Anda di halaman 1dari 6

Kaedah Fiqhiyyah al-adatu muhakkamah

dalam muamalat Islam


10DEC2013 13 Komen
by ibnrajab in Bicara Agama, Urus Kewangan
PENGENALAN
Al-Adatu Muhakkamah merupakan kaedah yang kelima daripada kaedah-kaedah fiqhiyyah
yang utama. Di dalamnya terkandung pula beberapa kaedah furu yang lain. Di dalam tulisan
ini, tumpuan perbincangan diperkecilkan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
muamalat sahaja.
Perbincangan berkenaan penggunaan adat atau urf sebagai penentu hukum dalam
muamalat ini telah disentuh oleh ulama al-mutaqaddimin (terdahulu) yang terkemuka
seperti al-Imam Al-Suyutiy (911H) yang telah membincangkan masalah jual beli al-muatah ,
iaitu seorang membeli barang daripada penjual yang hanya menerima harga tanpa
menyatakan ijab dan qabul, yang pada dasar hukumnya dalam mazhab al-Imam al-Syafiiy
adalah tidak sah . Tetapi oleh kerana kebiasaan atau al-adah itu diambil kira maka jual beli
tersebut menjadi sah. Keyataan ini juga mendapat sokongan daripada al-Imam al-Nawawi .
Kedua-dua imam al-Suyutiy dan al-Nawawi adalah daripada mazhab al-Syafiiy.

Perbincangan mengenainya diteruskan oleh ulama al-muasirah (kini) seperti Muhammad al-
Zuhayliy (1999) yang menyatakan sekiranya berlaku jual beli yang tidak dinyatakan dalam
akad sama ada bayaran secara tunai atau tangguh, dan diketahui di antara mereka secara
kebiasaannya bayaran dijelaskan selepas seminggu atau sebagainya, maka pembeli tersebut
pada masa itu tidak perlu (diwajibkan) menjelaskan bayaran barang tersebut serta merta,
dan meninggalkan amalan biasa (dalam mazhab al-Syafiiy). Dalam keadaan ini, adat atau
kebiasaan mereka berada pada kedudukan yang disepakati secara jelas.
Penulis Melayu (Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000) juga ada memperkatakan tentang
masalah pengambilan al-adah di dalam menentukan sesuatu hukum dalam muamalat.
Mereka menyatakan seorang membeli barang dengan membayar deposit atau pendahuluan
sahaja. Namun sebelum ia mengambilnya, harga barang telah naik. Penjual tidak boleh
membatalkan jual beli tersebut atau menjualnya kepada orang lain dengan alasan jual beli
belum terlaksana sepenuhnya, kerana adat kebiasaan masyarakat setelah dibayar sebahagian
daripada jumlah harga barang, dianggap telah berlaku akad. Dalam keadaan ini, adat dikira
sebagai perujuk.

FAHAM AL-ADAH ATAU AL-URF DALAM MUAMALAT


Perbincangan berkenaan dengan definisi al-adah atau al-urf telah mendapat sambutan yang
agak hangat dalam kalangan para ulama. Ada di antara mereka yang tidak membezakan
keduanya dan ada yang membezakannya. Namun sekiranya kedua-dua al-adah dan al-urf
dilihat dari sudut muamalat maka akan terlihatlah perbezaannya yang amat ketara.
Sekiranya di dalam bidang ibadah, penggunaan gantang untuk membayar zakat dan cupak
untuk membayar fidyah tetap tidak berubah mengikut perubahan zaman. Tetapi di dalam
bidang muamalat seperti jual beli, maka penggunaan cupak dan gantang bukan sahaja tidak
digunakan bahkan tidak dikenali oleh generasi hari ini.

Definisi al-adah
Sekiranya dilihat di dalam kamus-kamus bahasa Arab, al-adatu bermaksud sesuatu yang
berulang-ulang . Ia sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai kebiasaan. Ab
Latif Muda mentakrifkan adat sebagaimana yang difahami daripada perkataan Arab itu
sesuatu perbuatan atau perkataan yang terus menerus dilakukan oleh manusia. Apa yang
penting ia dapat diterima oleh akal manusia dan ia dilakukan secara berulang-ulang .
Definisi al-urf
Kamus-kamus Arab menyatakan maksud urf sebagai seerti dengan maruf iaitu sesuatu yang
diketahui manusia daripada segala kebaikan dan mereka menerimanya dengan itminan .
Manakala di dalam bahasa Melayu, ia sesuai diterjemahkan sebagai sesuatu yang difahami
sebagai adat seperti adat resam, adat pepatih, adat Melayu dan sebagainya. Kerana adat-adat
tersebut dikenali dalam kalangan orang-orang Melayu, Minangkabau dan lain-lain.
Definisi Muamalat
Muamalat bermaksud urusan yang melibatkan kewangan ( )di antara dua orang atau
lebih seperti al-Salam, al-Rahn dan sebagainya . Ada dalam kalangan penulis yang
menterjemahkannya sebagai harta dan konsepnya seperti yang dinyatakan dalam Islam .
Kesimpulan
Dalam bidang muamalat, al-adah atau kebiasaan yang diamalkan oleh manusia boleh
berubah dari masa ke masa dan dari generasi ke generasi malah dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Contohnya dalam bidang jual beli seperti yang disebutkan, kebiasaan yang
diamalkan oleh generasi hari ini menggunakan alat sukatan dan timbangan dalam kilogram
telah berbeza daripada generasi dahulu.
Begitu juga kebiasaan (al-adah) pada suatu masa mereka berjual beli dengan menyatakan
ijab dan qabul, kemudian berubah kepada bay al-muatah (bertukar tangan) sahaja.
Kebiasaan kini orang membayar dengan tunai dan kad kredit atau kad debit tetapi tidak
mustahil datang suatu masa orang tidak lagi menggunakan tunai langsung. Itulah kebiasaan
(al-adah) yang akan berubah-ubah mengikut keadaan suatu generasi.

Tetapi urf atau adat resam sesuatu bangsa atau kumpulan manusia itu diwarisi turun
temurun dan mustahil akan berubah. Pepatah biar mati anak asal jangan mati adat jelas
menggambarkan pegangan mereka kepada adat adalah amat kuat.

Oleh yang demikian, persoalan mengapa pilihan para ulama menggunakan kaedah al-adah
muhakkamah berbanding al-urf muhakkam nampak jelas sekiranya dilihat daripada segi
bidang muamalat.

KELAYAKAN URF SEBAGAI HUJJAH DALAM MUAMALAT.


Sebelum perbincangan dilanjutkan terlebih dahulu dinyatakan beberapa signifikan yang
menjadikan adat (kebiasaan) atau urf sebagai hujjah bagi menentu hukum dalam muamalat.
Dr. Abd al-Karim Zaydan (1994) telah menggariskan tiga perkara seperti berikut :
i. Adat atau urf yang baik.
Syariat Islam tidak pernah mengetepikan adat atau urf yang baik yang mendatangkan
kebaikan pula kepada masyarakat seperti bai al-Salam. Walaupun ia tidak thabit melalui nas
sorih, namun amalan ahli Madinah yang baik itu diteruskan. Sebaliknya jual beli tamar
dengan tamar walaupun ia juga merupakan urf mereka, ia tidak dibenarkan kerana
berlawanan dengan nas syarak yang mengharamkan riba.
ii. Adat atau urf yang telah diamalkan secara menyeluruh menjadi suatu ijma .
Urf merupakan suatu perkara yang kadang-kadang mempunyai kuasa tersendiri ke atas
perilaku masyarakat, oleh yang demikian meraikannya adalah lebih mudah disamping ia
meringankan kesakitan (beban) . Begitu juga sekiranya urf itu diamalkan secara berterusan
oleh kebanyakan ahli masyarakat ia boleh dianggap seoalah-olah suatu ijma dalam kalangan
mereka. Ijma pula merupakan suatu yang dianggap dalil bagi melayakkan sesuatu menjadi
hujjah.
iii. Adat atau urf boleh dianggap sebagai ijma al-sukuti.
Urf telah mendapat perhatian para fuqaha dalam amalan ijtihad mereka sepanjang zaman
dan amalan tersebut tidak pula mendapat bantahan daripada fuqaha yang lain membuktikan
bahawa ia merupakan sesuatu yang layak dijadikan hujjah.
SYARAT PENGGUNAAN KAEDAH DALAM MUAMALAT
Dr. Abd al-Karim Zaydan juga telah menggariskan empat perkara yang menjadi syarat bagi
sesuatu urf itu boleh dijadikan hujjah dalam sesuatu urusan muamalat.
1. Urf yang tidak berlawanan dengan nas syarak.
Iaitu sesuatu urf atau mana-mana bahagiannya hendaklah tidak berlawanan dengan nas
syarak. Contohnya mengembalikan barang yang disimpan ( )kepada isteri atau anak
orang yang membuat simpanan. Urf ini tidak berlawanan dengan syarak kerana ia tidak
pernah menetapkan hanya penyimpan sahaja yang boleh mengambil barang simpanannya.
Sebaliknya jual beli pakaian yang mendedahkan aurat, walaupun ia merupakan adat sesuatu
tempat tetapi sebahagian hasil daripada jual beli itu melanggar syariat iaitu membuka aurat,
maka ia tidak dibenarkan.
2. Urf yang paling biasa.
Iaitu suatu urf yang diamalkan oleh kebanyakan ahli sesuatu masyarakat. Kecuali sedikit
sahaja yang tidak mengamalkannya. Hal ini kerana sesuatu yang menjadi pilihan ramai tidak
mungkin akan hilang dengan mudah.
3. Urf yang masih diamalkan.
Iaitu urf berkenaan masih berjalan dalam masyarakat pada masa akad. Bukannya urf yang
pernah diamalkan dahulu dan kini sudah tidak diamalkan lagi, maka ia tidaklah dibenarkan.
4. Urf yang sunyi daripada perkataan atau perbuatan yang bersalahan.
Iaitu kebiasaan sesebuah perniagaan itu mengamalkan jualan secara ansuran tetapi kedua-
dua penjual dan pembeli bersetuju untuk membeli dalam keadaan tunai. Pada masa kini
ianya seperti syarikat singer atau courth mammoth yang membenarkan juga pembeli
membuat bayaran tunai, maka pada masa itu akad tidak perlu ditetapkan hanya kepada
ansuran sahaja.
KAEDAH-KAEDAH PECAHAN DALAM MUAMALAT.
Berikut disenaraikan kaedah-kaedah pecahan daripada kaedah yang mendapat
perbincangan ulama dalam bidang muamalat. Antaranya:
1.
Sesuatu yang ditegah secara kebiasaannya adalah suatu yang dapat diterima pada
hakikatnya. Contohnya seseorang mendakwa barang yang dibeli oleh seorang yang lain itu
adalah miliknya, maka sudah tentu dakwaan tersebut tidak dapat diterima kerana ia suatu
yang tidak berlaku (ditegah) daripada sudut hakikatnya.
2.
Sesuatu yang menjadi amalan kebiasaan masyarakat adalah dianggap hujjah dan wajib
beramal dengannya. Sudah tentulah selama mana ia tidak bertentangan dengan nas syarak.
Sebagai contoh kebiasaan amalan dalam masyarakat yang membeli almari atau perabot, kos
penghantarannya adalah ditanggung oleh penjual dan barang tersebut (jual belinya akan
sempurna apabila ia) diterima di rumah.
3.
Ulama telah bersepakat bahawa sekiranya pertembungan berlaku di antara hakikat dan
majaz hendaklah ditarjihkan hakikat. Manakala sekiranya bertembung antara hakikat dan
adat maka hendaklah ditarjihkan adat yang mempunyai petunjuk atau penjelasan dalil.
Hakikat yang diketepikan itu pula adalah apabila ia ada sekatan atau halangan. Namun
sekiranya hakikat tidak mempunyai halangan atau sekatan maka pada masa itu hakikatlah
yang diamalkan.
Contohnya seseorang telah menulis di atas kertas dengan tulisannya sendiri bahawa ia telah
melepaskan si fulan daripada hutangnya, maka hutang tersebut dianggap telah terhapus
kerana adat menjelaskan iqrar dengan penulisan diterima sebagai iqrar dengan percakapan .

4.
Sesuatu penetapan hukum berdasarkan urf adalah sama kedudukannya dengan penetapan
hukum yang didasarkan oleh nas. Contohnya seorang yang menyewa sebuah kedai di
kawasan bazar jualan kain, tidak boleh menjalankan perniagaan menukang besi atau
membuat roti, atau sebarang pekerjaan yang boleh mendatangkan kesusahan kepada jiran-
jirannya .
5.
Sesuatu yang telah diketahui umum dan telah menjadi urf hendaklah dilaksanakan secara
nyata tanpa meletakkan syarat. Ia hendaklah diraikan sebagaimana yang diketahui umum
secara jelas. Contohnya seorang membeli komputer desktop tidak perlu disyaratkan membeli
keyboard, mouse, moniter, cpu dan sebagainya. Kaedah ini juga disebut pada tempat yang
lain sebagai
BIDANG MUAMALAT
Kaedah dalam bidang muamalat yang paling banyak mendapat perhatian para
ulama untuk membincangkannya adalah yang bekaitan dengan urusan jual beli. Fenomena
ini (jika boleh dikatakan) berlaku kerana ia (jual beli) merupakan bidang muamalat yang
sering diamalkan dalam sesebuah masyarakat tanpa mengira jantina, tahap pendidikan,
tahap ekonomi malah umur seseorang individu itu sendiri.
Manakala bidang-bidang lain seperti sewaan hanya diamalkan oleh orang yang perlu
menyewa, begitu juga pinjaman, gadaian, syirkah dan sebagainya. Maka sudah tentu ia tidak
mendapat begitu banyak perhatian dan perbincangan dalam kalangan fuqaha sama ada
golongan al-mutaqaddimin atau al-muasirin.

MUAMALAT YANG DIASASKAN DARIPADA KAEDAH


1. Bai Al-Salam ( )
Iaitu jual beli melalui tempahan seperti menempah pakaian, makanan dan sebagainya
dengan didahulukan bayaran manakala barang akan diserahkan kemudian setelah tempahan
tersebut selesai. Ia adalah satu-satunya bidang muamalat yang diasaskan oleh amal ahli
Madinah (urf) berbanding jual beli (), hutang, sewaan, qard al-hasan dan lain-lain yang
diasaskan oleh nas syarak samada al-Quran ataupun al-Hadith.
Dr Mustafa al-Bugha telah menyatakan bahawa bai al-salam ini berasal daripada jual beli
barang yang tidak ada ( ) namun oleh kerana keperluan masyarakat maka ia
dikecualikan daripada kategori tersebut . Beliau juga menegaskan bahawa hadith Abd al-
Rahman yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhariy dan sebuah lagi hadith Ibnu Abbas yang
diriwatkan oleh kedua-dua imam al-Bukhariy dan Muslim, serta ayat ke-282 surah al-
Baqarah semuanya berkaitan dengan hutang. Maka oleh kerana hutang telah diharuskan
oleh syarak maka jual beli secara tempahan (bay al-salam) juga adalah harus .

2. Jual beli ( )
Pensyariatan jual beli adalah berdasarkan ayat al-Quran (surah al-Baqarah: 275). Manakala
dalam bidang jual beli ini, kaedah diguna pakai untuk mengharuskan perkara-
perkara seperti berikut:
2.1 Bai al-Muatah (pertukaran tangan).
2.2 Jual beli dengan bayaran deposit .
2.3 Menentukan alat untuk sukatan atau timbangan dalam jual beli.
Ahli Baghdad menggunakan cupak yang dikenali sebagai cupak Baghdad.
2.4 Penggunaan mata wang bagi tujuan pembayaran.
Setiap tempat menggunakan mata wang yang tersendiri.
3. Sewaan atau upah ( )
Pensyariatan sewaan atau upah adalah berdasarkan ayat al-Quran (surah al-Talaq: 6) dan
sebahagian ulama seperti Dr. Mustafa al-Bugha menjadikan ayat 26 surah al-Qashash yang
mengisahkan Nabi Musa diupah oleh Nabi Syuaib dengan dikahwinkan anak
perempuannya .
Manakala dalam bidang sewaan atau upah ini, kaedah diguna pakai untuk
mengharuskan perkara-perkara seperti berikut:

3.1 Perihal barang keperluan akibat daripada alat yang disewa.


Seorang yang menyewa mesin jahit maka ia tidak memasukkan pembiayaan benang di dalam
akad sewaan tersebut . Begitu juga orang yang menyewa kereta tidak boleh menuntut harga
petrol daripada tuan punya kenderaan.
3.2 Kewajipan membayar upah.
Seorang yang menyerahkan kain kepada tukang jahit tidak perlu mensyaratkan upah bagi
pekerjaan tersebut kerana kebiasaan setiap pekerjaan dibayar upah. Maksudnya syarat untuk
membayar upah tidak diperlukan dalam akad .
4. Pawah
Pawah adalah bentuk upah memelihara binatang yang diamalkan oleh sebahagian penduduk
di beberapa kawasan di Malaysia dan menjadi adat atau curf sehingga kini. Sekiranya mereka
memawah lembu betina untuk dipelihara oleh seseorang, anak pertama dan kedua akan
dikembalikan kepada hak milik tuannya yang asal manakala anak ketiga akan menjadi milik
orang yang memelihara (sebagai upah). Seterusnya anak keempat dan kelima akan kembali
kepada tuannya dan anak keenam menjadi hak milik orang yang memelihara dan begitulah
seterusnya.
Imam al-Qurtubi (671H) di dalam menghuraikan ayat 26 surah al-Qashash beliau
berpendapat tidak harus akad al-Ijarah yang difahami sebagai pawah. Iaitu menetapkan
upah memelihara binatang dengan anak yang bakal dilahirkan oleh binatang berkenaan.
Kerana sesuatu yang belum terjadi itu merupakan sesuatu yang belum pasti.

Sekiranya dirujuk kepada tafsiran ini, maka urf sebegini tidak boleh diamalkan sebagai
sebahagian dari al-Ijarah. Namun sekiranya urf sebegini diambil kira sebagai asas bagi
menentukan keharusan akad pawah maka ia dibolehkan kerana selama ini ia berjalan dalam
masyarakat tanpa menimbulkan sebarang persengketaan.

ISU SEMASA MUCAMALAT BERKAITAN DENGAN URF/ADAT


1. Jual beli menggunakan kad kredit
Penggunaan kad kredit kini terutama di dalam urusan jual beli sudah dianggap sebagai adat
atau urf. Sehingga setiap individu yang bekerja ada memiliki sekurang-kurangnya satu kad
kredit. Kebanyakan kedai-kedai terutama gedung yang besar kini menawarkan perkhidmatan
bayaran menggunakan kad kredit.
Walaupun di pihak pembeli, penggunaan kredit kad adalah bayangan kepada akad hutang
tetapi di pihak penjual, penggunaan kredit kad diterima kerana mereka akan mendapatkan
tunai apabila bil kredit kad tersebut dikemukan kepada pihak bank. Penerimaan kad kredit
sebagai bayaran pada mereka adalah sama seperti bayaran tunai.

2. Jual beli menggunakan kad debit.


Kad debit bermaksud kad tunai yang digunakan oleh pelanggan sebuah bank untuk urusan
pembayaran di kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Melalui penggunaan
kad debit, para pelanggan tidak perlu membayar tunai sebaliknya jumlah yang akan
dikenakan itu ditolak secara langsung dari akaunnya di bank. Ia berbeza daripada kad kredit
kerana penggunaannya akan terhenti sekiranya tiada baki dalam akaunnya di bank.
3. Transaksi menggunakan internet
Kecanggihan teknologi hari ini memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk
melakukan urusan seharian secara atas talian. Perkara ini seakan-akan telah menjadi adat
masyarakat kini dan ia diharuskan kerana memudahkan urusan. Di antara urusan yang
dapat dilakukan menerusi internet adalah seperti:
a. Jual beli
b. Hutang
c. Sewa
d. Perbankan
e. Zakat
f. Sedekah
4. Transaksi menggunakan telifon bimbit
Ia berbeza daripada internet sekiranya dilihat daripada segi kepunyaan. Kemudahan intenet
dapat dicapai di mana-mana sahaja (samada mereka memiliki komputer atau tidak)
manakala kemudahan telifon bimbit hanya dapat dicapai oleh mereka yang memiliki telifon
mudah alih. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi ini juga
terhad. Antara urusan yang dapat dibuat adalah seperti:
a. Jual beli (seperti tiket kapal terbang AirAsia)
b. Perbankan

Anda mungkin juga menyukai