Anda di halaman 1dari 29

NOTA BIMBINGAN STPM 2000

KOMPUTER

1. Manfaat teknologi komputer

(a) Kemajuan sistem pengurusan dan pentadbiran

- Ini kerana komputer merupakan satu alat elektronik yang boleh menyimpan maklumat yang
banyak dengan cara yang teratur serta dapat diproses dan dikeluarkan dalam masa yang singkat.
- Teknologi komputer bukan sahaja dapat menjimatkan masa,ruang dan tenaga manusia, bahkan
meningkatkan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi. Sebab itulah banyak agensi kerajaan dan
swasta menggunakan komputer untuk menyimpan rekod dan menganalisis data-data penting yang
berkaitan dengan butir-butir kakitangan serta hal-hal pentadbiran dan pengurusan.

(b) Kemajuan sektor perindustrian

- Barang yang dihasilkan dengan menggunakan komputer bukan saja lebih banyak dan lebih cepat,
tetapi juga lebih menjimatkan masa berbanding dengan keupayaan semulajadi manusia. Ini penting
terutamanya di negara-negara maju yang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh.
- Teknologi komputer dapat menjamin kualiti barangan yang dikeluarkan. Komputer boleh menguji
mutu barangan dengan tepat dan pantas daripada yang dapat dilakukan oleh tenaga manusia.
- Komputer boleh membantu manusia melaksanakan kerja-kerja yang sukar dan merbahaya
kepada kesihatan dan keselamatan pekerja. Misalnya robot yang dikawal oleh komputer digunakan untuk
memasang kereta atau menjalankan kerja-kerja yang terdedah kepada bahan pencemaran dan radioaktif.
Maka jelaslah bahawa penggunaan komputer merupakan asas untuk perkembangan industri perkilangan.

(c) Kemajuan kesihatan

- Tujuannya untuk membantu doktor membuat diagnosis sesuatu penyakit. Sebabnya komputer
boleh memproses butir-butir peribadi mengenai pesakit dan seterusnya mendiagnosis jenis penyakit yang
dihadapinya. Komputer juga boleh memberi maklumat tentang jenis ubat yang paling sesuai untuk
merawat penyakit berkenaan.
- Dalam rawatan kesihatan khasnya semasa pembedahan, teknologi komputer telah memberi
sumbangan yang besar dari segi melicinkan kerja pembedahan. Umpamanya bacaan denyutan jantung
dan analisis gambar sinar-X pesakit boleh dibuat secara serta-merta dengan peralatan komputer. Ini
membantu menjamin kejayaan sesuatu pembedahan dan keselamatan pesakit.

(d) Kemajuan sains dan teknologi

- Pelancaran satelit yang dikawal oleh komputer dapat mengumpul data-data penting mengenai
persekitaran bumi.
Maklumat ini kemudian dianalisis dengan segera oleh komputer untuk menghasilkan keputusan kajian
yang tepat tentang keadaan cuaca, seperti halaju angin dan kelembapan sesuatu kawasan. Ramalan
kajicuaca yang lebih tepat ini membantu manusia untuk bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman
malapetaka seperti banjir dan taufan.
- Di samping itu satelit yang bergerak di bawah kawalan komputer juga dapat memajukan sistem
telekomunikasi.Maklumat dari sesuatu kawasan boleh dihantar ke seluruh dunia dengan pantas. Ini juga
yang membolehkan sesuatu acara sukan atau pertandingan disiarkan secara langsung ke segenap pelosok
dunia.

(e) Kemajuan pendidikan

- Komputer merupakan alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan sahaja dapat
menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang sistematik, malahan diiringi dengan muzik dan gambarajah
serta bahan grafik yang menarik. Teknik pengajaran begini pasti akan menarik minat para pelajar
terhadap pelajaran.
- Komputer juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar boleh
mempelajari sesuatu pelajaran secara individu melalui program-program komputer yang disediakan.
Dengan adanya program tertentu, segala arahan dan peraturan pelajaran disampaikan dengan jelas. Maka
pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja dengan berpandukan arahan itu.
- Satu lagi keistimewaan dalam pembelajaran menerusi komputer ialah segala kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar boleh dikesan dan diperbetulkan dengan serta- merta oleh komputer. Dengan cara
ini keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.
2. Kesan penggunaan komputer dalam pendidikan

(a) Alat bantu mengajar berkesan, misalnya program pembelajaran dengan bantuan komputer (CAI).

(b) Memudahkan kerja rutin supaya guru boleh tumpukan lebih perhatian ke atas masalah disiplin,
pelajaran dan lain- lain hal pelajar - meninggikan produktiviti guru.

(c) Pendidikan jarak jauh.

(d) Mempertingkatkan kecekapan pengurusan, sekolah, jabatan pendidikan dan seterusnya seluruh
sistem pendidikan negara.

(e) Perpustakaan berkomputer.

(f) Penukaran konsep pendidikan dari yang lama kepada kebolehan mencari maklumat, menganalisis dan
menilai sebagai tanda kecerdikan.

3. Kesan-kesan negatif.

(a) Menyebabkan manusia semakin bergantung kepada alatan -


hilang upaya dan lekas bosan bila hadapi masalah yang perlukan pemikiran mendalam.

(b) Jenayah kolar putih dengan teknologi canggih (komputer)semakin menjadi.

(c) Keselamatan negara / syarikat swasta boleh tergugat jika rahsia ketenteraan dan lain-lain yang
tersimpan dalam komputer itu terbocor.

(d) Komputer digunakan untuk mencipta alat perang canggih yang mempunyai kuasa memusnah yang
besar.
(e) Komputer seperti alatan teknologi lain hanya memanfaatkan mereka yang berkebolehan dan
berkeupayaan meluaskan jurang kekayaan dalam masyarakat.

(f) Komputer mengambilalih kerja orang ramai - pengangguran.

(g) Teknologi komputer menyebabkan sifat invidualistik para generasi muda.

Soalan :

1. Negara-negara yang tidak menggunakan komputer akan ketinggalan dalam bidang ekonomi. Sejauh
mana anda bersetuju ?

2. Komputer menjamin kebahagiaan hidup manusia. Bincangkan.

3. Penciptaan komputer (alat mikroelektronik) sama dengan revolusi perusahaan dalam mewujudkan satu
jenis tamadun manusia yang baru. Bincangkan.

4. "Komputer adalah lambang pemodenan dan kemajuan. Ini kerana komputer memainkan peranan
penting dalam pelbagai
bidang kehidupan seperti ekonomi, pentadbiran, perubatan,
perindustrian, pendidikan dan lain-lain. Tetapi jika teknologi komputer disalahgunakan, ia akan
menimbulkan pelbagai implikasi negatif yang mengancam kehidupan.
Bincangkan peranan komputer dalam kehidupan manusia pada zaman moden ini.

HIDROFONIK

"Kaedah penanaman hidrofonik telah mula diperkenalkan di negara ini. Kaedah ini tidak memerlukan
ruang tanah yang luas manakala mutu yang dihasilkan setanding dengan kaedah penanaman biasa".
Pada pendapat anda wajarkah kaedah pertanian tersebut dipraktikkan secara meluas di negara ini ?.

Pengenalan
1. Jimat tanah.
2. Bersih
3. Mudah kendali, kos rendah.
4. Usaha individu.
5. Hutan disimpan.

Penutup

Corak pertanian hidrofonik masih baru di Malaysia. Ia merupakan satu kaedah


penanaman tanpa menggunakan tanah kerana tanaman ditanam di atas rak-rak manakala bahan-bahan
keperluan dibekalkan oleh cecair yang diadun secara khas. Sebenarnya, pertanian hidrofonik ini
mempunyai potensi yang besar dari segi ekonomi. Kaedah penanaman ini boleh membawa satu revolusi
dalam pertanian di negara ini.

Kaedah penanaman hidrofonik patut diusahakan secara meluas kerana kaedah ini
membawa pelbagai kebaikan dan kemajuan. Pertama, cara pertanian ini terbukti menjimatkan ruang.
Jumlah tanaman yang dapat diusahakan menjadi berlipat ganda dalam kawasan yang tidak begitu luas
kerana rak-rak boleh dibina bertingkat-tingkat. Ini membawa harapan kepada petani yang mempunyai
jumlah tanah terhad. Hasil tanaman mereka dijangka meningkat sekiranya pertanian jenis ini diusahakan.

Selain itu, kaedah tanaman ini juga merupakan satu kaedah pertanian yang
menjamin kebersihannya. Oleh sebab tanah tidak diperlukan, banyak penyakit tumbuh-tumbuhan seperti
penyakit akar dapat dielakkan. Dengan itu cara penanaman ini menjanjikan satu kadar tumbesaran yang
lebih cepat dan sihat. Pada masa yang sama, mutu tanaman akan turut meningkat.

Di samping itu, corak pertanian hidrofonik mudah dikendalikan. Penyiraman tanah


tidak perlu dilakukan setiap hari. Air yang mengandungi pelbagai nutrien hanya perlu ditambah apabila
aras air pada rak-rak turun ke suatu tahap tertentu. Kandungan nutrien dan zat-zat makanan lain dapat
diadun dengan mudah mengikut keperluan jenis tanaman yang ditanam dan ia boleh disalurkan kepada
rak-rak melalui paip. Pengemburan racun-racun serangga senang dijalankan dengan belanja yang
minimun kerana pembaziran dapat dikurangkan. Pendek kata, kos pengedalian tapak tanaman akan dapat
dikurangkan dengan pengenalan pertanian secara hidrofonik.

Oleh sebab kaedah hidrofonik memerlukan ruang yang sedikit, rumah-rumah khas
dapat dibina. Tanam-tanaman hawa sederhana seperti daun salad dan tomato dapat diusahakan di dalam
rumah-rumah ini. Ini merupakan satu kemajuan satu kemajuan dari segi pertanian yang boleh
mengurangkan pergantungan kita kepada import sayur-sayuran dari luar negeri. Selain itu, kaedah
hidrofonik ini boleh dipraktikkan juga oleh orang ramai bagi pelbagai jenis tanaman di halaman rumah.
Dengan cara ini orang ramai boleh mendapat sebahagian daripada bekalan sayur-sayuran mereka melalui
usaha sendiri.

Walaupun Malaysia masih mempunyai kawasan tanah dan hutan yang luas tetapi
khazanah ini harus dipelihara.Dengan mempopularkan kaedah tanaman hidrofonik, kawasan hutan tidak
perlu ditebangkan secara keterlaluan untuk menyediakan tanah pertanian. Langkah ini akan mengelakkan
pencemaran dan menjamin keharmonian sisten ekologi.

Kaedah pertanian hidrofonik menjanjikan harapan yang begitu tinggi. Hasil pertanian
negara, khasnya sayur- sayuran akan bertambah untuk menampung penduduk dan seterusnya
mengurangkan pengimportan sayur-sayuran dari luar negeri. Bidang pertanian Malaysia akan memasuki
satu era baru dengan bantuan kaedah pertanian ini.

PEMINDAHAN TEKNOLOGI

1. Usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara dan
teknik asing
demi meningkatkan daya produktiviti industri tempatan.
2. Mengapa perlu ? Faktor-faktor menyebabkan pemindahan teknologi.
(a). Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu membaiki kualiti hidup
mereka.
(b). Teknologi moden seperti komputer dapat mempercepatkan
pemprosesan data-data dan jentera-jentera seperti mesin menuai dapat mempercepatkan pengeluaran
hasil pertanian ataupun hasil perkilangan.
(c). Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara dengan mengujudkan pertumbuhan industri
baru dalam negara misalnya, industri berat membuat kereta nasional Proton Saga.
(d). Membuka jalan kepada pembangunan teknologi sendiri melalui pembaikan atau pengubahsuaian
teknologi yang diimport misalnya melalui teknologi pembuatan kereta dari Mitsubishi Motor Corporation
(melalui projek Proton Saga) dan syarikat pembuatan kereta Daihatsu (melalui projek kereta nasional
kedua), anak Malaysia mungkin muncul menjadi pembekal teknologi dan maklumat mengenai industri
automobil di rantau ini kelak.
(e). Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan mentah
keluaran negara dieksplotasikan dengan lebih cekap dan sepenuhnya dengan memprosesnya menjadi
barang siap. Ini bukan sahaja membebaskan negara dari pergantungan kepada barangan siap dari negara
asing malah boleh mendatangkan pertukaran wang asing dengan mengeksportnya.
(f). Membawa kepada perkembangan pesat dari segi kemudahan
infrastruktur seperti jalan raya, lebuhraya, jalan keretapi, sistem telekomunikasi, bekalan elektrik dan
sebagainya.
(g). Pemindahan teknologi juga boleh wujudkan kesan rantai positif seperti pertumbuhan sektor-sektor
ekonomi lain dan membuka peluang eksport yang baru kepada negara.Misalnya pengeksport kompenen-
kompenen kereta
oleh kilang yang ditubuhkan untuk membekalkan komponen kereta kepada PROTON.
(h). Teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalam
penghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat
meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian negara.
(i). Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian misalnya mesin penuai padi
dalam membantu mengatasi masalah kekurangan buruh semasa musim menuai padi. Demikian juga
penggunaan teknologi canggih seperti robot boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam
perindustrian.
(j). Pengimportan teknologi rumahtangga akan mempermudahkan kerja suri rumahtangga dan
membolehkan mereka menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih
produktif seperti anak-anak atau buat kerja sambilan. (k).Pengimportan alat rawatan perubatan boleh
meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
(l). Berjaya sesuatu projek perindustrian misalnya kereta Proton Saga akan mencetuskan semangat
keyakinan diri di kalangan rakyat untuk menerokai kegiatan perindustrian yang lebih besar dan canggih
pada masa depan dan mendatangkan pertumbuhan sosioekonomi yang pesat kepada negara.

ISU PEMAKANAN

1. Amalan / Tabiat pemakanan yang mengakibatkan munculnya


pelbagai jenis penyakit.

(a). Mengutamakan perisa tanpa hiraukan khasiat makanan.


- Kanak-kanak yang hanya memakan sesuatu jenis makanan sahaja misalnya daging akan
mengalami kekurangan zat garam galian dan vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran atau buah-
buahan.
- Ramai generasi kini yang mementingkan perisa makanan sehingga banyak memakan makanan
tanpa zat dan gizi makanan seimbang.
- Kekuarangan sesuatu zat makanan tertentu dalam badan kita akan menganggu sistem
metabolisme badan dan membawa pelbagai jenis penyakit. Kekurangan vitamin C dan kalsium boleh
mendatangkan penyakit selsema dan penyakit tulang, misalnya Osteomalasia. Kekurangan vitamin B1
boleh membawa penyakit beri-beri. Kekurangan zat besi dalam makanan akan mengakibatkan penyakit
anemia.

(b). Memakan ikut nafsu sehingga berlebihan.


- Memakan ikut nafsu misalnya terlalu banyak dalam sehari
atau terlalu banyak sesuatu jenis makanan yang tertentu boleh membawa penyakit kepada badan kita. Ini
kerana badan-badan menusia biasanya hanya memerlukan sejumlah tertentu zat makanan sahaja.
Kelebihan zat tertentu itu jika tidak dapat dibuang melalui sistem perkumuhan akan membawa penyakit.
- Misalnya pengambilan zat protin dan kalsium yang berlebihan melalui daging atau makanan laut
boleh mengakibatkan penyakit 'gout' atau sakit sendi. Pengambilan gula yang berlebihan boleh
mengakibatkan penyakit diabetes atau kencing manis dan kegemukan yang boleh membawa pula penyakit
jantung. Memakan terlalu lemak akan meninggikan risiko penyakit 'stroke' dan sakit jantung atau kardio
vascular.

(c) Memakan makanan yang mentah atau tidak cukup masak boleh
membawa penyakit.
- Tabiat sesuatu suku kaum tertentu misalnya orang Korea dan Jepun yang suka memakan daging
atau ikan mentah juga tidak baik dari segi kesihatan. Demikian juga masyarakat Eropah yang suka makan
daging separuh masak.
- Ikan dan daging yang tidak masak sepenuhnya sering mengandungi parasit yang masih aktif.
Parasit ini boleh merosakkan tisu-tisu tertentu dalam badan dan mendatang- kan penyakit misalnya
penyakit dalam usus.
- Tabiat suka memakan jeruk boleh meninggikan risiko keracunan makanan yang mungkin
membawa maut.

(d) Kegemaran memakan makanan terproses atau makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan.
- Amalan sesetengah penduduk bandar yang sering makan makanan segera seperti daging burger
dan lain-lain adalah tidak sihat.
- Makanan-makanan dalam tin, khususnya yang diimport amat digemari mereka yang
telah biasa dengan kehidupan luar negara. Ada pula yang memakan makanan import dalam tin ini untuk
meninggikan status mereka.
- Makanan-makanan terproses biasanya mengandungi bahan- bahan kimia umpamanya bahan
pengawet, perisa dan pewarna tiruan yang boleh membawa penyakit barah.
- Setengah-setengah makanan terproses misalnya daging burger pernah didapati mengandungi
plumbum dan timah hitam yang berlebihan sehingga mendatang keracunan makanan.

Faktor-faktor penyebab penyakit lain.

- Penyakit denggi adalah diakibatkan oleh persekitaran yang mengalakkan pembiakan nyamuk
aedes.
- Budaya hidup seperti merokok, pengambilan arak boleh membawa penyakit barah paru-paru dan
penyakit yang berkaitan dengan hati kita.
- Mereka yang mengamalkan pergaulan seks terlalu bebas,secara abnormal misalnya
homoseksual, biseksual dan pengambilan dadah dengan perkongsian jarum suntikan pula mengalakkan
wabak penyakit aids.
- Penyakit darah tinggi, sesetengah jenis barah yang ter- tentu, diabetes pula adalah berkaitan
dengan keturunan.

2. Kesan-kesan negatif pengambilan pil-pil dan makanan berkhasiat tanpa nasihat doktor.

(a) Keracunan, misalnya : Hipervitanirosis A bila mengambil terlalu banyak vitamin A.


(b) Abaikan makanan lain sesudah mengambil pil-pil vitamin,misalnya seseorang yang mengambil pil
vitamin dan zat galian tidak mengambil sayuran akan mengalami masalah kesihatan kerana kekurangan
serabut dalam makanannya.
(c) Pengambilan pil vitamin akan meningkatkan paras vitamin dalam darah dan tisu badan. Jika
seseorang iaitu berhenti mengambil vitamin tersebut, ia akan mengalami gejala kekurangan vitamin
berkenaan walaupun ia mengambil makanan seimbangan semulajadi kerana tubuhnya tidak boleh
menyesuaikan kepada keadaan penurunan paras vitamin ini.
(d) Pembaziran sumber kewangan kerana banyak mengambil zat- zat berlebihan yang tidak
diperlukan oleh badan melalui pengambilan pil-pil. Keadaan ini juga mengalakkan penipuan oleh penjual
atau pengusaha yang tidak bertanggungjawab. Misalnya, pati ayam Brand's mengandungi terlalu sedikit
pati berbanding dengan harganya.
(e) Kebanyakan pil-pil vitamin adalah terbuat dari sintesis bahan-bahan kimia. Pengambilan bahan-
bahan kimia yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan badan. Kajian Prof. Irvin daripada
Universiti Texas menunjukkan bahawa bahan kimialah akan menjadi ancaman utama kepada kesihatan
manusia kelak dan kombinasi berbagai bahan kimia juga akan menimbulkan kesan keracunan yang
sebelum ini tidak diketahui (Utusan Pengguna Sept. 1989). Misalnya, gula tiruan yang dihasilkan secara
tindakbalas kimia iaitu sakarin yang sebenarnya boleh menyebabkan barah jika terlalu mengambilnya.

3. Langkah-langkah mengelakkan pengambilan pil-pil dari makanan berkhasiat.

(a) Penguatkuasaan undang-undang dan akta mengenai ubatan dan makanan - denda berat kepada
pengeluar yang memberikan penerangan palsu pada labelnya.

(b) Kempen pendidikan untuk menyedarkan rakyat / pengguna.

(c) Perubahan sikap doktor - menasihati pesakit tentang amalan makanan seimbang dan bukan
mengarahnya mengambil pil vitamin.
(d) Masyarakat / media massa.

PENIPISAN LAPISAN OZON

1. Akibat penipisan lapisan ozon

(a) Kerosakan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia kerana pancaran ultraungu
yangmempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan:

- Penyakit barah kulit seperti melanoma ini disebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi
yang menyebabkan pembahagian sel-sel yang tidak teratur.
Kajian membuktikan bahawa pengurangan 1 peratus dalam lapisan ozon akan mengakibatkan
pertambahan sebanyak 5 peratus dalam kes penyakit barah kulit. Masalah ini lebih serius di negara-
negara barat kerana kebanyakan penduduknya berkulit putih yang lebih peka atau sensitif kepada
pancaran ini.

- Penyakit mata

Sekiranya seseorang itu terlalu lama terdedah kepada pancaran ultraungu, dia akan menghidap
penyakit ketarak yang boleh menyebabkan buta. Penyakit ini lebih teruk di negara-negara sedang
membangun kerana penduduknya kurang mampu membiayai pembedahan mata dan membeli cermin
mata untuk mengelakkan pancaran ini.
- Sistem imunisasi

Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi menusia,
menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit
seperti radang paru-paru.

- Molekul asas kepada semua benda hidup

Pancaran ultraungu C yang panjang gelombangnya antara 240-290 namometer pula masih belum sampai
ke bumi. Namun demikian, penyelidikan dalam makmal menunjukkan ia boleh memusnahkan asid-asid
nukleik (RNA dan DNA) dan protein yang merupakan molekul asas kepada semua benda hidup.
Jika kerosakan lapisan ozon kian bertambah, suatu hari nanti pancaran dijangka akan sampai ke
bumi dan mungkin pada ketika itu bumi ini akan kiamat.

(b) Kerosakan lapisan ozon membawa kesan negatif kepada sektor pertanian.

- Radiasi ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan
kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis.Umpamanya, kajian
yang dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan
bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran
ultraungu.
- Kerosakan ozon juga menjejaskan industri pembalakan.
Pancaran ultraungu mengakibatkan tumbuh-tumbuhan mengambil masa yang lebih panjang untuk
membesar. Maka ini mengurangkan pengeluaran kayu balak dan seterusnya menjejaskan ekonomi
negara-negara yang bergantung kepada industri pembekalan atau industri yang berasaskan kayu-kayuan.

(c) Kerosakan ozon menimbulkan akibat buruk kepada hidupan laut.

- Mikroorganisma di dalam air seperti plankton memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Yang
demikian, plankton berada dekat dengan permukaan air dan sangat peka kepada perubahan pancaran
matahari.
- Jika mikroorganisma ini terdedah kepada pancaran ultra-ungu yang keterlaluan, lama-kelamaan ia
akan mati. Kejadian ini akan mengurangkan sumber makanan untuk hidupan laut, akibatnya bekalan ikan
merosot dan ini sudah tentu menjejaskan sumber protein bagi manusia.

(d) Kerosakan lapisan ozon yang semakin berleluasa akibat pertambahan CFC akan
menyebabkan kenaikan suhu dunia.
- Ekoran daripada perubahan ini, suhu dunia dijangka akan meningkat sebanyak 5 darjah celcius
sebelum pertengahan abad yang akan datang. Perubahan ini bukan sahaja mengakibatkan glasier di
Kutub Artik dan Kutub Antartika mula cair, bahkan menyebabkan pemanasan dan pengembangan isipadu
air laut.
- Lantaran itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak 5
meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah seperti Maldives, Bangladesh
dan Amzon di Amerika.

2. Langkah-langkah mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon.

(a) Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri.

- Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan CFC yang
banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon.
- Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk
meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan
pembebasan CFC ke atmosfera.
- Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin
udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di
Malaysia.
- Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan tidak berapa lama
yang lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini.

(b) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti
kloroflokarbon (CFC).

- Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai
industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang terbaik.
- Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih,
dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen pengembang dalam keluaran
foam, konsep beberapa bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan.
- Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida asid formik
atau teknik `vacuum expansion', gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin
udara sebagai agen pendingin.

(c) Kerjasama dan komitmen antarabangsa.

- Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua
negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu.
- Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen,
persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam
negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini.
- Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah
konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan
antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai
protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu
persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM
pada 20-23 Februari 1990.

(d) Komitmen dan usaha peringkat nasional.

- Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti.
- Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan
langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.
- Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara.
(e) Tindakan atau peranan sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan ozon.

- Galakan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon.


- Tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak merata
tempat.
- Memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan pemulihan.
CONTOH PERSOALAN :

1. Industri pelancongan negara mula mencatatkan pertumbuhan pesat sejak kerajaan


memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia 1990. Sekali lagi Malaysia akan menjadi tumpuan pelancong
pada 1994 kerana kerajaan telah melancarkan TMM 94. Kerajaan menganggarkan seramai tujuh juta
pelancong akan melawat Malaysia pada 1994. Hal ini diususkan oleh Y.B. Datuk Sabaruddin Chik melalui
Berita Harian
pada 8 September 1993 di Kuala Lumpur.
Sejauh manakah industri pelancongan ini dapat membawa kebaikan terhadap negara kita ?

Intro :

1. Industri pelancongan memberi sumbangan besar kepada


pendapatan negara kasar dan menjadi sumber negara
ketiga penting selepas perkilangan dan pertroleum.

2. Kita menjadikan pelancong sebagai sebuah industri


mulai pertengahan tahun 80-an sewaktu negara
menghadapi kemelesetan ekonomi.

3. Pelancongan dikaitkan dengan kegiatan lawatan para


pelancong dari dalam dan luar negeri untuk pelbagai
tujuan. Bertambahlah jumlah pelancong bererti akan
menggiatkan usaha untuk menyediakan tempat pengi
napan, pengangkutan, perkhidmatan dan penyediaan
prasarana (infrastruktur) yang berkaitan.

Langkah :

1. Usaha memperdagangkan bidang perlancongan di negara


ini begitu menonjol sesudah ditubuhkan Kementerian
Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan pada 1986 yang
diketuai oleh Y.B.Datuk Sabaruddin Chik. Sumbangan
besar yang diperohlehi daripada industri ini apabila
berjayanya kita menganjurkan Tahun Melawat Malaysia
1990. Ketika itu kita mencatatkan pekerjaan kepada
68,873 rakyat negara ini.

2. Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan


sekali lagi pada tahun 1994 akan menganjurkan Tahun
Melawat Malaysia ke-II dengan tema
"FASCINATING MALAYSIA - NATUARALLY MORE IN 1994."
Kita akan memperohlehi lebih kurang 5 billion ringgit
sepanjang tahun itu dan 7 juta pelawat asing.

Sumbangan :

1. Mempelbagaikan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Kesan daripada berkembangnya, industri-industri yang menjadi sampingan seperti bidang perhotelan juga
telah dimajukan. Pada 1985, sejumlah 32,835 bilik penginapan disediakan oleh 825 hotel di seluruh
negara. Ini menunjukkan bahawa industri pelancongan yang berasaskan perhidmatan menawarkan pilihan
pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini dikuasai oleh industri pertanian dan perkilangan. Banyak hotel
baru yang berbintang 5 telah dibina akibat industri pelancongan. Hotel-hotel ini dapat menambahkan
sumber pendapatan negara.

2. Menyelamatkan peraliran ke luar.

Menggalakkan pertukaran wang asing negara. Usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong asing
tidak seharus- nya membelakangkan sumbangan pelancong tempatan.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan akan dapat dinikmati sama oleh pelancong tempatan. Perdana
Menteri ketika melancarkan khidmat Feri Melaka ke sebuah wilayah Indonesia, mengatakan rakyat negara
ini berbelanja lebih 200 juta ringgit untuk kegiatan pelancongan di luar negeri. Menurut Perbadanan
Penggalakkan Pelancongan, lebih daripada 72 peratus pelancong asing ke Malaysia terdiri dari golongan
profesional dan bertaraf pengurus. Ini secara tidak
langsung mencerminkan hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang berada dan akan berbelanja
besar ketika di negara ini. Justeru itu cukup wajar kalau ini diberi perhatian kerana akan memberi kesan
positif terhadap pertukaran wang asing.

3. Mengurang kadar pengganguran.

Berkembangnya industri perhotelan, pertambahan agensi- agensi pelancongan dan perhidmatan bas-bas
persiaran adalah antara kegiatan yang memerlukan ramai pekerja.
Ini termasuklah jawatan untuk diisi oleh para pemandu pelancong. Contoh, sejak tahun 1985,
perkembangan industri perhotelan sahaja telah menghasilkan kira-
kira 6,000 peluang pekerjaan dan jumlah itu terus meningkat setiap tahun. Hotel juga memerlukan ramai
pekerja dan pelayan bagi membantu.

Keburukan :

1. Kebudayaan kuning.

Kita perlu mengambil kira kebimbangan berbagai-bagai pihak di samping bersedia untuk menghadapi
berbagai-bagai kesan yang mungkin timbul seperti ancaman budaya
kuning. Para pelancong tidak mustahil akan mendedahkan corak hidup mereka yang antaranya tidak boleh
diterima oleh rakyat negara ini. Kita juga harus berusaha agar tidak dihanyutkan oleh arus yang akan
mengakibatkan leburnya ciri-ciri kebudayaan timur yang telah dipertahankan sejak berzaman. Mereka
mungkin memakai pakaian yang menjolok mata. Berkelakuan sumbang di hadapan pemuda-pemudi kita.

2. Pencemaran

Kebimbangan juga pernah diutarakan oleh FOMCA di mana usaha kerajaan mengutamakan pelancong luar
negeri akan hanya menguntungkan orang luar. Pelancong tempatan pula umumnya kurang kemampuan
untuk tinggal di hotel- hotel mahal dan mewah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan
Malaysia juga mendapati bahawa pembinaan hotel dan kondominium di pinggir laut dan
pantai telah menimbulkan masalah pembuangan najis.
Pencemaran mungkin sahaja akan berlaku akibat saluran paip najis dihalakan ke laut atau pantai
berkenaan.

3. Sikap dan berfikiran hamba.

Kemajuan industri pelancongan juga tidak mustahil akan melahirkan masyarakat yang berfikiran hamba
dan bersikap rendah diri. Suasan itu boleh wujud kerana layanan yang berlebih-lebihan terhadap para
pelancong sehingga mereka dianggap 'raja'. Masyarakat akan tunduk kepada mereka kerana ingin
memberi perkhidmatan yang baik. Perkembangan industri ini juga akan menggalakkan pertumbuhan
kelab sosial dan kasino yang nyata bercanggah dengan prinsip islam dan norma-norma
masyarakat yang bercorak konservatif kita.

Kesimpulan :

1. Industri pelancongan penting untuk mempelbagaikan sumber ekonomi dan


meningkatkan pendapatan negara. Kita perlu berwaspada terhadap beberapa risiko yang akan timbul
seperti penularan wabak penyakit serius,masalah sosial yang bertali-temali dan ancaman terhadap nilai-
nilai tradisi dan murni yang telah menjamin keharmonian masyarakat selama ini.

2. Industri pelancongan patut dijalankan dengan perancangan yang baik dengan tidak
membelakangkan tuntutan agama dan menggugat alam sekitar.

Contoh Persoalan :

1. Sektor pelancongan penting untuk membantu pembangunan ekonomi negara kita. Agensi-agensi
kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke Malaysia.

Huraikan langkah-langkah yang harus diambil untuk memajukan industri pelancongan.


Intro :

1. Malaysia kini mencapai nama sebagai satu destinasi pelancongan terbaik. Datuk Sabaruddin Chik
mengatakan kempen galakan yang agresif telah dijalankan untuk TMN 94 dengan penekanan diberikan di
Hong Kong, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah. Hasil yang dijangka ialah RM5 billion dan 7 juta
pelancong asing akan melawat ke Malaysia. (Sumber : Berita Harian, 9 Sept.1993).

Langkah :

1. Menjualkan imej ke luar negara.


Memperkenalkan Malaysia kita ke dunia. Masih terdapat negara-negara dalam dunia ini masih belum
mengetahui kedudukan negara kita. Pihak kerajaan sendiri telah mengeluarkan belanja yang besar bagi
membiayai kos untuk memperkenalkan negara kita di seluruh dunia. Melalui Sistem Penerbangan Malaysia
(MAS), kesenian dan keindahan alam Malaysia telah dihebohkan ke luar Malaysia.

2. Tempat peranginan.
Tempat yang menarik yang terdapat di negara kita haruslah dijaga dan dibangunkan supaya kelihatan
menarik sepanjang masa. Tanggungjawab ini bukan sahaja harus diambil oleh kerajaan pusat bahkan
harus melihat kerajaan negeri, penguasa-penguasa tempatan dan juga pihak-pihak swasta sama ada
memberikan sumbangan tenaga atau kewangan. Penjagaan tempat-tempat menarik ini akan
menggalakkan kehadiran pelancong sepanjang musim. Kebanyakan pelancong kehendakkan satu
suasana yang nyaman dan tenteram penuh dengan kesenian untuk dinikmati.

3. Program dan aturcara.


Pelancong dari luar negeri telah dihiburkan dengan program-program yang menarik di negara kita. Acara-
acara yang disediakan ini merangkumi aspek kesenian dan
kebudayaan tempatan agar masyarakat pelancong akan lebih mendekati dan mendalami keperibadian
hidup penduduk negara ini. Negara kita kaya sekali dengan pelbagai kesenian. Pertandingan bercorak
tradisional juga boleh diadakan untuk menarik penduduk tempatan serta pelancong-pelancong asing
mengalami dan merasai permainan tradisi yang kita ada. Contoh: sepak takraw, wau,gasing,
perkhemahan sambil belajar. Pelancong-pelancong akan menyedari bahawa kerajaan kita sangat
mengambil berat mengenai keadaan alam sekitar yang terdapat di negara kita.

4. Media massa.
Kementerian Penerangan perlu mengadakan kempen secara besar-besaran. Televisyen, radio, majalah,
suratkhabar,Far Eastern Economic Review, Newsweek, Times Magazine dsb perlu memberitakan imej
Malaysia ke seluruh dunia.Risalah dan poster perlu diedarkan dan dilekatkan di sepanjang jalan di
Malaysia khususnya dan di pasaran baru amnya. Isu ini haruslah dihebohkan setiap kali pemimpin
negara memberi ucapan dan dalam upacara perasmian. Setiap rakyat perlu tahulah hal berkaitan
dengan Tahun Melawat Malaysia 1994 ini iaitu dari murid darjah satu sehingga mahasiswa dan
mahasiswi.

5. Kebudayaan unik Malaysia.


Malaysia harus mempamerkan kekayaan budaya unik ialah makanan tradisional, tarian tradisional,
permainan tradisional, lagu tradisional, perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya Aidil Fitri dsb
untuk menarik minat pelancong. Hotel dan agensi pelancongan menganjurkan aktiviti berkaitan dengan
kebudayaan kita seperti pertandingan tarian tradisonal di antara pelancong yang menginap di hotel
mereka.

Kesimpulan :

1. TMM 94 akan memikat pelancong asing tinggal lebih lama di sini kerana banyak acara yang akan
dipersembahkan iaitu selama enam hari. Kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan
tempatan seiring perkembangan industri pelancongan asing.

CONTOH PERSOALAN :

1. Industri kraftangan semakin popular. Ini kerana kraftangan merupakan satu aktiviti ekonomi penting
terutama di luar bandar. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk memajukan industri di Malaysia.
2. Industri kraftangan menghadapi banyak masalah. Bincangkan masalah yang dihadapi oleh industri ini
dan cadangkan cara-cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Konsep :

1. Perusahaan kraftangan yang dikendalikan oleh penduduk tempatan. Satu bentuk perusahaan yang
menggunakan kemahiran dan kecekapan anggota badan untuk mengeluarkan hasil daripada bahan-bahan
tempatan seperti kayu, buluh,rotan, mengkuang dan tanah liat di samping penggunaan bahan-bahan
yang telah diproses seperti perak, tembaga,besi dan kain.

2. Hasil pengeluaran ini berupa tongkat, bakul, raga, tikar,dulang, cawan, periuk, keris, batik, songket
atau lain-lain seumpamanya. Barang-barang ini boleh digunakan sebagai alat keperluan harian, perhiasan,
pakaian dan sebagainya.

Masalah :

1. Perusahaan yang berbentuk keluarga sahaja.


Kemahirannya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Mereka menjalankan kegiatan
ini sebagai usaha sampingan. Tidak dipentingkan oleh mereka yang terlibat. Contoh : perusahaan-
perusahaan membuat batik, songket, bahan-bahan perak dan tembaga di Kelantan dan Terengganu,
perusahaan tekat-menekat di Perak dan perusahaan membuat tembikar daripada tanah liat di Sarawak.

2. Perusahaan ini tinggal dalam keadaan yang mundur.


Golongan muda-mudi kurang berminat untuk meneruskan kegiatan ekonomi keluarga ini. Sebaliknya
dengan taraf yang dimiliki serta nilai-nilai sosial yang berubah, mereka lebih cenderung untuk bekerja di
sektor-sektor yang lebih moden. Maka golongan tua atau yang tidak berpelajaran terpaksa meneruskan
usaha tersebut dengan daya pengeluaran yang lembab dan mutu yang rendah. Ini ditambah pula dengan
ketiadaan modal yang secukupnya untuk memajukan perusahaan tersebut. Keadaan ini bertambah
tergugatnya kedudukan mereka apabila adanya persaingan yang hebat dengan barang-barang tiruan
sama ada yang diproses dalam negeri mahupun yang diimport. Contoh : dalam perusahaan batik.

3. Masalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.


Masalah-masalah itu ialah pengawalan mutu, daya pengeluaran, pengurusan, penggunaan bahan-bahan
mentah, tenaga kerja yang mahir, modal dan pengeluaran barangan yang bermutu tinggi. Kebanyakan
hasil kraftangan ini dijual dengan harga yang tidak sama. Ini menyebabkan orang ramai tidak
mempercayai penjual dan mereka tidak berani membeli hasil kraftangan terutama pelancong.

Langkah :

1. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan kerajaan.


Badan ini telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan untuk memenuhi objektif-objektif tersebut.
Mengadakan program-program latihan dalam berbagai-bagai aspek pengeluaran, kawalan mutu dan
pemasaran kepada para pengusaha dan bakal pengusaha. Matlamatnya untuk membantu meningkatkan
hasil pengeluaran dan mutu barangan kraftangan negara ini. Bertujuan untuk memajukan, menggalakkan
dan mempergiatkan pertukangan kraftangan ke arah mewujudkan kegiatan usahawan yang teguh dan
kukuh. Membuka pusat latihan dan melatih para belia dan beliawanis yang berminat. Memberi
perhidmatan bimbingan dan teknikal dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan teknik pengeluaran
baru, kawalan mutu, pasaran dan beberapa aspek yang berkaitan. Hasil kraftangan ini dijual kepada pihak
KEMAS untuk dinilai sebelum dihantar ke gerai-gerai Karyaneka di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur,
kedai-kedai Perbadanan Pelancongan, hotel-hotel dan sebagainya.

2. Pasaran diperluaskan dan program latihan.


Langkah tegas yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan dengan segera. Kerajaan perlu mewujudkan
pasaran yang lebih luas di samping meningkatkan lagi program latihan yang lebih intensi dalam aspek-
aspek pengurusan, pengeluaran dan kawalan mutu. Kerajaan hendaklah juga menubuhkan pusat-pusat
perusahaan tangan yang berpotensi di kawasan-kawasan desa dengan berdasarkan kemudahan-
kemudahan yang ada seperti bahan asli, minat penduduk dan bakat yang ada di kalangan mereka. Sejajar
dengan ini, pusat-pusat latihan yang berkenaan harus diperluaskan dan diperlengkapkan. Kemudahan-
kemudahan ini hendaklah pula disusuli dengan bantuan kredit, khidmat nasihat termasuk yang berhubung
dengan pengawalan mutu dan pemasaran.
3. PKKM telah membuat penyelidikan tentang pemasaran,
kemajuan pengeluaran, harga, pembungkusan, pengedaran dan usaha untuk meningkatkan mutu hasil
ciptaan kraftangan. Untuk mempertingkatkan usaha ini PKKM perlu bekerja keras dan mengambil langkah
untuk menjamin hasil kraftangan negara ini memenuhi permintaan dari dalam negeri dan luar negeri.

4. Majlis Amanah Rakyat atau MARA dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah memberi kemudahan
bagi mendapatkan sumber kewangan secara pinjaman untuk mengatasi masalah kewangan dan khidmat
nasihat. Pihak pemasaran telah dihantar ke luar negeri untuk memperkenalkan hasil kraftangan kita.
Tujuannya supaya negara-negara maju dapat memberi sumbangan baik dari segi modal, teknik ataupun
kepakaran. Perbadanan Kraftangan mengharapkan negara-negara maju akan menawarkan projek-projek
usahasama dengan pengusaha tempatan untuk memajukan industri kraftangan negara ini.

5. Pengusaha-pengusaha kraftangan tempatan perlulah berani dan bersedia menghadapi saingan


daripada pengusaha-pengusaha luar. Para pengusaha mestilah bersikap positif,dinamik dan terbuka untuk
pembaharuan dalam pengeluaran barangan kraftangan. Kejayaannya bukan sahaja dari segi komersial
malahan dari segi kemajuan negara. Syarikat korporat juga digalakkan untuk berkecimpung dalam
industri kraftangan dengan menanam modal bagi membina kilang kraftangan.

Kesimpulan :

1. Kerajaan bukan sahaja akan dapat membantu para pengusaha dan penduduk desa menambahkan
pendapatan dan menjamin masa depan mereka. Ini akan membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah
negara pengeluar hasil kraftangan yang bermutu dan boleh menambahkan pendapatan secara
keseluruhannya. Jadi, langkah ini dalam banyak hal akan merupakan satu bentuk pelaburan jangka
panjang untuk faedah semua.

CONTOH PERSOALAN :

1. Bincangkan peranan universiti dalam pembangunan Malaysia.

Intro :

1. Dalam dunia pendidikan, pendidikan universiti merupakan kemuncak pendidikan seseorang. Pendidikan
universiti juga merupakan satu keistimewaan bagi seseorang kerana bukan semua orang dapat menikmati
pendidikan tersebut, iaitu dapat meneruskan pelajarannya di menara gading.

2. Merupakan impian bagi setiap pelajar di sekolah. Merupakan pasport atau tiket untuk ke arah
kecemerlangan hidup.Tanda status dan kedudukan seseorang dalam masyarakat.

Peranan :

1. Badan penyebar ilmu


Universiti adalah bak kata pepatah `gedung ilmu' yang di dalamnya penuh dengan khazanah ilmu
yang tidak terhingga nilainya. Dengan demikian sesiapa yang berjaya ke tahap universiti maka beerti ia
telah berpeluang untuk menerokai bidang ilmu yang maha luas itu dan kemudian akan keluar sebagai
seorang ilmuan yang berperanan untuk menyampaikannya kepada hak anak bangsa yang dahagakan
pengetahuan. Rakyat sesebuah negara akan terus maju, apa lagi bagi negara membangun, yang selama
ini jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju, tetapi kini ia sama taraf dengan bangsa-
bangsa yang telah maju di dunia ini. Jelas menunjukkan bahawa universiti dapat mewujudkan sati
masyrakat yang dinamik dan progresif yang sanggup menerima perubahan sesuai dengan aliran zaman.

2. Penyebaran bahasa Melayu


Memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat yang ingin melihat bahasa ibunda mereka mempunyai
kedaulatan dan kedudukan yang sewajarnya sesuai dengan sifatnya sebagai bahasa rasmi negara, iaitu
menjadi bahasa ilmu yang sekaligus dapat menegakkan keperibadian bangsa. Jadi bahasa Melayu menjadi
bahasa pengantar sistem pendidikan negara seluruhnya. Menjadi bahasa penyebaran ilmu yang tertinggi
di rantau ini khususnya dan di dunia amnya.

3. Pusat untuk mengeluarkan manusia yang berkualiti, bukan sahaja berhemah tinggi tetapi juga
mempunyai kesedaran dan tanggungjawab kepada masyarakat dan sanggup membina masyrakat yang
stabil, aman damai dan bersatu padu. Tegasnya dalam hubungan memenuhi cita-cita nasional, universiti
dapat memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan tenaga manusia serta berusaha
menggerakkan proses pembaharuan dan memperkayakan di samping mempertinggikan bidang ilmu demi
kemajuan bangsa dan negara.

4. Pengumpulan tenaga manusia mahir


Dari aspek pembangunan ekonomi negara, fungsi universiti adalah mengumpulkan tenaga manusia yang
pakar dalam berbagai-bagai bidang dan jurusan dengan tujuan supaya daya pemikiran dan pengetahuan
iktisas yang ada pada mereka itu dapat dipergunakan sepenuhnya bagi meninggikan taraf hidup rakyat
dalam negara yang makmur dan harmoni.

5. Penghasilan pemimpin
Dalam bidang politik pula, universiti adalah tempat tapak semaian bagi melahirkan golongan intelek yang
mempunyai sikap yang rasional dan berpandangan jauh. Dapat menggerakkan dan menyalurkan motivasi
rakyat bagi menuju masa depan yang lebih cerah sambil menjamin pemerintahan demokrasi serta
memberikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara yang progresif.

6. Keseimbangan kerohaniah dan jasmaniah


Dapat memberikan keseimbangan dia antara keperluan rohani dengan jasmani bagi mengatasi masalah
kehidupan yang mencabar serta kompleks dalam zaman sains dan teknologi ini. Meskipun sains dan
teknologi adalah penting tepat negara tentulah tidak akan memerlukan golongan pakar sanis semata-
mata tetapi juga berkehendakkan kepakaran dalam bidang lain hanya dapat dihasilkan oleh universiti
sahaja.

Kesimpulan :

1. Universiti penting terhadap pembangunan negara. Tidak hairanlah peruntukan wang yang besar
diberikan oleh kerajaan untuk perkembangannya.

2. Diharapkan para siswazah tidak mengabaikan harapan dan cita-cita negara untuk mencapai Wawasan
2020.

CONTOH PERSOALAN :

1. Baru-baru ini ahli-ahli masyarakat sering mempersoalkan kecemerlangan universiti tempatan. Mereka
berpendapat kualiti siswazah yang dilahirkan kurang bermutu. Mereka juga meragui kemampuan tenaga
pengajar.
Bincangkan sebab-sebab kemerosotan kecemerlangan ilmiah di universiti-universiti tempatan.

Intro :

1. Kini, sering dinyatakan di dalam akhbar tempatan tentang masalah para pensyarah di universiti yang
menuntut agar skim gaji dan perhidmatan mereka dikaji semula supaya selaras dengan kerjaya mereka.

2. Benarkah masalah ini memberi kesan langsung terhadap kemerosotan kecemerlangan universiti ?
Masyarakat umum menganggapi kemerosotan mutu akademik para graduan sebagai berpunca daripada
kemerosotan dedikasi dan kualiti pengajaran para pensyarah.

Punca :

1. Faktor sejarah
Faktor-faktor kemerosotan ini dapat disorot melalui beberapa perkembangan pada masa-masa
lalu. Misalnya, walaupun wujud tradisi kecemerlangan di universiti-universiti negara ini, penubuhannya
lebih terdorong oleh
permintaan untuk mengeluarkan tenaga mahir yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pembangunan
ekonomi, politik dan sosial negara. Penubuhannya bujanlah berdasarkankomitmen yang penuh untuk
mencapai kebenaran dan ilmu pengetahuan semata-mata.

2. Sindrom ijazah dan diploma


Secara evolusi timbullah suatu kesan negatif di kalangan para penuntut universiti yang dikenali sebagai
`sindrom diploma dan ijazah'. Dalam hal ini, rata-rata pelajar yang berjaya menyambung pelajaran di
universiti bercita-
cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Aspek ilmu pengetahuan diletakkan selepas cita-cita utama
tersebut. Oleh yang demikian, ada kalanya universiti-universiti seperti ini disebut sebagai sekolah tinggi.
3. Campur tangan pihak pemerintah
Campur tangan pihak pemerintah dalam urusan pentadbiran universiti juga berperanan dalam
menimbulkan keresahan di kalangan para ilmuan. Misalnya, pengawalan universiti oleh satu majlis yang
dilantik oleh kerajaan. Para wakil dalam majlis tersebut diberi kuasa untuk menentukan hala cara dan
peranan bidang akademik. Hal ini menjadikan universiti seolah-olah suatu lanjutan daripada sebuah
jabatan kerajaan. Hal inilah yang berlaku di universiti- universiti tempatan.

4. Perlantikan pegawai utama universiti


Begitulah juga halnya dengan perlantikan pegawai-pegawai utama universiti yang ditentukan
oleh pertimbangan politik dan ketaatan kepada ketua mereka. Perlantikan tersebut bukanlah berdasarkan
kepada kajaguhan akademik,kecekapan mentadbir atau kekananan perhidamatan. sejajar dengan hal ini,
para tenaga akademik dikawal oleh Peraturan Tatakelakuan Kakitangan Akademik dan diberi gaji
berdasarkan tangga gaji pegawai perhidmatan awam.

5. Kehilangan minat pengajar


Implikasi yang timbul daripada hal tersebut ialah para tenaga akademik mula kehilangan minat
terhadap tugas pengajaran dan penyelidikan yang dapat mempertahankan kecemerlangan akademik dan
kewibawaan mereka sebagai golongan intelek. Ramai pensyarah yang berlumba-lumba untuk merebut
pelbagai jawatan pentadbiran yang dapat menjanjikan pendapatan yang lebih. Mereka mulai patuh kepada
pentadbiran dan menjalankan tugas sebagai seorang birokrat, iaitu meniru cara berpakaian birokrat,
bekerja mengikut waktu pejabat, malah ada yang membataskan peranan masing-masing kepada
mengajar di bilik kuliah ibarat guru sekolah tanpa mengambil berat kerja-kerja penyelidikan.

Kesimpulan :

1. Kita perlu memperbaiki keadaan tersebut. Jawatankuasa khas harus dilantik bagi merintis jalan ke
arah kecemerlangan dan kegemilangan akademik sebagai tradisi kecemerlangan universiti. Kita harus ke
arah mencapai dan menjadi sebuah universiti seperti "Harvard University" atau "Cambridge University" di
Amerika dan England.

SUMBANGAN PENDIDIKAN SWASTA

1. Definisi :

Sektor swasta memberi sumbangan yang positif untuk memajukan pendidikan bagi mencapai
WAWASAN 2020. Swasta menubuhkan sekolah, pusat akademik, kolej profesional, pusat bimbingan dan
sebagainya untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan pendidikan di Malaysia.
Contoh : Kolej Sunway, Pusat Bimbingan Tanjung, Kolej Stamford dan Kolej Tuanku Abd.
Rahman.

2. Kabaikan / Peranan pendidikan swasta :

(a) Memberi peluang pendidikan yang lebih luas dan melanjutkan pelajaran.
Mereka yang gagal peperiksaan, tidak berjaya ke universiti dan memilih kursus mengikut cita
rasa sendiri akan ke sekolah swasta. Sekolah swasta mempunyai syarat kemasukan yang lebih longgar
seperti had umur dan kelulusan minima. Boleh mengatasi masalah psikologi pelajar yang gagal dan
mereka belum bersedia untuk berdikari.

(b) Pertukaran wang asing dapat dijimatkan.


Tidak perlu membayar lebih kerana belajar di dalam negeri. Bayaran yuran yang rendah dan
perbelanjaan harian yang murah. Tempat tinggal dan makan boleh dijimatkan. Nilai mata wang yang
rendah dibandingkan dengan nilai mata wang yang lebih tinggi di luar negeri. Berpuluh-puluh ribu pelajar
Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana universiti tempatan tidak menawarkan tempat yang
mencukupi. Membawa kesan ekonomi yang negatif.

(c) Pembangunan keusahawanan dan kepakaran teknologi.


Menawarkan banyak pilihan kursus. Ada yang bercorak profesional juga. Contoh : Kejuruteraan,
Perakaunan,Perhotelan, Jahitan, Masakan, Sistem Bank, Perhiasan dan sebagainya. Pelajar boleh memilih
subjek yang diminati oleh mereka. Membantu kerajaan menyediakan tenaga kerja yang produktif, mahir,
berilmu dan berpengetahuan untuk menyumbangkan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Meningkatkan
kemahiran sumber manusia dan membantu kerajaan ke arah perindustrian yang maju. Menyediakan
pelajar-pelajar bagi peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry dan Institute of Chartered
Management and Accountancy.

(d) Teknik pembelajaran yang berkesan.


Menyediakan pendidikan yang bermutu. Kelas kecil dikelolakan dengan berhawa dingin. Lebih
ekslusif dan mengikut sistem yang paling muktahir. Mungkin menggunakan muzik bagi menenteramkan
suasana pembalajaran yang lebih tenang. Mempunyai modal yang besar dan mampu menyediakan
kemudahan pengajaran pembelajaran yang serba lengkap. Menyediakan sistem pentadbiran yang
berkesan dan profesional. Guru dan pensyarah yang berkaliber akan dijemput untuk mengajar.
Mereka mempunyai kelayakan yang tinggi. Sentiasa menganjur seminar yang bermutu untuk
membantu pelajar menyediakan diri untuk peperiksaan. Contoh : Kursus bahasa Inggeris untuk
peperiksaan Toefl dan A Levels.

(e) Kegiatan ekonomi yang berpotensi.


Untuk kemajuan ekonomi yang pesat, pendidikan yang bertaraf tinggi adalah penting untuk
mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, syarikat-syarikat besar telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk
projek pendidikan. Untuk meningkatkan taraf profesionalme dengan menawarkan kursus-kursus yang baik
demi manarik pelajar dan mengaut keuntungan.
Contoh : MBF Holdings memiliki Kolej Taylor. Kursus Kembar (Twinning) dengan universiti
terkemuka di dunia antarabangsa amat popular.

3. Keburukan pendidikan swasta :

(a) Mungkin tidak mengikut falsafah pendidikan dengan 100%.


Mereka terpaksa menyelewengan sedikit untuk menarik minat pembelajaran.

(b) Terlalu mementingkan keuntungan - bayaran yuran tinggi - orang kaya sahaja yang mampu. Ini
disebabkan matlamat akhir sektor swasta ialah mencapai keuntungan maksima. Tiada ciri kebajikan wujud
dalam perniagaan.

(c) Wujudnya penyelewengan - Sekolah swasta tutup kalau rugi. Pelajar-pelajar yang ada terpaksa
diberhentikan.
Ini akan menyebabkan masalah kepada pelajar dan mereka terasa ditipu. Mengiklankan tentang
kehandalan sekolah swasta tetapi pada hakikatnya tidak sebegitu.

(d) Kelayakan tenaga pengajar diragui kemampuan mereka. Adakah guru sekolah-sekolah swasta terlatih
? Mampu mereka menegaskan disiplin dan menguatkuasakan peraturan sekolah dengan adil dan
berkesan.

4. Kesimpulan :

(a) Kementerian pendidikan haruslah menyalurkan bantuan dan menyusun cara untuk mengawal
pengurusan sekolah swasta supaya selaras dengan matlamat falsafah negara.

CONTOH PERSOALAN :

1. Tiap-tiap tahun, bilangan lepasan SPM dan STPM yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan
masing-masing semakin bertambah. Peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat
yang lebih tinggi belum terjamin memandangkan kemampuan universiti tempatan mengambil pelajar-
pelajar adalah terhad. Baru-baru ini, banyak kolej swasta telah menjalankan program 'Universiti
Berkembar' dengan universiti luar negeri untuk membantu mereka yang gagal melanjutkan pelajaran di
negara kita. Sejauh manakah program Universiti berkembar ini dapat membawa kebaikan terhadap
perkembangan Pendidikan Negara.

Intro :
1. Menampung lebih ramai pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran. Pertambahan bilangan
pelajar yang lulus peperiksaan sama ada di peringkat SPM dan STPM adalah jelas. Tiap-tiap universiti
yang ada di negara ini hanya berupaya untuk menerima sekitar 2000 hingga 3300 orang pelajar pada
setiap sessi pengambilan. Pelajar- pelajar ini sekurang-kurangnya dapat mencapai hasrat mereka untuk
dipanggil graduan. Dengan sumber manusia sedemikian kita dapat membantu kerajaan mencapai
Wawasan 2020.

Kebaikan :
1. Untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran. Program universiti berkembar
di antara kolej-kolej swasta tempatan dengan universiti-universiti luar negeri telah membantu rakyat
mencapai hasrat mereka. Penubuhan dan perkembangan program yang seumpama ini telah membuka
jalan kepada sebilangan pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti
tempatan. Peluang-peluang ini telah menyebabkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik pada
masa yang akan datang.
2. Melanjutkan pelajaran di dalam negeri. Corak pengendalian dan pengajarannya berlangsung di negara
ini. Keadaan ini adalah sesuai untuk rakyat kerana mereka tidak perlu membeli pakaian tebal, membawa
makanan sambal belacan, periuk dan sebagainya. Cara kehidupan dan kebudayaan orang-orang tempatan
adalah lebih sesuai dan ini adalah satu kebaikan program berkembar. Program seperti ini mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada kalangan masyarakat tempatan naumun kita harus
menimbangkan beberapa aspek kebaikan serta keburukan akibat daripada program tersebut. ini adalah
satu kebaikan program berkembar. Program seperti ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada
kalangan masyarakat tempatan. Namun kita harus menimbangkan beberapa aspek kebaikan serta
keburukan akibat daripada program tersebut.
3. Pengaliran wang ke luar boleh dielakkan. Pelajar-pelajar yang ingin menambahkan tahap
akademik mereka walaupun gagal mendapat tempat dalam negeri tidak perlu lagi mengeluarkan belanja
yang banyak ke luar negeri. Mereka boleh menyertai program ini di dalam negara ini sahaja. Dalam
keadaan ini, kita tidak perlu membazirkan wang kita di luar negara. Kos perbelanjaan untuk membiayai
pendidikan di dalam negeri lebih menjimatkan.
4. Kemahiran dan kepakaran masuk ke dalam negara. Pihak yang menganjurkan program itu sudah
semestinya menggunakan kepakaran-kepakaran universiti yang bekerjasama dengan mereka. Peluang-
peluang bagi pelajar- pelajar yang menyertai program ini mempelajari pelbagai teknik kemahiran sama
ada dalam bidang teknologi atau ilmu kemanusiaan. Ini juga menyebabkan pemindahan kemahiran dan
kepakaran di kalangan pensyarah. Pensyarah tempatan dapat mempelajari dan berkongsi pendapat
dengan pensyarah luar.

Kesan Negatif :
1. Penggunaan bahasa inggeris. Institusi yang menganjurkan program berkembar dengan
universiti-universiti luar negeri menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Ini tidak
menepati falsafah pendidikan negara yang mengutamakan penggunaan bahasa melayu dalam bidang
pendidikan. Penggunaan bahasa inggeris di intitusi swasta boleh menerbitkan kecenderungan pelajar-
pelajar menggunakan bahasa inggeris secara berpanjangan khususnya apabila menceburi sektor
pekerjaan. Mereka lebih mengutamakan bahasa inggeris.
2. Pengiktirafan kerajaan dan swasta. Kolej swasta yang menganjurkan program yang seperti ini
dengan universiti luar negeri tidak mendapat pengiktirafan pihak kerajaan. Mereka melakukan kerjasama
ini semata-mata kerana ingin mencari untung dan bukannya mementingkan kualiti pelajaran serta masa
depan pelajar- pelajar kelak. Pelajar-pelajar yang tamat pengajian mereka akan menghadapi masalah
mendapatkan pekerjaan kerana ijazah mereka tidak diiktiraf. Pelajar tersebut telah membazirkan wang
dan masanya selama menyertai program tersebut.
3. Yuran pembelajaran yang tinggi. Perbelanjaan penduduk dalam negeri ternyata tinggi kerana
kolej-kolej ini mengenakan yuran yang tinggi bagi kursus-kursus yang dikendalikan. Penduduk di negara
kita masih ramai yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka kerana kemiskinan.
Mereka tidak mendapat biasiswa kerana kolej-kolej ini adalah kolej swasta. Kolej-kolej swasta ini lebih
mementing keuntungan semata-mata. Mereka tidak berapa berminat membaiki kualiti pendidikan pelajar.

Kesimpulan :
1. Semasa meluluskan permit kolej swasta ini untuk mengadakan program berkembar, kerajaan
haruslah berhati- hati dengan kelemahan yang wujud. Ini demi menjaga kualiti pendidikan yang
ditawarkan.

CONTOH PERSOALAN :

1. Setiap kali menjelang musim perayaan gedung membeli-belah mengadakan berbagai-bagai jualan
murah untuk menarik perhatian pengguna dan mengaut keuntungan yang cepat. Sebagai pengguna, kita
sering terperangkap dalam iklan- iklan yang menarik dan jualan murah tersebut. Sebenarnya, para
peniaga adalah secara halus "menipu" pengguna yang berbelanja. Bincangkan hak-hak anda sebagai
pengguna dan huraikan peranan persatuan pengguna dalam membantu pengguna yang menghadapi
masalah ini.

Intro :
1. Pengguna adalah "raja" kerana mereka mempunyai kuasa membeli.
2. Pengguna tidak tahu hak mereka mereka sebagai pengguna dan sering ditipu. Pengguna juga tidak
bersatu-padu dalam menentang kenaikan harga barangan.
3. 15 Mac 1992 adalah Hari Pengguna sedunia dan di Malaysia sambutannya telah dirasmikan oleh YAB
Perdana Menteri. Oleh kerana hak pengguna perlu dikawal, satu kementerian hal-ehwal pengguna telah
ditubuhkan dan dipimpin oleh YB Datuk Abu Hasan (1993).

Hak Pengguna :
1. Pemilihan barangan dan perkhidmatan. Memilih barangan dan perkhidmatan secara bebas tanpa
desakan, tanpa rasa takut, segan dan sebagainya. Juga berhak mendapat penerangan atau maklumat
terperinci sebelum mengambil keputusan untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan seperti
boleh bertanya, tawar- menawar, memegang dan meniliti dengan sepuas hati.
2. Perlindungan daripada bahaya. Mendapat perlindungan daripada bahaya atau kesan-kesan sampingan
semasa menggunakan barangan atau perkhidmatan, seperti alat-alat elektrik yang merbahaya, jentera
dan sebagainya. Pengguna juga berhak menuntut gantirugi seperti menukar dengan barangan yang baru,
memulangkan semula wang, atau membayar pampasan yang lebih tinggi.

Peranan persatuan pengguna :


1. Perjuangan hak pengguna. Peranan persatuan pengguna adalah memperjuangkan hak-hak pengguna
yang tertipu, menyedarkan pengguna terhadap muslihat di tempat membeli belah, menjalankan kaji
selidik barangan pengguna di pasaran dan lain-lain. Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang ditubuhkan
pada tahun 1970 adalah persatuan pengguna yang paling aktif memperjuangkan nasib pengguna.
Persatuan pengguna boleh membantu pengguna yang tertipu, tertindas, atau yang teraniaya dengan cara
menjadi orang tengah, membongkar kes-kes penipuan dalam akhbar terutama Utusan Pengguna atau
menolong menjalankan pendakwaan di mahkamah.
2. Kajian dan pembangunan. Menjalankan kaji selidik dengan penyelidikan yang berfaedah demi
kebaikaan pengguna seperti ada sesetengah Chewing Gum mengandungi geletin babi, ada sesetengah
sabun yang menggunakan lemak babi, tidak sesuai untuk orang Islam, burger mengandungi timah hitam
yang menyebabkan kolestrol yang tinggi dan lain-lain.
3. Kesedaran pengguna. Menyedarkan pengguna terhadap tipu muslihat di tempat membeli belah seperti
kaedah jualan murah, timbangan, mutu atau gred barangan atau perkhidmatan, harga, tanda harga, halal
dan bersih digunakan. Melalui risalah dan buku yang dikeluarkan oleh persatuan-persatuan ini bolehlah
pengguna memahami hal-hal berkaitan dengan pengguna.

Kesimpulan :
1. Pengguna sering menjadi mangsa kerana tidak tahu hak-hak mereka sebagai pengguna.
2. Bantuan daripada pihak persatuan pengguna adalah perlu bagi mengurangkan masalah penipuan
terhadap pengguna dan para peniaga yang mencari kesempatan.
3. Kerajaan juga perlu mengambil berat dalam hal ini kerana melibatkan semua rakyat dan kementerian
yang berkaitan dengan kepenggunaan telah diwujudkan.

CONTOH PERSOALAN :

1. Pendirian tegas yang ditunjukkan oleh Malaysia baru-baru ini ketika membincangkan isu-isu
antarabangsa telah membawa kesan negatif dan positif kepada negara. Sejauh manakah anda bersetuju
dengan pernyataan ini ?.

Intro:
1. Sesebuah negara yang telah merdeka, adalah wajar menggunakan konsep "Kedaulatan".
2. Malaysia sebagai negara berdaulat dan dihormati oleh kebanyakan negara di dunia. Malaysia yang
mengamalkan dasar berkecuali dan adalah bebas untuk menyatakan pendiriannya dengan tegas dan
berani.

Kesan negatif:
1 Hubungan Malaysia vs England (1983-1985) Hubungan Malaysia dengan Britain renggang
seketika akibat sikap radikal pemimpin kita melaksanakan atau sekitar melancarkan "Dasar Pandang Ke
Timur" dan "mengimport barang-barang Britain sebagai langkah terakhir". Akibat masalah ini Menteri Luar
England dihantar ke Malaysia untuk berunding. Akibat dasar kerajaan ini, kerajaan Britain dan Australia
telah menaikkan yuran mahasiswa- mahasiswi di Universiti.
2. Hubungan Malaysia-Australia-England. Awal tahun 1980an hubungan diplomatik Malaysia dan Australia
serta Britain agak rengang sedikit kerana ketegasan badan justisari atau kehakiman menjatuhi hukuman
gantung sampai mati kepada Kelvin Barlow dan Brian Chambers kerana kesalahan mengedar dadah di
Lapangan Terbang Bayan Lepas - kedua-dua rakyat Australia. Apa yang menyedihkan negara kita ialah
tuduhan kerajaan Britain dan Australia terhadap negara Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak
berperikemanusiaan dan boleh dianggap sebagai negara "barbarian".
3. Sistem Keutamaan Am Malaysia (GSP) Sistem Keutamaan Am Malaysia (General System of
Preferences) dengan Amerika Syarikat hampir ditarik balik pada tahun 1991 kerana tindakan kerajaan
Malaysia yang mengutuk perbuatan Amerika Syarikat pada peringkat antarabangsa, sedangkan tindakan
kerajaan kita tersebut adalah kena pada tempatnya. Bagi Amerika Syarikat pula ugutan untuk menarik
balik "GSP" kerana mereka menuduh Malaysia tidak memberi dan tidak menjaga hak asasi kepada para
pekerja - iaitu kebebasan membentuk kesatuan sekerja
4.Penubuhan EAEC. Tindakan tegas pemimpin kita yang mengeluarkan idea untuk menubuhkan
Perundingan Ekonomi Asia Timur(EAEC) pada tahun 1991 menyebabkan kebanyakan negara-negara maju
merasa tidak senang, terutamanya Amerika Syarikat. Amerika Syarikat cuba memujuk dan menyekat
kerajaan Jepun daripada menyertai EAEC yang katanya merupakan satu pakatan kerjasama ekonomi dan
bukan sebagai badan penasihat atau badan perundingan ekonomi. Bagi Amerika Syarikat, cuba
mengagalkan kewujudan EAEC.

Kesan Positif :
1. Dasar Apartheid. Perlaksanaan Dasar Apartheid di Afrika Selatan menampakkan kesan positif. Regim
Afrika Selatan semakin longgar mengenakan syarat-syarat pemerintahannya, iaitu cuba mengurangkan
dasar membezakan kaum. Sebagai contoh Parti KOngres Kebangsaan Afrika (ANC) tidak lagi diisytihar
sebagai parti haram, Presiden ANC, Nelson Mandela telah dibebaskan dan kelonggaran kepada rakyat
Afrika untuk menyertai kongres tersebut.
2. Suruhanjaya Selatan-selatan (1986). Hasil daripada sikap lantang negara Malaysia, iaitu saranan Dr.
Mahathir ketika menghadiri persidangan Pergerakan negara-negara berkecuali (6) di Harare, Simbabwe
pada tahun 1985. Tujuan penubuhan Suruhanjaya tersebut adalah untuk mewujudkan satu bentuk
kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara kecil dan bukan sahaja bergantung kepada negara-negara
maju. Untuk bertentangan dengan 67, diwujudkan G15 dari kalangan negara yang menganggotai
Suruhanjaya Selatan-selatan. Contoh: Malaysia, Thai, Filipina, Singapura dll. Untuk mengatasi masalah
ketidakstabilan ekonomi negara-negara membangun. Wujudnya G15 adalah hasil usaha Malysia pada
1990.
3. Undang-undang dadah. Ketegasan Malaysia di dalam soal dadah menampakkan ciri yang positif, iaitu
lebih banyak negara-negara lain di dunia cuba meniru undang-undang Malaysia yang menjatuhi hukuman
mati kepada pengedar-pengedar dadah. Contoh: Singapura juga telah menjatuhi hukuman mati kepada
pengedar dadah dan kedengaran ura-ura Amerika Syarikat pun akan menjatuhi hukuman mati kepada
pengedar-pengedar dadah.
4. Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang melaksanakan Dasar Pandang ke Timur menampakkan kesan
yang positif kepada negara. Banyak pelabur-pelabur Jepun membuka firma-firmanya di Malaysia.
Malaysia berjaya menghasilkan kereta nasional (Proton Saga ) dan akan mengeluarkan kereta jenis
Daihatsu serta kereta "sport" dengan kerajaan Australia.
5. Kutukan pencerobohan Iraq di Kuwait Ketegasan Malaysia menyatakan pendiriannya iaitu
mengutuk penceroboh Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990 serta mengundi untuk menyokong pihak
bersekutu menggunakan tentera untuk menghalau Iraq keluar dari Kuwait, sememangnya mendatangkan
kesan yang positif. Untuk menjaga kepentingan GSP antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan untuk
mengekalkan bantuan yang sentiasa diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia.
6. Pendirian Malaysia bagi isu Kampuchea . Isu di Kampuchea berjaya diselesaikan apabila pen-
dirian tegas Malaysia dinyatakan dalam beberapa mesyuarat Agung ASEAN dan pada peringkat
antarabangsa (PBB). Hasilnya Kampuchea sekarang diperintah oleh Majlis Tertinggi Kebangsaan
Kampuchea dengan diawasi oleh Pasukan Pengaman PBB.
Kesimpulan :

1. Malaysia cuma memainkan peranannya dalam mengamankan dunia dengan menyertai Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

CONTOH PERSOALAN :

1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan
negara-negara yang menjadi ahli. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini peranan PBB untuk
mewujudkan keharmonian masyarakat antarabangsa semakin terbatas dan kurang berkesan. Huraikan
pendapat tersebut.

Intro :

1. Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua, telah
membuka ruang kepada kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB ditubuhkan pada
Persidangan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 24 Oktober 1945. Keanggotaannya kini sudah
melebihi 165 buah negara apabila beberapa buah bekas republik di Soviet Inuon dan beberapa buah
negara di Kepulauan Pasifik menyertainya.

Fungsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu :

1. Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia terutama berusaha mencegah berlakunya
perang dunia. Untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh negara- negara di dunia dalam
bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial.
2. Bantuan-bantuan dalam bentuk kewangan, fizikal dan kepakaran diberikan kepada negara-negara
yang memerlukannya seperti dalam bidang ekonomi, teknikal dan sosial.
3. Struktur PBB secara umumnya dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan-badan utama (principal
organ), pertubuhan khas dan pertubuhan cawangan. Perhimpunan Agung, Majlis Pemegang Amanah,
Majlis Ekonomi dan Sosial, pertubuhan- pertubuhan khas yang berperanan memberi sumbangan dalam
bidang-bidang khusu termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa
(ILO), UNESCO dan sebagainya.
4. Pertubuhan-pertubuhan cawangan pula diwujudkan atas kehendak PBB sekiranya ada sesuatu isu
misalnya Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), Program Pembangunan PBB (UNDP), Pasukan Tentera
Pengaman PBB di Kampuchea dan sebagainya.
5. Tugas untuk mengendalikan keselamatan dunia diserahkan kepada Majlis Keselamatan. Majlis ini
dianggotai oleh 15 buah anggota. Lima daripadanya anggota tetap dan 10 buah negara lagi dipilih untuk
tempoh dua tahun.

Sebab Kegagalan :

1. Salahguna kuasa VETO. Lima buah negara menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan (Amerika
Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China) sering menggunakan kuasa Veto terhadap isu-isu yang
menyentuh kepentingan mereka. Kuasa Veto ialah kuasa pembatal atau pemutus yang diberikan oleh PBB
kepada kuasa-kuasa besar dunia dianggap istimewa. Ini kerana negara-negara tersebut boleh
mengenepikan kutukan dan kritikan dari negara-negara anggota dalam Perhimpunan Agung PBB. Amerika
Syarikat dan Rusia sering menggunakan kuasa Veto ini untuk kepentingan sendiri. Contoh : isu
pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan, isu Palestin dan isu pengeboman Amerika Syarikat ke atas Libya
pada tahun 1987.
2. PBB untuk kepentingan sendiri. Dalam keadaan tertentu PBB dijadikan alat oleh negara tertentu untuk
mencapai tujuan politik negara tersebut. Kuasa-kuasa besar menggunakan PBB untuk menekan negara
lain supaya tunduk kepada kemahuan mereka. Jelas Amerika Syarikat mendesak PBB supaya mewujudkan
kumpulan pakar pengkaji nuklear yang ditugaskan oleh PBB menyiasat senjata-senjata di Iraq iaitu kuasa
baru di Timur Tengah yang boleh mengugat kepentingan mereka. Pasukan penyiasat juga dikatakan
sedang berusaha untuk menyiasat senjata nuklear di Korea Utara. Tindakan sedemikian sebenarnya
didalangi oleh kuasa-kuasa besar.
3. Pasukan tentera menghadapi masalah. Peranan pasukan tentera pengaman PBB juga menghadapi
masalah terutama mengenai pembiayaan, diplomatik, kebenaran negara-negara terlibat halangan PBB dan
menyerang dua kampung di Selatan Lebanon hingga menyebabkan 30 pejuang Hizbulah terbunuh,
dianggap paling hebat kepada imej dan maruah PBB. Menurut laporan, tentera Israel dan askar PBB
bertumbuk ketika pasukan Israel mara ke kampung Kafra dan Yater. Dua askar PBB cedera dalam
pergaduhan itu. Israel juga menggunakan jentolak untuk melanyak dua buah kenderaan PBB yang diletak
di tengah jalan bagi menghalang kemaraan Israel.
4. Campurtangan kuasa-kuasa besar. Sikap suka campurtangan kuasa-kuasa besar khususnya Rusia dan
Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang tidak stabil menyebabkan peranan PBB untuk
menyelesaikan konflik di negara-negara tersebut kurang berkesan. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan
"pencerobohan" Amerika ke atas Panama untuk menangkap Presiden negara tersebut Jeneral Noriega.
Begitu juga dengan kes Grenada dan El Savador, kedua-dua kuasa besar itu (Amerika Syarikat dan Rusia)
cuba mengembangkan pengaruh mereka terhadap dua kumpulan yang sedang berebut kuasa memerintah
negara-negara tersebut.
5. Keputusan PMM tidak dilaksanakan. Tiada kuasa melaksanakan keputusan terhadap sesuatu resolusi
yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung. Walaupun dalam Perhimpunan Agung hampir keseluruhan
negara mengutuk tindakan dan layanan Israel terhadap rakyat Palestin, tetapi masih tidak ada
perlindungan kepada rakyat Palestin hingga hari ini. Ini kerana soal- soal yang berkaitan dengan
keselamatan diserahkan bulat- bulat kepada Majlis Keselamatan yang diterajui oleh Amerika Syarikat dan
Rusia.

Kesimpulan :

1. PBB nyata kurang berkesan dalam menyelesaikan konflik antarbangsa. Isu Palestin dan Kampuchea
masih berlarutan hampir setengah abad. Usaha-usaha yang lebih positif perlu dilakukan untuk
mengembalikan kepercayaan dan keyakinan negara-negara anggota terhadap pertubuhan yang bersifat
"World Govermemt" ini.

CONTOH PERSOALAN :

1. Bincangkan peranan sukan dalam pembangunan negara.

2. Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?.

3. Bincangkan kebaikan dan keburukan sukan.

4. Sejauh manakah alat sukan boleh meningkatkan mutu sukan ?

Intro :

1. Ramai orang menganggap sukan sebagai satu bentuk rekreasi dan dapat membina kesihatan kita.
2. Aktiviti sukan merangkumi kegiatan seperti berenang, olahraga, badminton, tenis, skuasy, sepak
takraw, golf, gusti, tinju dan lumba kereta.
3. Sukan muncul sebagai satu fenomena penting di seluruh dunia. Berkembang sebagai kegiatan fizikal
berorientasikan pertandingan.

Peranan :

1. Pembangunan sosio-budaya sesebuah masyarakat. Penglibatan individu dalam sukan merupakan alat
yang berkesan untuk membina kesihatan tubuh badan. Kegiatan fizikal sukan membolehkan jantung dan
sistem pengaliran darah bertambah baik. Meningkatkan fungsi pernafasan manusia. Memperbaiki dan
memulihkan ketidakfungsian kardiovaskular, pergerakan sendi dan mengurangkan tekanan emosi individu.
Rakyat yang sihat akan menjadi aset yang penting bagi pembangunan negara.
2. Pembina sahsiah yang menyeluruh. Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada
perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan
emosi. Dianggap sebagai sumber ilmu dan panduan dalam proses pembelajaran. Melalui sukan, kita dapat
mempelajari apa itu menang dan kalah. Sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul
dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta
perjuangan yang kuat.
3. Menyatukan masyrakat berbagai etnik. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik.
Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami.
Boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini
dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Boleh menjalin
keperimanusiaan. Penyakit- penyakit sosial seperti penagihan dadah, alkoholisme, lari dari rumah,
keruntuhan akhlak dan penyakit kelamin dapat dikurangkan kalau seseorang individu melibatkan diri
dalam aktiviti sukan.
4. Sebagai satu industri dan perdagangan. Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang
terdapat di negara-negara maju. Contoh : Amerika Syarikat memperohlehi sebanyak RM135 billion
sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja
menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian yang
memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta
hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok
dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa
untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait
dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an.
5. Peluang pekerjaan. Menyedikan peluang pekerjaan profesional dan bukan profesional. Pada 1980,
terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of
Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor
sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus
pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik
untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.

Kesimpulan :

1. Baru-baru ini, wujud satu hubungan yang erat dinamakan "simbiotik" antara sukan, media dan
pengiklanan. Televisyen telah mengeksploitasikan sukan sebgai nadi pengiklanan melalui sokongan
kewangan. Contoh : liputan sukan Olimpik melalui televisyen pada 1992 dibayar RM21 juta oleh Syarikat
Dunhill. Kos penajaan bolasepak semi- pro Malaysia pula berjumlah RM6.6 juta.
2. Sukan boleh meningkatkan imej dan martabat negara. Sukan memainkan peranan penting dalam
pembangunan negara. " MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA " mengikut Rahim Razali pengulas sukan
negara.

CONTOH PERSOALAN :

1. Cara-cara untuk memajukan bidang perindustrian di negara kita demi mencapai Wawasan 2020.
Bincangkan.

2. Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Perindustrian Berat adalah dasar yang penting untuk menjayakan
Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?

3. Bincangkan sumbangan industri berat dalam pembangunan negara.

Konsep perindustrian dalam pembangunan negara.

1. Sektor perindustrian memainkan fungsi utama dalam kemajuan sesebuah negara. Perkembangan
industri perkilangan boleh meningkatkan gunatenaga dan mengglakkan pertumbuhan industri baru,
menambahkan pendapatan negara dan memperbaiki imbangan pembayaran. Banyak usaha telah
dipergiatkan demi menggerakkan jentera pembangunan perindustrian Malaysia.

Langkah mempercepatkan kadar perindustrian :

1. Pelabur asing pelabur asing mempunyai modal yang kukuh, kemahiran teknologi, rangkaian pemasaran
yang luas di peringkat antarabangsa. Kalau ada pelabur asing, Malaysia tidak perlu meminjam daripada
sumber kewangan asing demi membuka kilang-kilang baru atau mengimport teknologi moden. Kerajaan
telah memberi galakan yang lebih menarik kepada syarikat asing seperti pengecualian cukai menerusi
taraf perintis, pengwujudan kawasan perdagangan bebas dan penyediaan kemudahan infrastruktur yang
sempurna.
2. Pasaran yang luas. Faktor pasaran penting terhadap pembangunan industri perkilangan. Permintaan
yang luas boleh mendorong pengilang untuk menambahkan pengeluaran dan memperluaskan pelaburan.
Kerajaan telah menerokai pasaran baru terutamanya negara sosialis dan negara sedang membangun yang
berpotensi. Menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan meyertai ekspo-ekspo antarabangsa
untuk mempamerkan barangan buatan Malaysia. Contoh : Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia,
Pusat Dagangan Eksport Malaysia dan Pesuruhjaya Perdagangan di luar negara telah menyebarkan
maklumat kepada ahli-ahli perniagaan di luar negara.
3. Penyediaan tenaga buruh mahir.
Tenaga buruh yang mahir penting untuk memajukan proses perindustrian. Tahap kepakaran yang tinggi
dapat meningkatkan daya produktiviti dan meminimunkan kos pengeluaran dan meninggikan kualiti
barangan yang dihasilkan. Kerajaan telah menubuhkan banyak intitusi pengajian tinggi dan pusat latihan
teknikal, seperti Universiti Teknologi Malaysia dan Institut Kemahiran MARA untuk melatih dan melahirkan
tenaga pekerja mahir dan yang mempunyai semangat keusahawanan yang sesuai dengan keperluan
pembangunan sektor perindustrian.
4. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Dalam usaha membolehkan barangan buatan Malaysia
mendapat sokongan dan menembusi pasaran antarabangsa, kerajaan dan pengusaha haruslah
meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan. Kita dapat memperkenalkan teknik pengeluaran
baru yang sesuai demi meninggikan daya produktiviti dan keupayaan persaingan untuk barangan
tempatan di pasaran asing. Pengeluaran barangan yang bermutu tinggi dan murah akan mendapat
perhatian para pengguna. Institusi penyelidikan penrindustrian seperti SIRIM dapat mengawal barang-
barang pembuatan yang berkualiti.
5. Kestabilan politik. Mewujudkan iklim pelaburan yang menggalakkan. Semua orang Semua orang perlu
berganding bahu demi melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan mesra. Usahawan barulah berani
menanam modal dan memperluaskan aktiviti perkilangan mereka. Gangguan politik dan masalah
ketenteraman boleh mengagalkan projek pembangunan sesebuah negara. Sekiranya sesebuah negara itu
sentiasa mengalami masalah perkauman dan krisis mogok yang berleluasa, ini akan menjejaskan
pembangunan negara. Masalah ini akan mengakibatkan ramai pelabur asing dan pemodal tempatan
beralih ke negara- negara yang lebih stabil demi menjamin keuntungan pelaburan mereka.

CONTOH PERSOALAN :

1. Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan pelaburan asing.

2. Pelaburan asing bantu mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara. Sejauh manakah pelaburan
asing dapat membawa kebaikan terhadap pembangunan negara ?.

Konsep ekonomi dan pelaburan :

1. Kemelesetan ekonomi dunia yang serius telah menimbulkan beberapa implikasi negatif terhadap
negara. Pertumbuhan ekonomi yang lembab telah mengakibatkan pengganguran, kejatuhan eksport dan
menambahkan hutang negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai pendekatan baru demi
menarik kemasukan pelaburan asing agar dapat membawa manfaat ke arah mempercepatkan kemajuan
negara.
2. Pelaburan asing merupakan nadi penggerak ke arah pembangunan negara. Kemasukan pemodal-
pemodal asing dapat menambahkan pendapatan negara, meningkatkan gunatenaga dan mempercepatkan
pemindahan teknologi dan kepakaran ke dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Kerajaan telah melipatgandakan
usaha untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini.

Sumbangan pelaburan asing :

1. Teknologi muktahir. Membolehkan pemindahan teknologi moden ke negara ini. Malaysia masih
kekurangan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek latihan dan penyelidikan demi mencapai
teknologi moden. Masalah ini merupakan satu penghalang yang menyekat kemajuan sektor perindustrian.
Pelabur- pelabur asing akan membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga
profesional yang pakar dan produktif. Mereka juga akan melaksanakan pelbagai program untuk melatih
buruh tempatan demi mengembangkan pengetahuan kepakaran agar pekerja-pekerja tempatan dapat
diserapkan ke dalam projek pelaburan mereka. Contohnya, projek mencarigali minyak di Terengganu.
2. Gunatenaga yang mahir. Matlamat utama kerajaan menggalakkan pelaburan asing ialah untuk
meningkatkan gunatenaga dan mengurangkan kadar pengganguran negara. Apabila pelaburan asing
bertambah, banyak kilang baru akan didirikan. Dalam usaha menjayakan projek ini, negara kita
memerlukan banyak tenaga buruh. Maka wujudlah peluang pekerjaan yang lebih banyak. Perkembangan
ini memberi kesempatan kepada para penganggur untuk mendapatkan pekerjaan dalam kilang- kilang
tersebut.
3. Pendapatan negara bertambah. Pengaliran wang ke luar negeri akan berkurangan kerana banyak
barangan import telah digantikan dengan barangan tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah
dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah. Kemudian bahan mentah ini diproses
menjadi barangan siap dan dijual semula semula ke negara ini dengan harga yang lebih tinggi.
Kemasukan pelaburan asing membolehkan banyak modal dan kepakaran disalurkan ke kilang-kilang
perusahaan tempatan. Bahan-bahan tempatan boleh diproses oleh kilang-kilang di negara ini. Dengan
cara ini, harga dan penggunaan bahan mentah tempatan lebih terjamin.
4. Menyelesaikan hutang negara. Sumber kewangan dalam projek-projek pelaburan asing itu merupakan
modal pelaburan yang tidak perlu dibayar balik. Dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi dan
memajukan taraf hidup rakyat, pihak kerajaan banyak meminjam daripada intitusi kewangan asing
sehingga menyebabkan hutang negara mencapai 45 billion ringgit pada tahun 1989. Ini merupakan
perkembangan yang kurang sihat kerana setiap tahun negara kita terpaksa membayar balik sejumlah
besar hutang tersebut ke luar negeri.
5. Pembangunan infrastruktur. Kemudahan asas yang sempurna merupakan nadi utama untuk
mempergiatkan pembangunan perindustrian. Justeru itu, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan
yang besar untuk menyediakan kemudahan elektrik dan air, di samping sistem pengangkutan yang baik
demi menarik dan menjayakan projek pelaburan asing. Pelabur-pelabur asing sendiri juga akan
menyediakan kemudahan rekreasi dan tempat kediaman untuk para pekerja. Penyediaan perhidmatan
sosial ini akan meninggikan taraf hidup sosial rakyat negara ini. Contoh : Jalan Sultan Azlan Shah telah
dibina untuk memudahkan haluan kilang-kilang di Bayan Lepas dan Bayan Baru di Pulau Pinang.

Langkah :
1. Skim galakan. Merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Pihak
kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati
kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat-
syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga harus
melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar
sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat menarik pera pelabur asing untuk melabur
di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing
dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara
yang dihargai oleh pelabur asing.
2. Rombongan penggalakan pelaburan. Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke luar negeri
adalah langkah yang wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Sejak bulan Mei 1987, Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan industri telah mengetuai banyak rombongan penggalakan ke luar negeri.
Untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia melalui seminar pelaburan,
mesyuarat serta laporan media massa. Maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan
menerusi pejabat Lambaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di luar negeri dan kedutaan asing. Langkah
ini dapat memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru kerajaan dan galakan serta peluang pelaburan
kepada bakal pelabur asing. Ini akan menimbulkan minat di kalangan pengusaha asing dan memandang
Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menguntungkan.
3. Tapak perindustrian. Kawasan perindustrian yang sesuai dan kemudahan infrstruktur yang sempurna
mustahak untuk menjayakan sesuatu projek pelaburan asing. Dalam usaha menarik pelabur asing, tapak
perusahaan yang strategik telah dipilih untuk dimajukan sebagai kawasan perusahaan. Kerajaan juga
perlu memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan kemudahan elektrik dan bekalan
air, di samping memperbaiki sistem pengangkutan di kawasan perindustrian tersebut demi menjayakan
projek pelaburan asing. Contohnya, Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Butterworth di Pulau Pinang dan
Kawasan Perindustrian Shah Alam, Selangor. Dengan adanya kemudahan infrastruktur yang lengkap,
sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan mereka di sini kerana
boleh menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan.
4. Teknologi dan kemahiran. Kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi
meningkatkan kemahiran dan kecekapan tenaga buruh dan mempergiatkan program penyelidikan dan
pembangunan untuk memperkenalkan teknik pengeluaran moden. Daya produktiviti yang tinggi bukan
sahaja menjimatkan kos penghasilan, bahkan memaksimunkan keuntungan sesuatu projek pelaburan. Ini
memang sesuai dengan hasrat pelabur asing untuk meningkatkan keuntungan. Dengan usaha ini, pelabur
asing tertarik untuk melabur di Malaysia kerana terdapatnya tenaga pekerja yang mahir serta tingkat
teknologi yang tinggi.
5. Keyakinan pelabur asing. Kestabilan politik merupakan faktor utama untuk menggalakkan pelaburan
asing. Jika sesebuah negara iru sentiasa mengalami pergolakan politik akan menjejaskan keyakinan para
pelabur kerana modal dan keselamatan mereka akan terancam. Masalah ini akan menyebabkan ramai
pelabur asing beralih ke negara-negara yang lebih stabil. Yang demikian, segala perjuangan politik yang
keterlaluan harus dielakkan demi melahirkan sebuah negara yang aman, damai dan harmoni agar
usahawan asing berani menanam modal di negara ini. Kerajaan juga telah menandatangani Perjanjian
Jaminan Pelaburan dengan negara-negara asing. Matlamatnya ialah untuk memberi jaminan bahawa
kerajaan Malaysia tidak memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara ini. Perjanjian ini akan
menambahkan keyakinan pelabur asing dan mengglakkan kemasukan modal asing ke negara ini.

Keburukan :

1. Persaingan dengan pelabur-pelabur tempatan. Mereka dianaktirikan dan tidak mendapat tender-tender
yang sepatutnya mereka usahakan. Tidak dapat bertanding dengan pelabur asing yang berteknologi
canggih dan bermodal lumayan. Barangan baru yang dihasilkan tidak dapat dikeluarkan oleh pelabur
tempatan.
2. Tiada pemindahan teknologi. Mereka membawa kepakaran dan kakitangan sendiri. Merugikan negara
kita kerana ini adalah harapan negara. Mereka lebih mengutamakan keuntungan menyebarkan
pengetahuan baru. Hanya membawa wang keluar dari Malaysia.
3. Pencemaran. Masalah ini akan berlaku daripada segi air, udara dan alam sekitar. Ini bertentangan
dengan konsep untuk hidup dalam alam yang bersih. Dengan pembukaan kilang-kilang baru, hutan
diterokai dan pokok ditebang untuk tujuan tersebut. Ini telah merosakkan sistem eko-sistem dan ekologi
alam sekitar. Asap yang keluar dan sisa-sisa buangan kilang mencemarkan laut, sungai dan udara yang
bersih.
4. Kebudayaan kuning dan asing. Ini bertentangan dengan kebudayaan yang lebih halus di negara kita.
Adat, cara hidup, tarian, seni, lagu dan agama dipengaruhi oleh pelabur-pelabur asing. Ini kerana
masyarakat lebih mendewakan kebudayaan mereka yang dianggap kompleks dan "sophisticated". Ini
secara tidak langsung telah mencemarkan hubungan kekeluargaan orang- orang Asia. Semangat kejiranan
juga merosot.
5. Penjajahan ekonomi asing. Ini amat membahayakan kerana pelabur-pelabur asing ini boleh
menyebabkan kita terlalu bergantungan kepada mereka. Tanpa pelabur asing kedudukan ekonomi negara
kta akan terjejas dan menjadi tidak stabil. Contoh : Sekiranya Amerika Syarikat menarik balik GSP,
banyak kilang elektronik akan tutup. Ini boleh mengakibatkan ramai pekerja kilang elektronik
menganggur dan menggugat kestabilan ekonomi negara kita.

CONTOH PERSOALAN :

1. Masalah kesesakan jalan raya menjadi semakin meruncing khususnya di Kuala Lumpur. Apakah
pandangan anda terhadap isu ini serta cadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasinya.

Intro :

1. Kesesakan lalu lintas dihadapi oleh kebanyakan bandaraya- bandaraya di seluruh dunia termasuk di
benua Eropah dan benua Amerika dan di negara kita. Masalah ini sudah pun difikirkan corak penyelesaian
di peringkat kabinet.

Pandangan :

1. Sistem pengangkutan awam. Kita juga menerima hakikat bahawa sistem pengangkutan awam yang
ada pada hari ini belum lagi dapat menampung pertambahan jumlah penggunaan jalan raya yang semakin
meningkat. Walaupun kerajaan berusaha dengan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaiki
sistem jalan raya di bandar-bandar besar namun masalah kesesakan masih dapat diatasi.
2. Penggunaan kenderaan sendiri. Kesesakan adalah kerana bertambahnya penggunaan kenderaan
persendirian di ibu kota. Daripada perangkaan statistik menunjukkan pada tahun 1987, jualan kenderaan
bermotor yang berdaftar adalah sebanyak 84,559 buah dan meningkat kepada 507393 pada tahun 1990
manakala menjelang tahun 1993 dianggarkan sebanyak 1 juta kenderaan bermotor yang membanjiri
jalan-jalan di ibu kota. Jumlah ini adalah satu perubahan yang begitu cepat sekali.
3. Pertambahan penduduk. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh serta Johor
Bharu, adalah satu fenomena biasa kalau kita dapati bahawa kadangkala dalam sebuah keluarga memiliki
lebih daripada sebuah kereta. Malahan ramai di antara mereka yang pergi ke tempat kerja dengan tidak
berkongsi kenderaan sebaliknya mereka memandu seorang diri ke tempat kerja dan kadangkala berkongsi
kenderaan. Justeru itu tidak hairanlah soal kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar ini masih tidak
boleh diatasi sepenuhnya. Adalah dijangkakan bahawa penduduk kota raya akan bertambah lebih banyak
menjelang tahun 1995. Pada masa tersebut, penggunaan kereta di bandar ini akan makin bertambah
sekiranya langkah-langkah tertentu tidak diambil segera untuk mengatasinya.
4. Undang-undang tidak dipatuhi. Kenderaan-kenderaan komersial seperti lori, trelar dan sebagainya
perlu diberi perhatian. Kenderaan ini banyak kali didapati tidak mematuhi arahan memasuki kawasan
bandar, apatah lagi melibatkan jalan-jalan yang sibuk. Kadang kala kenderaan berkomersial ini membawa
masuk atau mengangkat keluar barang-barang muatan yang mengikuti arahan waktu. Apa yang ada
sekarang ini adalah arahan melarang kenderaan berat daripada memasuki pusat bandar selepas jam 9.00
hingga 6.00 petang. Jika arahan ini tidak dipatuhi, Kuala Lumpur khususnya sebagai ibu kota yang
merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan akan menjadi semakin sesak dengan kenderaan berat
tersebut.

Langkah :

1. Perkhidmatan kenderaan awam. Sistem perkhidmatan awam yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur
seperti perkhidmatan bas serta teksi perlu diperbaiki. Pada akhir tahun 1970an, perkhidmatan bas mini
telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyenangkan warga kota untuk berulang-alik ke tempat kerja.
Masalah waktu menunggu, tempat duduk dan jarak perhentian turut mendorong pengguna memilih untuk
menggunakan kenderaan sendiri. Perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini bergantung kepada
pihak swasta. Syarikat-syarikat swasta ini perlu memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada
pengguna.
2. Area Traffic Control. Pada tahun 1979, sistem yang diperkenalkan ialah "Area Traffic control" seperti
yang diamalkan di Singapura. Menerusi sistem ini pengguna digalakkan mengawal jumlah penumpang
yang ada di dalam sesebuah kenderaan untuk memaksimunkan penumpang sekaligus mengurangkan
jumlah kenderaan yang masuk ke sesuatu kawasan. Sistem ini harus cuba diamalkan di Malaysia.
3. Sistem LRT. Memperkenalkan sistem pengangkutan dalam bandar yang seakan-akan sama dengan
keretapi dan beroperasi di antara satu tempat lain dalam bandar yang sama. Sementara LRT pula ialah
sistem pengangkutan yang sama konsepnya dengan sistem monorel tetapi memberi perkhidmatan
pengangkutan di antara bandar-bandar. Contoh : di antara Shah Alam dan Kuala Lumpur.
4. Pembangunan luar bandar. Mencadangkan supaya kilang-kilang atau gudang-gudang ditempatkan di
luar pusat bandar. Kerajaan patut mengenakan syarat bahawa kenderaan komersial hanya boleh
memasuki pusat bandar pada waktu tertentu. Satu lagi cadangan yang agak praktikal ialah cuba
menempatkan pejabat-pejabat kerajaan di luar bandar. Bagaimanapun buat masa ini, perlaksanaannya
masih di peringkat awal.

Kesimpulan :

1. Pembuat dasar perlu merangka program tertentu untuk jangka panjang.


2. Pengguna-pengguna jalan raya harus bersedia untuk memaksimunkan jumlah penumpang di dalam
sesebuah kereta. Pihak pengusaha bas pula perlu meningkatkan perkhidmatan. Semua pihak perlu
bersama-sama cuba memberi sumbangan supaya rangkaian jalan raya di kawasan bandar dapat
digunakan dengan sempurna dan seterusnya tidak menjejaskan imej bandar-bandar utama di Malaysia.

CONTOH PERSOALAN :

1. "Lebih kurang 13,000 kes kebakaran berlaku tiap-tiap tahun dan dalam tempoh rancangan Malaysia
ke-5 sejumlah RM1 billion kerugian akibat kebakaran dilaporkan. Bilangan manusia yang terkorban akibat
kebakaran antara Januari dan Oktober 1990 ialah 807 orang. Ini adalah satu hal yang serius di negara
kita. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk mencegah kebakaran yang semakin meningkat
untuk mengelakkan kerugian dari segi wang dan nyawa yang terkorban.
2. Kebakaran sering berlaku. Kes kebakaran berlaku di mana- mana sahaja. Api semasa kecil adalah
kawan dan semasa besar adalah lawan. Sejauh manakah kelalaian manusia dianggap sebagai punca
utama kes kebakaran di negara kita ?

Intro :

1. Kes kebakaran semakin meningkat. Pencegahan adalah langkah yang baik untuk menyelamatkan
kerugian harta benda dan nyawa. Langkah pencegahan melibatkan setiap lapisan masyarakat.

Langkah-langkah :

1. Mengemaskinikan kemudahan pencegahan api. Alat mencegah api penting di sekolah-sekolah kerajaan
dan swasta, bangunan tinggi, pusat-pusat hiburan malam, kilang, bangunan awam dan bangunan
kerajaan. Jabatan perkhidmatan bomba perlu menyelia kemudahan pencegahan api dari masa ke semasa
bagi menentukan semua alat itu dalam keadaan baik dan mencukupi. Kerjasama pihak pemilik bangunan
adalah penting. Dendaan dan hukuman perlu dikuatkuasa bagi pemilik bangunan yang enggan
bekerjasama. Penggunaan alat itu juga perlu ditunjuk ajar oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba.
2. Mengemaskinikan Jabatan Perkhidmatan Bomba. Menambahkan bilangan kakitangan bomba dan juga
peralatan yang mencukupi dan canggih. Pertambahan bangunan-bangunan dan kawasan petempatan
adalah tidak selaras dengan pertambahan bilangan kakitangan perkhidmatan bomba. Peralatan-peralatan
semasa operasi kebakaran seperti alat pernafasan perlu ditambah. Sistem pili perlu lebih maju dan
moden. Ini dapat mengelakkan masalah tekanan air rendah.
3. Mewajibkan pemasangan alat pengesan kebakaran. Diwajibkan di semua bangunan dan kawasan
petempatan. Memudahkan anggota bomba mengesan tempat kejadian kebakaran dengan cepat.
Mengelakkan kerugian harta benda dan nyawa yang maksimun. Sebelum meluluskan kegunaan bangunan
untuk kerajaan dan swasta, pihak jabatan bomba perlu mewajibkan mereka memasang alat pengesan ini.
Hal ini perlu dikuatkuasakan melalui undang-undang. Peraturan ini perlu dikuatkuasakan dengan tegas.
4. Memperkenalkan perkhidmatan Unit Bomba Sukarela. Unit ini perlu ditubuhkan di kilang, bangunan
dan kawasan petempatan. Mengurangkan pergantungan masyarakat terhadap ahli bomba. Tindakan
pengawalan api dan pengurusan orang awam dijalankan oleh Unit Bomba Sukarela sementara menunggu
ketibaan ahli bomba. Pihak bomba perlu memberi latihan dan memberi ceramah kepada unit-unit ini.
Kursus- kursus khas juga perlu dianjurkan untuk ali-ahli unit ini. Contoh kilang yang mempunyai unit "fire
fighting squat" ialah Advanced Micro Devices (M) Sdn. Bhd. Penang.
5. Kempen mencegah kebakaran dan demonstrasi. Masyarakat perlu disedarkan tentang pentingnya
mencegah kebakaran. Mengadakan demonstrasi tindakan semasa kebakaran di sekolah, kilang, bangunan
tinggi dan kawasan petempatan. Mengadakan demonstrasi ciri-ciri jerjak yang sesuai di rumah-rumah
kediaman. Media massa seperti televisyen dan radio serta majalah dan suratkhabar amat penting untuk
menjalani kempen ini. Poster-poster perlu dilekatkan di mana-mana sahaja. Program televisyen
merangkumi filem dokumentari mengenai teknik pencegahan kebakaran dan temuduga diadakan dengan
mangsa-mangsa kebakaran.

Kesimpulan :

1. Pencegahan adalah baik lebih baik daripada menghadapi kebakaran. Penglibatan dan kerjasama semua
lapisan masyarakat sangat diperlukan untuk mengatasi masalah ini.
CONTOH PERSOALAN :

Ramai kanak-kanak di Malaysia telah didera dengan menakutkan. Bilangan kanak-kanak yang didera agak
tinggi. Ibu bapalah yang merupakan pendera utama kanak-kanak ini. Sejauh manakah kemiskinan
merupakan punca kepada berlakunya kes penderaan kanak-kanak ?

Penderaan kanak-kanak membawa maksud sebarang perbuatan yang boleh


mencederakan kanak-kanak secara sengaja atau tidak daripada segi fizikal, mental, emosi dan
perkembangan kanak-kanak tersebut. Walaupun telah lama wujud, namun baru-baru ini saja isu tersebut
menjadi perhatian umum.
Salah satu punca utama yang dikesan ialah faktor kemiskinan dalam sesebuah
keluarga. Kerap kali ibu bapa yang miskin mengalami tekanan ekonomi dan kerja daripada majikan dan
juga keperluan keluarga. Tiada tempat bagi mereka melepaskan geram kecuali kepada anak-anak
mereka. Golongan ini berpendidikan rendah dan tidak memahami psikologi anak mereka kerap
menjadikan anak mereka "papan pukulan" apabila anak-anak mereka bermanja atau pun bergaduh. Telah
dilaporkan bahawa golongan berpendapat rendah dan berpendidikan rendah merupakan golongan yang
paling ramai mendera kanak-kanak.

Selain daripada itu, cara bagaimana ibu bapa atau penjaga diperbesarkan juga menyumbang kepada
punca penganiayaan tersebut. Ibu bapa yang pernah dibesarkan dengan cara kekerasan berpendapat
bahawa cara tersebut merupakan cara terbaik mereka mendisiplinkan anak-anak. Kanak-kanak yang nakal
dibelasah dan menjadi lebih degil mengakibatkan ibu bapa hilang pertimbangan lantas melakukan sesuatu
yang boleh mencederakan si anak itu. Ini telah membawa kepada kes penderaan yang serius serta
meninggalkan kesan parut yang mendalam kepada kanak-kanak tersebut.

Di samping itu, penyakit sosial seperti kemabukan dan judi juga turut mengakibatkan penganiayaan
kanak-kanak. Bapa yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan tambahan pula kalah berjudi tidak
akan kenal siapa anak dan isteri. Kerap kali anak-anaknya dijadikan sasaran. Dalam keadaan yang tidak
sedarkan diri itu, perkara yang serius seperti menendang dan menumbuk kanak-kanak pasti akan berlaku.
Akibatnya, lama-kelamaan sekiranya tidak dirawati, kanak- kanak tersebut mungkin menemui maut akibat
kecederaan dalaman.

Dalam pada itu, pasangan muda yang berkahwin kurang bersedia untuk memikul tanggungjawab mereka.
Di bandar terutamanya si suami akan pulang lewat bekerja meletakkan segala tanggungjawab kepada si
isteri yang muda dan tidak berpengalaman untuk menjaga si anak yang degil lagi nakal. Tanpa ajaran dan
nasihat dari golongan tua, isteri tersebut akan mendidik anaknya tidak lain tidak bukan dengan memukul
sahaja. Kadang-kadang, kes ini membawa kepada penganiayaan yang serius.

Selain itu, ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab mereka kepada sesetengah penjaga juga akan
menyebabkan anak- anak mereka didera. Kelewatan membayar upah dan ibu bapa yang bekerja ke luar
negeri akan menyebabkan penjaga melepaskan geram mereka ke atas kanak-kanak tersebut. Derita ini
jelas ditanggung oleh B.Balasundram yang dijumpai dalam keadaan separuh sedar dalam tandas wanita di
Hospital Besar Kuala Lumpur.

Jelaslah bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada penderaan kanak-kanak. Oleh itu,
demi menjaga masa depan kanak-kanak tersebut kerjasama daripada semua pihak membanteras gejala
ini amat diperlukan.

CONTOH PERSOALAN :

1. Bahan kosmetik lebih banyak mendatangkan kesan buruk daripada kebaikan. Bincangkan.
2. Kosmetik tradisional menjamin kecantikan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan
tersebut ?

Konsep kosmetik :
1. Kosmetik termasuk ginju, celak, pemerah pipi, pembayang mata, bedak, losyen dan sebagainya
2. Shiseido, Sans Soucis, Avon, Fambo, Kanebo dan Amway adalah jenama-jenama kosmetik yang
popular.

Keburukan kosmetik :

1. Kandungan bahan kimia yang tinggi. Setengah-setengah bahan kosmetik misalnya "pearl cream"
mengandungi paras merkuri (raksa) dan logam berat plumbum yang terlalu tinggi. Bahan-bahan ini boleh
menyebabkan kerosakan sistem saraf dan keracunan bila bahan ini meresap masuk ke dalam badan.
Pendedahan ini dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, iaitu terdapat beberapa jenis krim muka
yang boleh mencacatkan muka pemakainya. Contoh : Arche Pearl, Dragon Face Cream dan Torelo New
Pearl Park. Benzoyl Per oksida yang ada dalam alat solek boleh menyebabkan penyakit kanser. Statistik :
1983, 853 orang wanita telah meninggal dunia di England kerana menghidapi penyakit kanser kulit yang
digelar Melanome.
2. Pembaziran ringgit Malaysia. Pembaziran wang kerana kebanyakan kosmetik, terutamanya yang
popular adalah amat mahal harganya. Ini menyebabkan ramai wanita membelanjakan sebahagian besar
pendapatan mereka untuk membeli barangan kosmetik. Wang itu lebih baik digunakan untuk membeli
barang-barang keperluan asas, perbelanjaan sekolah dan menyimpan ke dalam bank.
3. Kelihatan lesu. Wanita yang selalu menggunakan kosmetik akan kelihatan lesu dan kelihatan tidak
bermaya jika mereka berhenti menggunakannya. Semasa menggunakan kosmetik mereka kelihatan
berseri dan matang serta cantik. Wanita akan berasa ketagih dan menggunakan kosmetik kerana tanpa
kosmetik mereka akan berasa negatif dan rendah diri.

Kebaikan kosmetik :

1. Melicinkan kulit. Membersihkan kulit dan menjadikannya licin serta kurang berkedut. Contoh : Losyen
pembersih, "Toner", losyen pelembap dan sebagainya. Ini kerana alam sekitar kini selalu dicemari oleh
habuk dan debu.Kita perlu selalu menjaga kebersihan kulit dengan menggunakan alat-alat kosmetik ini.
2. Sebagai daya penarik. Minyak wangi boleh membantu wanita yang mempunyai bau badan supaya tidak
tersisih dan rendah diri. Boleh menarik perhatian seperti yang diiklankan oleh kosmetik "Impulse" di
televisyen. Digunakan sebagai daya penarik dalam majlis atau upacara yang melibatkan bilangan orang
yang ramai.
3. Kejelitaan. Membuatkan wajah wanita kelihatan lebih jelita, muda dan cantik. Kosmetik boleh
menjadikan wanita kelihatan segar dan matang. Alat solek dapat menutup parut jerawat yang hodoh.

Langkah mengatasi masalah kosmetik :

1. Sikap wanita tentang kosmetik perlu diubah. Mereka perlu memahami masalah yang dihadapi oleh
mereka. Mereka perlu memahami pendidikan pengguna dan matlamatnya. Perlu mempelajari dan
bersikap lebih betul dalam menguruskan perbelanjaan mereka. Amalkan sikap sederhana terhadap
penggunaan kosmetik oleh wanita.
2. Tindakan Persatuan Pengguna. Misalnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang melakukan kajian dan
dedahkan bahaya bahan-bahan kosmetik dalam pasaran kepada kaum wanita yang menggunakannya.
International Organisation of Consumers Union (IOCU) juga perlu membuat kajian dan memaklumkan
maklumat yang muktahir kepada ahli-ahlinya di seluruh dunia.
3. Tindakan kerajaan. Pemeriksaan dan analisa kandungan bahan kosmetik oleh ahli-ahli farmasi dari
jabatan farmasi dan Kementerian Kesihatan. Penguatkuasaan akta dadah dan kosmetik dengan tegas,
misalnya menjalankan ujian rapi terhadap semua jenama kosmetik sebelum dibenarkan penjualan.
Mereka yang bersalah menjual atau membuat kosmetik merbahaya dikenakan hukuman yang berat.
4. Bantuan nasihat pakar kecantikan. Mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor atau pakar
kecantikan yang berkelayakan tentang jenis alat solek atau kosmetik yang sesuai. Pakar-pakar kecantikan
ini (Beautician) perlu mempunyai etika kerja dan profesion yang bermutu tinggi. Tidak boleh menipu dan
terlalu mementingkan keuntungan.
5. Kosmetik cara tradisional. Menjaga kecantikan tanpa bahan kosmetik buatan kimia. Menjaga kesihatan
dengan memakan makanan seimbang, sentiasa riang dan banyak bersenam. Menggunakan bahan asli
(cara tradisioanal), misalnya menghaluskan muka dengan tomato - gantikan krim muka dan lain-lain
bahan asli seperti telur, timun, jus lemon, minyak zaitun, madu mentah serta santan kelapa.

CONTOH PERSOALAN :

1. Pada waktu ini hospital swasta di negara ini berkembang dengan begitu pesat. Ahli masyarakat yang
mampu, ramai yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital tersebut. Mereka percaya bahawa pusat-
pusat ini memberi perkhidmatan yang lebih selesa. Sejauh manakah perkembangan pusat rawatan swasta
ini membawa kebaikan kepada masyarakat kita.

Intro :

1. Pusat rawatan swasta ditubuhkan untuk menampung keperluan kesihatan di negara ini. Di bandar-
bandar utama di Malaysia pertumbuhannya bagai cendawan selepas hujan. Kepesatan ini menyebabkan
permintaan yang tinggi kepada pakar perubatan sehingga kebanyakan doktor tempatan berlumba-lumba
untuk berkhidmat serta membuka sendiri pusat rawatan swasta.

Kebaikan :

1. Pilihan untuk orang ramai. Sebelum ini, kebanyakan mereka bertumpu di hospital kerajaan yang
keadaannya kurang selesa. Mereka terpaksa berbaris lama menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan
yang sekejap. Ramai pula yang merungut tentang ketidakcekapan kakitangan hospital kerajaan. Masalah
ini dapat diatasi dengan adanya pusat rawatan swasta. Mereka tidak perlu menunggu lama kerana pusat
rawatan swasta mempunyai strategi sendiri untuk menghiburkan pelanggannya sehingga mereka tidak
terasa menunggu lama. Mereka berasa seperti menunggu di lobi hotel berbintang lima.
2. Kecekapan kakitangan dan kemudahan. Pihak pusat rawatan amat mementingkan kecekapan
kakitangannya. sistem pendaftaran yang teratur, rawatan yang cekap tetapi teliti dan kemudian kecekapan
dalam pemberian ubat amat dipentingkan. Hal ini berbeza dengan hospital kerajaan. Untuk mendaftar
sahaja seseorang itu terpaksa mengisi borang sendiri sehingga memakan masa yang lama. Untuk
menunggu giliran mendapat ubat pula biasanya boleh menimbulkan kemarahan. Masalah ketidakcekapan
urusan ini dapat diatasi oleh pusat rawatan swasta yang sememangnya amat menjaga kecekapan supaya
memuaskan hati pelanggannya.
3. Perkhidmatan pakar 24 jam sehari. Orang ramai boleh mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta
mengikut kemahuannya. Kebanyakan pusat rawatan dibuka 24 jam dan orang ramai boleh datang apabila
memerlukan. Apabila diserang penyakit pada larut malam, mereka tidak menghadapi masalah untuk
mendapatkan rawatan. Ini berbeza dengan hospital kerajaan yang mungkin perlu menunggu sehingga
keesokan hari. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di pusat rawatan swasta dengan memberi bayaran doktor
yang tinggi. Setiap perkhidmatan yang diberikan oleh pakar atau jururawat perlu dibayar dalam ringgit
Malaysia.
Keburukan :

1. Bayaran perkhidmatan kesihatan tinggi. Disebabkan sumber kewangan yang mengendalikan pusat
rawatan itu diperolehi daripada bayaran yang dikenakan kepada pelanggan, biasanya bayaran yang
dikenakan agak tinggi. Semakin teliti pemeriksaan dibuat atau semakin canggih peralatan yang digunakan
untuk merawat seseorang pesakit, semakin tinggilah bayaran yang akan dikenakan. Di samping bayaran
ubat, mereka juga akan mengenakan bayaran pendaftaran dan dalam keadaan-keadaan tertentu mereka
mengenakan bayaran kepakaran. Semua ini sudah pasti tidak mampu dibayar oleh mereka yang miskin.
2. Pusat rawatan hanya di bandar. Hanya ditubuhkan di bandar-bandar. Sudah pasti perkhidmatannya
tidak menyeluruh kepada masyarakat luar bandar. Masyarakat dari luar bandar yang mahu mendapatkan
rawatan di pusat rawatan ini terpaksa pergi ke bandar dan ini sudah pasti menimbulkan masalah kepada
mereka. Akhirnya mereka ini terus bergantung kepada klinik kerajaan yang berhampiran untuk
mendapatkan rawatan masing-masing.
3. Kekurangan doktor kerajaan. Perkembangan pusat rawatan swasta ini juga membawa keburukan
kepada pihak hospital kerajaan. Masalah serius yang dihadapi ialah kekurangan doktor. Disebabkan
pendapatan dari pusat rawatan swasta lebih lumayan, hampir semua doktor berminat berkhidmat dengan
swasta. Doktor kerajaan yang ada sering kali berhenti kerja dan berkhidmat dengan swasta. Gejala ini
menyebabkan hospital kerajaan kekurangan doktor yang berwibawa. Ini akan memberi kesan kepada
masyarakat miskin untuk mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta.

Kesimpulan :

1. Perkembangan pusat rawatan swasta ini membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat.
Peranan mereka untuk meningkatkan taraf kesihatan di negara ini amat penting. Negara maju kurang
pengantungan rakyat kepada khidmat kesihatan kerajaan. Orang ramai kini semakin cenderung
mendapatkan rawatan di pihak swasta.

CONTOH PERSOALAN :

1. Untuk membantu pembiayaan kos pembinaan lebuh raya, maka pengguna jalan raya dikenakan
bayaran tol. Apakah kebaikan dan keburukan yang timbul dengan sistem pembayaran tol itu ?

Intro :
1. Bayaran tol di lebuh raya boleh mengurangkan beban kerajaan yang berbelanja berjuta-juta ringgit
Malaysia untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Malaysia. Lebuh raya yang mengenakan tol
ialah seperti di Changkat Jering di Perak.

Kebaikan :

1. Membantu pembiayaan jalan raya lain. Wang yang dikutip boleh disalurkan untuk membina jalan raya
yang lain. Dengan demikian pembayar tol dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Mengurangkan beban kerajaan selaras dengan kemajuan industri kenderaan di Malaysia.
2. Jalan raya lebih selesa. Jalan raya yang dikenakan tol dibina dengan begitu baik dan selesa. Jalan-jalan
itu lurus dan senang mengendalikan kereta. Petrol yang digunakan juga boleh dijimatkan. Jalan itu luas
dan tidak susah untuk mengendalikan kereta yang dipandu.
3. Masa perjalanan dapat dijimatkan. Orang ramai tidak perlu membuang masa untuk ke sesuatu tempat
walau pun terpaksa membayar tol. Contohnya, perjalanan yang biasanya memakan masa selama lapan
jam iaitu dari Butterworth ke Kuala Lumpur kini boleh sampai dengan empat jam sahaja. Ini boleh
menjimatkan masa dan keselesaan memandu.
4. Keselamatan lebih terjamin. Lorong dua hala boleh mengurangkan kemalangan jalan raya. Ciri-ciri
keselamatan lain seperti pondok telefon kecemasan yang disediakan oleh pembinaan jalan. Lorong- lorong
yang dibina itu amat selesa dan ini boleh mengelakkan kemalangan jalan raya seperti jalan-jalan lama
yang digunakan. Jalan lama menyusahkan pemotong kereta dan lori. Lori yang lambat perjalanannya ini
boleh menyebabkan keselesaan pemandu.

Keburukan :

1. Membebankan para pengguna


Mereka terpaksa membayar tol dan membayar cukai jalan. Ini cukup membebankan para
pengguna. Mereka yang tinggal di Butterwoth dan bekerja di pulau Pinang dikehendaki membuat bayaran
bulanan yang bernilai lebih kurang RM 260.00 sebulan. Wang ini boleh digunakan untuk menampung
perbelanjaan perkara lain untuk keluarganya.

2. Menimbulkan kesesakan di pondok pembayaran tol.


Tol Jalan Kucing, Kuala Lumpur telah menimbulkan masalah ini. Pengguna tidak menyediakan
wang kecil yang secukupnya dan perlu menunggu pertukaran wang akan diberikan pengutip tol. Ini akan
memakan masa yang lama. Katakan setiap pemandu menggunakan masa 3 minit untuk membereskan
bayaran, maka 50 kereta akan memakan masa sebanyak 150 minit. Ini yang dikatakan kesesakan.

3. Tidak adil kepada pengguna tertentu.


Mereka teras membayar dua kali. Cukai Jalan dibayar, kemudian tol pula perlu dibayar. Oleh itu,
kita akan berfikir wang cukai jalan digunakan untuk apa. Mereka yang tidak menggunakan lebuh raya
tidak perlu bayar. Maka, pada suatu hari nanti apabila kerajaan tidak lagi menerima tol orang-orang ini
dikecualikan daripada bayaran dan dapat menikmati lebuh raya secara percuma.

Kesimpulan :

Pengenaan tol ada baik buruknya kepada pengguna. Bergantunglah kepada kebijaksanaan
mereka untuk menggunakan pintu tol.

Anda mungkin juga menyukai