Anda di halaman 1dari 18

Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja

Ogos 18, 2018 — mindabahasa

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen


dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun
perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan
sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh
membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’
Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian
meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru


ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana
berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi
penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk
menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga
menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut
hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai


media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-
iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta
mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-
kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen
ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat
dikurangkan.

Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun


yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat
sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak
kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat
menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-
kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan
mengamalkan gaya hidup sihat.

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang


amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan
perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk


menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang
berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan
kempen ini akan berjaya.
Contoh Karangan Pendapat : Isu Dadah
Jun 4, 2007 — mindabahasa

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah


yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P.
Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak
polis? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis
dadah yang harus diberi perhatian serius kerana
penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis,
syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”,
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan
bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang
berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus
diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh
nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi
asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif
yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti
menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan
tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan
kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami


masalah dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan
‘hippie’ dan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau Pinang.
Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah
telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat
dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi harapan
bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam
khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna
kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan
hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap
pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah yang perlu
untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat
ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh
diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta
Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985)
walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati
mandatori. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan kempen
antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian,
tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul
bersama.

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan


penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini,
golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan
mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini,
mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk
disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan
menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka
amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini.
Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis,
benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya
menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian
daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus
sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah
penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan
sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk
mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita


terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara
sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana
keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya
pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada
kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana
kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan
peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun
2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan
program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini
dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar
sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi
mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut
laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah
30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru
manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas
menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program
pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar
menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan


penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok.
Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam
rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka
beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi
keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin.
Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam
memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan
untuk mendapatkan dadah.

Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan


pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak
sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-
kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan
jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-
otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal
pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka
akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya
mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan
penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang


tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan
wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama
menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat
daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya
satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi
Dadah Habis-Habisan”.
KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke
semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu
kereta, lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa.
Negara kita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar
kemalangan jalan raya yang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes
kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri.

Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih
dan mengantuk. Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak
menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandu
dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini
seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya
dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.

Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah
memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika
memandu. Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya
dan kawalan lalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka masih berdegil dan
memandu sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain.
Malah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan
raya seperti yang biasa dilakukan oleh golongan remaja.

Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-


langkah yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan
rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan
daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan
Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para
pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu.
Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau
saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk
menyedarkan pengguna jalan raya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting
dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi
kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka


tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan
pengguna jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk
memastikan keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana
kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut
terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan
perjalanan.

Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab


pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku
dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua
pihak. Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi
kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah
dielakkan demi kesejahteraan bersama.
Isi Penting Esei Pelancongan
Jun 30, 2008 — mindabahasa

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang

kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam

bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia.

Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk

pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan

pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran

asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi

jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke

Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai

menerima pelancong di Asia Timur - selepas China dan Hong Kong.

* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang

sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik

pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.


· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang

dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain

yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam

pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru

negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan

dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang

sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa,

kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem

pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya

menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong

yang melawat Malaysia.

· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung

kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang

melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar

negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada

`cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang

sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai

pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan

datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka.

Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan.

Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran

pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam,

pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan

dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang

baik kepada para pelancong.


· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai

cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu

anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada

pelancong.

· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan

dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi

merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan

industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan

pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di

dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka

dengan sebaik-baiknya.

· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan

industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan

Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh

besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan

persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi

Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta

Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa

Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai

program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri

ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan

sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak

akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta.

Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan

sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan,


perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat

membeli-belah.

· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-

industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta

menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa

kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan

kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor

swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga

harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri

ini.

· Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan

di tempat-tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal

pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa

menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan

pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong

dalam negeri.

· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh

meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi

pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi

industri itu.

· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi

lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti

perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong

luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan,


seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak

meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan

kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan

memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan

berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada

pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula

jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan

ikan dan sebagainya.


Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat
Mei 15, 2007 — mindabahasa

Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan

negara kita dari segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu

kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah

diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi

maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis

pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada

Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan

belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era

‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk

memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam

hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan

sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau

lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan

seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan

kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau

negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan,

ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa

kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat

dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia


telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan

adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan

memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak

lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah

dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan

lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya.

Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di

suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut

berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami

akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut

memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan

komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke

sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang

pendidikan.

Hadirin yang budiman,

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat

dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan

multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-

commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-

niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir

semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web

mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna

dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’

bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan

perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari

dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-


syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak

beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang

mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan

nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan

multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,

Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti

dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media

secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti

manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta

dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan

adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat

melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi

maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah,

kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada

pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates

(Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia

sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat

multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat

pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati.

Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan

Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan

negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media

mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat

Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada

di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat

berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-

bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-

mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan

dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional

dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan

sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon

dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu,

hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh

perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat

persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat

pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media

satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas

daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus

kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada

pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan

kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin.

Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku

rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang

disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-

burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-

menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar

dibendung oleh sesiapa.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah

terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan

pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya

dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks

dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini.

Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan

memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan

mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga

merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak

kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para

guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah

kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata

tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat

perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan

remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain

seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme

mula bertapak di sanubari anak-anak.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi

yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks

Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan

dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak

di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa

kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat

boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan

masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam


negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan

yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi

oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media

yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum

wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan,

namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka

keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah

bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai