Keadaan kawasan tempat tinggal

- Mengganggu aktiviti memasak

- Mengganggu kegiatan membersih dan membasuh

- Menyulitkan urusan rumah tangga


Perenggan 3

Isi 2 : Kesan gangguan bekalan air

- Memaksa kebanyakan penduduk di kawasan ini untuk makan di luar

- Mengakibatkan berlaku pembaziran wang

- Terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi

Perenggan 4

Isi 3 : Cadangan tindakan yang harus diambil

- Kerap memeriksa dan menggantikan alat pengepaman di loji rawatan air .

- Menukarkan paip yang berkarat dengan paip yang baharu dari semasa ke semasa

- Menghantar bekalan air yang mencukupi untuk digunakan oleh bilangan penduduk yang
besar .

- Ketibaan lori-lori pengangkutan air juga perlulah menepati jadual .

Perenggan 5

Penutup

- Harapan

- Penghargaan
KARANGAN CONTOH SEPENUHNYA :

No. 65 , Lot 13555 ,

Jalan Besar Kampung Baru ,

Taman Dahlia ,

46400 Semenyih ,

Selangor Darul Ehsan .

..................................................................................................................................................................

Pengarah ,

Jabatan Bekalan Air Selangor ,

43000 Kajang ,

Selangor Darul Ehsan . 11 April 2021

Tuan ,

Masalah Gangguan Bekalan Air dan Cadangan Tindakan yang Perlu Diambil

Merujuk perkara diatas , sebagai mewakili penduduk Taman Dahlia , saya menulis surat ini bertujuan
untuk mengadukan masalah gangguan bekalan air yang menimbulkan banyak kesulitan dalam
kegiatan seharian para penduduk di kawasan ini . Di samping itu , saya juga ingin mengetengahkan
beberapa cadangan tindakan yang perlu diambil demi kepentingan penduduk di petempatan ini .

2. Untuk makluman tuan , kami telah menghadapi masalah bekalan air ini sejak seminggu yang
lalu . Sebenarnya , kami tidak diberikan sebarang notis tentang agngguan bekalan air ini . Gangguan
bekalan air secara tidak berjadual ini sudah tentu menyukarkan penduduk sehingga menganggu
aktiviti harian seperti mamasak , emmbersih dan membasuh serta segala urusan rumah tangga .

3. Kami berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera demi keselesaan dan
kepentingan penduduk di kawasan ini . Antara tindakan yang kami cadangkan ialah kerap memeriksa
dan menggantikan alat pengepaman di loji rawatan air . Selain itu , kami berharap pihak tuan dapat
menghantar bekalan air yang mencukupi untuk digunakan oleh bilangan penduduk yang ramai di
kawasan ini . Kami sangat berharap mutu perkhidmatan pihak tuan dapat dipertingkatkan .

Akhir kata , besar harapan kami agar tuan mengambil tindakan segera supaya masalah air di
kawasan kami dapat diselesaikan secepat mungkin . Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan
kami dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih .

Sekian , terima kasih .


Saya yang benar ,

Haikal
( HAIKAL BIN DAHLAN )

Wakil Penduduk ,

Taman Dahlia , Semenyih ,

Selangor Darul Ehsan .

Anda mungkin juga menyukai