Anda di halaman 1dari 12

Pembangunan Lestari /Mampan

Pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar


daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber
alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah
digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi
aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi
daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk
berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat
untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan
datang.

Konsep Pembangunan Lestari


Konsep pembangunan lestari muncull ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan
pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan telah
dibincangkan secara seriue dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De
Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September
2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang
merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh
untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan
program-program pembangunan lestari di negara masing-masing.
Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan
untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas
alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) diertikan
sebagai balancing balancing the fulfillment of human needs with the protection of
the natural environment so that these needs can be met not only in the present, but in
the indefinite future.
Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk
memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet
ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan unutk hidup secara

berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari,
penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia
dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan
tanpa degradasi.
Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi,
Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan
kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah
dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
(MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004 Kementerian ini telah dirombak dan
dikenali sebagai Kemeneterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Misi MOSTI
adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan
dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan
dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari. Kementerian ini
dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains
dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat
antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa
panjang.
Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan
penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P)
dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T. Memelihara dan memantau alam
sekitarMenyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan.
Usaha dan inisiatif Kementerian untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya
adalah berpandukan kepada beberapa rancangan dan polisi. Ini termasuklah Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (OPP3), Rancangan Malaysia ke-8. (RMKe-8), Pelan
Induk Industri (IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan Pelan Tindakan Teknologi (TAP).
Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara (NPE) telah
dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari alam sekitar dan sumber asli
akan menjadi lebih terserlah. RMKe-8 meliputi jangka masa 2000-2005 dan
menggabungkan strategi-strategi, program-program dan projek-projek yang bertujuan
untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang menggambarkan

jangka masa ini termasuklah globalisasi, liberalisasi dalam perkhidmatan dan


pembangunan berbentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini, RMKe-8 telah
menyusun

semula

strategi

pertumbuhan

ekonomi

negara

untuk

mencapai

pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini terdapat tumpuan yang


lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya terhadap peningkatan kepada aktivitiaktiviti P&P dan juga inovasi teknologi. Sektor awam akan bertindak sebagai penasihat
dengan memberikan rangka kerja yang kukuh dan perkhidmatan yang berkesan di
samping

menyediakan

insentif-insentif

fiskal

dan

kewangan.

RMKe-8

amat

menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan
alam sekitar dan sumber-sumber asli scara bersepadu untuk mencapai pembangunan
lestari dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi Industri :
Sebuah Plan Tindakan

Kebangsaan, Malaysia

telah berjaya

membangunkan

keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai
program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah
memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar S&T Kebangsaan dengan
matlamat untuk menghasilkan Polisi S&T Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2 dijangka
dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T,
dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang
berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di keduadua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan
negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi.
Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi
dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia
menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang
sains dan teknologi. Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen
kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada
Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah
negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.
Prinsip Alam Sekitar Lestari Dan Pembangunan Lestari.

Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan usaha
perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas penting untuk
mencapai kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar
dan Pembangunan di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 Jun 1992 mengumumkan prinsipprinsip berikut:
Prinsip 1: Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak menikmati
kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam semulajadi.
Prinsip 2 : Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip undangundang

antarabangsa,

semua

negara

mempunyai

hak

sepenuhnya

untuk

memanfaatkan sumber-sumbernya unutk memantapkan polisi-polisi alam sekitar dan


pembangunannya sendiri, dan bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di
bawah bidang kuasa dan kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar
negara lain atau kawasan melampaui batasan bidang kuasa negaranya.
Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan
pembangunan dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini dan akan datang.
Prinsip 4 : Untuk memcapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar hendaklah
mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh dipertimbangkan
secara berasingan.
Prinsip 5 : Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi kemiskinan
sebaga suatu keperluan yang wajib unutk pembangunan lestari, dalam usaha
mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan memenuhi keperluan majoriti penduduk
dunia dengan lebih baik.
Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara membangun, terutama
negara kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam sekitar haruslah
diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar
dan pembangunan hendaklah juga mengambilkan kepentingan semua negara.
Prinsip 7 : setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian sedunia
untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriri ekosistem

bumi. Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar


sedunia, negeri mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju
mesti memhami tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti
memahami tanggungjawab yang mereka pikul dalam susulan antarabangsa mengenai
pembangunan lestari memandangkan tekanan yang diberika oleh rakyat mereka ke
atas alam sekitar sedunia serta teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai.
Prinsip 8 : Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih baik untuk
semua

rakyat, negara

hendaklah mengurang dan memberhentikan pola-pola

pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari dan memajukan polisi-polisi


demografi yang sesuai.
Prinsip 9 : Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan
masyarakat

terpinggir

untuk

pembangunan

lestari

dengan

mempertingkatkan

kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan mempertingkatkan pembangunan,


penyesuaian, pengembangan dan pemindahan teknologi baru dan inovatif.
Prinsip 10 : isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua rakyat
terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat kebangsaan, setiap
individu haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai alam
sekitar yang diwujudkan oleh pihak berkuasa awam, termasuk maklumat tentang
bahan-bahan merbahaya dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang
penglibatan mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara hendaklah
membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan menyebar
maklumat secara meluas.
Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi
suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia.
Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan, mahupun
antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak antarabangsa adalah
melalui Deklarasi Langkawi (1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992),
dan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di
Copenhagen.

Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992)


Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah diambil bagi
menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam memandang isu
alam sekitar yang semakin hari semakin tenat disebabkan pencemaran dari pelbagai
sudut seperti tanah, air, dan udara. Antara usaha yang dapat dilihat semasa sidang ini
berlangsung adalah melalui Agenda dan 21Protokol Kyoto.
Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan
Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED)
sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992.
Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negaranegara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan
laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian
diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya
mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan
dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang
berkaitan.
Pembangunan Mapan (Green City)

Latar belakang Agenda 21:


Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan;
Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka 21 menandakan abad ke21;
Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan
Agenda

21

mengandungi

40

bab

yang

kesemuanya

berhubung

dengan

pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk Usaha Pihak Berkuasa


Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21
Deklarasi Langkawi

Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara yang


pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.
Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah
bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu
ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak
zaman penjajah lagi.
Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan
kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan keuntungan
lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari pelaburan itu adalah sematamata bagi kepentingan negara mereka.

Anugerah Langkawi peringati Deklarasi Langkawi


PENGURNIAAN Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia adalah merupakan
program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia
(MASM) bagi memperingati Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh KetuaKetua Negara Komanwel pada tahun 1989.
Anugerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1991 sebagai menunjukkan komitmen
rakyat amnya dan negara khasnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan
selaras dengan Deklarasi Langkawi.
Anugerah Langkawi adalah merupakan penghargaan dan penghormatan tertinggi
negara kepada rakyat negara ini yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam
bidang alam sekitar.
Sumbangan itu adalah sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan, penyelidikan
saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang yang berkaitan.
Ia diberikan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan tenaga dan fikiran
dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:

a. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam sekitar;


b. Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan masalah perlindungan
alam sekitar di peringkat tempatan dan antarabangsa dan
c. Berjaya membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam sekitar yang ketara
atau menggerakkan tindakan semua pihak ke arah penyelesaiannya.
Penerima akan menerima sebuah plak penghargaan, sijil dan wang tunai RM10,000.
Apa itu Deklarasi Langkawi
Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara yang
pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.

Tujuan dan Kepentingan Pembangunan Lestari


Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber
semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis
kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat bergantung kepada
pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahtera manusia dan ekosistem secara bersama.
Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan
Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerankan langkah-langkah yang diambil untuk
memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan
Malaysia. Langkah-langkah baru telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke-7 (
1996-2000 ) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.

Komponen Dalam Pembangunan Lestari


Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi pendidikan yang bertujuan
untuk membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab untuk mencipta masa
depan yang berterusan.
Komponen ESD

Pemuliharaan Sumber
Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan
akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak
boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemulihan
merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi
perhatian kepada faktor intangible seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.
Pembangunan Fizikal
Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi
di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan, membantu
menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut dan
meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti
apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang
melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan
seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.
Kualiti Alam Sekitar
Mengelakkan

pencemaran

alam,

melindungi

kapasiti

ekosistem

dan

pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti


kehidupan. Selain itu mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau
perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan
pelupusan sampah harus dititikberatkan.
Kesaksamaan Sosial
Mengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara golongan kaya
dan

miskin

serta

mengalakkan

pembangunan

yang

dapat

mengurangkan

ketidaksamaan sosial. Selain itu, mengurangkan pembaziran tenaga manusia.


Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.
Penyertaan politik

Mengalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini


termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas di dalam
menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5
tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-parti politik yang
bertanding.

Ekonomi
Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa kateria yang diambil penekanan di dalam
pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, ekonomi
ini melibatkan pertambahan peluang pekerjaan, pengunaan yang meningkat, pelaburan
asing serta kadar pengganguran dan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah
kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapat diterima oleh semua orang,
serta memperolehi manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga adalah
kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang.
Kecekapan ini adalah kecekapan dalan perancangan serta pembangunan ekonomi
yang dirancang. Kecekapan ini termasuklah pengagihan sumber yang cekap dan
mengawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat.
Budaya
Gurmit Singh- tokoh pencinta alam yang selalu berbasikal, mengusaha pertanian
organik, pengamal kitar semula barang terpakai dan mempromosi penggunaan tenaga
suria, dipilih sebagai pemenang Anugerah Pengguna Lestari sempena Hari Pengguna
Malaysia pada 26 Julai lalu, anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna. Gurmit dipilih kerana komitmennya terhadap gaya hidup dan
kepenggunaan lestari, selari dengan tema kesederhanaan menjamin kesejateraan dan
slogan "Amalkan Penggunaan Lestari".
Selain kepentingannya, kepenggunaan lestari dipilih sebagai slogan sesuai

dengan keadaan semasa dengan peningkatan kadar inflasi, kenaikan harga barang
serta perkhidmatan. Menurut jangkaan laporan ekonomi terkini, kadar inflasi 7.7 peratus
di Malaysia pada Jun 2008 diramal akan terus meningkat. Peningkatan ini dipengaruhi
pelbagai faktor ekonomi, termasuklah kenaikan tambang kenderaan awam sebelum
Hari Raya Aidilfitri, sebagaimana yang diumumkan Datuk Noh Omar, Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Amalan hidup sederhana merupakan ajaran agama bukan sahaja Islam, bahkan
semua agama. Sederhana maksudnya tidak keterlaluan dan berlebihan dari segala
segi, khususnya yang melibatkan perbelanjaan dan gaya hidup. Sederhana bermakna
kita perlu mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap tindakan agar mencapai
matlamat dengan efisien dan efektif dengan biaya optimum. Sebagai contoh, sederhana
dalam berpakaian mestilah sesuai dengan keperluan kerja atau santai dengan
matlamat untuk menurut aurat. Apalah gunanya kita berbelanja besar tetapi aurat masih
terbuka. Dengan matlamat jelas maka gaya hidup akan lebih terarah, tanpa perlu
membazirkan wang berbelanja membeli pakaian mahal sehingga ada kalanya terpaksa
pula berhutang. Jika demikian maka kita berbelanja tidak menurut kemampuan dan
terkeluar dari definisi kesederhanaan.

Akta-akta yang berkaitan


1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang telah dikuatkuasakan
dala mtahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk
mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan ke manamana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar
semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam. Dalam pembinaan
infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan yang teliti harus dibuat. Pembukaan
tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan
penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau
sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan

teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar
dengan keseimbangan ekologinya yang

unik tidak harus dikorbankan demi

kepentingan manusia semata-mata.


-pencemaran udara (seksyen 20)
-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
-pencemaran tanah (seksyen 24)
-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984


- seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976


- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan
asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980


- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

Anda mungkin juga menyukai