Anda di halaman 1dari 5

Kaedah Fiqhiyyah al-adatu muhakkamah dalam muamalat 

Islam

PENGENALAN
Al-Adatu Muhakkamah merupakan kaedah yang kelima daripada kaedah-kaedah fiqhiyyah yang utama. Di
dalamnya terkandung pula beberapa kaedah furu’ yang lain. Di dalam tulisan ini, tumpuan perbincangan
diperkecilkan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan muamalat sahaja.

Perbincangan berkenaan penggunaan adat atau ‘urf sebagai penentu hukum dalam muamalat ini telah disentuh
oleh ulama al-mutaqaddimin (terdahulu) yang terkemuka seperti al-Imam Al-Suyutiy (911H) yang telah
membincangkan masalah jual beli al-mu’atah , iaitu seorang membeli barang daripada penjual yang hanya
menerima harga tanpa menyatakan ijab dan qabul, yang pada dasar hukumnya dalam mazhab al-Imam al-
Syafi’iy adalah tidak sah . Tetapi oleh kerana kebiasaan atau al-adah itu diambil kira maka jual beli tersebut
menjadi sah. Keyataan ini juga mendapat sokongan daripada al-Imam al-Nawawi . Kedua-dua imam al-Suyutiy
dan al-Nawawi adalah daripada mazhab al-Syafi’iy.

Perbincangan mengenainya diteruskan oleh ulama al-mu’asirah (kini) seperti Muhammad al-Zuhayliy (1999)
yang menyatakan “sekiranya berlaku jual beli yang tidak dinyatakan dalam akad sama ada bayaran secara tunai
atau tangguh, dan diketahui di antara mereka secara kebiasaannya bayaran dijelaskan selepas seminggu atau
sebagainya, maka pembeli tersebut pada masa itu tidak perlu (diwajibkan) menjelaskan bayaran barang tersebut
serta merta, dan meninggalkan amalan biasa (dalam mazhab al-Syafi’iy). Dalam keadaan ini, adat atau kebiasaan
mereka berada pada kedudukan yang disepakati secara jelas”.

Penulis Melayu (Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2000) juga ada memperkatakan tentang masalah
pengambilan al-adah di dalam menentukan sesuatu hukum dalam muamalat. Mereka menyatakan “seorang
membeli barang dengan membayar deposit atau pendahuluan sahaja. Namun sebelum ia mengambilnya, harga
barang telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli tersebut atau menjualnya kepada orang lain dengan
alasan jual beli belum terlaksana sepenuhnya, kerana adat kebiasaan masyarakat setelah dibayar sebahagian
daripada jumlah harga barang, dianggap telah berlaku akad. Dalam keadaan ini, adat dikira sebagai perujuk.”

FAHAM AL-’ADAH ATAU AL-’URF DALAM MU’AMALAT


Perbincangan berkenaan dengan definisi al-’adah atau al-’urf telah mendapat sambutan yang agak hangat dalam
kalangan para ulama. Ada di antara mereka yang tidak membezakan keduanya dan ada yang membezakannya.
Namun sekiranya kedua-dua al-’adah dan al-’urf dilihat dari sudut mu’amalat maka akan terlihatlah
perbezaannya yang amat ketara.

Sekiranya di dalam bidang ibadah, penggunaan gantang untuk membayar zakat dan cupak untuk membayar
fidyah tetap tidak berubah mengikut perubahan zaman. Tetapi di dalam bidang muamalat seperti jual beli, maka
penggunaan cupak dan gantang bukan sahaja tidak digunakan bahkan tidak dikenali oleh generasi hari ini.

Definisi al-’adah
Sekiranya dilihat di dalam kamus-kamus bahasa Arab, al-’adatu bermaksud sesuatu yang berulang-ulang . Ia
sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai kebiasaan. Ab Latif Muda mentakrifkan adat
sebagaimana yang difahami daripada perkataan Arab itu “sesuatu perbuatan atau perkataan yang terus menerus
dilakukan oleh manusia. Apa yang penting ia dapat diterima oleh akal manusia dan ia dilakukan secara berulang-
ulang” .

Definisi al-’urf
Kamus-kamus Arab menyatakan maksud ‘urf sebagai seerti dengan ma’ruf iaitu sesuatu yang diketahui manusia
daripada segala kebaikan dan mereka menerimanya dengan itmi’nan . Manakala di dalam bahasa Melayu, ia
sesuai diterjemahkan sebagai sesuatu yang difahami sebagai adat seperti adat resam, adat pepatih, adat Melayu
dan sebagainya. Kerana adat-adat tersebut dikenali dalam kalangan orang-orang Melayu, Minangkabau dan lain-
lain.

Definisi Mu’amalat
Mu’amalat bermaksud urusan yang melibatkan kewangan (‫ )المالية‬di antara dua orang atau lebih seperti al-Salam,
al-Rahn dan sebagainya . Ada dalam kalangan penulis yang menterjemahkannya sebagai “harta dan konsepnya
seperti yang dinyatakan dalam Islam” .

N.A.Z. |SYARIAH 1~STPM 2010 1


Kesimpulan
Dalam bidang muamalat, al-’adah atau kebiasaan yang diamalkan oleh manusia boleh berubah dari masa ke
masa dan dari generasi ke generasi malah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya dalam bidang
jual beli seperti yang disebutkan, kebiasaan yang diamalkan oleh generasi hari ini menggunakan alat sukatan dan
timbangan dalam kilogram telah berbeza daripada generasi dahulu.

Begitu juga kebiasaan (al-’adah) pada suatu masa mereka berjual beli dengan menyatakan ijab dan qabul,
kemudian berubah kepada bay’ al-mu’atah (bertukar tangan) sahaja. Kebiasaan kini orang membayar dengan
tunai dan kad kredit atau kad debit tetapi tidak mustahil datang suatu masa orang tidak lagi menggunakan tunai
langsung. Itulah kebiasaan (al-’adah) yang akan berubah-ubah mengikut keadaan suatu generasi.

Tetapi ‘urf atau adat resam sesuatu bangsa atau kumpulan manusia itu diwarisi turun temurun dan mustahil akan
berubah. Pepatah “biar mati anak asal jangan mati adat” jelas menggambarkan pegangan mereka kepada adat
adalah amat kuat.

Oleh yang demikian, persoalan mengapa pilihan para ulama menggunakan kaedah al-’adah muhakkamah
berbanding al-’urf muhakkam nampak jelas sekiranya dilihat daripada segi bidang muamalat.

KELAYAKAN ‘URF SEBAGAI HUJJAH DALAM MUAMALAT.


Sebelum perbincangan dilanjutkan terlebih dahulu dinyatakan beberapa signifikan yang menjadikan adat
(kebiasaan) atau ‘urf sebagai hujjah bagi menentu hukum dalam muamalat. Dr. Abd al-Karim Zaydan (1994)
telah menggariskan tiga perkara seperti berikut  :

i. Adat atau urf yang baik.


Syariat Islam tidak pernah mengetepikan adat atau ‘urf yang baik yang mendatangkan kebaikan pula kepada
masyarakat seperti bai’ al-Salam. Walaupun ia tidak thabit melalui nas sorih, namun amalan ahli Madinah yang
baik itu diteruskan. Sebaliknya jual beli tamar dengan tamar walaupun ia juga merupakan ‘urf mereka, ia tidak
dibenarkan kerana berlawanan dengan nas syarak yang mengharamkan riba.

ii. Adat atau urf yang telah diamalkan secara menyeluruh menjadi suatu ijma’ .
‘Urf merupakan suatu perkara yang kadang-kadang mempunyai kuasa tersendiri ke atas perilaku masyarakat,
oleh yang demikian meraikannya adalah lebih mudah disamping ia meringankan kesakitan (beban) . Begitu juga
sekiranya ‘urf itu diamalkan secara berterusan oleh kebanyakan ahli masyarakat ia boleh dianggap seoalah-olah
suatu ijma’ dalam kalangan mereka. Ijma’ pula merupakan suatu yang dianggap dalil bagi melayakkan sesuatu
menjadi hujjah.

iii. Adat atau ‘urf boleh dianggap sebagai ijma’ al-sukuti.


Urf telah mendapat perhatian para fuqaha dalam amalan ijtihad mereka sepanjang zaman dan amalan tersebut
tidak pula mendapat bantahan daripada fuqaha yang lain membuktikan bahawa ia merupakan sesuatu yang layak
dijadikan hujjah.

SYARAT PENGGUNAAN KAEDAH “‫ ”العادة محكمة‬DALAM MUAMALAT


Dr. Abd al-Karim Zaydan juga telah menggariskan empat perkara yang menjadi syarat  bagi sesuatu ‘urf itu
boleh dijadikan hujjah dalam sesuatu urusan mu’amalat.

1. Urf yang tidak berlawanan dengan nas syarak.


Iaitu sesuatu ‘urf atau mana-mana bahagiannya hendaklah tidak berlawanan dengan nas syarak. Contohnya
mengembalikan barang yang disimpan (‫ )الوديعة‬kepada isteri atau anak orang yang membuat simpanan. Urf ini
tidak berlawanan dengan syarak kerana ia tidak pernah menetapkan hanya penyimpan sahaja yang boleh
mengambil barang simpanannya. Sebaliknya jual beli pakaian yang mendedahkan aurat, walaupun ia merupakan
adat sesuatu tempat tetapi sebahagian hasil daripada jual beli itu melanggar syariat iaitu membuka aurat, maka ia
tidak dibenarkan.

2. Urf yang paling biasa.


Iaitu suatu urf yang diamalkan oleh kebanyakan ahli sesuatu masyarakat. Kecuali sedikit sahaja yang tidak
mengamalkannya. Hal ini kerana sesuatu yang menjadi pilihan ramai tidak mungkin akan hilang dengan mudah.

N.A.Z. |SYARIAH 1~STPM 2010 2


3. Urf yang masih diamalkan.
Iaitu urf berkenaan masih berjalan dalam masyarakat pada masa akad. Bukannya urf yang pernah diamalkan
dahulu dan kini sudah tidak diamalkan lagi, maka ia tidaklah dibenarkan.

4. Urf yang sunyi daripada perkataan atau perbuatan yang bersalahan.


Iaitu kebiasaan sesebuah perniagaan itu mengamalkan jualan secara ansuran tetapi kedua-dua penjual dan
pembeli bersetuju untuk membeli dalam keadaan tunai. Pada masa kini ianya seperti syarikat “singer” atau
“courth mammoth” yang membenarkan juga pembeli membuat bayaran tunai, maka pada masa itu akad tidak
perlu ditetapkan hanya kepada ansuran sahaja.

KAEDAH-KAEDAH PECAHAN DALAM MUAMALAT.


Berikut disenaraikan kaedah-kaedah pecahan  daripada kaedah “‫ ”العادة محكمة‬yang mendapat perbincangan ulama
dalam bidang muamalat. Antaranya:

1. ً‫كالممتنع حقيقة‬
ِ ً‫الممتن ُع عادة‬
Sesuatu yang ditegah secara kebiasaannya adalah suatu yang dapat diterima pada hakikatnya. Contohnya
seseorang mendakwa barang yang dibeli oleh seorang yang lain itu adalah miliknya, maka sudah tentu dakwaan
tersebut tidak dapat diterima kerana ia suatu yang tidak berlaku (ditegah) daripada sudut hakikatnya.

2. ‫يجب العم ُل بها‬


ُ ٌ‫س حجة‬
ِ ‫استعما ُل النا‬
Sesuatu yang menjadi amalan kebiasaan masyarakat adalah dianggap hujjah dan wajib beramal dengannya.
Sudah tentulah selama mana ia tidak bertentangan dengan nas syarak. Sebagai contoh kebiasaan amalan dalam
masyarakat yang membeli almari atau perabot, kos penghantarannya adalah ditanggung oleh penjual dan barang
tersebut (jual belinya akan sempurna apabila ia) diterima di rumah.

َ ‫الحقيقةُ ت‬
3. ‫ُتر ُك ِبدَالل ِة ا ْل َعا َد ِة‬
Ulama telah bersepakat bahawa sekiranya pertembungan berlaku di antara hakikat dan majaz hendaklah
ditarjihkan hakikat. Manakala sekiranya bertembung antara hakikat dan adat maka hendaklah ditarjihkan adat
yang mempunyai petunjuk atau penjelasan dalil. Hakikat yang diketepikan itu pula adalah apabila ia ada sekatan
atau halangan. Namun sekiranya hakikat tidak mempunyai halangan atau sekatan maka pada masa itu hakikatlah
yang diamalkan.

Contohnya seseorang telah menulis di atas kertas dengan tulisannya sendiri bahawa ia telah melepaskan si fulan
daripada hutangnya, maka hutang tersebut dianggap telah terhapus kerana adat menjelaskan iqrar dengan
penulisan diterima sebagai iqrar dengan percakapan .

ِ َّ‫ين ِبالن‬
4. T‫ص‬ ِ ‫رف كَالتَّع ِي‬
ِ ُ‫التع ِيينُ ِبالع‬
Sesuatu penetapan hukum berdasarkan ‘urf adalah sama kedudukannya dengan penetapan hukum yang
didasarkan oleh nas. Contohnya seorang yang menyewa sebuah kedai di kawasan bazar jualan kain, tidak boleh
menjalankan perniagaan menukang besi atau membuat roti, atau sebarang pekerjaan yang boleh mendatangkan
kesusahan kepada jiran-jirannya .

ً ‫شروط شَر‬
5. ‫طا‬ ِ ‫المعروفُ عُرفًا كَا ْل َم‬
Sesuatu yang telah diketahui umum dan telah menjadi ‘urf hendaklah dilaksanakan secara nyata tanpa
meletakkan syarat. Ia hendaklah diraikan sebagaimana yang diketahui umum secara jelas. Contohnya seorang
membeli komputer desktop tidak perlu disyaratkan membeli keyboard, mouse, moniter, cpu dan sebagainya.
Kaedah ini juga disebut pada tempat yang lain sebagai J‫كالمشروط بينَهم‬
ِ ‫التجار‬
ِ ‫المعروفُ بَين‬

BIDANG MU’AMALAT
Kaedah “‫ ”العادة محكمة‬dalam bidang mu’amalat yang paling banyak mendapat perhatian para ulama untuk
membincangkannya adalah yang bekaitan dengan urusan jual beli. Fenomena ini (jika boleh dikatakan) berlaku
kerana ia (jual beli) merupakan bidang mu’amalat yang sering diamalkan dalam sesebuah masyarakat tanpa
mengira jantina, tahap pendidikan, tahap ekonomi malah umur seseorang individu itu sendiri.

Manakala bidang-bidang lain seperti sewaan hanya diamalkan oleh orang yang perlu menyewa, begitu juga
pinjaman, gadaian, syirkah dan sebagainya. Maka sudah tentu ia tidak mendapat begitu banyak perhatian dan
perbincangan dalam kalangan fuqaha sama ada golongan al-mutaqaddimin atau al-mu’asirin.

N.A.Z. |SYARIAH 1~STPM 2010 3


MUAMALAT YANG DIASASKAN DARIPADA KAEDAH “‫”العادة محكمة‬
1. Bai Al-Salam ( ‫)السلم‬
Iaitu jual beli melalui tempahan seperti menempah pakaian, makanan dan sebagainya dengan didahulukan
bayaran manakala barang akan diserahkan kemudian setelah tempahan tersebut selesai. Ia adalah satu-satunya
bidang mu’amalat yang diasaskan oleh amal ahli Madinah (urf) berbanding jual beli (‫)البيع‬, hutang, sewaan, qard
al-hasan dan lain-lain yang diasaskan oleh nas syarak samada al-Quran ataupun al-Hadith.

Dr Mustafa al-Bugha telah menyatakan bahawa bai al-salam ini berasal daripada jual beli barang yang tidak ada
(‫ )بيع المعدوم‬namun oleh kerana keperluan masyarakat maka ia dikecualikan daripada kategori tersebut . Beliau
juga menegaskan bahawa hadith Abd al-Rahman yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhariy dan sebuah lagi
hadith Ibnu ‘Abbas yang diriwatkan oleh kedua-dua imam al-Bukhariy dan Muslim, serta ayat ke-282 surah al-
Baqarah semuanya berkaitan dengan hutang. Maka oleh kerana hutang telah diharuskan oleh syarak maka jual
beli secara tempahan (bay’ al-salam) juga adalah harus .

2. Jual beli ( ‫)البيع‬


Pensyariatan jual beli adalah berdasarkan ayat al-Quran (surah al-Baqarah: 275). Manakala dalam bidang jual
beli ini, kaedah “‫ ”العادة محكمة‬diguna pakai untuk mengharuskan perkara-perkara seperti berikut:

2.1 Bai al-Mu’atah (pertukaran tangan).


2.2 Jual beli dengan bayaran deposit .
2.3 Menentukan alat untuk sukatan atau timbangan dalam jual beli.
Ahli Baghdad menggunakan cupak yang dikenali sebagai cupak Baghdad.
2.4 Penggunaan mata wang bagi tujuan pembayaran.
Setiap tempat menggunakan mata wang yang tersendiri.

3. Sewaan atau upah ( ‫)اإلجارة‬


Pensyariatan sewaan atau upah adalah berdasarkan ayat al-Quran (surah al-Talaq: 6) dan sebahagian ulama
seperti Dr. Mustafa al-Bugha menjadikan ayat 26 surah al-Qashash yang mengisahkan Nabi Musa diupah oleh
Nabi Syuaib dengan dikahwinkan anak perempuannya .

Manakala dalam bidang sewaan atau upah ini, kaedah “‫ ”العادة محكمة‬diguna pakai untuk mengharuskan perkara-
perkara seperti berikut:

3.1 Perihal barang keperluan akibat daripada alat yang disewa.


Seorang yang menyewa mesin jahit maka ia tidak memasukkan pembiayaan benang di dalam akad sewaan
tersebut . Begitu juga orang yang menyewa kereta tidak boleh menuntut harga petrol daripada tuan punya
kenderaan.
3.2 Kewajipan membayar upah.
Seorang yang menyerahkan kain kepada tukang jahit tidak perlu mensyaratkan upah bagi pekerjaan tersebut
kerana kebiasaan setiap pekerjaan dibayar upah. Maksudnya syarat untuk membayar upah tidak diperlukan
dalam akad .

4. Pawah
Pawah adalah bentuk upah memelihara binatang yang diamalkan oleh sebahagian penduduk di beberapa
kawasan di Malaysia dan menjadi adat atau curf sehingga kini. Sekiranya mereka memawah lembu betina untuk
dipelihara oleh seseorang, anak pertama dan kedua akan dikembalikan kepada hak milik tuannya yang asal
manakala anak ketiga akan menjadi milik orang yang memelihara (sebagai upah). Seterusnya anak keempat dan
kelima akan kembali kepada tuannya dan anak keenam menjadi hak milik orang yang memelihara dan begitulah
seterusnya.

Imam al-Qurtubi (671H) di dalam menghuraikan ayat 26 surah al-Qashash beliau berpendapat “tidak harus akad
al-Ijarah yang difahami sebagai pawah. Iaitu menetapkan upah memelihara binatang dengan anak yang bakal
dilahirkan oleh binatang berkenaan. Kerana sesuatu yang belum terjadi itu merupakan sesuatu yang belum
pasti.”

Sekiranya dirujuk kepada tafsiran ini, maka ‘urf sebegini tidak boleh diamalkan sebagai sebahagian dari al-
Ijarah. Namun sekiranya ‘urf sebegini diambil kira sebagai asas bagi menentukan keharusan akad pawah maka ia
dibolehkan kerana selama ini ia berjalan dalam masyarakat tanpa menimbulkan sebarang persengketaan.

N.A.Z. |SYARIAH 1~STPM 2010 4


ISU SEMASA MUCAMALAT BERKAITAN DENGAN ‘URF/ADAT
1. Jual beli menggunakan kad kredit
Penggunaan kad kredit kini terutama di dalam urusan jual beli sudah dianggap sebagai adat atau ‘urf. Sehingga
setiap individu yang bekerja ada memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit. Kebanyakan kedai-kedai
terutama gedung yang besar kini menawarkan perkhidmatan bayaran menggunakan kad kredit.

Walaupun di pihak pembeli, penggunaan kredit kad adalah bayangan kepada akad hutang tetapi di pihak penjual,
penggunaan kredit kad diterima kerana mereka akan mendapatkan tunai apabila bil kredit kad tersebut
dikemukan kepada pihak bank. Penerimaan kad kredit sebagai bayaran pada mereka adalah sama seperti bayaran
tunai.

2. Jual beli menggunakan kad debit.


Kad debit bermaksud kad tunai yang digunakan oleh pelanggan sebuah bank untuk urusan pembayaran di kedai-
kedai yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Melalui penggunaan kad debit, para pelanggan tidak perlu
membayar tunai sebaliknya jumlah yang akan dikenakan itu ditolak secara langsung dari akaunnya di bank. Ia
berbeza daripada kad kredit kerana penggunaannya akan terhenti sekiranya tiada baki dalam akaunnya di bank.

3. Transaksi menggunakan internet


Kecanggihan teknologi hari ini memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk melakukan urusan
seharian secara atas talian. Perkara ini seakan-akan telah menjadi adat masyarakat kini dan ia diharuskan kerana
memudahkan urusan. Di antara urusan yang dapat dilakukan menerusi internet adalah seperti:

a. Jual beli
b. Hutang
c. Sewa
d. Perbankan
e. Zakat
f. Sedekah

4. Transaksi menggunakan telifon bimbit


Ia berbeza daripada internet sekiranya dilihat daripada segi kepunyaan. Kemudahan intenet dapat dicapai di
mana-mana sahaja (samada mereka memiliki komputer atau tidak) manakala kemudahan telifon bimbit hanya
dapat dicapai oleh mereka yang memiliki telifon mudah alih. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh
syarikat telekomunikasi ini juga terhad. Antara urusan yang dapat dibuat adalah seperti:

a. Jual beli (seperti tiket kapal terbang AirAsia)


b. Perbankan

N.A.Z. |SYARIAH 1~STPM 2010 5

Anda mungkin juga menyukai