Anda di halaman 1dari 1

Kes Jenayah Remaja:

Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian
jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-
kes jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara
yang sedang pesat membangun. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah
dalam kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi?
a. Didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga.
Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan
anak-anak. Pada zamanteknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi
tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak
menjadi insan yang sempurna. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol, membunuh,
menyamun, dan peras ugut.
b. Pengaruh rakan sebaya kerana mereka sungguh rapat.
Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan
melepak di tempat-tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya
untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah
terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakan sudah pasti mereka juga akan
berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja mudah terikut-ikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya
kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.
c. Media massa
Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi,
mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini jika tidak
dimanfaatkan dengan betul, contohnya, menyalahgunakan internet untuk memalsukan data-data penting, menonton
gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh,
pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.
i. Perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut.
Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya
bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat
menilai antara perkara baik dan buruk.
ii. Pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka.
Ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar
hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan dengan pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat
menghasilkan pelajar bermaklumat sekali gus dapat membendung jenayah dalam kalangan remaja.
iii. Pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan.
Setiap kesalahau. pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah
didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa pelajar juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari
pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebihserius. Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja
bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi
memberikan pengajaran kepada remaja-remaja lain.

Anda mungkin juga menyukai