Anda di halaman 1dari 2

RENCANA

Anda ingin menulis rencana yang bertajuk Sekolah Bebas


Dadah bersempena dengan kempen antidadah peringkat
sekolah. Tulis rencana tersebut dengan lengkap.
Sekolah Bebas Dadah
Oleh Tan Si Yuen
Dadah merupakan masalah sosial paling rumit yang sedang
dihadapi oleh negara. Dadah merupakan satu istilah khas kepada
sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratankepada kesihatan
seseorang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta tingkah
laku pengguna apabila digunakan. Maka, pihak kerajaan telah
bercadang untuk memulakan pencegahan dari awal lagi. Langkah ini
dimulakan dengan menjadikan pelajar sebagai sasarannya. Oleh itu,
usaha menjadikan sekolah supaya bebas daripada dadah merupakan
langkah yang baik kerana jika kita hendak mendidik biarlah bermula
dari awal bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Salah satu langkah yang perlu diambil ialah mengadakan program
antidadah pada peringkat sekolah. Banyak aktiviti yang dapat
dilakukan untuk menanamkan sifat benci akan dadah seperti
ceramah, taklimat, pameran tentang jenis dadah yang berbahaya dan
pertandingan melukis poster. Program seperti ini sudah tentu akan
meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang bahayanya
dadah .Sebagai contoh, sebelum memulakan pelajaran, setiap guru
akan menceritakan kesan-kesan buruk yang diakibatkan oleh dadah.
Tegasnya, program seperti ini akan meningkatkan kesedaran dan
kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan
dadah dapat dikurangkan.
Selain itu, kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) antidadah di
sekolah juga harus ditubuhkan. Mereka yang menjadi ahli dalam kelab
ini haruslah memainkan peranan mereka dengan memberikan nasihat
dan motivasi kepada pelajar yang terlibat dalam kegiatan merokok. Hal
ini dikatakan demikian kerana ketagihan rokok dan perasaan ingin
mencuba sesuatu akan mendorong mereka mengambil dadah
Berdasarkan kajian oleh ahli psikologi, para remaja lebih mudah
menerima nasihat dan pandangan daripada rakan sebaya mereka..
Dengan adanya pasukan seperti ini, kita dapat melakukan sesuatu

dalam usaha untuk menyekat masyarakat terutamanya golongan


pelajar terlibat dalam gejala penagihan dadah..
Bukan itu sahaja, program ujian urin perlu diwujudkan di sekolahsekolah. Melalui cara ini, pihak polis dapat membantu pihak sekolah
mengesan kes-kes berisiko dadah di sekolah dan membantu pelajar
yang terlibat bebas daripada dadah. Apabila seseorang itu dikenal
pasti terlibat dalam penagihan dadah, pelajar tersebut hendaklah
dimasukkan terus ke pusat pemulihan untuk pencegahan awal.
Sebagai contoh, mana-mana pelajar yang disyaki menagih dadah atau
ketagihan rokok yang melampau hendaklah dipanggil untuk ujian urin.
Program seperti ini sudah tentu akan meningkatkan kesedaran pelajar
supaya menjauhi amalan merokok dan juga gejala penagihan
dadah.
Seterusnya, pihak sekolah hendaklah mengadakanKempen Tak
Nak sepanjang tahun. Kempen ini penting kerana remaja perlu
diingatkan dari semasa ke semasa tentang gejala penagihan dadah
bermula dengan aktiviti merokok. Kempen ini hendaklah dijalankan
dengan menampal poster di tempat yang menjadi tumpuan remaja di
sekolah, papan-pan iklan, dan sebagainya. Sebagai contoh, setiap
sekolah mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua papan iklan
yang tertulis Tak Nak Merokok di kawasan sekolah. Melalui cara ini,
remaja akan sentiasa ingat bahawa aktiviti merokok merupakan jalan
atau laluan utama mereka untuk melibatkan diri dalam gejala
penagihan dadah.
.
Sebagai kesimpulannya, semua pelajar memainkan peranan
yang penting dalam menangani masalah sosial ini. Kerjasama daripada
semua pihak amat diperlukan untuk membasmi gejala penagihan
dadah dalam kalangan remaja. Kata-kata hikmat cegah sebelum
parah harus ada pada setiap warga sekolah bagi merealisasikan
sekolah bebas daripada dadah Tegasnya, pendidikan pencegahan
dadah merupakan strategi utama dalam program pencegahan dadah
pada peringkat awal. Oleh hal yang demikian, tidak mustahil matlamat
kita, iaitu sekolah bebas daripada dadah pada tahun 2012 akan
terlaksana.

Anda mungkin juga menyukai