Anda di halaman 1dari 8

Halangan-halangan komunikasi dalam

keluarga dan Cara meningkatkan


keberkesanan komunikasi.

Abstrak
Artikel ini akan membincangkan secara inklusif tentang halanganhalangan
komunikasi yang wujud dalam keluarga pada masyarakat moden hari ini. Halangan-
halangan tersebut akan dikenalpasti dalam aspek interaksi fizikal dan emosi. Sebelum
menyelami ke dasar permasalahan ini, definisi dan elemen-elemen kepada proses
komunikasi akan diperhalusi terlebih dahulu supaya masalah ini dapat di atasi sejak
di peringkat akar umbi lagi. Beberapa halangan-halangan utama seperti persepsi,
keterbukaan, pemilihan bahasa, waktu, dan tahap sosial yang berbeza-beza membina
batu penghalang kepada komunikasi yang berkesan ini. Namun demikian, setiap
halangan tersebut mampu diatasi jika langkah-langkah yang proaktif dimainkan oleh
setiap anggota keluarga terutamanya ibu dan bapa melalui pemahaman yang baik
tentang cara komunikasi yang berkesan dan signifikannya kepada keharmonian
keluarga. Teknik komunikasi yang betul serta pendekatan yang sewajarnya akan
dihujjahkan dengan realistik supaya taraf keberkesanan komunikasi dalam keluarga
sering dinamik dan efektif seiiring zaman yang semakin mencabar.

1.0 Pendahuluan
Keluarga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat di
mana keluarga yang sejahtera akan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat
secara keseluruhannya. Namun demikian, dengan kepesatan arus globalisasi cabaran
terhadap keluarga semakin kritikal dan menuntut ibu bapa memainkan peranan yang
paling efektif khususnya dalam hubungan dengan anak-anak agar kesejahteraan
keluarga dapat dikekalkan seiring dengan perkembangan tersebut. Justeru itu,
menyedari akan kepentingan hubungan keluarga yang sejahtera, pelbagai usaha telah
dan sedang dilakukan ke arah memantapkan perhubungan tersebut.
Secara umumnya, komunikasi keluarga merujuk kepada cara bagaimana ibu
bapa berkomunikasi dengan anak mereka dalam membentuk sosialisasi terutama pada
peringkat awal kanak-kanak. Pola komunikasi kekeluargaan didapati mempunyai
pengaruh terhadap cara anak memproses maklumat daripada luar persekitaran
keluarga yang membawa kepada kebolehpercayaan sesuatu maklumat itu. Ada
beberapa kajian terdahulu menunjukkan komunikasi keluarga mempunyai kaitan
dengan tingkah laku anak khususnya remaja. Maka seharusnya komunikasi keluarga
dititikberatkan agar ia berlangsung dengan baik.Jika komunikasi keluarga tidak dapat
berjalan dengan sepatutnya, ia akan membawa kepada beberapa implikasi negatif
yang akan membabitkan anak sebagai mangsa. Sebagai contoh, apabila terjadinya
konflik[1]memungkinkan komunikasi yang tidak menyenangkan akan membawa
implikasi buruk terhadap pemikiran anak di dalam keluarga berkenaan.
Perlu difahami, bahawa komunikasi merupakan satu proses penyampaian
gagasan, harapan dan pesanan yang disampaikan melalui lambang tertentu yang
mengandung erti , dilakukan oleh penyampai pesan (sumber, penyampai sendiri)
ditujukan kepada penerima pesan(receiver,komunikan, audience). Komunikasi dalam
interaksi keluarga penyampai pesan dapat ayah, ibu, orang tua, anak , suami, isteri ,
mertua, datuk dan nenek. Begitupun sebagai penerima pesan. Pesan yang
disampaikan dapat berupa informasi, nasihat,petunjuk, pengarahan, meminta bantuan.
Komunikasi yang terjadi dalam keluarga merupakan komunikasi yang unik.
Komunikasi yang terjadi dalam keluarga melibatkan paling sedikit dua orang yang
mempunyai sifat , nilai-nilai, pendapat , sikap, fikiran dan perilaku yang khas dan
berbeza-beza.
Seterusnya, menurut Bigner konsep teori sistem keluarga ini digunakan
dengan meluas untuk menerangkan kefungsian keluarga khususnya berkaitan
hubungan di antara ibu bapa dan anak di mana ia menerangkan interaksi kompleks
yang berlaku dalam keluarga dan juga faktor yang mempengaruhi proses keluarga
membuat keputusan dan menetapkan pencapaian matlamat tertentu. Selain itu, teori
sistem juga menerangkan bagaimana keluarga memberi respons terhadap sebarang
perubahan, bukan sahaja dalam keluarga tetapi juga terhadap perubahan luaran yang
memberi cabaran kepada kestabilan untuk berfungsi secara efektif. ( UKM :2011: 45 )
Komunikasi yang positif dan berkesan telah dikenal pasti sebagai asas kepada
sesebuah keluarga untuk berfungsi dengan baik. Ini khususnya apabila anak-anak
telah mula meningkat remaja di mana pada waktu tersebut mereka mula berupaya
untuk membina identiti dan membuat keputusan. Sebagaimana kajian Barnes dan
Olson (1985) menunjukkan apabila komunikasi di antara ibu bapa dan anak remaja
berlangsung dengan baik, hubungan keluarga semakin rapat, wujud hubungan kasih
sayang dan seterusnya memudahkan sebarang penyelesaian masalah. Menurutnya
lagi, komunikasi adalah satu proses yang memudahkan pembinaan kohesi dan
penyesuaian di kalangan keluarga.
2.0 Perbincangan
a) Halangan-Halangan Komunikasi Dalam Keluarga
Antara halangan halangan komunikasi dalam keluarga yang selalu berlaku
ialah sikap suka bertindak dengan melulu, menuduh atau tanggapan yang salah
terhadap ahli keluarga. Hal ini menyebabkan komunikasi dua hala antara ahli keluarga
terjejas serta timbul perasaan dendam. Tanggapan yang salah terhadap keluarga
hendaklah dijauhi. Setiap suami dan isteri perlu tahu bagaimana adabnya melayan
pasangan iaitu dengan menggunakan cara dan adab yang telah digariskan dalam Islam
seperti memberi salam, sopan dan hormat.
Sebagai ibu bapa pula, Norazman menekankan bahawa ibu bapa adalah contoh
kepada anak-anak dan tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan
anak-anak. (Bernama 2012:2).
Selain itu, komunikasi pada waktu yang tidak sesuai juga antara halangan
komunikasi dalam keluarga. Jika kita lihat pada konteks untuk memberi nasihat.
Seorang suami tidak boleh menasihati isteri pada waktu yang tidak sesuai. ( Nur
Yasmin & Muhammad Raihan 2012:375 ) Sebagai contoh, seorang suami jangan
menasihati atau mengkritik isteri pada saat isteri keletihan setelah seharian bekerja,
hal ini kerana nasihat tidak akan mendatangkan pengaruh bahkan sebaliknya boleh
menimbulkan reaksi yang negatif. Keluhan, kritikan, nasihat dan sebagainya
memerlukan waktu yang tepat. Dengan memilih waktu yang tepat, maka ada
kesempatan untuk menyampaikan suatu permasalahan lebih jelas, lebih luas, dan lebih
mendalam, sehingga sama-sama akan mendapatkan hasil yang lebih baik.
Seterusnya, halangan komunikasi dalam keluarga juga berlaku apabila
wujudnya prasangka atau persepsi negatif terhadap salah seorang daripada ahli
keluarga seperti memandang rendah, mengejek dan melabel dengan kekurangan
tertentu. Contohnya, jika isteri mempuyai jawatan yang lebih tinggi daripada
suaminya maka ia akan rasa bangga diri serta memandang rendah terhadap suami. Hal
ini akan menimbulkan halangan komunikasi antara suami isteri yang menjadi mangsa
keadaan ialah anak-anak. Komunikasi keluarga dalam tempoh anak sedang meningkat
remaja menjadi aspek penting yang menyumbang kepada keseluruhan atmosfera
keluarga. (Noller 1985). Pendapat yang sama[2] juga menyatakan bahawa
persekitaran komunikasi keluarga memberi kesan kepada anak pada peringkat
pertengahan perkembangan mereka. (Fitzpatricketal 1996).
Disamping itu, penampilan atau ekspresi ketika berbicara juga perlu diambil
kira di dalam komunikasi keluarga. Misalnya memek muka, kesediaan fizikal dan
mental, nada suara serta tatacara memberi tumpuan. Berdasarkan kajian yang
dijalankan 65% daripada komunikasi bersemuka disampaikan melalui isyarat tanpa
lisan. Seterusnya Pergerakan badan boleh menghasilkan bahasa komunikasi tanpa
lisan (non-verbal communication) seperti isyarat gerakan tangan, isyarat air muka dan
isyarat bahasa badan. ( Harrison 1965: 168 ). Reaksi yang positif akan memeberi
kesan yang positif dan sebaliknya jika reaksi negatif maka kesanya juga
negatif. Dalam interaksi keluarga dapat digunakan beberapa jenis komunikasi. Jenis-
jenis komunikasi dapat dikelompokaan dalam empat macam, iaitu komunikasi
bertulis, komunikasi lisan, komunikasi nonverbal[3], komunikasi satu arah iaitu
komunikasi berbentuk perintah, intruksi dan paksaaan dan seterusnya komunikasi
dua arah yang lebih bersifat informative dan persuasive dan memerlukan hasil.
Sehubungan dengan itu, halangan komunikasi dalam keluarga turut tercetus
apabila kurangnya kemahiran mendengar yang sangat menyusut di kalangan ahli
keluarga. Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang
dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa Senario di mana sang ibu sering
mengulang-ulang panggilan, soalan serta arahan terhadap anak-anak sering dilihat di
dalam institusi keluarga. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap
kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam
keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16%
membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting
dalam komunikasi.
Namun demikian, anak-anak sering bertindak sebaliknya iaitu dengan bersikap
endah tidak endah dengan situasi seperti itu. Oleh yang demikian, budaya atau
kemahiran mendengar secara aktif perlu menjadi asas supaya halangan komunikasi
dapat dihindarkan. Bukan setakat itu, kita juga mesti menjadi pendengar yang aktif
supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Devine (1981)
menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya
perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi
proses pendengaran itu sendiri.
Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks
ini melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, mengagakkan
hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.
Tembok penghalang kepada komunikasi berkesan dalam keluarga turut
disumbang oleh kualiti hubungan ibu bapa. Ullrich (1999) mendapati bahawa pola
khusus komunikasi ibu bapa menentukan sama ada mudah atau sukar membuat
penyesuaian terhadap perubahan yang berlaku dalam keluarga khususnya apabila
anak pertama mula memasuki alam keremajaan. Barnes dan Olson (1985) mendapati
bahawa keluarga yang mempunyai hubungan komunikasi yang baik di antara ibu bapa
dan anak remaja akan memberi kepuasan kepada keseluruhan aspek kualiti hidup.
Kajian oleh Jackson et al. (1998) di kalangan remaja menunjukkan komunikasi
keluarga yang berkesan berkait dengan kepuasan terhadap keluarga dan kurangnya
berlaku percanggahan di antara ibu bapa dan anak khususnya apabila anak mula
meningkat remaja. Kajian mereka juga mendapati terdapat hubungan yang positif di
antara komunikasi keluarga dengan penghargaan, kendiri remaja, dan beberapa aspek
kesejahteraan hidup di kalangan remaja.
Tidak ketinggalan, isu perbezaan gender dalam komunikasi di mana Noller
dan Bagi (1985) mendapati remaja lelaki dan perempuan cenderung untuk
berkomunikasi lebih dengan ibu berbanding bapa kecuali topik berkaitan dengan
politik. Pendedahan kendiri juga lebih banyak dilakukan terhadap ibu berbanding
bapa, di mana anak remaja perempuan lebih kerap membuat pendedahan kendiri
berbanding anak lelaki dan didapati juga ibu lebih tepat meramal respons daripada
anak remaja berbanding dengan bapa.

b) Cara-Cara Meningkatkan Keberkesanan Komunikasi Dalam Keluarga

Tidak dinafikan, semasa berkomunikasi banyak halangan yang perlu dihadapi


terutama sekali dalam institusi keluarga. Cara meningkatkan keberkesanan
komunikasi dalam keluarga ialah menjadi pendengar yang baik. Mendengar dengan
baik bermaksud seseorang itu mendengar sambil memahami dan menghayati perasaan
orang yang berkomunikasi denganya. Mendengar adalah berkait rapat dengan member
perhatian. tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman,
maka komunikasi tidak akan wujud ( Roger 1951:94 ). Untuk membolehkan
wujudnya keadaan ini, pasangan terlibat perlu mengelak daripada membuat andaian
yang bukan bukan. Berilah peluang untuk meyampaikan mesejnya sehingga selesai.
Oleh itu bersedialah dari segi mental, fizikal dan penampilan untuk melayani dan
mendengar apa yang disampaikan oleh pasangan.
Seterusnya, komunikasi akan menjadi lebih berkesan apabila wujudnya
seseorang yang memainkan fungsi sebagai komunikator. Pada umumnya orang tua
dalam kehidupan keluarga banyak melakukan perannya sebagai seorang
komunikator.Fungsi komunikator adalah menyediakan sumber informasi, menyaring
dan mengevaluasi informasi yang tersedia dan mengolah informasi ke dalam bentuk
yang sesuai bagi beberapa anggota keluarga sebagai kelompok penerima informasi
tersebut, sehingga kelompok penerima dapat memahami informasi tersebut. Syarat-
syarat yang perlu dimiliki seorang komunikator, yaitu harus bersemangat, kritis,
memiliki kepercayaan diri, memiliki sikap dan tindakan terpuji, memelihara proses
komunikasi yang tengah berlangsung, mendelegasikan dan membagi tanggung jawab,
penuh inisiatif, menghargai kemampuanl anggota keluarga , mawas diri dan mampu
mengadakan pengawasan.
Berbincang juga dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi. Menurut
Ketua Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Norazman Amat,
komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam hubungan suami isteri.
"Kita menggunakan komunikasi dalam proses mendapatkan zuriat, menyatakan
perasaan dan kehendak, membina kemesraan dan kasih sayang, berhibur, mengenali
pasangan dengan lebih dekat dan juga untuk membimbing dan mendidik," katanya
ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Komunikasi Dalam Keluarga' pada
Seminar Pemantapan Keluarga Siri ke-14 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) di sini baru-baru ini. Justeru, katanya, dalam mencapai proses
tersebut, suami isteri haruslah sedar bahawa rumah tangga yang dibina itu adalah
milik bersama. Bahkan mereka juga perlu sentiasa berbincang dan mencari kata
sepakat dalam setiap hal atau masalah yang timbul dalam keluarga. ( Bernama 2012:3
).
Dalam kehidupan berkeluarga pasti ada perselisihan. Seperti kata pepatah
sedangkan lidah tergigit inikan pula manusia biasa. Justeru salah seorang daripada
ahli keluarga perlulah mengambil langkah yang terbaik untuk menyelesaikanya
dengan memberi dan menerima teguran secara bijaksana[4]. Jika salah seorang
melakukan kesalahan, dia hendaklah segera mengakui kesalahanya dan meminta
maaf. Firman Allah s.w.t dan hendaklah mereka memaaf dan berlapang dada.
Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang. ( Nur Yasmin & Muhammad Raihan 2012:382 ).
Seterusnya, kerap melakukan aktiviti bersama dapat meningkatkan
keberkesanan komunikasi. Keluarga digalakkan melakukan ibadah dan beriadah
bersama, mengingati dan meraikan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir, berkongsi
melakukan tugas dirumah serta meluangkan masa bercuti bersama. Sebagai contoh
dalam suatu peperangan, apabila Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya hendak
menyediakan makanan, Rasulullah s.aw membahagi pekerjaan dan baginda
mengatakan bahawa tugas mengumpul kayu bakar menjadi tanggugjawabnya. Para
sahabat mendesak supaya Rasulullah duduk sahaja danbiarkan mereka sahaja yang
mengerjakan semuanya. ( Nur Yasmin & Muhammad Raihan 2012:382 ). Kita
hendaklah mengambil ikhtibar daripada kisah ini dengan sentiasa bekerjasama sesama
ahli keluarga.
Selain itu penekanan terhadap komunikasi bukan lisan mendahului
komunikasi lisan menghasilkan komunikasi yang berkualiti dalam keluarga. Trees
(1999) mendapati komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh ibu menyumbang
kepada sokongan emosi kanak-kanak. Bronstein (1994) juga mendapati di kalangan
keluarga di Mexico, pola interaksi di antara ibu bapa anak berkait dengan
perkembangan sosial dan emosi anak-anak di mana ibu bapa yang mesra dan
menyokong menyumbang kepada tingkah laku anak-anak yang ekspresif dan asertif
manakala tingkah laku ibu bapa yang menghukum dan bersifat membatasi berkait
dengan tingkah laku anak-anak yang pasif dan provokatif. Dapatan kajian ini turut
disokong oleh Sheran (1999) yang mendapati bahawa corak interaksi antara ibu dan
anak akan mempengaruhi kecekapan sosial[5] kanak-kanak tersebut.
Dari segi teknik, keberkesanan komunikasi terhasil dengan kebijaksaan
menarik perhatiaan ahli keluarga. Komunikasi yang efektif , iaitu sikap dan tingkah
laku itu sesuai dengan yang diharapkan dari komunikasi tersebut.Prosedur yang dapat
ditempuh untuk mendapat efek yang baik dari komunikasi menurut Wilbur Schraam
yang disebut sebagai Procedur A A; yaitu :proses dari attention ke action.
Komunikasi dalanm interaksi keluarga , pertama harus dibangkitkan dulu Attention
(perhatian) anggota keluarga dengan berbagai cara; kemudian Interest (kepentingan)
yang disampai kan , sesuai dengan kebutuhan keluarga atau anggota keluarga.
Selanjutnya kembangkan keinginan-keinginan anggota keluarga sehingga timbul
Decision (keputusan) untuk melakukan pesan yang diharapkan. Proses terakhir dari
keputusan itu muncul Action (tindakan).

3.0 Kesimpulan
Dalam kehidupan seharian, komunikasi dalam keluarga adalah sesuatu
perkara yang sangat penting tetapi masih dipandang enteng oleh sesetangah pihak. Ini
kerana, institusi keluarga memainkan peranan membentuk sikap dan tingkah laku
individu sejak dari kecil lagi. Institusi keluarga memainkan peranan besar dalam
proses sosialisasi yang membawa kepada perkembangan sikap anak. Hakikatnya
perkembangan anak remaja pada hari ini tidak terkecuali daripada menghadapi
pelbagai cabaran dan masalah.
Dunia kini, remaja sentiasa dikaitkan dengan masalah sosial, akhlak, jenayah
dan sebagainya. Inilah yang akan berlaku jika komunikasi keluarga gagal dan
membolehkan golongan remaja ini melakukan sesuatu berdasarkan kemahuannya
sendiri yang memungkinkan dirinya terdedah dengan pengaruh sekeliling bagi
mencari jalan keluar yang dirasakan perlu. Atas kesedaran itu, pihak kerajaan melalui
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merangka
pelbagai program untuk menangani permasalahan khususnya yang berkaitan keluarga.
Hubungan keluarga dari perspektif komunikasi dilihat berdasarkan kepada teori
sistem keluarga di mana setiap ahli merupakan unsur dalam satu sistem yang saling
berinteraksi di antara satu sama lain ke arah mengekalkan keseimbangan sistem
Sebagai kesimpulan, komunikasi keluarga yang positif memberi kesan jangka
panjang terhadap perkembangan emosi, sosial, dan mental anak-anak. Persekitaran
komunikasi yang positif juga akan membentuk remaja membina identiti yang mantap
dan mampu berhadapan dengan cabaran semasa. Komunikasi juga dilihat bukan
sahaja memberi kesan positif kepada keluarga yang sihat, namun ia juga memberi
kesan yang positif terhadap emosi dan keupayaan pesakit khususnya anak-anak untuk
berhadapan dengan penyakit yang sedang dihadapi. Sebaliknya pula kajian lalu
menunjukkan bahawa keluarga yang tidak mengamalkan komunikasi yang berkesan
dalam keluarga akan mendatangkan kesan negatif terhadap perkembangan anak-anak
khususnya apabila mereka meningkat remaja.

Bibliografi
Alo. (1997). Komunikasi Antarpribadi. Bandung : PT.Citra Aditya Bakti
Barnes, H. L. & Olson, D. H. 1985. Parent-adolescent communication and the circumplex
model. Child Development, 56: 438-447.
Bigner, J. J. 2002. Parent-Child Relations: An Introduction to Parenting. Ed. ke-6. Upper
Saddle River, New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Fitzpatrick, M. A. & Ritchie, D. L. 1994. Communication schemata within the family:
Multiple perspective on family interaction. Human Communication Research 20(3): 275-
302.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2008). Memasuki Gerbang Perkahwinan. Kuala Lumpur.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ).
Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas Kaunseling Keluarga. Shah Alam
: Universiti Teknologi Mara
Mok Song Sang. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah
Rendah. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Narimah Ismail. 1994. Correlates of concept-oriented and socio-oriented family
communication in two Malay communities: A comparative study. Disertasi PhD. Universiti
Putra Malaysia, Selangor.
Nur Yasmin & Muhammad Raihan. (2012). Indahnya Cinta Dan Hubungan Suami Isteri.
Selangor. Yasmin Publication.
Prof Dr Mohammed Zin Nordin, (2011). Kemahiran Komunikasi. Perak:Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Carter, B. & McGoldrick, M.(eds), The Expanded Family Life Cycle (3).249-
273.Boston: Allyn &Bacon

http://terusanilmu.blogspot.my/2013/01/halangan-halangan-komunikasi-dalam.html

Anda mungkin juga menyukai