Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Tajuk kajian pengkaji ialah pembayaran tanpa tunai menjadi pilihan pelajar
tingkatan 6 di SMK Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005). Pembayaran bermaksud perihal membayar, penjelasan dan
pelunasan. Pembayaran tanpa tunai masih merupakan perkara asing di negara ini
dimana ramai masyarakat masih tidak mengetahui tentang pembayaran tanpa tunai.
Segelintir masyarakat sudah menjadikan pembayaran tanpa tunai sebagai cara mereka
untuk membeli barangan. Pembayaran tanpa tunai mewujudkan banyak perbezaan
dari pembayaran menggunakan tunai dari segi kemudahan dan kelancaran

Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tanpa bermaksud tiada dan
tidak.Tanpa menggunakan wang tunai, masyarakat masih dapat membayar barangan
yang dibeli dengan cara tanpa menggunakan tunai seperti menggunakan kad debit,
kad kredit ataupun “e-wallet”. Pembayaran tanpa tunai dapat mejimatkan masa
masyarakat sekiranya mereka tidak mempunya sebarang wang tunai dalam tangan
mereka untuk membuat pembayaran. Walaupun tanpa wang tunai dalam dompet,
masyarakat masih dapat menjalankan urusan harian mereka dengan lancar tanpa perlu
ke bank untuk mengeluarkan duit.

Tunai bermaksud tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang berdasarkan


Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Pembayaran tanpa tunai sama sahaja seperti
pembayaran menggunakan tunai dimana kita membayar dengan secukupnya tanpa
berhutang dengan penjual untuk mendapatkan sesuatu barang. Pembayaran tanpa
tunai menggunakan motif yang sama tetapi lebih mudah untuk digunakan bagi
segelintir masyarakat. Sesetengah masyarakat terutamanya generasi Y mengakata
bahawa penggunaan pembayaran tanpa tunai amat merumitkan kerana ia melibatkan
penggunaan internet yang masih baru dalam kehidupan mereka dan merasa sudah
terlambat untuk mempelajari tentangnya

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat menjadi bermaksud dipilih atau diangkat.
Manakala pilihan bermaksud yang telah dipilih, hasil memilih. Pembayaran tanpa
tunai sudah menjadi pilihan utama sesetengah masyarakat dinegara ini.
Walaubagaimanapun, masih ada lagi yang masih tidak mengetahui tentang
pembayaran tanpa tunai. Pihak kerajaan telah bekerja keras untuk menggalakkan
rakyat untuk menggunakan pembayaran tanpa tunai kerana pandemik yang masih ada
di negeri. Kerajaan telah mengeluarkan dana melalui e-wallet untuk menggalakkan
rakyat menggunakan pembayaran tanpa tunai,terutama para remaja yang berumur 18
hingga 21 tahun untuk memberitahu bahawa penggunaan pembayaran tanpa tunai
lebih mudah dan efektif
1.2 Kepentingan pembayaran tanpa tunai

Kepentingan pembayaran tanpa tunai yang pertama ialah memudahkan kita untuk
melaksanakan urusan transaksi tidak kira dimana jua berada. Kita tidak perlu bersesak
ke bank untuk selesaikan urusan bil dan pembayaran. Dalam masa yang sama juga
kita dapat menjimatkan masa dan minyak kenderaan kerana tidak perlu ke bank yang
jaraknya jauh. Semuanya boleh dibuat dihujung jari. Menurut Federal Reserve (2016),
jumlah pembayaran tanpa tunai meningkat pada kadar tahunan sebanyak 5.3% dari
tahun 2012 hingga 2015.

Selain itu, kepentingan pembayaran tanpa tunai yang kedua ialah Mengurangkan
risiko kes-kes jenayah seperti ragut, rasuah, jual beli dadah dan penggubalan wang
haram. Ada kajian yang dibuat di United States pada tahun 2017, mendapati bahawa
peningkatan transaksi tanpa tunai mendorong kepada pengurangan kes kecurian
sekaligus mengurangkan kes jenayah secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun,
hasil kajian Cashless Societies: Drive’s and Challenges in Nigeria telah menemukan
bahawa 60.9% daripada 100 orang responden percaya bahawa kemungkinan
rompakan ATM pula akan meningkat apabila wang tunai sudah tidak lagi boleh
didapati seperti biasa pada pengguna.

Akhir sekali, kepentingan pembayaran tanpa tunai ialah Mengurangkan


penyebaran penyakit melalui penggunaan wang kertas dan duit syiling dimana wang
tunai ini dianggap sebagai medium pembawa penyakit. Menurut kajian pada tahun
2017, yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE, para penyelidik telah menggunakan
wang kertas USD1 daripada bank di New York untuk melihat apa yang ada pada mata
wang kertas tersebut. Sangat mengejutkan apabila mereka telah menemui beratus-
ratus spesies mikroorgnisme yang menjadi salah satu punca jerawat. Mereka juga
menemui bakteria kulit yang tidak merbahaya dan bakteria vagina.

(Imana Mahadi. (2020, April 13)


1.3 Cabaran pembayaran tanpa tunai

Cabaran pembayaran tanpa tunai yang pertama pembayaran tanpa tunai ialah
masih ramai dalam kalangan rakyat yang buta IT terutamanya golongan orang miskin
dan yang tinggal di pedalaman. Apatah lagi untuk mereka mempelajari aplikasi-
aplikasi transaksi tanpa tunai. Menurut Jigar Shah (2018), masih ramai lagi rakyat di
India tidak pernah melihat dan kenal bank. Mereka hanya kenal wang melalui wang
kertas dan duit syiling. Hal ini menunjukkan bahawa kurangnya pendedahan dan
pendidikan terhadap sistem kewangan masa kini. Kerajaan perlu lebih banyak
memberi pendidikan dan kesedaran kepada rakyat tentang pentingnya masyarakat
tanpa tunai dalam dunia hari ini.

Selain itu, cabaran pembayaran tanpa tunai yang kedua ialah Peningkatan transaksi
tanpa tunai akan meningkatkan lagi jenayah siber. Sejauh mana data keselamatan kita
dilindungi? Semua maklumat peribadi kewangan disimpan di alam maya. Hackers
pada bila-bila masa boleh hack sistem yang sedia ada ini. Bukan itu sahaja, jika
telefon pintar kita hilang, bagaimana dengan aplikasi-aplikasi e-wallet yang sedia
ada? Adakah pencuri boleh menggunakannya? Sejauh mana ia akan selamat? Hal ini
menunjukkan bahawa Kerajaan perlu menaik taraf sistem sekuriti yang sedia ada bagi
mengelakkan perkara sebegini berlaku. Bukan itu sahaja, akta dan undang-undang
jenayah siber perlu diperkemaskan dan diperketatkan.

Akhir sekali, Dengan pengurangan pekerja dan cawangan institusi kewangan, akan
mengurangkan jumlah pekerjaan dan memberi kesan yang besar kepada rakyat.
Mungkin bagi pihak bank perkara ini dilihat positif kerana boleh penjimatan berganda
tapi jika kita lihat dari segi pekerjaan, ini tidak bagus kerana kadar pengangguran di
negara akan meningkat. Malah turut memberi kesan terhadap peningkatan kadar
kemiskinan negara.

(Imana Mahadi. (2020, April 13)


1.4 Rasional Kajian

Rasional kajian ini dibuat di SMK Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Pelajar
tingkatan 6 di sekolah ini terdiri daripada kaum melayu, india dan cina. Populasi
pelajar melayu lebih ramai berbanding pelajar dari kaum lain dan pelajar perempuan
lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Kajian ini dilakukan kerana ramai pelajar
tingakatan 6 di SMK Sungai Pelek lebih gemar menggunakan pembayaran tanpa tunai
untuk membeli-belah atau membeli barangan harian. Terutamanya pelajar perempuan
yang sering membeli-belah barangan kecantikan mereka. Pelajar tingkatan 6 SMK
Sungai Pelek juga dapat mengesan dan mengawal perbelanjaan mereka dari telefon
pintar mereka sahaja. Mereka tidak perlu menulis segala yang dibeli atau menyimpan
resit untuk mengira perbelanjaan bulanan mereka. Pelajar tingkatan 6 SMK Sungai
Pelek juga mengatakan bahawa pembayaran tanpa tunai lebih mudah dan pantas.
Mereka tidak perlu lagi beratur panjang di bank untuk mengeluarkan duit. Ia juga
mencepatkan proses pembayaran di kaunter kerana tidak perlu mengeluarkan duit
kecil atau duit syiling sebaliknya mereka hanya perlu mengimbas kad mereka atau
mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar mereka sahaja.

Kesimpulannya, pembayaran tanpa tunai harus diterapkan dalam kehidupan bukan


sahaja pelajar tetapi setiap masyarakat. Sekiranya ia diterapkan, nescaya negara kita
akan menjadi maju seiring dengan negara lain dan menarik minat pelabur-pelabur
asing ke negara kita kerana kemajuan yang di tunjukkan oleh semua masyarakat. Oleh
itu, kerajaan haruslah bekerjasama dengan masyarakat untuk meningkatkan taraf
penggunaan pembayaran tanpa tunai diseluruh negara

Anda mungkin juga menyukai