Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Komunikasi merupakan satu proses menyampaikan sesuatu maklumat antara satu individu
dengan individu yang lain.Komunikasi itu boleh terjadi dengan lisan mahupun tanpa lisan. Jika
sesuatu maklumat atau perkara berjaya dihantar atau difahami oleh individu yang lain maka
terjadilah komunikasi. Kebiasaan kita ingin menyampaikan sesuatu atau berhubung dengan
individu lain adalah dengan komunikasi secara lisan. Komunikasi juga boleh berlaku dengan
tanpa menggunakan lisan contohnya kita menulis surat kepada orang lain, dan dunia teknologi
kini orang ramai yang ingin mengkongsikan maklumat hanya memposkan di internet,media
social dan lain-lain dalam masa yang singkat maklumat tersebut tersebar di seluruh dunia.

Menurut Edward Sapir dan Wilbur Schramm (1973), ilmu komunikasi tidak mempunyai bidang
yang khusus. Ini disebabkan komunikasi itu sendiri adalah satu proses sosial yang telah
bermula semenjak zaman Nabi Adam a.s (Ghazali Sulaiman, 2007). Komunikasi berlaku dalam
semua aspek kehidupan masyarakat.

Walau bagaimanapun, perkembangan bidang komunikasi ini diasaskan oleh ramai pakar dari
pelbagai bidang seperti sosiologi, antropologi, psikologi, psikologi sosial dan sains politik yang
telah bertapak lebih awal lagi. Pakarpakar ini telah memasuki bidang komunikasi bagi
menjalankan penyelidikan. Mereka cuba menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam
bidang masingmasing melalui komunikasi. Keadaan ini menyebabkan perkembangan bidang
komunikasi tidak tersusun atau teratur seperti bidang pengajian lain (Saodah Wok et al., 2003).

Perkataan komunikasi juga mempunyai persamaan maksud dengan perkataan dalam bahasa
Arab. Perkataan dakwah , ittisal dan wasail Ilam digunakan bagi menggambarkan maksud
komunikasi dalam Islam. Masyarakat Barat pula menggunakan perkataan communication bagi
menggambarkan aktiviti yang berkaitan penyampaian melalui lisan, perbuatan atau isyarat.
Manakala orang Arab pula menggunakan perkataan dakwah , ittisal dan wasail Ilam bagi
menggambarkan maksud tersebut.

Makna Penghayatan Komunikasi Islam Dalam Keluarga


Dalam kehidupan seharian komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam
menjalinkan hubungan dan bertukar-tukar idea dan maklumat. Sebagai seorang muslim, islam
mengajar umatnya tatacara berkomunikasi dengan orang lain. Komunikasi dalam Islam adalah
berasaskan nilai-nilai keagamaan yang memberi jaminan kepada kebenaran dan kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat (Ghazali Sulaiman, 2007).

Berikut adalah bentuk-bentuk komunikasi yang digalakkan dalam Islam, iaitu:

(a) Selalu berdoa kepada Allah s.w.t;

Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Islam sangat menuntut umatnya agar sentiasa
berdoa kepada Allah SWT. Umat islam akan berdoa kepada Allah SWT sekurang-kurangnya 5
kali sehari semalam selepas selesai menunaikan solat fardu.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fatihah ayat 4 yang bermaksud:

Dialah (Allah) yang wajib disembah dan Dialah tempat memohon pertolongan

Daripada maksud ayat di atas jelas kepada kita sebagai hamba Nya bahawa hanya Allah
sahaja tempat kita mengadu dan hanya Dia yang dapat memberi pertolongan .

(b) Saling kenal mengenal antara satu sama lain;

Islam menggalakkan umatnya saling kenal-mengenal dan menjalinkan hubungan


silaturrahim sesama muslim mahupun bukan muslim. Seperti pepatah melayu pernah menyebut
berkawan biar ramai bermusuh jangan sekali . Apabila telah berkenalan maka sifat saling
hormat-menghormati perlulah ada dan dijaga.

(c) Berbincang dan menghormati pandangan orang lain;

Setiap kita perlulah ada perbincangan jika menghadapi sesuatu masalah atau memerlukan
pandangan orang lain. Namun seperti yang kita telah bincangkan, kita mesti meraih dan
menghormati pandangan orang lain walaupun kadang-kadang pandangan tersebut tidak sama
dengan pandangan kita.

(d) Memulakan pertemuan dan percakapan dengan ucapan salam.

Islam telah membawa ucapan salam yang tersendiri yang membezakan masyarakat Islam
daripada masyarakat yang lain. Ucapan salam ini merupakan antara ciri masyarakat Islam yang
sangat unik, menarik dan tersendiri yang tidak akan larut atau hilang dalam ciri-ciri masyarakat
yang lain. Perbuatan berbalas-balas salam ini merupakan satu perbuatan yang amat mulia
dalam Islam. Ucapan salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama muslim sunat
hukumnya manakala orang yang menerima salam wajib menjawab salam tersebut.
Islam juga menganjurkan umatnya sentiasa memberi salam ketika bertemu tanpa menetapkan
hari atau masa yang khusus untuk memberi salam. Ringkasnya, ucapan salam itu boleh
diucapkan pada bila-bila masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim.

Ungkapan yang lebih baik selalunya akan mudah mengikat hati yang keras menjalin
persaudaraan yang ikhlas dan mesra ketika mewujudkan perkenalan di antara mereka yang
belum kenal dan mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang telah sedia terjalin
hubungannya.

Daripada beberapa bentuk komunikasi yang digalakkan dalam islam yang telah dibincangkan
jika ianya dapat diterapkan dalam keluarga maka sudah pasti sesebuah keluarga tersebut akan
melahirkan generasi islam yang sebenar. Selain itu,ianya memberi impak yang baik dan positif
kepada masyarakat , agama dan negara.

Komunikasi yang baik dalam sesebuah keluarga akan memberi kesan yang sangat baik dari
segi perhubungan dan ikatan tali persaudaraan. Anak-anak dan ahli keluarga akan membesar
dengan berakhlak sopan dan beradab dan mempunyai perbadi yang mulia. Sesungguhnya kita
maklum bahawa sebaik-baik pembelajaran khasnya untuk anak-anak adalah bermula di rumah.

Contoh cabaran dari segi gaya dan adab dalam mengurus kehidupan seharian.

Antara cabaran-cabaran komunikasi dari segi gaya dan adab dalam mengurus
kehidupan seharian dan keluarga ialah :
1) sikap suka bertindak dengan melulu, menuduh atau tanggapan yang
salah terhadap ahli keluarga.
Hal ini menyebabkan komunikasi dua hala antara ahli keluarga terjejas serta
timbul perasaan dendam. Tanggapan yang salah terhadap keluarga hendaklah
dijauhi. Setiap suami dan isteri perlu tahu bagaimana adabnya melayan pasangan iaitu
dengan menggunakan cara dan adab yang telah digariskan dalam Islam seperti
memberi salam, sopan , bertolak ansur dan sentiasa hormat-menghormati.
Sebagai ibu bapa pula, seharusnya ibubapa mestilah menjadi contoh kepada anak-
anak dan tingkah laku ibubapa mudah menjadi perhatian dan ikutan anak-anak.
2) komunikasi pada waktu yang tidak sesuai
komunikasi pada waktu yang tidak sesuai juga menjadi satu cabaran yang perlu
diambil kira terutamanya dalam keluarga. Jika kita lihat pada konteks untuk memberi
nasihat. Seorang suami tidak boleh menasihati isteri pada waktu yang tidak sesuai. (
Nur Yasmin & Muhammad Raihan 2012:375 ) Sebagai contoh, seorang suami jangan
menasihati atau mengkritik isteri pada saat isteri keletihan setelah seharian bekerja, hal
ini kerana nasihat tidak akan mendatangkan pengaruh bahkan sebaliknya boleh
menimbulkan reaksi yang negatif. Keluhan, kritikan, nasihat dan sebagainya
memerlukan waktu yang tepat. Dengan memilih waktu yang tepat, maka ada
kesempatan untuk menyampaikan suatu permasalahan lebih jelas, lebih luas, dan lebih
mendalam, sehingga sama-sama akan mendapatkan hasil yang lebih baik.

3) wujudnya prasangka atau persepsi negatif

Seterusnya, cabaran komunikasi dalam keluarga juga berlaku apabila wujudnya


prasangka atau persepsi negatif terhadap salah seorang daripada ahli keluarga seperti
memandang rendah, mengejek dan melabel dengan kekurangan tertentu. Contohnya,
jika isteri mempuyai jawatan yang lebih tinggi daripada suaminya maka ia akan rasa
bangga diri serta memandang rendah terhadap suami. Hal ini akan menimbulkan
halangan komunikasi antara suami isteri dan yang menjadi mangsa keadaan ialah
anak-anak. Komunikasi keluarga dalam tempoh anak sedang meningkat remaja
menjadi aspek penting yang menyumbang kepada keseluruhan atmosfera keluarga.
(Noller 1985).

Disamping itu, penampilan atau ekspresi ketika berbicara juga perlu diambil kira
di dalam komunikasi keluarga. Misalnya memek muka, kesediaan fizikal dan mental,
nada suara serta tatacara memberi tumpuan. Berdasarkan kajian yang dijalankan 65%
daripada komunikasi bersemuka disampaikan melalui isyarat tanpa lisan. Seterusnya
Pergerakan badan boleh menghasilkan bahasa komunikasi tanpa lisan (non-verbal
communication) seperti isyarat gerakan tangan, isyarat air muka dan isyarat bahasa
badan. ( Harrison 1965: 168 ). Reaksi yang positif akan memeberi kesan yang positif
dan sebaliknya jika reaksi negatif maka kesanya juga negatif.

4) kurangnya kemahiran mendengar

Cabaran komunikasi khususnya dalam keluarga turut tercetus apabila kurangnya


kemahiran mendengar di kalangan ahli keluarga. Mendengar merupakan salah satu
daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan
dewasa Senario di mana sang ibu sering mengulang-ulang panggilan, soalan serta
arahan terhadap anak-anak sering dilihat di dalam institusi keluarga. Barker (1971)
telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian
itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk
mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses
pendengaran berperanan penting dalam komunikasi.
Namun demikian, anak-anak sering bertindak sebaliknya iaitu dengan bersikap
endah tidak endah dengan situasi seperti itu. Oleh yang demikian, budaya atau
kemahiran mendengar secara aktif perlu menjadi asas supaya halangan komunikasi
dapat dihindarkan. Bukan setakat itu, kita juga mesti menjadi pendengar yang aktif
supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Devine (1981)
menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya
perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi
proses pendengaran itu sendiri.
Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks
ini melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, mengagakkan
hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.

Komitmen untuk mengelak kepincangan komunikasi sesama ahli keluarga

Sebagai manusia biasa maka seharusnya kita tidak boleh lari darpada melakukan kesalahan
dan kesilapan. Orang yang terbaik ialah mereka yang mengaku kesilapannya dan bersedia
memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukannya. Antara komitmen yang boleh
diambil untuk mengelak kepincangan komunikasi daripada terus berlaku ialah :-

1) MENJADI SEORANG PENDENGAR YANG BAIK

Mendengar dengan baik bermaksud seseorang itu mendengar sambil


memahami dan menghayati perasaan orang yang berkomunikasi dengannya.
Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Tanpa perhatian,
mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman,jika tidak difahami maka
komunikasi tidak akan wujud ( Roger 1951:94 ). Untuk membolehkan wujudnya
keadaan ini, pasangan terlibat perlu mengelak daripada membuat andaian yang bukan
bukan. Berilah peluang untuk pasangan menyampaikan mesejnya sehingga selesai.
Oleh itu bersedialah dari segi mental, fizikal dan penampilan untuk melayani dan
mendengar apa yang disampaikan oleh pasangan.

2) sentiasa mengadakan perbincangan.

Berbincang juga dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi dan mengelak


kepincangan berlaku. Nabi Muhammad SAW juga sentiasa mengadakan perbincangan
atau mesyuarat sebelum membuat sesuatu keputusan. Sebagai contoh dalam
peperangan khandak,rasulullah mendengar pendapat sahabat iaitu salman al-farisi agar
membina parit. Pendapat sahabat tersebut diterima oleh Rasulullah SAW walaupun
baginda seorang nabi dan rasul.
Dalam kehidupan berkeluarga pasti ada perselisihan. Seperti kata pepatah
sedangkan lidah tergigit inikan pula manusia biasa. Justeru salah seorang daripada
ahli keluarga perlulah mengambil langkah yang terbaik untuk menyelesaikanya dengan
memberi dan menerima teguran secara bijaksana. Jika salah seorang melakukan
kesalahan, dia hendaklah segera mengakui kesalahanya dan segera meminta maaf.

3) kerap melakukan aktiviti bersama

Aktiviti bersama juga dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi jika


dilakukan dengan lebih kerap. Keluarga digalakkan melakukan aktiviti bersama-sama
terutamanya dalam melakukan ibadah solat secara berjamaah di rumah. Ini secara
langsung membina komunikasi yang baik sesama ahli keluarga. Keluarga juga
digalakkan untuk beriadah bersama-sama di hujung minggu. Sebagai contoh dalam
suatu peperangan, apabila Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya hendak menyediakan
makanan, Rasulullah s.aw membahagi pekerjaan dan baginda mengatakan bahawa
tugas mengumpul kayu bakar menjadi tanggugjawabnya. Para sahabat mendesak
supaya Rasulullah duduk sahaja danbiarkan mereka sahaja yang mengerjakan
semuanya. Kita hendaklah mengambil ikhtibar daripada kisah ini dengan sentiasa
bekerjasama sesama ahli keluarga.

4) memberi penekanan terhadap komunikasi bukan lisan.

Komunikasi bukan sahaja boleh disampaikan dengan lisan malah boleh juga
disampaikan dengan bukan lisan. Antaranya melalui layanan yang baik terhadap anak-
anak dan ahli keluarga dengan senyuman dan mimic muka yang ceria dan
menggunakan bahasa badan yang positif.
Menurut kajian penekanan terhadap komunikasi bukan lisan mendahului
komunikasi lisan menghasilkan komunikasi yang berkualiti dalam keluarga. Trees
(1999) mendapati komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh ibu menyumbang
kepada sokongan emosi kanak-kanak. Bronstein (1994) juga mendapati di kalangan
keluarga di Mexico, pola interaksi di antara ibu bapa anak berkait dengan
perkembangan sosial dan emosi anak-anak di mana ibu bapa yang mesra dan
menyokong menyumbang kepada tingkah laku anak-anak yang ekspresif dan asertif
manakala tingkah laku ibu bapa yang menghukum dan bersifat membatasi berkait
dengan tingkah laku anak-anak yang pasif dan provokatif. Dapatan kajian ini turut
disokong oleh Sheran (1999) yang mendapati bahawa corak interaksi antara ibu dan
anak akan mempengaruhi kecekapan sosial kanak-kanak tersebut.

Anda mungkin juga menyukai