Anda di halaman 1dari 4

Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat

resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu
identiti kepada kaum tersebut.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada
masyarakat dan negara kita.
Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita
mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain
terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai
pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau
budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan
sewajarnya.
Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah
yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan
kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti
memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika
hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal
budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya
mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.
Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang
paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada
generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang
mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya
tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu membuktikan rasa hormat mereka
tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan
budaya.
Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai
murni dan sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada
diri remaja negara ini. Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan
nada yang kasar, lari dari rumah, dan suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan
dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan menonjolkan rasa hormat dan sikap
atau jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi individu yang terbilang.
Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan
luput ditelan zaman. Seperti kata pribahasa , tak lapuk dek hujan , tak lekang dek
panas. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang
sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan
perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya
bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif
tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan

mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.


Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling
bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua
kaum harus mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap
hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum
lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya
menguatkan semangat perpaduan kita.
Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang
arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah
kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai
lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke
arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan.
Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah
mencapai kemodenan hidup.

membuat perbandingan harga


membeli barangan yang berkualiti
membuat senarai barang

Mutakhir, isu berkaitan dengan pengguna yang bijak saban waktu diuar-uarkan
dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat
diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah beriltizam dan komited
untuk menjadi seorang pengguna yang bijak kerana di mana adakemahuan, di situ
ada jalan. Persoalannya, apakah ciri-ciri pengguna yang bijak?

Pada hemat saya, antara ciri yang paling dominan adalah dengan membuat
perbandingan harga. Hal ini demikian kerana, harga sesuatu barangan yang dibuat
perbandingan terlebih dahulu dapat mengelakkan pengguna daripada dieksploitasi
oleh peniaga yang bersifat lintah darah. Dengan berbuat demikian, pengguna yang
bijak dapat memilih barangan pada harga yang lebih murah tetapi berkualiti.
Sebagai contoh, seseorang pengguna tidak terlalu ghairah dengan pelbagai
tawaran menarik daripada jualan murah yang dipromosikan. Sebaliknya, mereka
perlulah membuat perbandingan harga barangan tersebut terlebih dahulu kerana
biar alah membeli asal menang memakai. Tegasnya, pengguna yang membuat
perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli
sesuatu barangan dapat dikategorikan sebagai pengguna yang bijak
Selain itu, membeli barangan yang berkualiti juga merupakan antara kriteria
pengguna yang bijak. Saya berpendapat demikian kerana barangan berkualiti yang
dibeli oleh pengguna dapat memberi kepuasan yang maksimum kepada mereka
berbanding dengan barangan tiruan. Dalam konteks ini, pengguna yang membeli
barangan yang berkualiti tidak berkira tentang harga sesuatu produk asalkan
mereka memperoleh nilai faedah yang tinggi daripada barangan tersebut. Cuba kita
bayangkan, jika pengguna tidak membeli barangan yang berkualiti mungkin mereka
akan terdedah kepada pelbagai risiko penipuan. Buktinya, kerajaan sentiasa
menyarankan para pengguna supaya membeli barang yang berkualiti melalui
pelbagai media massa dan dalam masa yang sama, kerajaan amat serius dalam
membanteras barangan tiruan. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, pengguna

yang mengutamakan pembelian barangan yang berkualiti dapat digolongkan


sebagai pengguna yang bijak .

Elemen-elemen pengguna bijak yang berikutnya ialah membuat senarai barang


sebelum membeli. Analoginya cukup mudah. Senarai barang yang dibuat sebelum
membeli akan banyak membantu pengguna daripada membeli secara boros dan
membazir kerana perbuatan membazir itu adalah amalan syaitan. Hal ini
bermaksud, seseorang pengguna seharusnya merancang pembelian terlebih dahulu
agar mereka tidak mudah terpesona dengan pelbagai tawaran yang ada kalanya
bersifat ada udang di sebalik batu. Realitinya pada hari ini, pengguna sudah kurang
membuat senarai barangan untuk dibeli kerana mereka terpengaruh dengan
kaedah beli-belah yang bersifat window shopping yang menjadi trend masyarakat
pada hari ini. Justeru, saya optimis pengguna yang membuat senarai barangan
terlebih dahulu sebelum membeli merupakan pengguna yang menepati ciri-ciri
pengguna yang bijak.

Sebagai natijahnya, setiap pengguna mestilah berusaha untuk menjadi pengguna


yang bijak supaya tidak mudah dieksploitasi dan dimanipulasi oleh peniaga yang
sentiasa mengintai peluang untuk mengaut keuntungan dengan cara yang tidak
bermoral. Kita mestilah menggembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

Anda mungkin juga menyukai