Anda di halaman 1dari 5

Menabung untuk Kebahagian Masa Depan Kita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik.

Bagi mencapainya, kita perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Faedah Menabung Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan. Meningkatkan Pendapatan Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah. Meningkatkan Kualiti Hidup Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya: Membiayai Pendidikan Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita. Membeli Rumah Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini. Tanggungjawab Berumahtangga Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang. Membeli Barang Keperluan Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah. Keselesaan Hidup dalam Persaraan

Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung. Menyediakan Payung Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka. Berdikari dari Segi Kewangan Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna. Menabung melalui Amalan Berhemat Amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung. Berjimat Cermat Kita hendaklah berjimat cermat dalam menggunakan sumber-sumber yang ada seperti elektrik, air dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan. Merancang Perbelanjaan Jikalau kita merancang segala perbelanjaan dengan cermat, kita dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Hasilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh ditabung. Amalan Bersederhana Apabila taraf hidup kita meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan berlebihan dan bersikap mementingkan kebendaan. Tabiat ini perlulah dicegah. Kita harus mengamalakan cara hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan masa depan.

FAEDAH MENABUNG SEJAK KECIL Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik, kita seyogianya memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang, kita dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya. Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Dalam marcapada, menabungkan wang dikatakan dapat mendisiplinkan diri kita. kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Apabila menabung, prinsip sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Wang tabungan ini dapat mengekang diri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros. Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi

kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam bagai lebah mengumpulkan madu demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna. Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti menabung. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa hadapan. Mereka akan menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana asal ditugal, adalah benih. Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Di samping menabung, kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangan dunia perbankan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. Daripada perspektif ekonomi, kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan negara daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak seberapa yang kita laburkan dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali gus menstabilkan ekonomi negara. Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya.

Soalan: Amalan menabung merupakan salah satu proses yang baik dalam kehidupan individu terutama di kalangan remaja. Jelaskan kepentingan-kepentingan menabung di kalangan remaja dan cara-cara yang boleh diambil bagi menggalakkan remaja untuk menabung. Tulis pendapat anda selengkapnya.

Pendahuluan: -Pada zaman pasca merdeka, kadar perbelanjaan harian semakin meningkat. - Tidak kira apa pun, semuanya memerlukan wang. - Makan, perbelanjaan seharian. - Pokoknya, wang adalah segala-galanya pada hari ini. Isi Pertama: AT: - Amalan menabung merupakan persediaan untuk menghadapi detik kecemasan. AH: - Apabila berlaku kecemasan, kita akan memerlukan wang untuk menyelesaikan masalah tersebut. - Jika kita mempunyai wang tabungna, kita tidak perlu risau mencari wang dalam tempoh yang singkat. AC: - Jika berlaku kebakaran, kita tidak perlu berfikir mengenai kehidupan hari esok sekiranya kita menbung di bank. AP: - Amalan menabung mampu menyelamatkan kita ketika kecemasan

Isi Kedua: AT: - Kita boleh membeli apa sahaja dengan wang tersebut. AH: - Pada masa yang sama, kita tidak perlu menyusahkan orang lain untuk membeli sesuatu yang kita kehendakai. AC: - Kita boleh membeli buku rujukan dengan wang tabungan kita.

AP: - Selain menjadikan kita lebih berdikari, amalan menabung dapat mendidik kita supaya mengahrgai segala harta kita.

Isi ketiga: AT: - Mendidik golongan remaja supaya tidak membazir. AH: - Tambahan pula, banyak perkara yang tidak berfaedah hari ini mempengaruhi remaja untuk melabur wang mereka. AC: - Pusat-pusat permainan menjadi pilhan remaja menghabiskan wang lebihan mereka. AP: - Amalan menabung kana menjauhkan remaja daripada membazirkan wang untuk perkara yang tidak berfaedah.

Isi Keempat: AT: - Untuk mengalakkan remaja menabung, ibu bapa boleh mengurangkan wang saku anak-anak dan tidak terlalu mengikut kemahuan mereka. AH: - Hal ini akan menimbulkan kesedaran kepada remaja sekaligus memaksa mereka menyimpan wang untuk mendapatkan kemahuan mereka. AC: - Apabila keinginan mereka untuk memiliki sesuatu barang tidak diendahkan ibu bapa, mereak akan cuba menyimpan wang sendiri. AP: - Ibu bapa tidak seharusnya mengajar anak-anak dengan limpahan kemewahan tetapi mengajar anak-anak berdikari

Isi Kelima: AT: - Pihak Bank Negara boleh melaksanakan program khas untuk remaja. AH: - Jika mereka membuka akaun berdasarka pakej ini, mereka akan mendapat pelbagai faedah. AC: - Dengan menggunakan pakej ini, mereka akan mendapat perlindungan insurans dan menjadi ahli Kelab Rakan Muda. AP: - Menyimpan wang di bank juga merupakan salah satu cara untuk menggalakkan amalan menabung dalam kalangan remaja. Penutup: - Amalan menabung sangat penting dan amat baik jika diamalkan. - Dengan menabung, kehidupan kita akan lebih terjamin setiap masa. - Oleh hal yang demikian, semua pihak mempunyai peranan masing-masing untuk menggalakkan remaja hari ini supaya menabung. Cara-cara menghormati guru
Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara. .Guru juga merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak di sekolah kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk menghargai jasa guru. Guru akan berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Guru juga mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, pelajar boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Pelajar juga tidak boleh sombong terhadap guru. Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah mereka.. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan,guru akan membetulkannya. Dengan ini pelajar dapat membuat pembetulan.. Mereka juga boleh menghargai guru dengan

cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam

pelajaran. Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh,mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme,vandalisme,ponteng sekolah,melepak dan lain-lain. Oleh itu,jadilah pelajar yang berdisiplin. Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Mereka juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan hari guru pada 16 Mei. Pelajar boleh menghargai guru dengan mengenang jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa. Sebagai contoh, ketika guru sakit, kita hendaklah menziarahinya. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga terhadap pelajarnya. Sesungguhnya,guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain. Oleh itu,setiap pelajar perlu menghargai guru. Hal ini kerana guru telah berjaya melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Janganlah kita membenci guru kerana sikap ini tidak bermoral.

Anda mungkin juga menyukai