Anda di halaman 1dari 4

Sebagaimana yang kita semua maklumi, kitab suci Al-Quran adalah merupakan salah satu daripada sumber utama

ajaran Islam dan ia juga merupakan salah satu daripada rukun iman yang wajib diyakini. Setiap individu muslim
diwajibkan mempelajari dan menghafaznya, sekurang-kurangnya ayat-ayat yang penting seperti al-Fatihah dan
beberapa surah pendek untuk menyempurnakan solatnya. Manakala menghafaz kesemua ayat-ayat Al-Quran
bukanlah menjadi satu kemestian kepada setiap individu muslim, tetapi ia lebih kepada tuntutan fardhu kifayah
yang apabila ada dikalangan masyarakat muslim tersebut individu yang hafiz maka terlepaslah kewajipan
kepada anggota masyarakat yang lain.
Sungguhpun begitu, seseorang muslim digalakkan untuk sentiasa membaca atau mendengar Al-Quran kerana
perbuatan tersebut selain mendapat pahala, ia juga dijanjikan rahmat oleh Allah SWT. Dalam berinteraksi dengan
al-Quran ini, para ulama telah menyatakan bahawa sayugia bagi setiap individu muslim mengambilkira ketetapan
berikut:
1. Mengharapkan Pahala Dan Kelebihan Al-Quran.
Hal ini dijelaskan melalui firman Allah SWT dalam surah Faatir ayat 32 yang bermaksud:
Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hambahamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak
mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada
yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah
kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).
Dan hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.
(Riwayat al-Bukhari)
2. Memahami Tujuan Dan Matlamat Penurunan Al-Quran.
Antaranya ialah: Membetulkan aqidah umat, menyakinkan konsep kehambaan manusia kepada Allah SWT,
menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman, membentuk keluarga bahagia, memuliakan manusia dan
sebagainya.
3. Meyakini Kekudusan Dan Unsur Ketuhanan Pada Penciptaan Al-Quran.

Al-Quran adalah kitab yang satu-satunya tiada langsung campurtangan manusia sama ada sedikit atau banyak,
malahan Nabi Muhammad SAW pun tidak boleh mencipta Al-Quran. Oleh sebab itu, kita dapati Al-Quran
dinisbahkan kepada dirinya sendiri sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Anam ayat 92 yang bermaksud:
Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan
manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya
engkau memberi peringatan kepada penduduk Ummul-Qura (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di
kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan
mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.
4. Tunduk Dan Akur Dengan Mukjizatnya.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra ayat 88 yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan
hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan
mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.
5. Menghayati Maknanya.
Makna tersebut dapat dihayati dengan mempelajari Bahasa Arab yang diturunkan Al-Quran padanya sekadar yang
termampu. Firman Allah SWT dalam surah al-Zukhruf ayat 3 yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu
(menggunakan akal) memahaminya.
6. Memperelokkan Bacaannya.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Muzzamil ayat 4 yang bermaksud:
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan Tartil.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Bukanlah dari golongan kami orang yang tidak melagukan (membaca dengan betul tajwidnya) al-Quran.
(Riwayat al-Bukhari)
7. Tekun Mendengarnya.

Firman Allah SWT dalam surah Qaaf ayat 37 yang bermaksud:


Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi
mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau
yang

menggunakan

pendengarannya

dengan

bersungguh-sungguh

(kepada

pengajaran

itu)

dengan

menumpukan hati dan fikiran kepadanya.


Dalam satu riwayat daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah SAW keluar bertemu para sahabat dan membacakan
surah al-Rahman dari awal sehingga akhir ayatnya dan mereka diam (mendengarnya), lantas Baginda SAW
bersabda:
Sesungguhnya Aku telah membaca surah ini kepada segologan jin pada satu malam, mereka lebih baik
penerimaannya daripada kamu dimana apabila sampai pada ayat maka mereka berkata
Tiada sesuatupun dari nikmat-Mu yang kami dustakan, bagi-Mu segala puji-pujian.
(Riwayat al-Tirmizi)
8. Berakhlak Dengan Ajarannya.
Sesungguhnya Allah SWT tidak menurunkan Al-Quran semata-mata dengan tujuan membacanya, mendengarnya
atau memperelokkan bacaan sahaja, tetapi tujuan yang lebih utama ialah untuk manusia beramal dengannya.
Alangkah indahnya kata-kata Sayidatina Aishah r.a. ketika ditanya tentang akhlak Nabi SAW, maka dia
menjawab Akhlaknya adalah Al-Quran.
Sebaik-baik manusia dalam berinteraksi dengan Al-Quran bukan hanya setakat membaca dan menghafaznya sahaja,
tetapi perlu menghayati kandungannya dan seterusnya mengamalkannya. Sepatutnya seorang muslim itu mestilah
bersifat dengan sifat Quraniyan iaitu mencontohi semua yang ada dalam Al-Quran, maka apa-apa yang
diperintah oleh Al-Quran dia akan mematuhinya dan apa-apa yang ditegah oleh Al-Quran maka dia menghindari
daripadanya.
9. Berusaha Menyebarkan Ajarannya.
Penyebaran ini bergantung kepada kekuatan dan kemampuan yang ada pada setiap insan itu sendiri berdasarkan
anugerah Allah SWT kepadanya sama ada ilmu, harta atau waktu. Seorang hafiz hendaklah menyebarkannya
melalui pembacaan dan pengajaran, seorang ahli tafsir menyebarkannya melalui penerangan dan pentafsiran ayatayat Al-Quran, orang yang hartawan pula menyebarkannya melalui sumbangan untuk percetakan dan penyebaran
ke serata dunia, sementara ahli bahasa boleh menyebarkannya melalui bidang penterjemahan.

10. Mempertahankan Kesuciannya.


Ini merupakan peranan ummah keseluruhannya, untuk mempertahankannya daripada sebarang kesamaran dan
kebatilan, menolak sebarang cubaan untuk mencemar kesuciannya. Setiap orang dalam hal ini boleh memainkan
peranan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Demikianlah beberapa kewajipan yang sepatutnya dibuat oleh seseorang muslim semasa berinteraksi dengan AlQuran, kekurangan dalam salah satu daripada kewajipan-kewajipan yang disebutkan ini tidaklah menjadikan
amalan membaca, mendengar dan menghayati Al-Quran itu sia-sia, malahan ia tetap dijanjikan pahala dan
ganjaran yang bernilai di sisi Allah SWT. Sehubungan itu, marilah kita sama-sama menjadikan amalan membaca AlQuran sebagai salah satu agenda harian dalam kehidupan kita, mudah-mudahan dari pembacaan itu kita dapat
menghayatinya untuk memperolehi kebahagiaan dunia dan juga akhirat.
Disunting Oleh: Lokman Mohd Hashim, mutiaraislam.wordpress.com
Sumber: JAKIM

Anda mungkin juga menyukai