Anda di halaman 1dari 18

SOALAN

URUS ESEI
NIAGA 1
DALAM
TALIAN
Perdagangan secara taliankini
merupakan satu mekanisme baru dalam
urus niaga. Banyakkesanyang timbul
akibat urus niaga melalui sistem elektronik
ini. Bincangkan.
FORMASI
JAWAPAN
3a + 2b @ 2a + 3b
a : KESAN POSITIF
b : KESAN NEGATIF
PENGENALAN
Perdagangan secara talian kini
merupakan satu mekanisme baharu
dalam urus niaga tanpa sempadan.
Perdagangan secara talian kini
semakin meningkat dari hari ke hari
dalam kalangan rakyat di Malaysia.
Namun, terdapat banyak kesan positif
dan negatif yang timbul akibat
urusniaga melalui sistem elektronik ini.
IDEA 1 / KESAN POSITIF
Salah satukesan positifyang ketara
dalam urus niaga tanpa sempadan ini adalah
dapat memudahkan dan mempercepatkan
urus niaga. Hal ini kerana urus niaga dan
perkhidmatan e-dagang ini boleh diakses
dengan mudah setiap masa dan di mana jua
sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya.
Contohnya, urus niaga ini boleh dimulakan
walaupun berada di rumah dengan adanya
kemudahan mengakses internet.
IDEA 2 / KESAN POSITIF
Selain itu, urus niaga secara talian juga
dapatmenjimatkan masa dan tenagakepada
pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak perlu
berkunjung ke tempat yang jauh untuk membeli
barangan keperluan sebaliknya pengguna hanya
perlu memesan barangan atau perkhidmatan
yang diperlukan melalui talian. Pengguna juga
dapat menjimatkan masa kerana setiap maklumat
tentang pembelian secara talian telah disediakan.
Segala pesanan dan pembayaran boleh dilakukan
melalui internet atau talian elektronik yang lain.
IDEA 3 / KESAN POSITIF
Di samping itu, urus niaga elektronik
dapatmemudahkan pengeluar dan pengguna
mendapatkan maklumat untuk membeli atau
memasarkan sesuatu barangan. Hal ini
memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk
menghantar mesej-mesej pemasaran dan
maklumat produk kepada pengguna multinasional
di seluruh dunia melalui internet. Keadaan ini akan
lebih memudahkan promosi sesuatu barangan.
Pengguna juga akan memdapat maklumat yang
tepat sebelum membeli sesuatu barangan.
IDEA 4 / KESAN NEGATIF
Kesan negatifyang ketara dalam
urus niaga secara talian
adalahberlaku
penyelewengandalam urus niaga ini.
Hal ini berlaku kerana pengguna atau
pembeli mungkin ditipu dalam urus
niaga ini. Contohnya, barang yang
dibeli pengguna mungkin tidak wujud
sama sekali. Seterusnya, barang yang
dibeli secara elektronik tidak berkualiti
IDEA 5 / KESAN NEGATIF
Kesan negatif lain adalahberlaku
ketidaktentuan trasaksi. Misalnya, akses
internet yang lambat di sesetangah kawasan
menyebabkan pengguna sukar membuat tempahan
atau pembelian. Barang yang dibeli pengguna juga
kadangkala tidak sampai kepada pengguna seperti
dalam terma dan syarat yang dipersetujui antara
pengguna dan pengeluar. Senario ini akan
menyebabkan sebilangan pengguna tidak berminat
dalam urus niaga menggunakan akses internet
ataupun e-dagang.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, urus niaga secara talian
ini mempunyai kesan negatif dan positif
yang tersendiri. Namun, jika dimanfaatkan
dengan baik urus niaga ini dapat membawa
produk dan imej negara ke persada
antarabangsa serta mampu bersaing dalam
ekonomi dunia tanpa sempadan. Oleh itu,
semua pihak perlu bekerjasama untuk
menggerekkan ekonomi negara agar lebih
maju dan setanding dengan negara luar.
SOALAN
ESEI 2
Aplikasi sains dan teknologi telah banyak
menyumbang kepada pembangunan sektor
pertanian dalam Negara. Bincangkan.
FORMASI
5 + JAWAPAN
0
SUMBANGAN SAINS
DAN TEKNOLOGI
DALAM PERTANIAN
IDEA 1
1. Bioteknologi
. Menghasilkan penemuan baka baru dalam
bidang pertanian (MARDI).
. Penggunaan teknologi berasaskan nuklear
mampu menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan
yang baik dan bermutu (mutasi aruhan)
. Daya ketahanan yang tinggi, lebih berkualiti dan
berupaya mengeluarkan hasil dalam jangka
masa singkat.
. Ketahanan terhadap penyakit, cepat membesar,
cepat matang.
IDEA 2
2. Penggunaan teknologi moden
Penggunaan jentera moden dalam
proses membajak,menanam menuai
dan sebagainya.
Membolehkan tanah diusahakan
dalam skala besar - mudah dan
cepat
Produktiviti penanaman dan
penternakan akan meningkat.
IDEA 3
3. Pemuliharaan tanah
Tanah yang tidak subur dapat dipulihkan
menggunakan kaedah moden
PH tanah disesuaikan dengan tanaman tertentu.
Kandungan dan struktur tanah yang tidak
suburdipulihkan dengan mencampurkan kapur
dan garam mengikut keperluan tanaman
Penciptaan baja kimia dan baja organik dapat
menyuburkan tanah dan meningaktkan kualiti
dan kuantiti pengeluaran sektor pertanian
IDEA 4
4. Sistem pengairan yang sistematik
Tanaman memerlukan air yang mencukupi
untuk menghasilkan produktiviti yang
berkualiti.
Sistem pengairan menggunakan teknologi
moden dapat memastikan bekalan air
mencukupi.
Pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun.
Bekalan air dapat dikawal.
IDEA 5
5. Kawalan makhluk perosak
Penggunaan racun serangga dapat
mengurangakan kehilangan hasil
pertanian
Menggunakan kaedah kawalan
biologi dapat menangani perosak
dan mengurangkan kehilangan
nutrien serta memelihara struktur
tanah.
IDEA 6
6. Teknologi sinaran makanan
Penggunaan teknologi pengionan terhadap
hasil-hasil pertanian seperti buah-buahan
dan sayur-sayuran dapat memastikan hasil
tanaman tahan lebih lama
Sinaran gama dipancarkan pada hasil buah-
buahan dapat membunuh mikrorganisma
yang berada diluar atau didalam buah-
buahan memastikan hasil tidak mudah rosak
IDEA 7
7. Kaedah penyimpanan dan
pembungkusan
Ciptaan sains seperti penggunaan
peti sejuk dapat memastikan hasil-
hasil pertanian dapat disimpan dan
tahan lebih lama
Teknik pembungkusan menggunakan
kaedah vakum dapat memastikan
mikrorganisma /bakteria tidak dapat
membiak dan merosakkan hasil

Anda mungkin juga menyukai