Anda di halaman 1dari 15

SKSS 2073 PENGANTAR POLITIK EKONOMI

ANTARABANGSA

SESI 2 SEMESTER 2008/2009

TAJUK: PERDAGANGAN BEBAS DALAM KONTEKS


NEGARA MAJU DAN NEGARA MEMBANGUN.

DISEDIAKAN OLEH:

NURAJIRAH BINTI ABD MAJID


A 117979
2

KANDUNGAN

PENGENALAN..................................................................................................................3

PERDAGANGAN BEBAS.....................................................................................3

NEGARA MAJU.....................................................................................................5

NEGARA MEMBANGUN.....................................................................................6

BENTUK-BENTUK AMALAN PERLINDUNGAN........................................................6

MEKANISMA PERDAGANGAAN BEBAS.....................................................................8

PERDAGANGAN BEBAS DI NEGARA MAJU..............................................................9

PERDAGANGAN BEBAS DI NEGARA MEMBANGUN.............................................10

SEJAUHMANAKAH PRINSIP WTO/GATT DAPAT DIAPLIKASI

DALAM NEGARA ANGGOTA LANTAS MENJADI

DASAR BAGI SESEBUAH NEGARA............................................................................12

PENGARUH NEGARA-NEGARA KE ATAS WTO......................................................12

KESIMPULAN..................................................................................................................13

RUJUKAN.........................................................................................................................15
3

PENGENALAN

Perdagangan bebas diaplikasi oleh perspektif liberal dalam politik ekonomi


antarabangsa yang dikenali sebagai Laissez-faire. Perspektif ini melihat bahawa setiap
individu mempunyai hak untuk membuat keputusan sosial sendiri tanpa campur tangan
pihak lain. Sementara negara pula bertindak sebagai aktor yang membuat tugas-tugas
yang dilihat sebagai sesuatu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh aktor individu.
Aktor negara hanya membantu individu dari segi undang-undang dan penggubalan
system perundangan yang asas, pertahanan nasional dan kewangan. Perspektif ini juga
melihat perdagangan bebas sebagai positive-sum game. Istilah ini boleh diterjemahkan
sebagai faedah yang diperolehi hasil dari aset yang ditawarkan oleh pihak-pihak yang
terlibat. Untuk memahami istilah ini dengan lebih jelas lagi, contoh yang paling mudah
ialah;

saya ada sebiji durian tetapi saya mahukan betik, dan kawan saya
mempunyai sebiji betik tetapi ingin makan durian. Kemudian kami
menukar buah supaya masing-masing mendapat faedah darinya.

Jelaslah disini bahawa sistem barter yang diperkenal ini lebih menguntungkan dan
menghasilkan faedah yang lebih banyak jika dibandingkan dengan sistem sara diri. Di
dalam bahagian pengenalan, penulis telah menggabungkan pendahuluan, konsep dan
sejarah bagi perdagangan bebas, negara maju dan negara membangun. Terdapat 3konsep
yang akan dibicarakan dalam esei ini iaitu; a) perdagangan bebas; b) negara maju dan ;
negara membangun.

Perdagangan Bebas

Perdagangan bebas merupakan perdagangan yang berlaku di antara negara di


peringkat antarabangsa tanpa sebarang pengawalan dari mana-mana pihak. Berdasarkan
kepada prinsip perdagangan bebas, harga barang adalah bergantung sepenuhnya kepada
4

permintaan dan pengeluaran (demand and supply). Teori liberal menilai perdagangan
bebas sebagai sesuatu aspek yang penting dan memberi kepentingan kepada setiap
negara. Ini kerana perspektif liberal banyak memberi tumpuan kepada faedah yang
diperolehi melalui perdagangan bebas. Perdagangan dilihat sebagai satu sumbr utama
kepada pertumbuhan ekonomi. Wujudnya perdagangan bebas antara negara membawa
kepada perluasan pasaran yang mampu meningkatkan produktiviti, inovasi disamping
perluasan teknologi. Ini akan jelas kelihatan apabila persaingan sihat yang wujud
dikalangan pengeluar-pengeluar diseluruh dunia dalam merebut pelanggan. Selain
daripada itu penggunaan teknologi-teknologi baru akan mudah tersebar diseluruh dunia
dengan wujudnya perdagangan bebas.

Namun begitu teori strukturalisme menolak aplikasi tanpa batasan prinsip faedah
bandingan perdagangan bebas di peringkat antarabangsa. Stukturalisme mengambil sikap
negatif terhadap amalan perdagangan bebas antara negara yang memiliki tahap
pembangunan yang berbeza kerana teori ini percaya bahawa pengaplikasian perdagangan
bebas keatas negara yang berbeza tahap pembangunannya akan menyebabkan negara
yang miskin akan kekal miskin sebagai negara pembekal bahan mentah manakala negara
yang kaya akan kekal kaya sebagai pengimport barangan siap yang lebih mahal. Pasaran
bebas dilihat lebih memihak kepada negara maju berbanding negara miskin dan negara
membangun.

Perdagangan bebas telah bermula secara rasminya menerusi system Bretton


Woods apabila Amerisa Syarikat ban beberapa negara negara sekutu membina order
ekonomi antarabangsa dengan tujuan utama untuk membawa kepada perluasan
perdagangan bebas. Mereka percaya bahawa prinsip perdagangan tanpa sekatan mampu
menjamin keamanan dan kesejahteraan dunia. Sistem ini dapat mengelakkan negara-
negara dari mengamalkan dasar luar ekonomi yang kompetitif yang telah berlaku
sebelum penubuhan sistem Bretton Woods bermula sekitar 1944 dan lantas membawa
kepada kemerosotan ekonomi dunia. Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar
eksport terbesar dunia pada ketika itu telah mengambil peluang untuk membina order
ekomoni yang mengamalkan perdagangan bebas. Melalui system ini, Amerika Syarikat
5

telah berjaya menembusi pasaran-pasaran baru lantas meluaskan pasaran ekonomi negara
mereka sendiri. Persidangan Bretton Woods telah mengemukakan idea liberalisasi
ekonomi sebagai langkah untuk memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia Kedua.

Pada 1947 GATT (General Agreement on Tariffs and Trade) telah ditubuhkan
selepas kegagalan perwakilan negara untuk mencapai persetujuan yang lebih mendalam
untuk ITO(International Trade Organization). GATT kemudiannya digantikan oleh
WTO(World Trade Organization) pada tahun1994. WTO adalah berdasarkan kepada 28
perjanjian iaitu yang mengandungi Tidakan Akhir Pusingan Uruguay GATT bagi
rundingan perdagangan pada tahun 1994. GATT, WTO dan Sistem Bretton Woods telah
membawa kepada perluasan perdagangan bebas dimata dunia.

Negara Maju

Negara maju ialah negara yang mempunyai tahap pembangunan yang tinggi
mengikut beberapa kriteria yang telah mengklasifasikannya sebagai negara maju.
Kriteria-kriteria tersebut adalah termasuk aspek ekonomi seperti nilai GDP(gross
domestic product) yang tinggi, indusrialisasi negara berada di tahap tertiary dan
quarternari. Kriteria lain yang terlibat juga adalah seperti peningkatan indeks
pembangunan hak asasi manusia. Menurut Kofi Annan negara maju ialah negara yang
mempunyai persekitaran yang selamat untuk setiap warganegaranya menikmati
kebebasan dan kehidupan yang sihat.1 Negara-negara yang tidak tertakluk kepada status
negara maju di kategorikan sebagai negara membangun atau negara gagal. Berdasarkan
HDI(human developed index) terdapat 30 negara yang telah diklasifikasikan sebagai
negara maju.2 Antara contoh negara maju ialah Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Korea
Selatan, Canada, dan Perancis

Negara Membangun
1
http://www.unescap.org/unis/press/G_05_00.htm
2
Sachs, Jeffrey (2005). The End of Poverty. The Penguin Press.
6

Negara membangun diistilahkan sebagai negara miskin, system ekonomi berasaskan


pertanian dan sedang berusaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti dalam aspek sosial
dan ekonomi.3 Negara-negara membangun dilihat sebagai negara yang berada dalam
proses menjadi negara industrialisasi.4 Tidak ada sebarang definisi yang ditetapkan oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai negara maju dan negara membangun
namun berdasarkan kriteria-kriteria yang diberikan akan membezakan negara maju da
negara membangun. Menurut IMF(international Moneytary Fund) terdapat kira-kira 150
buah negara yang berstatus negara membangun. 5

BENTUK-BENTUK AMALAN PERLINDUNGAN YANG AKAN TERHAPUS


DALAM KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS

Tariff

Cukai yang dikenakan oleh kerajaan yang juga bertindak sebagai pendapatan kerajaan.
Cukai ini menyebabkan peningkatan harga barangan import yang lebih tinggi daripada
harga sebenar. Selain daripada itu tarif juga mampu mengelakkan persaingan harga
dengan barangan tempatan. Namu begitu, wujudnya perdagangan bebas menyababkan
sesebuah negara tidak berhak mengenakan tariff kerana negara tersebut telah terlakluk
kepada prinsip perdagangan bebas yang perlu dipatuhi.

Kuota

Kuota merujuk kepada kuantiti barangan yang dihadkan keatas sesebuah negara untuk
menimport atau mengeksport barangan. Dengan menghadkan kuantiti barangan yang
diimport, kuota akan cenderung untuk meningkatkan harga lantas mengurangkan
persingan dengan barangan tempatan. Kuota eksport pula merujuk kepada perjanjian

3
http://wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn?s=developing%20country
4
http://globaledge.msu.edu/ResourceDesk/glossary.asp?Index=D
5
IMF Emerging and Developing Economies List. World Economic Outlook Database, April 2008.
7

antarabangsa yang telah menghadkan kuantiti barangan yang boleh dieksport. Kuota
eksport lebih cenderung untuk memberi kesan negatif kepada negara-negara membangun
berbanding negara- negara maju.

Subsidi Eksport

Subsidi merupakan bantuan yang diberikan kepada pengeluar barangan tempatan untuk
pasaran domestik bagi mengelakkan barangan import.

Dumping

Satu amalan perdagangan yang meletakkan pasaran kuantiti barangan lebih kepada
pasaran tempatan dari antarabangsa. Dalam erti kata lain hanya barangan tempatan sahaja
yang akan memonopoli pasaran tempatan dan pasaran luar tidak berjaya menembusi
pasaran tempatan.

Nontariff Bariers

Satu bentuk amalan perdagangan menghadkan perdagangan bebas melalui undang-


undang dan mutu standart yang ketat. Ini telah menyebabkan sesuatu produk tidak dapat
menembusi pasaran tempatan disebabkan oleh piawaian yang ditetapkan sesebuah negara
tidak dapat dicapai. Biasanya nontariff bariers sengaja dijadikan sebagai alat kepada
sesebuah negara dalam menghadkan barangan luar dari menembusi pasaran tempatan.
Perkara ini telah berlaku kepada barangan permainan keluaran China yang telah dihadkan
oleh India dengan mewujudkan satu legislasi ke atas barangan permainan keluaran China.

MEKANISMA PERDAGANGAAN BEBAS


8

Perdagangan bebas dilaksanakan melalui beberapa mekanisme iaitu World Trade


Organization(WTO), IMF(International Monetary Fund), Bank Dunia dan perjanjian-
perjanjian perdagangan bebas seperti NAFTA(North American Free Trade Agreement),
CAFTA(Central America Free Trade Agreement).

WTO ditubuhkan sebagai agensi khas dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu


yang berperanan untuk memastikan perjalanan perdagangan berjalan dengan lancar bagi
menggantikan GATT. Pada tahun 2008, WTO telah mempunyai 153 buah negara anggota
dan 28 buah negara ahli.

IMF merujuk kepada organisasi yang mempunyai 185 buah negara anggota yang
bertanggungjawab untuk mengatur system kewangan global dan menyediakan pinjaman
kepada negara anggota untuk membantu masalah ketidak stabilan ekonomi negara
tersebut disamping membantu perdagangan antarabangsa dan mempromosikan
pertumbuhan ekonomi pesat diseluruh dunia.

Bank Dunia merupakan institusi kewangan antarabangsa yang menyediakan


bantuan kewangan dan teknikal kepada negara membangun untuk program pembangunan
dengan matlamat mengurangkan kemiskinan. Bank dunia telah dianggotai oleh 185 buah
negara dan mepunyai dua buah institusi iaitu IBRD(International Bank for
Reconstruction and Development) dan IDA(International Development Association)

Hubungan ekonomi digerakkan melalui perdagangan bebas pasaran bebas. Selain


daripada itu kesemua negara anggota juga dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan
perdagangan yang telah ditetapkan.

Negara cuba melindung industri tempatan daripada ancaman perdagangan bebas


dengan mewujudkan Zon Perdagangan Bebas. Dengan cara ini, hanya beberapa tempat
sahaja telah dijadikan zon untuk mengaplikasikan perdagangan bebas tanpa menganggu
gugat industri tempatan. Malah dengan mewujudkan Zon Perdagangan Bebas dapat
9

mewujudkan sokongan negara kepada perspektif liberalisme dan yakin bahawa konsep
ini akan membawa kepada kemurnian sejagat.

PERDAGANGAN BEBAS DI NEGARA MAJU

Negara maju merupakan negara yang terdiri daripada negara dunia pertama dan
negara yang mempunyai pengamalan perindustrian seperti Amerika Syarikat, Jepun dan
Britain. Perdagangan bebas telah memberi impak yang besar kepada negara maju
terutamanya dalam perluasan pasaran disamping mengaut keuntungan yang lebih besar.

Perdagangan bebas dalam konteks negara maju mampu menjana pertumbuhan


ekonomi negara. Wujudnya perdagangan bebas mampu meningkatkan jualan, keuntungan
dan pasaran. Syarikat-syarikat boleh memilih sama ada untuk meningkatkan keuntungan
mereka dengan cara mengembangkan operasi mereka ataupun membuka pasaran baru
tanpa ada sekatan. Menurut laporan daripada NAFTA, sejak dari tahun 1994 telah wujud
14 juta pekerjaan baru di Amerika Syarikat yang telah menyebabkan kadar pengangguran
yang berlaku di Amerika Syarikat berkurangan dari 6% kepada 3.8%. pekerja di sektor
perkilangan juga tlah meningkat daripada 18.2 juta kepada 18.4 juta. Selain daripada itu
gaji pekerja kilang juga telah meningkat daripada 8.03USD sejam kepada 8.26USD
sejam. Menerusi CAFTA, perdagangan diantara Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico
juga telah meningkat daripada 299 billion USD pada tahun 1993 kepada 12 trillion USD
pada tahun 2008. (CITATION NEEDED)

Selain daripada itu, perdagangan bebas dalam konteks negara maju mampu
menggalakkan inovasi dan persaingan antara syarikat. Seperti yang dikenalpasti,
kebanyakan MNC(multinational corporation) terdiri daripada syarikat-syarikat daripada
negara maju. Jadi wujudnya perdagangan bebas mampu meningkatkan persaingan secara
sihat lantas membawa kebaikan kepada pengguna. Contohnya kewujudan pelbagai
restoran-restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Burger King telah
mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan syarikat untuk menarik minat pengguna
10

untuk menjadi destinasi pilihan pengguna. Dengan cara ini akan menggalakkan syarikat
untuk emncipta barangan baru yang lebih bagus dan menyediakan perkhidmatan yang
lebih bagus di pasaran dengan harga yang lebih rendah namun masih menjaga kualiti
supaya dapat bertahan an menaikkan jualan di pasaran. Pasaran Amerika Syarikat telah
membuktikan bahawa persaingan boleh membawa kepada pembaharuan. Selain daripada
itu persaingan juga telah menjana banyak idea dan pembaharuan oleh syarikat supaya
menarik perhatian pelanggan disamping mewujudkan produk baru dalam pasaran.

Perdagangan bebas juga telah berjaya meningkatkan taraf hidup negara seperti
Amerika Syarikat. perdagangan bebas merupakan salah satu sebab rakyat Amerika
Syarikat dapat melalui standart kehidupan yang tinggi. Institute for Internatonal Economy
menjangkakan setelah 50 tahun, ekonomi liberalisasi telah membawa penambahan
pendapatan 9000USD setahun kepada rakyat Amerika Syarikat yang mempunyai
pekerjaan biasa. (CITATION NEEDED) selain itu NAFTA dan Pusingan Uruguay WTO
menghasilkan faedah tahunan sebanyak 1 300-2 000 USD untuk rakyat Amerika Syarikat
yang mempunyai ahli keluarga seramai 4 orang. (CITATION NEEDED)

PERDAGANGAN BEBAS DI NEGARA MEMBANGUN

Negara membangun diistilahkan sebagai negara yang msih berada pada taraf yang
rendah dalam aspek perindustrian, pentadbiran demokrasi, program sosial dan jaminan
hak asasi. Negara-negara yang berada distatus negara membangun adalah seperti
Malaysia, Mexico, Indonesia dan Afika Selatan.

Perdagangan bebas memberi banyak faedah kepada negara membangun.


Kewujudan perjanjian dalam perdagangan bebas dapat membantu aliran modal dan
pelaburan dalam memajukan sesebuah negara. Kebanyakan negara membangun hanya
mempunyai bahan mentah dan sumber asli. Dari segi modal dan kewangan untuk
pembangunan, kebanyakan negara membangun tidak mempunyai dana yang cukup.
Proses pembangunan ke atas sesebuah negara akan terus menjadi rumit apabila
11

berlakunya masalah ekonomi. Perkara ini terjadi kepada Mexico yang mengalami
masalah ekonomi yang teruk. Langkah yang diambil oleh Mexico pada ketika itu ialah
dengan menandatangani CAFTA pada 1 Januari 1994. CAFTA merupakan perjanjian
perdagangan bebas antara tiga buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Ini telah memberi peluang kepada Amerika Syarikat dan Kanada untuk menjalankan
perdagangan bebas lantas membantu pembangunan Mexico. (CITATION NEEDED)

Perdagangan bebas dalam konteks negara membangun telah mewujudkan


kepalbagaian produk dalam pasaran tempatan. Negara-negara membagun masih tidak
mempunyai teknologi yang membangun dan maju dalam industri pembuatan. Jadi, masih
terdapat produk-produk yang tidak mampu dihasilkan oleh industri tempatan.
Perdagangan bebas mampu mewujudkan persekitaran pasaran yang mempunyai
kepelbagaian produk dengan harga berpatutan. Ini akan memberi peluang kepada para
pengguna untuk mempunyai pelbagai pilihan. Para pengguna juga mampu memililki
poduk baru yang berteknologi terkini dari luar negara. Produk-produk tersebut dapat
diakses dalam pasaran tempatan dengan harga yang berpatutan. Secara tidak langsung,
pasaran ekonomi turut menjadi globalisasi hasil dari perdagangan bebas.

Persaingan yang sihat juga turut wujud bukan sahaja diantara industri tempatan
malah industri antarabangsa juga turut bersaing dengan industri tempatan. Proses ini
dilihat dari sudut yang positif. Proses persaingan ini akan menyebabkan industri tempatan
kan berusaha untuk mencapai standart yang lebih tinggi dari standart yang ada agar
menjadi pilihan pengguna lantas dapat meneruskan penjualan produk dalam pasaran.

Namun begitu perdagangan bebas gagal diamalkan sepenuhnya oleh kebanyakan


nehara membangun. Ini kerana mereka bimbang industri tempatan yang masih baru di
arena perdagangan akan tumbang dengan persaingan luar. Produk tempatan masih
memerlukan kajian yang lebih mendalam dan teknologi yang lebih tinggi untuk bersaing
dengan produk luar. Aspek-aspek ini memerlukan modal kewangan yang besar dan tidak
mampu dilaksanakan oleh industri kecil. Sudah tentu produk antarabangsa telah
mencapai kualiti dan standart yang lebih tinggi berbanding produk tempatan. Perkara ini
12

amat membimbangkan negara lantas membawa kepada pengaplikasian amalan


perlindungan.

SEJAUHMANAKAH PRINSIP WTO/GATT DAPAT DIAPLIKASI DALAM


NEGARA ANGGOTA LANTAS MENJADI DASAR BAGI SESEBUAH NEGARA

WTO telah bertindak sebagai mekanisma untuk pengaplikasian perdagangan


bebas. Segala garis panduan telah disediakan oleh WTO demi melancarkan perdagangan
bebas. Namun begitu tidak semua prinsip yang dierikan olh WTO menepati citarasa dan
kepentingan semua negara. Garis panduan yang disediakan WTO tidak mampu memberi
kepuasan hati semua pihak sama ada negara maju mahupun negara membangun. Ini jelas
kelihatan apabila aspek-aspek seperti agrikultur dan barangan industri tidak tertakluk
kepada prinsip perdagangan bebas. Perkara ini banyak memberi tekanan kepada negara
membangun yang sememangnya menjadikan pertanian sebagai penjana ekonomi utama
sesebuah negara. Amalan perlindungan oleh negara maju ke atas industri pertanian
tempatan telah memberi impak besar kepada pengeluar sumber pertanian. Walaupun
perjanjian perdagangan bebas telah ditanda-tangani namun amalan subsidi kepada
industri pertanian tempatan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan
Kesatuan Eropah masih terus diamalkan. Ini telah membuktikan bahawa pengaplikasian
perdagangan bebas oleh negara maju hanya dilaksanakan jika mereka mampu mengaut
keuntungan yang banyak. Manakala beberapa aspek yang tidak akan membawa kepada
keuntungan akan dilaksanakan melalui amalan perlindungan. Ini telah jelas menunjukkan
bahawa perdagangan bebas telah dimanipulasikan oleh negara maju atas kepentingan
masing-masing. Prinsip-prinsip perdagangan bebas juga turut mengabaikan sektor
perkhidmatan dan servis, pelaburan serta harta intelek. Perkara ini perlu diambil serius
oleh badan yang terlibat seperti WTO agar jalan penyelasaian yang sejagat dapat dicapai.

PENGARUH NEGARA-NEGARA KE ATAS WTO


13

WTO tidak mengamalkan prinsip kedaulatan yang sama kerana mereka melihat di
dalam politik dunia, pembahagian kuasa tidak seimbang. Kuasa-kuasa besar
sememangnya mahu mengekalkan kebebasan politik untuk mereka bertindak. Salah satu
cara untuk mengenepikan prinsip ini adalah dengan memberi ahli lain hak mengundi
yang lebih besar atas kriteria yang rasional. Sistem yang digunapakai oleh WTO dalam
memberi kuasa undian adalah nilai dana sumbangan yang dikeluarkan oleh negara
anggota. Jadi negara maju yang mempunyai modal dan aset yang lebih daripada negara
membangun akan menyumbang dengan lebih banyak berbanding negara membangun.
Hal ini secara tidak langsung akan membawa kepada pengaruh dan undian yang lebih
bagi pihak negara maju seperti Amerika Syarikat. Jadi secara dasarnya, pengaruh dari
negara maju telah mampu menguasai pengurusan WTO lantas melunaskan prinsip
mereka sendiri sebagai prinsip WTO. Segala keputusan yang dilaksanakan oleh WTO
telah mewujudkan satu bentuk bias kepada negara-negara lain kerana negara maju dalam
hal ini mempunyai kuasa undian yang besar dalam menentukan sesuatu keputusan.
Dalam erti kata lain, WTO berjaya dipergunakan oleh negara-negara maju dalam
mengetengahkan agenda mereka sendiri. Hasilnya, tidak semua keputusan dan resolusi
yang disediakan oleh WTO membuahkan hasil yang efektif kepada negara-negara
anggota.

KESIMPULAN

Prinsip WTO tidak mampu diterjemahkan sepenuhnya oleh negara anggota kerana
wujud pelbagai masalah terutamanya masalah dalaman seperti tekanan domistik oleh
kumpulan pendesak. Selain daripada itu, Perdaganagn Bebas dilihat sebagai retorik
negara maju sahaja kerana segala prinsip yang telah disediakan agensi organisasi
antarabangsa hanya mengaplikasikan prinsip yang memberi faedah negara masing-
masing terutamanya negara maju. Pengamalan protectionisme oleh negara maju seperti
Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan jepun tidak dapat dibendung lagi kesahihannya
lantas mengukuhkan bukti bahawa pengaplikasian prisip neo-merchantalisme telah
14

dilaksanakan oleh kebanyakan negara maju. Amalan perlindungan ini telah membawa
kepada memaksimumkan produk eksport tetapi meminimumkan produk import dari luar.
Ini telah jelas menunjukkan bahawa negara maju telah berjaya mempengaruhi WTO
dalam kebanyakan aspek dengan alasan dana yang banyak telah diberikan kepada agensi-
agensi ini membawa kepada undian yang besar dalam WTO.
15

RUJUKAN

Amstutz mark R. 1999. International Conflict and Cooperation. 2nd edition

Bannet A.LeRoy & Oliver James K. 2002. International Organization Principles And
Issues. 7th Edition

Oxley Alan. 1990. The Challenge Of Free Trade. Harvesterwheatsheaf.

Rugman Alan M., Gavin Boyd. 2001. The World Trade Organization in The Global
Economy. Edward Elgar Publushing Limited. UK

Sampson Gary P. 2001. The Role of The World Trade Organization in Global
Governance. United Nation University Press. Hong Kong

http://www.worldbank.org/

http://www.imf.org/external/index.htm

http://www.heritage.org/Research/TradeandForeignAid/BG1391.cfm

http://www.wto.org/english/res_e/doload_e/inbr_e.pdf

http://web.worldbank.org/WBSITE/EXTERNAL/DATASTATISTICS/html#Highincome

Anda mungkin juga menyukai