Anda di halaman 1dari 3

Cara Elak Dijangkiti Virus Zika

GAYA HIDUP

Gambar: medicinenet.com

Dunia kali ini dikejutkan dengan virus Zika yang kian menular dari negara ke negara
dan dari individu ke individu. Virus Zika merupakan satu penyakit yang disebabkan
oleh virus Zika yang merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang
dijangkiti penyakit ini.

Simptom yang kebiasaannya boleh dilihat adalah demam, ruam, sakit sendi dan
mata kemerahan. Biasanya penyakit ini menunjukkan simptom yang tidak terlalu
ketara dan berlanjutan selama beberapa hari atau sehingga seminggu selepas
mendapat gigitan nyamuk yang dijangkiti.

Virus Zika dikesan buat pertama kali pada tahun 1947 dan diberikan nama
berdasarkan Hutan Zika di Uganda. Pada tahun 1952, kes pertama melibatkan
manusia dengan virus Zika dikesan dan sejak dari itu wabak Zika mula dilaporkan di
kawasan tropika Afrika, Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik.

Gambar: www.bbc.co.uk

Majoriti pesakit menganggap simptom sebegini yang dialami hanya berpunca dari
penyakit biasa atau demam biasa dan disebabkan itu ramai yang mengelak dari ke
hospital untuk melakukan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Sememangnya setakat ini Zika tidak mengakibatkan sebarang kematian. Tetapi


sekali wanita hamil dijangkiti penyakit ini, ianya akan mengakibatkan masalah pada
kandungan dan kelak efeknya dialami selepas bayi tersebut dilahirkan yang
mungkin boleh menyebabkan otak dan saiz kepala mengecil.

Dengan itu, virus Zika perlu diberikan perhatian agar ianya tidak menular dengan
mudah pada manusia terutamanya wanita hamil. EH! kongsikan sedikit fakta dan
cara untuk mengelak dari dijangkiti penyakit ini.

Fakta:

Setakat ini masih belum ada vaksin untuk mengelak dari penyakit virus Zika.

Elak Zika dengan mengelakkan diri dari digigit nyamuk.

Nyamuk Aedes yang menyebarkan Zika kebiasaannya bebas pada waktu


siang.

Nyamuk yang membawa penyakit Zika bukan hanya menyebarkan virus


tersebut, malah juga denggi dan chikung nya.

Elak dari perpindahan virus Zika ketika berhubungan seks dengan


menggunakan kondom atau elak terus dari melakukan seks.

Cara mengelak gigitan nyamuk :

Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang untuk mengelak digigit
nyamuk.

Elak dari berada di bilik atau kawasan yang tidak bertingkap atau berpintu
untuk mengelak nyamuk di luar bangunan.

Tidur di dalam kelambu jika anda berada di kawasan yang mempunyai


masalah nyamuk dan denggi yang teruk.

Gunakan semburan penghalau nyamuk jika perlu. Elakkan dari menyembur


penghalau nyamuk jika bersama bayi atau kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai