Anda di halaman 1dari 3

Balai Nobat

Perkataan Nobat merujuk kepada gendang besar yang dipalu pada waktu yang tertentu
atau sebuah kumpulan muzik yang bermain dihadapan istana Raja atau Sultan.
Selain itu, Nobat juga didefinisikan sebagai sekumpulan Pancaragam Melayu yang biasanya
dimainkan ketika Raja ditabal. Istilah menobatkan ini membawa maksud memainkan ke atas
tahta kerajaan atau menjadi raja. Nobat dikatakan berasal dari perkataan Parsi "Naubat"
yang membawa erti sembilan alat.
Ada sesetengah berpendapat bahawa Nobat sepatutnya disebut sebagai "Nao-bat" yang
berasal dari bahasa Sanskrit yang juga membawa maksud penggabungan sembilan alat
muzik.
Berdasarkan dari pengertian di atas, boleh dibuat kesimpulan bahawa Nobat membawa
maksud sembilan alat-alat bunyian yang dimainkan untuk upacara-upacara yang berkaitan
dengan lingkungan Istana sahaja, memang boleh diterima makna Nobat ini kerana dalam
permainan Nobat, ia mempunyai sembilan jenis alat bunyian iaitu:

Dua serunai - bunyi berlagu dan bunyi selurus

Nahara

Nafiri

Gong

Dua gendang besar

Dua cheng-cheng - satu kecil dan satu besar

Menurut Sejarah Melayu, Raja Bentan merupakan Raja yang pertama dari golongan istana
yang memainkan Nobat. Baginda memerintahkan supaya dimainkan Nobat sempena
pertabalan Seri Tri Buana, dan semenjak itu Nobat mula digemari oleh keluarga istana di
Alam Melayu.
Tarikh pertabalan tidak dinyatakan tetapi besar kemungkinan kira-kira 1200 Masihi. Raja
Bentan telah belayar ke Timur Tengah dan membawa balik satu orkestra yang mengandungi
tiga gendang besar dan satu trompet panjang yang dikenali sebagai Nobat. Disinilah
bermulanya kedatangan Nobat ke Alam Melayu.
"Bagindalah yang pertama me-Nobat, maka dituruti oleh segala Raja-Raja di
bawah sejak itu"
Di Tanah Melayu, selain dari Melaka yang menggunakan Nobat pada zaman kesultanannya
dahulu, negeri lain yang mempunyai alat muzik Nobat ialah Kedah, Perak, Selangor,
Kelantan dan Terengganu.

Kedah merupakan sebuah negeri Melayu yang tertua dan kewujudan orkestra Nobatnya
adalah setua usia Kesultanannya yang telah bertapak sejak kurun ke-5 lagi. Nobat Kedah
dan Perak merupakan dua Nobat yang paling tua dan dapat disusul kedua-dua Nobat ini
hingga keempat kurun yang lampau.
Sejarah kedatangan Nobat ke negeri Kedah jika mengikut sejarah yang ditulis dalam tahun
1650, menyatakan bahawa Sultan Kedah telah pergi ke Melaka dalam masa pemerintahan
Sulatan Mahmud Syah iaitu sebelum baginda kalah perang dengan Portugis pada tahun
1511.
Jika fakta tepat, ini membuktikan dengan jelas bahawa Kedah telah mengambil unsur-unsur
Nobat yang diwarisi dari Melaka yang mana sebelum ini Melaka telah mewarisinya dari
Pasai.
Kemerduan paluan Nobat yang biasanya dimainkan ketika pertabalan atau upacara yang
melibatkan istana telah bergema di kotaraya London selama 3 hari berturut-turut mulai 15
hingga 17 Julai 1987.
Permainnan Nobat ini berlangsung sempena "Festival Music of the Royal Courts" anjuran
Perbadanan Penyiaran British (BBC). Pemilihan Nobat DiRaja Kedah ini merupakan satu
penghormatan yang tinggi oleh pihak BBC kepada negeri Kedah dan Malaysia amnya.
Baginda Sultan Kedah telah memperkenalkan pemergian kumpulan Nobat Kedah di samping
memperkenalkan dengan lebih dekat lagi adat istiadat DiRaja Kedah.
Pemilihan kumpulan muzik Nobat Kedah adalah berikutan lawatan seorang pegawai BBC ke
Kedah untuk meninjau muzik-muzik Raja-Raja yang masih ada di seluruh dunia.
Kumpulan 9 orang pemain Nobat telah bertolak pada 9 Julai 1987 dan pulang pada 21 Julai
1987. Pemergian kumpulan ini dibiayai sendiri oleh pihak BBC sendiri dan juga South Bank
Board.
Pemain-pemain Nobat Kedah yang telah turut sama ketika membuat persembahan ini terdiri
daripada:
1. Osman b. Shaari - Pemain Serunai
2. Omar b. Shaari - Pemain Serunai
3. Abdul Rahman b. Md Zain - Pemain Serunai
4. Harun b. Ismail - Pemain Nahara
5. Ahmad Sallehuddin Hassan - Pemain Gendang Ibu
6. Mohd Shabuddin b. Jiwa - Pemain Gendang Anak
7. Mansur b. Hashim - Pemain Nafiri
8. Adnan b. Hashim - Pemain Gong
9. Muhamad b. Mustaffa - Pemain Gendang Anak

Penonton yang menyaksikan persembahan Nobat Kedah merasa terpegun melihat pemain
Serunai, meniup serunai dengan tidak henti-henti selama 25 minit. Mereka menganggap ada
kuasa lain (ghaib) yang turut membantu meniup serunai dalam Nobat Kedah. Mereka juga
turut tertarik dengan sikap lemah lembut dan tertib pergerakan para pemain ketika
membuat persembahan. Dengan persembahan ini, seluruh dunia mengetahui bahawa
Malaysia masih terdapat alat muzik tradisi yang masih lagi dimainkan serta di jaga dengan
sempurna.
Apa yang lebih penting lagi, Nobat DiRaja Kedah telah mula dikenali oleh seluruh
masyarakat antarabangsa apabila Nobat Kedah membuat persembahan di London pada
tahun 1987.

Semasa hendak menyalin kulit permukaan Nahara, pemain Nobat mestilah


menggunakan kain selendang berwarna kuning.

Setiap kali Nobat hendak dimainkan, para pemain mestilah memakai pakaian
berwarna hitam.

Pancaragam Nobat ini tidak disambut oleh orang-orang awan apabila dibawa ke
sesuatu tempat. Pancaragam Nobat ini mempunyai penyambutnya sendiri yang
menjadi tradisi sejak dahulu lagi. Penyambut yang dimaksudkan ialah:

Satu tepak sirih

Wang pengeras sebanyak RM12

Satu jag air

Alat-alat ini mestilah disediakan pada setiap kali Nobat ingin dimainkan. Ia diletakkan di atas
satu hamparan kain khas. Adat menyambut Nobat ini biasanya sekarang dilakukan di Istana
Sultan Kedah sahaja.
Semasa pertabalan Duli Yang Di Pertuan Agong, adat ini tidak lagi dilakukan kerana mereka
kurang arif tentang adat serta alat-alat penyambut Nobat seperti yang sepatutnya
diamalkan.

Anda mungkin juga menyukai