Anda di halaman 1dari 4

10 . 10 .

2021

DIASINGKAN MENJADI PERENGGAN PENDAHULUAN , ISI , DAN PENUTUP

- Pendahuluan – Bahan 1

- Perenggan 2 , Bahan 2 + Bahan 3 – Isi 1

- Perenggan 3 , Bahan 2 + Bahan 3 – Isi 2

- Perenggan 4 , Bahan 2 + Bahan 3 – Isi 3

- Penutup – Idea sendiri

Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan berjumat cermat .

Huraikan pendapat anda tentang amalan berjimat cermat .

Panjangnya huraian hendaklah anatar 150 hingga 200 patah perkataan

PERENGGAN PENDAHULUAN – 30 PP

A1 ISU SEMASA – TEMA AMALAN BERJIMAT CERMAT

A2 HURAIAN – MENGAPA ( IDEA SENDIRI )

A3 KEHENDAK SOALAN

A1 Amalan berjimat cermat perlu dimulakan oleh ibu bapa di rumah .

A2 Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil agar tidak membebankan ahli
keluarga .

A3 Lantaran itu , amalan ini perlu dibudayakan dalam rutin kehidupan kerana benyak
kelebihannya .
PERENGGAN ISI 1 – 45 PP

A1 MAKLUMAT DALAM BAHAN 1

A2 MAKLUMAT DALAM BAHAN 1

A3 MAKLUMAT DALAM BAHAN 1

A1 Manfaat utama daripada amalan berjimat cermat ialah wang lebihan dapat
disimpan .

A2 Wang tersebut dapat digunakan untuk membeli barang keperluan peribadi jika
diperlukan kerana sehari selembar benang , lama-kelamaan menjadi kain .

A3 Contohnya , kita merancang perbelanjaan seharian agar tidak berlaku sikap boros
ketika berbelanja sehingga kesempitan wang .

PERENGGAN ISI 2 – 45 PP

A1 MAKLUMAT DALAM BAHAN 2

A2 MAKLUMAT DALAM BAHAN 2

A3 MAKLUMAT DALAM BAHAN 2

A1 Seperkara lagi , amalan berjimat cermat juga membantu seseorang untuk membiayai
kos pendidikan yang semakin meningkat .

A2 Hal ini dikatakan sedemikian , lantaran yuran pengajian di kolej atau universiti
semakin meningkat dari masa ke masa .

A3 Tamsilannya , kita menjaga barangan dengan baik dan menggunakannya dengan


cermat agar tidak berlaku pembaziran wang .
PERENGGAN ISI 3 – 45 PP

A1 MAKLUMAT DALAM BAHAN 2

A2 HURAIAN – MENGAPA ( IDEA SENDIRI )

A3 CONTOH – BAHAN 3

A1 Seterusnya , kita juga dapat menggunakan wang ketika waktu kecemasan jika
berjimat cermat .

A2 Kita tidak mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan terutamanya
aspek kesihatan diri kerana malang tidak berbau .

A3 Misalanya , menggunakan tenaga elektrik dan air dengan bijak supaya wang dapat
dijimatkan untuk tabungan masa kecemasan .

PERENGGAN PENUTUP – 30 PP

A1 KESIMPULAN ( IDEA SENDIRI / BAHAN 1 )

A2 CADANGAN ( IDEA SENDIRI )

A3 HARAPAN ( IDEA SENDIRI )

A1 Secara tuntasnya , dapat dirumuskan bahawa amalan berjimat cermat amalan mulia .

A2 Lantaran itu , komitmen semua pihak dalam membudayakan amalan ini amat
dititikberatkan .

A3 Hal ini seiring dengan ungkapan sediakan payung sebelum hujan agar hidup lebih
terang dan bahagia .
KARANGAN LENGKAP :

Amalan berjimat cermat perlu dimulakan oleh ibu bapa di rumah . Ibu bapa perlu mendidik
anak-anak sejak kecil agar tidak membebankan ahli keluarga . Lantaran itu , amalan ini perlu
dibudayakan dalam rutin kehidupan kerana benyak kelebihannya .

Manfaat utama daripada amalan berjimat cermat ialah wang lebihan dapat disimpan . Wang
tersebut dapat digunakan untuk membeli barang keperluan peribadi jika diperlukan kerana sehari
selembar benang , lama-kelamaan menjadi kain . Contohnya , kita merancang perbelanjaan seharian
agar tidak berlaku sikap boros ketika berbelanja sehingga kesempitan wang .

Seperkara lagi , amalan berjimat cermat juga membantu seseorang untuk membiayai kos
pendidikan yang semakin meningkat . Hal ini dikatakan sedemikian , lantaran yuran pengajian di
kolej atau universiti semakin meningkat dari masa ke masa . Tamsilannya , kita menjaga barangan
dengan baik dan menggunakannya dengan cermat agar tidak berlaku pembaziran wang .

Seterusnya , kita juga dapat menggunakan wang ketika waktu kecemasan jika berjimat
cermat . Kita tidak mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan terutamanya aspek
kesihatan diri kerana malang tidak berbau . Misalanya , menggunakan tenaga elektrik dan air dengan
bijak supaya wang dapat dijimatkan untuk tabungan masa kecemasan .

Secara tuntasnya , dapat dirumuskan bahawa amalan berjimat cermat amalan mulia .
Lantaran itu , komitmen semua pihak dalam membudayakan amalan ini amat dititikberatkan . Hal ini
seiring dengan ungkapan sediakan payung sebelum hujan agar hidup lebih terang dan bahagia .

Anda mungkin juga menyukai