Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

PENGERTIAN ILMU PENGURUSAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN ASAS-ASAS AJARAN ISLAM

Pengurusan secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu proses
kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan
tertentu.
Dari segi epistemologi, perkataan mengurus (management) adalah berasal dari bahasa Itali
“maneggiare” yang bermaksud menangani. Kata nama “maneggiare” tersebut pula terbit daripada
perkataan Latin iaitu “manus” yang bermaksud tangan. Sebenarnya, perkataan bahasa Perancis
“mesnagement” telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris
“management” iaitu pada abad ke-17 dan ke-18.

Mary Parker Follet


(1868 -1933)

Pengurusan adalah suatu seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain. Pengurusan juga boleh didefinisikan
berdasarkan kepada fungsinya sebagai “tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang
tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat
yang dirancang”. Pengurusan juga adalah suatu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama,
penyertaan dan penglibatan seluruh ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau
objektif dengan cara yang paling berkesan.

James A.F Stoner


(1955-2012)

Pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi
dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.

Charles Babbage
(1791 􀄃 1871)

Memperkenalkan prinsip pembahagian dan pengkhususan kerja melalui pengeluaran produk melalui jabatan-
jabatan yang dikhususkan dengan fungsi tertentu dan memberikan idea penubuhan “line of production” dengan
penetapan fungsi kerja yang rutin.

Namun dari perspektif Islam, pengurusan yang dijalankan oleh manusia


hendaklah bertepatan dengan kehendak Islam iaitu dengan berpandukan apa
yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi pegangan
seluruh umat Islam. Dalam pengurusan, manusia perlulah saling mengenali,
bekerjasama, ada perancangan serta perlaksanaan dan sebagainya bagi manusia
mencapai tujuan hidup. Hidup yang berpengurusan perlu ada pada setiap orang
sama ada orang biasa, majikan, pemimpin atau siapa saja. Jika semua faham
akan tanggungjawab, barulah hidup ini akan lebih bermakna.
Kedatangan Islam bukan sahaja membawa perubahan pokok dalam bidang
akidah, perundangan dan akhlak, malah ia membawa ciri-ciri perubahan dalam
bidang pengurusan dan pentadbiran.
Islam bukan saja agama yang membangun kekuatan peribadi atau akhlak, malah
ia juga mengatur kehidupan berorganisasi dan bersistem. Insan atau manusia
sangat memerlukan pedoman bagaimana sesuatu itu harus diurus atau
ditadbirkan. Tanpa pedoman yang menepati keperluan akidah, syariah dan nilai
Qurani, tidak mungkin sesuatu pengurusan dan pentadbiran berjalan mengikut
keperluan ihsan dan insan.
Islam itu mempunyai tiga cabang utama iaitu Aqidah, Syariah dan Akhlak (lihat
Rajah 1.2). Mengikut perspektif Islam, urusan perniagaan adalah termasuk di
dalam bidang muamalat. Hukum-hukum yang berkaitan dengan bidang tersebut
dinamakan fiqh muamalat.
Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang syumul
(lengkap) boleh dijadikan asas oleh para pengurus perniagaan, ahli ekonomi dan
kewangan dalam membina suatu sistem perniagaan yang baik dan dapat
menyelesaikan berbagai masalah yang berkaitan dengan kehidupan termasuk
isu-isu muamalat iaitu perniagaan, ekonomi, kewangan dan lain-lain. Syariat
Islam melengkapi segenap aktiviti kehidupan meliputi persoalan tauhid,
keimanan, ibadah, akhlak, kekeluargaan, jenayah, muamalat, pengurusan
pentadbiran, politik dan lain-lain.

MATLAMAT PENGURUSAN ISLAM YANG MEMBEZAKANNYA DENGAN SISTEM PENGURUSAN


KONVENSIONAL

Dari pandangan Islam, pihak pengurusan dan pekerja adalah khalifah Allah s.w.t yang diamanahkan
untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t dengan menjalankan pengurusan secara adil dan memelihara
hubungan yang baik sesama manusia. Perkara tersebut perlu menjadi matlamat umum pekerjaan
mereka. Objektif pengurusan Islam juga adalah untuk melaksanakan syariah secara total termasuk di
dalamnya ibadat, muamalat dan hukum Islam. Matlamat umum pengurusan Islam ialah untuk
memakmurkan bumi Allah s.w.t mengikut cara yang diredai-Nya. Manusia perlu menggunakan segala
kemampuan yang ada dalam diri seperti keazaman, dedikasi, fikiran, tenaga, kemahiran bakat dan
sumber alam untuk memaksimumkan produktiviti dan kualiti yang tinggi.

Di antara matlamat sistem pengurusan islam adalah seperti berikut :-

(a) Mencapai kebaikan hidup dunia dan akhirat

Kebaikan adalah idaman kepada semua manusia. Persoalannya, apakah yang dikatakan baik? Apakah
kebaikan itu kebahagiaan? Atau keseronokan itu kebahagiaan sebagaimana yang digambarkan oleh
para ahli falsafah Yunani? Apakah kebahagiaan boleh dinilai sebagai memiliki harta benda atau wang
ringgit yang melimpah ruah, kereta besar menjalar, rumah bagai mahligai atau pelbagai kenikmatan
hidup yang diperolehi? Dalam konteks pengurusan Islam, baik yang sebenar adalah baik dunia dan
akhirat. Manusia menjadikan dunia sebagai landasan/jambatan ke akhirat yang kekal abadi. Di akhirat
dijauhi daripada api neraka dan mendapat nikmat hidup di syurga. Ini yang sering didoakan
sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah (2:200-202) yang bermaksud:
        
            
          
         
       
200. kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu
menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut
(memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan Dengan sebutan Yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara
manusia Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini
diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

201. dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka".

202. mereka itulah Yang akan mendapat bahagian Yang baik dari apa Yang telah mereka usahakan; dan Allah
amat cepat hitunganNya.

Untuk mencapai kebaikan tersebut sudah pasti kita perlu melakukan semua aktiviti hidup yang selaras
dengan tuntutan syariah dengan berpaksikan ketauhidan kepada Allah s.w.t. Bahagia, baik dan buruk
berasaskan kenyataan yang diwahyu oleh Allah s.w.t, bukannya berasaskan kefahaman manusia
semata-mata.

(b) Organisasi yang “baik” dan diampuni oleh Allah s.w.t

Objektif seterusnya ialah untuk mewujudkan organisasi yang baik, aman dan makmur serta dirahmati
Allah s.w.t yang Maha Pengampun. Ini sebagaimana dirakamkan oleh al-Quran melalui Surah Saba’
(34:15) yang bermaksud:

Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat ditempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan
kebun (yang luas lagi subor), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (qariah mereka).
(Lalu dikataan kepada mereka): “makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah
kepada-Nya; (Negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman makmur), dan (Tuhan kamu ialah)
Tuhan yang amat Pengampun! “.

(c) Menegakkan kebaikan dan menghapuskan kerosakan

Objektif seterusnya ialah menegakkan kebaikan dan menghapuskan kerosakan di atas muka bumi. Ini
adalah antara tugas manusia sebagai khalifah fi al-ardh - khalifah di atas muka bumi. Firman Allah
s.w.t dalam Surah al-Baqarah (2: 30) yang bermaksud:
          
         
         
30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya
Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Khalifah ialah manusia, bermula dengan Adam a.s. dan keturunannya. Visi dan misi cukup jelas iaitu
memakmurkan alam dengan syariat-Nya. Dalam Surah al-Haj (22: 41) pula Allah berfirman,
bermaksud:
        
         
41. Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka
mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari
melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.

Gambaran dalam ayat ini cukup jelas, iaitu mereka yang diberikan kedudukan, memegang jawatan,
berkuasa atau sebagainya tidak boleh mengabaikan tanggungjawab asas, solat, zakat dan berbuat baik
serta mencegah kejahatan dan mungkar. Ini sesuai dengan fungsi manusia sebagai hamba-Nya.

(d) Menjaga nilai dan maslahat (kepentingan) manusia Terdapat pelbagai nilai dan kepentingan
(maslahat) yang diperlukan oleh manusia. Ini sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan sesuai dengan
tujuan kedatangan syariat (maqasid syariat). Antara maslahat yang utama tersebut ialah agama, nyawa,
akal, keturunan dan harta. Objektif pengurusan Islam adalah untuk menjaga kelima-lima maslahat ini
agar berada dalam keadaan yang diredai Allah s.w.t. Justeru, para pengurus dan pekerja Muslim perlu
memelihara kelima-lima aspek ini agar tidak terjerumus ke arah larangan Allah s.w.t. Kelima-lima
nilai (maslahat) ini merupakan perkara dharuri (asas) kepada manusia.

Daripada matlamat atau objektif sistem pengurusan islam yang dibincangkan dapatlah
kita lihat bahawa Sistem Pengurusan Konvensional atau pengurusan barat yang mana
sistem ini lebih mementingkan keuntungan produktiviti dan tidak memberikan perhatian
kepada aspek agama, akhlak, budaya, nilai, serta pembangunan insan dalam
perlaksanaannya.

Sistem Pengurusan Konvensional lebih mementingkan bagaimana organisasi dapat


mencapai sasaran produktivitinya dan mengembangkan kuasa. Sistem Pengurusan
Konvensional juga lebih menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan
keuntungan dalam mencapai kemajuan dan kejayaan. Pengurusan barat mementingkan
kelakuan atau gelagat bermoral atau beretika mengikut keadaan tempat dan masa
manakala perkara yang berkaitan dengan agama dianggap sebagai peribadi.
Matlamat mereka hanya terbatas untuk mencapai kejayaan di dunia sahaja. Andainya
mereka telah mencapai sasaran maka mereka akan merancang dan merencana strategi
baru untuk mencapai kejayaan atau pun hasil yang lebih baik daripada sebelumnya.

Ia berbeza dengan sistem pengurusan Islam yang meletakkan Tauhid sebagai asas dalam
sistem pengurusannya. sistem pengurusan Islam jika hendak dibandingkan dengan sistem-
sistem pengurusan yang lain nyata sekali jauh lebih sempurna kerana ianya bersifat
lengkap dan melengkapi (syumul) yang melibatkan aspek jasmani, rohani, dan akal.

Pelaksanaan sistem pengurusan Islam boleh mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan dengan
pekerja dan masyarakat melalui nilai bersama yang dibangunkan oleh organisasi. Organisasi perlu
mengutamakan syura dalam proses pembuatan keputusan dan kerjasama dalam tindakan untuk
meningkatkan produktiviti dan kualiti. Pelaksanaan sistem pengurusan Islam akan memperkukuhkan
ekonomi dan kemakmuran di samping menjaga kebajikan pekerja. Kepimpinan organisasi perlu
mengagihkan bidang kuasa, tanggungjawab, tugas dan kawalan kepada pekerja dengan adil dan
beramanah.

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN SUMBER MANUSIA YANG MENGIKUT SYARIAH ISLAM

Pengurusan sumber manusia ialah aktiviti yang menumpukan bagaimana tenaga


kerja diurus dengan baik di dalam sesuatu organisasi agar matlamat organisasi
dapat dicapai dengan sempurna. Ia bertujuan untuk memastikan bahawa
manusia yang diambil bekerja oleh sesebuah organisasi digunakan dengan
berkesan dan cekap dan mereka berupaya menyumbang kepada pencapaian
matlamat organisasi.

Anda mungkin juga menyukai