Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA

(KITAB)
PULAU PINANG

AI 223 AL AQIDAH AL ISLAMIYYAH

TUGASAN AKHIR (INDIVIDU)

GERAKAN AJARAN SESAT DALAM AQIDAH ISLAM

(AL-ARQAM)

NAMA : SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI


HAMZAH
NO. MATRIK : D201125
BIDANG : DIPLOMA SYARIAH ELEKTIF
PENGAJIAN UNDANG-UNDANG

1
PENSYARAH : BAKRE BIN RAMLI

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA

SURAT

1. PENDAHULUAN 3

2. LATAR BELAKANG 4-5

3. KEPIMPINAN GERAKAN 6-7

4. PEGANGAN/AKTIVITI GERAKAN 8-9

5. KESAN AJARAN SESAT 10

6. CARA MENGATASI PENYEBARAN 11

AJARAN SESAT

7. KESIMPULAN 12

8. RUJUKAN 13

2
PENDAHULUAN

Islam adalah agama Allah s.w.t yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para

nabi a.s sebelum baginda yang berisikan iman dan amal. Iman adalah akidah dan perkara

pokok yang membentuk syariat Islam dan cabang-cabangnya. Amal pula adalah syariat dan

cabang-cabang yang terhasil daripada iman dan akidah. Iman dan amal atau akidah dan

syariat kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain. Allah s.w.t mementingkan

persoalan akidah manusia. Al-Qur‟an diturunkan sebagai pedoman untuk manusia membina

akidahnya kerana akidah yang sahih merupakan asas pembinaan ummah dan ketamadunan

manusia. Penjagaan akidah dan tauhid adalah perkara pertama yang dilakukan oleh Islam

dalam penetapan syariat. Memerangi akidah jahiliah yang dipelopori penyembahan berhala

yang menyesatkan adalah satu perkara yang mesti untuk menyucikan masyarakat Islam

daripada bahaya syirik dan sisa kesesatan. Ketulusan akidah yang diajarkan Allah s.w.t

melalui utusanNya, Rasulullah s.a.w menerima ancaman fahaman ajaran yang menyeleweng

yang yang didokongi orang yang mementingkan diri sendiri mengikut kehendak al-Hawa’.

Zahirnya perwatakan mereka seperti orang yang alim, taat, khusyuk dan tawaduk dalam

menunaikan perintah Allah s.w.t. Hakikatnya perbuatan lahiriah itu hanya dijadikan tarikan

kepada ajaran Islam yang telah mereka selewengkan. Fenomena penyelewengan akidah

bukanlah satu fenomena yang baru, bahkan telah wujud ketika Rasulullah s.a.w masih hidup

dengan kemunculan beberapa orang yang mendakwa diri sebagai nabi. Dakwaan mereka jelas

menzahirkan penyelewengan yang dilakukan kerana Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi

akhir zaman, tiada lagi nabi selepas baginda s.a.w. Dari zaman ke zaman, akidah Islam terus

diseleweng dengan rekaan pelbagai bentuk ajaran. Malaysia juga turut menerima impaknya

dengan kemuculan ajaran Taslim7, Aurad Muhammadiah yang dibawa oleh kumpulan Al-

3
Arqam, ajaran Ayah Pin yang menggemparkan Malaysia pada satu ketika dan banyak lagi

yang seumpama dengannya.

LATAR BELAKANG

Al Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari

Muhammad bersama beberapa orang sahabat beliau pada tahun 1968 di Kampung Datuk

Keramat, Kuala Lumpur. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah

mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh

Malaysia. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang

menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan

diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Kumpulan ini menyebarkan

kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan,

perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian. Pengasasnya Ustaz Ashaari Muhammad

adalah bekas seorang guru Agama yang berkelulusan Sekolah Menengah Maahad

Hisyamuddin, Kelang Selangor dan meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010

akibat jangkitan paru-paru. Jenazah beliau telah dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas

solat jenazah di Ipoh.

Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya telah dilahirkan pada 30 Oktober

1938 di Kampung Pilin Rembau, Negeri Sembilan. Setelah bapanya meninggal dunia dia

telah dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Lebai Ibrahim yang juga merupakan pengamal

hardcore tarekat Muhammadiah dan dari sinilah Ashaari mula mengenal dan mengamalkan

aliran yang pernah mengemparkan Malaysia.

Ashaari pada mulanya adalah seorang ahli aktif PAS selama 10 tahun (1958-1968) yang pada

masa itu di bawah kepimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Oleh sebab dia

merasakan pergerakan PAS pada masa tersebut lemah dan tidak menekankan aspek ilmu,

4
akhirnya dia telah menubuhkan sebuah gerakan sendiri yang diberi nama Jemaah

Muhammadiah yang kemudianya dinamakan semula sebagai Al-Arqam sempena nama

sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Arqam bin Abi Arqam.

Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968, kemudian bertambah

kepada 40 orang ahli (1976). Menurut Ann Wang Seng keahlian Al Arqam bertambah secara

mendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 Al Arqam mencatat sekitar

5,000 hingga 6,000 keahlian. Bancian Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri

pada tahun 1994 dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan.

Utusan Melayu (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut. Aktiviti Darul Al-

Arqam bermula pada 1971hingga 1972 di Kampung Datuk Keramat dan mendapat perhatian

dan penerimaan ramai setelah bertapak di kawasan seluas 5 ekar di Kampung Sungai Pencala,

Damansara pada 1973 hingga 1975. Al Arqam telah berjaya mempengaruhi golongan Muda

dan Dewasa yang berminat untuk mengamalkan ajaran Islam. Pada Disember 1985, Al

Arqam telah berpindah ke Kampung sempadan, Karak, Pahang. Tempat ini dijadikan tempat

kediaman tokoh-tokohnya dan tapak Sekolah Al Arqam. Tapaknya di Sungai Pencala

digunakan sebagai Pusat Operasi Penerbitan dan ekonomi. Mengikut Bahagian Hal Ehwal

Islam di Jabatan Perdana Menteri, Al Arqam tidak pernah berdaftar dengan Pejabat

Pendaftaran Pertubuhan dan mempunyai cawangan hampir di seluruh Negeri di Malaysia.

5
KEPIMPINAN GERAKAN AL ARQAM

Kepimpinan Al-Arqam mula mempunyai krisis pada tahun 1979 setelah berlakunya

pemecatan tanpa alasan 6 orang pemimpin kanan Al Arqam termasuk Akbar Anang yang

merupakan Ketua Biro Ekonomi Al Arqam. Menurut Akbar Anang, beliau dipecat atas sebab

beliau mempersoalkan ajaran Al-Arqam , namun menurut Ustaz Ashaari, Akbar Anang

disingkirkan kerana beliau cuba membentuk pakatan yang bertujuan menyingkirkan Ustaz

Ashaari daripada tampuk kepimpinan Al-Arqam. Akbar Anang memberontak dan

mendedahkan hakikat Aurad Muhammadiah sehingga dihadapkan ke Pusat Islam pada 1979.

Ustaz Ashaari dilaporkan menafikan Kiyai Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Imam

Mahadi dan berjaya membersihkan Darul Al-Arqam daripada kesangsian asas. Tetapi Al

Arqam masih menjalankan aktivitinya dan telah melantik Ustaz Mokhtar Yaakub (M.A.

Universiti Al Azhar) yang masih baru dalam Al Arqam sebagai Tim.Syeikhul Arqam. Isu

Akbar Anang dilupakan. Pada sekitar bulan Jun 1986, Al Arqam telah digemparkan dengan

isu yang sama apabila Tim.Syeikhul Arqam Ustaz Mokhtar Yaakob dan beberapa orang

anggota kanan yang lain telah mengistiharkan keluar daripada Al Arqam. Isu perpecahan Al

Arqam pada kali kedua ini sebagaimana 1979 telah menjadi isu hangat dalam Akhbar

Tempatan. Rentetan peristiwa ini, Ustaz Ashaari Muhammad telah menerbitkan sebuah buku

khusus penerangan isu ini yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam”,

sekaligus menjawab tuduhan oleh Ustaz Ashaari Muhammad yang diterbitkan oleh

penerangan Al Arqam dan mula diedarkan pada 30 Ogos 1986.

Namun begitu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melihat adanya

penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya,

6
Ustaz Ashaari Muhammad, tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan adalah

mengharamkan buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam” pada tahun 1986.

Sebagai pencerahan dan penjelasan terhadap kes ini, Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan

Perdana Menteri telah menerbitkan buku “Pejelasan Terhadap Buku Aurad Muhammadiah

Pegangan Darul Arqam” pada 6 November 1986. Di Timur Tengah, Al Arqam terus berusaha

menjalankan aktivitinya sehinggalah berlaku peristiwa penangkapan 19 orang anggota Al

Arqam oleh Pihak Keselamatan Mesir pada 14 April 1994 ketika mereka membuat

persembahan haram memperkenalkan Al Arqam di Taman Antarabangsa Madinet Nasr,

Kaherah. Pihak Keselamatan Mesir menganggap Al Arqam sebagai pelampau. Kini

kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun

1994, tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa’ kemudian bertukar kepada nama Global

Ikhwan Sendirian Berhad (GISB). Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam

berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa

Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam

bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik. Berikutan itu

Ustaz Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai

penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan

Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004.

7
PEGANGAN/AKTIVITI GERAKAN

PEGANGAN AL ARQAM

Diantara pegangan al-Arqam yang salah dan menyeleweng yang boleh menyesatkan umat

Islam adalah seperti mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas kitab

Aurad Muhammadiah tidak mati dan akan lahir sebagai imam Mahdi, mempercayai bahawa

Syeikh Muhammad As-Suhaimi telah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w didalam kaabah

dalam keadaan sedar dan menerima Aurad Muhammadiah itu daripada baginda SAW.

Mereka juga mengadakan tambahan pada lafaz syahadah dengan fakta palsu yang menyebut

Syeikh Muhammad As-Suhaimi sebagai Imam Mahdi dan menyamakan tarafnya dengan

Khulafa’ Al-Rasyidin. Ketua kumpulan al-Arqam mendakwa bertemu secara sedar dengan

Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain serta berdialog dengan baginda. Dakwaan ini

melanggar asas syariat islam kerana ini bermakna al-Quran dan hadith belum selesai dan

tamat. Selain itu, pengikut al-Arqam telah mencapai satu peringkat taasub kepada ketua

hingga sanggup mendewa-dewakan Ashaari Muhammad dan mempercayai beliau

mempunyai barakah, karamah dan syafaat Ashaari Muhammad di dakwa diberi kuasa-kuasa

Allah (kun fayakun), namun dakwaan ini boleh membawa kepada syirik kerana ia sanggup

menyekutukan Allah. Dalam gerakan ini juga, para pengikutnya mempercayai bahawa Syeikh

Muhammad As-Suhaimi boleh datang menolong apabila diseru namanya. Di samping itu,

Ashaari juga mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan

keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.

Perkara di atas menzahirkan bahawa mereka sangat taksub kepada tokoh sendiri dan

mengangkat mereka secara melampaui batas. Jika benar boleh bertemu nabi untuk

8
memastikan sesuatu perkara, maka para sahabat tidak perlulah bertungkus lumus menjaga

sanad hadis-hadis nabi. Tidak perlu lah kita menyeru nama sesiapa untuk meminta

pertolongan kecuali Allah SWT. Maka tabiat menyeru nama tokoh tertentu ketika susah

merupakan salah satu langkah-langkah syirik.

AKTIVITI BAGI MELUASKAN PENGARUH

Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai

yang mengukur keberhasilan dan kecemerlangan organisasi dakwah tertentu. Tidak dinafikan

aspek kewangan sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi

faktor lain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan

keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lainnya. Sebanyak 52 buah kedai

runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai

buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56

buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia. Menurut laporan Rufaqa’ (2007), kini mereka

telah menguasai 700 buah projek perniagaan. Al-Arqam melebar luaskan sayap pengaruhnya

dengan mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatian kepada dunia

antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkan Al-Arqam Group of Companies

(AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik Al-Arqam. Setelah membuka

pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan dan diberi nama Al-Arqam International

Centre (AIC). Ashaari telah mengisytiharkan terbentuknya Daulah Islam di bumi Malaysia,

Indonesia dan Khurasan. Delegasi ke Luar Negara menjadi agenda utama Al Arqam ketika

era antarabangsa untuk mengaitkan Al Arqam dengan Organisasi Islam di negara-negara

terbabit seperti TimuTengah dan Uzbekistan. Al Arqam mengorak langkah ke Timur Tengah

sehingga mendapat naungan di bawah Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah kerana Al Arqam

9
antara komponen PPMM (Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Mesir) iaitu sebuah Persatuan

yang ditubuhkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah pada tahun 1992.

KESAN AJARAN SESAT

Kesan buruk mengamalkan ajaran sesat dapat dibahagikan kepada beberapa golongan.

Kesan terhadap individu

Aqidah seseorang itu akan rosak kerana mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat.

Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam

seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat, sehingga menyebabkan

minda seseorang akan tertutup kerana pemikiran mereka dikongkong oleh pemimpin yang

mendakwa mendapat wahyu.

Kesan terhadap masyarakat

Keruntuhan institusi kekeluargaan yang berpunca daripada keretakan yang berlaku di

kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa

curiga sesama mereka sehingga menggugat perpaduan. Disamping, itu penyelewengan ajaran

tersebut juga akan menimbulkan sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan

pemimpin mereka atau membawa maksud mereka tidak akan menghormati masyarakat

sekeliling. Faktor ini akan menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat

kerana berlaku keganasan dan kepatuhan membuta-tuli kepada pemimpin ajaran sesat

sehingga menggalakkan permusuhan atau konflik

Kesan terhadap negara

Negara akan mundur akibat daripada penglibatan dalam ajaran sesat. Ini adalah kerana

kesesatan akan menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Sekiranya

tidak dibendung, perkara ini akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung

10
kepada produktiviti individu dan juga kestabilan negara mengancam perpaduan dan

keharmonian masyarakats ekaligus menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara.

CADANGAN MENGATASI AJARAN SESAT

Setelah mengenalpasti kesan ajaran sesat terhadap individu, keluarga dan masyarakat,saya

akan mengemukakan cadangan untuk mengatasi gejala ajaran sesat ini daripada merebak.

Meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam dalam segala bentuk amalan mahupun

pemikiran seseorang Muslim terhadap pegangan agamanya perlu dimantapkan tertutamanya

dari sudut disiplin ilmu melalui institusi masjid dan surau kerana lebih dekat dengan

masyarakat dan berkesan. Ceramah, tazkirah dan kuliah-kuliah pengajian perlu diberi nafas

baru terutamanya berkenaan dengan topik-topik yang menarik di samping tenaga pengajar

yang berkredibiliti menarik minat kehadiran masyarakat walaupun secara dalam talian.

Seterusnya, membaiki sistem penguatkuasaan terhadap aduan yang dibuat oleh orang ramai

terhadap sistem penguatkuasaan pihak berkuasa agama dalam membanteras ajaran sesat.

Antaranya menyatakan hukuman bunuh seperti yang telah dilaksanakan oleh Khulafa ar-

Rasyidin terhadap pengamal ajaran sesat ataupun yang mengaku sebagai nabi. Sistem

pemulihan pihak-pihak yang pernah terlibat dengan mana-mana ajaran sesat juga perlu dikaji

dan diperbaiki mengikut peredaran masa kerana dinamik ajaran sesat juga sentiasa berubah

mengikut zaman yang mana penyelidikan harus diberikan kepada ajaran sesat dalam bentuk

pemikiran kerana ia lebih kompleks dan mencabar untuk diatasi

Masyarakat juga perlulah melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar .

Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses

pembelajaran secara formal atau tidak formal. Dengan penyebaran ajaran Islam yang lebih

luas menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan

simposium melalui kerjasama penguatkuasaan undang-undang.

11
KESIMPULAN

Jika disorot sejak dari kewafatan Nabi Muhammad SAW hingga ke hari ini, terlalu banyak

kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang muncul menggugat ajaran Islam. Bukan sahaja ajaran

sesat yang menjadi salah satu factor untuk menyesatkan masyarakat, malahan ada juga

pemikiran yang telah difatwakan sesat seperti liberalisme, pluralisme agama dan lain-lain lagi

turut bertapak Malaysia, tetapi perkara tersebut sehingga sekarang ia masih diperdebatkan

kerana definisi masing-masing tidaklah mudah diterangkan secara hitam putih. Oleh itu, buat

masa sekarang kita bolehlah merujuk kepada mufti negeri masing-masing sekiranya terdapat

sesuatu yang tidak pasti akan kebenaran satu-satu amalan itu. Namun apa yang lebih baik

daripada itu kita sendiri perlu mendalami ilmu fardhu ain dan fardu kifayah agar tidak mudah

terpengaruh dengan pemimpin-pemimpin yang kadang kala sangat lain pendapatnya sehingga

bertentangan dengan agama. Namun, mereka adalah golongan yang petah berkata-kata

sehinggakan masyarakat tidak sedar bahawa diri mereka telah terpedaya dengan kesesatan.

Sememangnya menuntut ilmu itu adalah sangat digalakkan kepada semua umat Islam, tidak

mengira umur bagi memantapkan lagi akidah supaya tidak mudah terpengaruh dengan

perkara-perkara kesesatan.

12
RUJUKAN

 https://prezi.com/p/obmq92mahqyx/kesesatan-ajaran-kumpulan-al-arqam/

 https://dakwahkipsas.blogspot.com/2012/07/isi-ajaran-al-arqam-abuya.html

 https://www.slideshare.net/hamizahchabar/presentation1-38725762

 https://gerakanpenamalaysia.blogspot.com/2018/12/kesesatan-akidah-al-

arqam.html

 http://abufaith.blogspot.com/2013/11/kesesatan-asaari-al-arqam-rufaqa-

dan.html

 https://www.msn.com/en-my/news/hiburan/beberapa-ajaran-sesat-terkenal-di-

malaysia-dan-amalan-karutnya/ar-BB1goPTF

13
14

Anda mungkin juga menyukai