Anda di halaman 1dari 15

(KITAB)

PULAU PINANG

FU 233
USUL AL-FIQH

TUGASAN INDIVIDU

PENGARUH URUF TERHADAP SESUATU HUKUM

NAMA : SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI


HAMZAH
NO. MATRIK : D201125
BIDANG : DIPLOMA SYARIAH ELEKTIF UNDANG-
PENGAJIAN UNDANG

PENSYARAH : USTAZ MOHAMMAD AISAMUDDIN BIN


AKOB

1
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA

SURAT

1. PENDAHULUAN 3

2. DEFINISI URUF 4-5

3. SYARAT PENERIMAAN URUF 6-7

4. PEMBAHAGIAN URUF 8-10

5. PENGARUH ‘URUF DALAM 11-13

MUAMALAH

5. KESIMPULAN 14

6. RUJUKAN 15

2
PENDAHULUAN

Permasalahan dalam masyarakat yang semakin kompleks memerlukan kepada adanya

penyelesaian dengan tepat. Tidak hanya mengetahui antara benar dan salah, akan tetapi

penyelesaian terhadap setiap masalah tersebut juga diharapkan dapat membawa kemaslahatan

bagi masyarakat. Hukum Islam menjadikan al-Qur’an dan al-Hadis sebagai sumber rujukan

utamanya diminta untuk selalu relevan terhadap perkembangan zaman yang semakin kompleks

ini. Tidak semua hukum Islam dijelaskan secara terperinci di dalam Al-Quran dan al-Hadis,

sedangkan umat Islam harus menjalankan kehidupan sesuai dengan aturan, norma dan hukum

Islam. Untuk menjawab kepada masalah-masalah tersebut, para ahli mengerahkan segenap

kemampuan hujah mereka untuk mendapatkan solusi yang tepat pada setiap permasalahan yang

ada. Inilah yang disebut dengan ijtihad.

Dalam kehidupan masyarakat ada kebiasaan atau tradisi tertentu (‘uruf) yang berlaku, maka

seorang mujtahid akan mempelajari sama ada , ada atau tidaknya nas yang mengatur, atau

menyatakan pelanggaran mengenai perkara tersebut serta merumuskan dan menerapkan

hukum bagi perkara yang terdapat pada nas. Apabila kebiasaan atau tradisi tertentu (‘uruf) yang

berlaku tidak berlawanan dengan nas, maka boleh digunakan uruf tersebut kerana dinilai ianya

mengandungi kepentingan, sedangkan bagi kebiasaan yang berlaku pada masyarakat jika tidak

terdapat acuan pada nas atau bahkan tidak sesuai dengan nas, maka para mujtahid dapat

menganalisa dan memberikan dasar hukum terhadap keberlakuan masalah tersebut. Penulisan

ini akan membincangkan lebih dalam lagi mengenai uruf yang dapat dijadikan sebagai salah

satu sumber hukum Islam yang dikategorikan sebagai salah satu bentuk dari ijtihad para ulama

dan pengaruhnya terhadap sesuatu hukum.

3
DEFINISI URUF

Menurut Musthafa Ahmad al-Zarqa’, beliau menyatakan bahawa ‘uruf merupakan sebahagian

dari adat, ini kerana adat sifatnya lebih umum dari ‘uruf kerana ianya harus berlaku pada

kebanyakan orang di daerah tertentu, tidak hanya kepada individu atau kelompok tertentu dan

bukanlah tabiat semulajadi sebagaimana yang berlaku dalam kebanyakan adat, tetapi muncul

dari suatu pemikiran dan pengalaman.

Menurut Abdul Wahhab Khallaf , ‘uruf adalah segala apa yang diketahui oleh manusia dan

telah menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat sama ada berupa perkataan, perbuatan

ataupun perbuatan meninggalkan sesuatu. Definisi uruf menurut Abdul Karim Zaidan pula

ialah sesuatu perkara atau tabiat yang tidak asing lagi bagi suatu masyarakat kerana telah

menjadi kebiasaan dan bercampur dengan kehidupan mereka sama ada perkataan atau

perbuatan.

Kata ‘uruf secara terminologi, ia bermaksud sesuatu yang difahami oleh masyarakat dan

dilakukan secara berulang-ulang serta dilakukan secara berterusan, baik dalam hal perkataan

mahupun perbuatan yang terjadi sepanjang masa atau pada masa tertentu sahaja.

Secara etimologinya pula, perkataan ‘uruf berasal dari perkataan Arab iaitu ‘arafa yang

bermaksud mengetahui. Al-Jurjani di dalam kamusnya iaitu al-Ta‘rifat, menjelaskan istilah

‘uruf sebagai perbuatan atau kepercayaan dalam mana orang berpegang teguh dengan

persetujuan kekuatan mental dan tabiat semula jadi mereka juga mahu menerimanya sebagai

benar. Al-Zuhayli pula menyatakan uruf sebagai kebiasaan yang diterima umum dan telah

berakar umbi dalam masyarakat. Manakala Abu Zahrah menghuraikan ‘uruf sebagai perkara

yang menjadi kebiasaan orang ramai dalam muamalat dan mereka bersikap konsisten dalam

urusan mereka. Justeru, sesuatu kelakuan, amalan atau perbuatan yang dilakukan secara

berulang kali, sama ada oleh individu atau masyarakat akan membentuk satu kebiasaan.

4
Apabila kebiasaan itu diterima secara meluas, ia akan membentuk ‘uruf. Apabila ‘uruf berakar

umbi maka akan terhasillah pola budaya.

Uruf bukanlah sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan di dalam adat tetapi ianya hadir dari

suatu pemikiran dan pengalaman. Ianya seperti kebiasaan yang terjadi dikalangan masyarakat

yang menetapkan keperluan rumahtangga boleh diambil dari pemberian mas kahwin yang

diberikan oleh suami.

Menurut Imam al-Ghazali, beliau telah menyatakan bahawa ‘uruf merupakan keadaan yang

sudah tetap pada jiwa manusia, dibenarkan oleh akal dan diterima pula oleh tabiat yang sihat.

Bagi para ulama ‘usul , mereka tidak membezakan antara ‘uruf dan adat. Mereka berpandangan

bahawa ‘uruf adalah sesuatu yang telah menjadi amalan kebiasaan secara harian di dalam suatu

masyarakat baik dari segi perbuatan mahupun perkataan. Oleh yang demikian bagi para ulama

usul ini, adat dan ‘uruf adalah membawa maksud atau definisi yang sama.

Justeru, ‘uruf dan adat merupakan satu bentuk amalan atau perbuatan yang dilakukan secara

berulang kali sehingga ianya telah menjadi kebiasaan yang diketahui umum dan diterima oleh

masyarakat tetapi tidak berlawanan dengan nas syara‘. Sebelum uruf dan adat ini boleh menjadi

asas yang kuat dalam pembentukan sesuatu hukum, kedua-duanya mestilah tertakluk kepada

kriteria tertentu yang perlu dipenuhi bagi menjamin keabsahannya dalam masyarakat.

5
SYARAT PENERIMAAN URUF

Antara syarat penerimaan al-'Urf ialah:

1) Uruf itu diamalkan berterusan dan meluas. Ia bermaksud al-'Urf tersebut mestilah

digunakan secara meluas atau menyeluruh juga amalan berbentuk majoriti.

Seandainya ada perselisihan, ia hanya sedikit sahaja. Sebagai contoh, menjadi amalan

tradisi masyarakat Arab apabila mereka menangguhkan sebahagian dari keseluruhan

pemberian mahar iaitu bahagian pertama diberikan semasa akad perkahwinan dan

selebihnya diberikan selepas akad perkahwinan. perkara ini berbeza dengan ‘uruf

masyarakat Islam Melayu yang tidak mengambil pendekatan masyarakat Arab dalam

pelaksanaan amalan pemberian mahar . ‘Uruf masyarakat Melayu Islam kebiasaannya

adalah memberikan mahar sepenuhnya semasa akad perkahwinan.

2) Uruf tersebut ada kaitan dengan pelaksanaan dan bukan berlaku tiba-tiba. Oleh itu

tidak dikira al-'Urf perkara baharu berlaku atau kemudian diamalkan.

3) Tidak menyalahi dalil syarak dan kaedah asas. Al-'Urf yang boleh dijadikan hujah

hendaklah al-'Urf yang benar, sekaligus tidak menyalahi dalil syarak juga kaedah asas.

Selain itu ia tidak bercanggah dengan hukum lain yang ada dalil nas. Justeru, jika ada

percanggahan dengan dalil syarak, maka terbatallah ‘uruf tersebut. Sebagai contoh,

dalam sesuatu akad perlu adanya persetujuan antara kedua-dua belah pihak. Justeru

sekiranya wujud ‘uruf yang bercanggah dengan konsep persetujuan itu, maka ‘uruf

tersebut tidak akan diambil kira. Begitu juga apabila ‘uruf bertentangan dengan nas

secara terus, maka ‘uruf tersebut tidak perlu dijadikan asas dalam penentuan hukum

kerana ia adalah ‘uruf fasid.

4) Urf hendaklah diamalkan oleh orang ramai atau masyarakat.

6
5) Ia merupakan suatu kepastian atau sekurang-kurangnya perlu dipakai. Iaitu perkara

yang wajib dipakai menurut pandangan masyarakat atau sekurang-kurangnya ia

adalah ‘uruf dan adat untuk sebahagian negara, walaupun tidak seluruh negara Islam.

7
PEMBAHAGIAN URUF

Pertama: Pembahagian Uruf Dari Sudut Hukum

1) ‘Uruf Sahih: Ia merupakan uruf yang benar ataupun segala adat yang tidak bercanggah

dengan nas syarak serta tidak membawa kepada kemudaratan kepada manusia. ia juga

membawa maksud uruf yang menjadi kebiasaan orang ramai melakukannya tanpa

mengharamkan yang halal dan tanpa menghalalkan yang haram.

‘Uruf Sahih juga merangkumi banyak perkara yang merupakan ‘uruf di zaman Jahiliah dan

selepas itu diakui oleh Islam seperti al-Diyah iaitu harta yang perlu dibayar oleh seseorang

jika dia melakukan pembunuhan ataupun mencederakan anggota badan orang lain, dan al-

Salam, iaitu menjual barang dengan mengambil bayaran dahulu dan barangan diberikan

kemudian.

Kemungkinan juga ‘uruf sahih tidak bersandarkan pada dalil syarak tetapi ianya

membawa kepada kebaikan dan dapat menjauhi kemusnahan seperti ‘uruf dalam

pertunangan, di mana pemberian si lelaki seperti cincin, pakaian dan sebagainya kepada si

perempuan ketika pertunangan hanya dikira sebagai hadiah sahaja, bukannya sebagai mas

kahwin.

2) ‘Uruf Fasid: Apa sahaja adat yang menjadi kebiasaan bagi manusia tetapi bertentangan

dengan syarak atau sesuatu kebiasaan yang dilakukan oleh orang ramai, tetapi mereka

menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal . ‘Uruf Fasid

juga adalah apa yang bertentangan dengan syarak dan membawa kemudaratan kepada

manusia serta tidak memberikan apa-apa kebaikan.

Contohnya seperti pinjaman yang berbentuk riba samada daripada bank atau individu,

permainan berbentuk perjudian dan sebagainya. Contoh lain adalah pergaulan bebas tanpa

8
menutup aurat di antara perempuan dan sepupu lelaki adalah bercanggah dengan nas Al-Quran

dan As-Sunnah yang menharamkan pendedaham aurat kepada bukan mahram.

Kedua: Pembahagian ‘Uruf ‘Amali (perbuatan) dan Qawli (perkataan):

1) ‘Uruf ‘Amali: Ia merupakan uruf yang berkaitan dengan perbuatan-perbuatan yang sudah

menjadi kebiasaan orang ramai atau muamalat harta mereka. Contohnya, orang ramai

menyuruh anaknya yang belum baligh membeli barangan yang kecil seperti kicap, gula, dan

sabun. Jual beli itu dilaksanakan dengan unjuk-mengunjuk atau dikenali sebagai Mu’atah iaitu

proses jual beli tanpa ijab dan qabul, penggunaan tandas awam tanpa ditetapkan tempoh

masa dan jumlah air yang digunakan, istisna’ iaitu tempahan membuat barangan seperti

kasut, pakaian dan sebagainya, hidangan makanan kepada tetamu merupakan keizinan

untuk makan dan sebagainya.

2) ‘Uruf Qawli: Ia merupakan uruf yang berkaitan dengan penggunaan perkataan untuk

makna-makna yang sudah menjadi kebiasaan orang ramai seperti perkataan “al-laham”

(daging) yang pada ‘uruf ianya adalah semua jenis daging kecuali daging ikan. Sedangkan

pada asalnya perkataan al laham itu merangkumi semua jenis daging. Begitu juga dengan

perkataan “walad” (dalam Bahasa Arab) digunakan pada ‘uruf untuk kanak-kanak lelaki

sahaja , namun pada asalnya maksud walad tersebut merangkumi lelaki dan perempuan.

9
Ketiga: Pembahagian ‘Uruf kepada al ‘am (umum) dan al khas (khusus):

1) ‘Uruf ‘am: Perbuatan atau perkataan yang sudah menjadi kebiasaan bagi seluruh

penduduk semua negara-negara Islam di dalam suatu masa samada ianya baru atau lama

atau dengan kata lain uruf ‘am ialah sesuatu perkara atau perbuatan yang sentiasa diamalkan

oleh seluruh masyarakat Islam. Contohnya, memasuki masjid tanpa menanggalkan kasut atau

alas kaki dikira menghina kemuliaan dan kesucian masjid. Contoh yang lain seperti lafaz talak

yang pada kebiasaannya ia digunakan untuk perceraian oleh seluruh umat Islam walaupun pada

asalnya tidak bermaksud untuk tujuan tersebut sahaja.

2) ‘Uruf Khas: Perbuatan atau perkataan yang hanya menjadi kebiasaan atau dikenali di negara

tertentu atau negeri atau kawasan atau golongan tertentu seperti golongan peniaga, petani

dan sebagainya. Contohnya, di Malaysia, seseorang yang memasuki rumah orang Islam tanpa

menanggalkan kasut atau selipar adalah dianggap menghina tuan rumah, tetapi di Jordan

sebaliknya. Contoh lain bagi uruf khas ialah seperti ‘uruf di Iraq yang membahagikan mas

kahwin kepada tangguh dan segera.

10
PENGARUH ‘URUF DALAM MUAMALAH

Terdapat pelbagaia hukum Islam yang telah ditetapkan oleh para ulama’ berlandaskan ‘uruf

dalam bidang muamalah, tetapi yang paling jelas adalah ‘uruf tentang sighah dalam transaksi

(akad). Pertama, tujuan akad jual beli adalah sebagai bukti bahawa adanya unsur rela atau suka

sama suka dalam jual beli seperti ditetapkan dalam firman Allah berikut:

َ ُ‫ض ِ ّﻣﻨُﻜْﻢ َوَﻻ ﺗَْﻘﺘ ُﻠُﻮا أَﻧﻔ‬


‫ﺴُﻜْﻢ ِإﱠن‬ َ ً ‫ٰﯾﺄ َﱡﯾَﮭﺎ اﻟﱠِﺬﯾَﻦ ءآَﻣُﻨﻮا َﻻ ﺗَﺄُْﻛﻠُﻮا أَْﻣٰﻮﻟَُﻜﻢ َﺑْﯿَﻨُﻜﻢ ِﺑﺎْﻟٰﺒِﻄِﻞ ِإﱠﻻ أَن ﺗَُﻜﻮَن ِﺗٰﺠَﺮة‬
ٍ ‫ﻋﻦ ﺗََﺮا‬

‫ﷲَ َﻛﺎَن ِﺑُﻜْﻢ َرِﺣﯿًﻤﺎ‬

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu memakan harta sesama kamu

dengan cara yang batil kecuali melalui perdagangan yang dilakukan dengan cara suka sama

suka dan janganlah kamu melakukan bunuh diri, sesungguhnya Allah Maha penyayang

kepadamu. (Surah An-Nisa : 29)

Ulama masa lalu menetapkan indikasi rela dalam bentuk ucapan yang dikenali sebagai ijab

dan qabul. Dengan adanya ijab dan qabul dalam jual beli, ini bermaksud pemilikan barang atau

wang telah berpindah tangan dari pemilik asal kepada pemilik yang baru. Dengan perubahan

dan perkembangan zaman, orang yang melakukan jual beli semakin ramai, pelaksanaan ijab

dan qabul secara lisan semakin kurang diamalkan, bahkan kadangkala menghalang kelancaran

transaksi. Justeru itu, masyarakat moden hari ini, jarang menggunakan ijab dan qabul secara

lisan dalam transaksi jual beli yang mereka lakukan, tetapi mewujudkannya dalam bentuk

perbuatan yang padanya diketahui telah terwujud unsur suka sama suka dalam jual beli. Jual

beli seperti ini dikenal dalam fiqh dengan sebutan ba’i al-mu’athah. Inilah implikasi

perkembangan dan perubahan dalam kehidupan masyarakat yang disertai perubahan ‘uruf

sehingga mempengaruhi pula pada penetapan hukum Islam. Terdapat banyak jenis akad jual

beli dalam Islam yang boleh berlaku dalam bentuk dan gambaran yang berbeza kerana

11
meraikan kehendak ‘uruf ekonomi dan maslahah yang berbeza. Antara jenis-jenis akad jual

beli tersebut ialah:

i. Bai’ al-sil’ah bi al-naqd (‫)ﺑﯿﻊ اﻟﺴﻠﻌﺔ ﺑﺎﻟﻨﻘﺪ‬: iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata wang.

Contonya ialah membeli sehelai seluar dengan Ringgit Malaysia (RM) atau US Dollar

dan seangkatan dengannya. Akad jenis ini adalah yang paling meluas berlaku dalam

kalangan masyarakat.

ii. Bai’ al-muqayadhah (‫)ﺑﯿﻊ اﻟﻤﻘﺎﯾﻀﺔ‬: iaitu jual beli sesuatu barang dengan barang, atau

dikenali dengan sistem barter seperti menjual baju dengan beg atau menjual binatang

ternakan dengan beras dan sebagainya.

iii. Bai’ al-salam (‫)ﺑﯿﻊ اﻟﺴﻠﻢ‬: ialah jual beli di mana pembeli akan memberi wang terlebih

dahulu untuk membeli barangan yang telah dijelaskan butiran bentuk, spesifikasi,

kualiti dan kuantiti secara terperinci kemudian penyerahan barang dilaksanakan pada

suatu masa yang ditetapkan.

iv. Bai’ al-sharf (‫)ﺑﯿﻊ اﻟﺼﺮف‬: iaitu jual beli mata wang dengan mata wang yang sama atau

berbeza jenis, seperti menjual emas dengan emas, perak dengan perak atau emas dengan

perak, ringgit Malaysia dengan rial Saudi dan sebagainya.

v. Bai’ al-murabahah (‫)ﺑﯿﻊ اﻟﻤﺮاﺑﺤﺔ‬: iaitu jual beli sesuatu barangan pada harga kos bersama

tambahan margin keuntungan, seperti menjual sesuatu barangan berharga RM100

dengan harga kos dan ditambah pula margin keuntungan sebanyak RM10 yang

dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

vi. Bai’ al-wadhiah (‫)ﺑﯿﻊ اﻟﻮﺿﯿﻌﺔ‬: ia adalah lawan kepada jual beli secara murabahah, iaitu

juul beli yang dibuat atas sesuatu barangan dengan harga yang lebih murah dari harga

kos, seperti harga barangan adalah RM100 dan dijual dengan harga RM90 atau lebih

rendah.

12
vii. Bai’ al-tauliah (‫)ﺑﯿﻊ اﻟﺘﻮﻟﯿﺔ‬: ialah jual beli sesuatu barangan dengan harga kos tanpa ada

lebih mahupun kurang dari harganya. Seperti barangan berharga RM100 dijual juga

dengan RM100.

viii. Bai’ al-urbun (‫)ﺑﯿﻊ اﻟﻌﺮﺑﻮن‬: iaitu satu bentuk jual beli dimana pembeli membayar

sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan

ini akan menjadi sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang tersebut

tidak akan dikembalikan kepadanya.

ix. Bai’ al-talji’ah (‫)ﺑﯿﻊ اﻟﺘﻠﺠﺌﺔ‬: ialah suatu bentuk jual beli yang dibuat oleh penjual yang

dalam kesempitan (terpaksa) kerana kawatir dan takut hartanya diambil oleh orang lain.

Bagi menyelamatkan hartanya, ia bersepakat dengan seseoarang bagi menzahirkan

akad jual beli dan menyembunyikan tujuannya yang sebenar. Seperti menjual rumah

untuk mengelak dari dilelong oleh bank atau pemiutang.

x. Bai’ al-wafa’ (‫)ﺑﯿﻊ اﻟﻮﻓﺎء‬: iaitu jual beli barangan dengan syarat apabila penjual

membayar semula harga barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan

semula barangan yang dijual kepada penjual.

xi. Bai’ al-istishna’ (‫)ﺑﯿﻊ اﻻﺳﺘﺼﻨﺎع‬: iaitu jual beli dalam bentuk tempahan barang tertentu

dengan spesifikasi yang tertentu yang mengkehendaki penjual, pemaju, pengilang atau

orang lain membuatkan barangan yang ditempah tersebut untuk pembeli , jenis jual beli

ini boleh dibayar ketika penghantaran barang atu dibayar awal.

xii. Bai’ al-inah (‫)ﺑﯿﻊ اﻟﻌﯿﻨﺔ‬: iaitu jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli, di mana

penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian

penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang lebih

rendah. Keadaan sebaliknya boleh berlaku.

13
KESIMPULAN

‘Uruf merupakan salah satu sumber hukum dalam Islam yang amat penting,

kekuatannya dibuktikan oleh dalil-dalil al Quran, al Sunnah dan ijmak. Oleh itu ‘uruf

mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam membantu menetapkan pengeluaran sesuatu

hukum. Namun, ‘uruf tidak boleh diguna pakai secara mutlak, bahkan terdapat syarat-syarat

tertentu yang mesti ada untuk menjadikannya sebagai sumber hukum. Salah satu

syaratnya ialah Tidak menyalahi dalil syarak dan kaedah asas. ‘Uruf yang boleh dijadikan

hujah hendaklah ‘uruf yang benar, sekaligus tidak menyalahi dalil syarak juga kaedah asas.

Selain itu ia tidak bercanggah dengan hukum lain yang ada dalil nas. Justeru, jika ada

percanggahan dengan dalil syarak, maka uruf tersebut akan terbatal.

‘Uruf memainkan peranan yang penting dalam hukum syarak dan meninggalkan kesan

yang besar padanya seperti pada bab bersuci, solat, nikah dan sebagainya. Tidak ketinggalan,

bidang muamalat juga memerlukan ‘uruf sebagai sumber hukum, ianya dapat dilihat

dengan jelas melalui beberapa cabang kaedah dalam qawaid fiqhiyyah yang menekankan

peranan ‘uruf dalam muamalat. Lantaran itu, ‘uruf meninggalkan kesan yang besar dalam

muamalat seperti dalam bab jual beli, wakalah, ijarah dan sebagainya. ‘Uruf juga boleh

memberi kesan kepada perubahan hukum sekiranya ia diamalkan oleh majoriti masyarakat

sekalipun dengan majoriti yang sedikit selagi mana ianya tidak bercanggah dengan nas

syarak.

Perbincangan di atas juga telah menjelaskan bahawa ‘uruf juga boleh dijadikan sebagai dalil

dalam mensabitkan sesuatu hukum sesebuah permasalahan, tetapi dengan syarat, iaitu selagi

mana ianya tidak bertentangan dengan dalil-dalil nas walaupun terdapat perbezaan ulama’

dari segi hujahnya.

14
RUJUKAN

∑ Pengantar Usul Fiqh ; Dr. Ab. Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin

∑ Al-Quran

∑ https://kiasanminda.blogspot.com/2011/10/definisi-uruf.html

∑ https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-usul-fiqh/1530-irsyad-usul-al-fiqh-

siri-ke-3-sumber-sumber-hukum-dalam-ilmu-usul-al-fiqh

∑ https://celiktafsir.net/surah-004-an-nisa/

∑ https://muamala.net/definisi-jenis-syarat-uruf-fiqih/

∑ https://usulfiqh1.blogspot.com/2010/04/al-urf.html

15

Anda mungkin juga menyukai