Anda di halaman 1dari 7

Nama : Aulia Salsabila

NIM : 210401039
TOKOH-TOKOH PENDAKWAH DI MALAYSIA

1. Ahmad Adnan Bin Fadzil


Ahmad Adnan Bin Fadzil dilahirkan di Tambun Tulang, Arau, Perlis. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Alawiyah, Arau, Perlis (dari tahun 1986 hingga
1989). Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor (dari tahun 1989
hingga 1992). Seterusnya ke Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1992 hingga tamat pengajian
Ijazah Pertama (B.A) dalam Fakulti Syari’ah dan Undang-undang (bidang pengkhususan bahagian
perundangan Islam) pada penghujung tahun 1997. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di
peringkat Dirasah ‘Ulya (Pra M.A) di selama dua tahun di Fakulti Syari’ah, Institut Pengajian
Tinggi Islam Kerajaan Negeri Kedah (INSANIAH). Kolej tersebut mempunyai kerjasama dengan
Universiti Al-Azhar dan berjaya memperolehi Diploma Dirasah ‘Ulya (Pengajian Peringkat
Tinggi) dalam bidang pengkhususan Fiqh pada tahun 2004.Pada tahun 2020 beliau memperolehi
ijazah sarjana (MA) dari OUM dalam Pengajian Islam. Sekarang sedang melanjutkan pengajian
PhD di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang muamalat Islam (dari tahun 2021 hingga
sekarang).
Selain menimba ilmu secara dirayah (talaqqi ilmu dan kefahaman dari para ulama), beliau juga
memberi keutamanan kepada ilmu riwayah (yaitu mengambil sanad ilmu dari para ulamak sama
ada secara ijazah khusus atau ijazah umum). Di antara guru/syeikh sanad beliau ialah Syeikh
Muhammad Abduh Sulaiman al-Ahdal, Syeikh Qasim al-Bahar, Syeikh Walid Idris al-Manisi,
Syeikh Abdul Nur Zazuz al-Jazairi, Syeikh Muhammad Soleh al-Farfur dan beberapa lagi.

Berikut jasa-jasa beliau dalam berdakwah yaitu:

 Beliau bergiat sepenuh masa di dalam bidang penulisan buku-buku ilmiah Islam dan
telah menghasilkan lebih 50 buah buku yang diterbitkan. Buku-buku beliau diterbitkan
oleh Telaga Biru Sdn. Bhd., Mustread Sdn. Bhd. dan Iman Firdausi Enterprise.
 Penyampai kuliah agama (khususnya Tafsir al-Quran) di beberapa masjid serta surau
dalam Negeri Perlis. Mendapat tauliah mengajar dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri
Perlis (sejak 2016).
 Ahli panel Syariah Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis (2020).
 Pernah berkhidmat sebagai Imam Masjid Nurus Salam, Behor Mentalon, Tambun
Tulang, Arau, Perlis (2016-2018).
 Pernah berkhidmat sebagai penasihat syari’ah Syarikat Perniagaan HPA Sdn. Bhd
(2008-2011).
2. Allahyarham Ustaz Abu Bakar Al-Baqir
Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di Kampung Gunung Semanggol, Bagan Serai,
Perak. Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunan Jawa.
Datuknya berasal dari Kendal, Jawa Tengah. Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama
daripada keluarganya yang datang menetap di Gunung Semanggol lebih kurang pada 1850-an.
Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di Klang, Selangor, kemudian pindah ke Kuala
Kurau, Perak, untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka
adalah dari bercucuk tanam dan bersawah. Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai
pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, yaitu kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah
kemudian menjadi penyara hidup Mohd.Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat
sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd.
Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam.
Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah
Mohd. Said dididik dengan didikan agama.
Beliau belajar di Sekolah Melayu selama lima tahun. Di samping itu, beliau juga dididik
membaca al-Quran dan ilmu-ilmu agama lainnya yang sesuai diterima oleh anak-anak sebayanya.
Setelah menamatkan Sekolah Melayu, beliau belajar di sebuah pondok di Gunung Semanggol,
yaitu Madrasah ar-Rahmaniah. Pondok itu dinamakan demikian adalah sempena nama
pengasasnya, Haji Abdul Rahman bin Mahmud, seorang alim yang pernah belajar di Al-Azhar,
Mesir dan Masjid Haram di Mekah. Syeikh Abu Bakar al-Baqir belajar di pondok itu selama enam
tahun, iaitu dari tahun 1919 hingga1924. Selepas itu beliau berpindah ke Madrasah Dairatul-
Maarif al-Wataniah di Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Di Kepala Batas, beliau diajar oleh
guru yang berkebolehan, termasuklah Tok Guru Haji Abdullah bin Ibrahim (Haji Abdullah Pak
Him), seorang tokoh ulama yang terkenal di sebelah utara Semenanjung. Beliau belajar di situ
selama enam tahun.
Ketika gurunya, Haji Abdullah bin Ibrahim berpindah mengajar ke Madrasah Idrisiah, Kuala
Kangsar, Syeikh Abu Bakar juga berpindah ke sana, berada di sana selama tiga tahun (1931-1933),
separuh masa pertama sebagai pelajar, dan pada separuh masa yang kedua sebagai guru pelatih
dengan diberi gaji RM30.00 sebulan.
Beliau kembali ke Gunung Semanggol atas panggilan bekas gurunya dan bakal mertuanya,
Haji Abdul Rahman, untuk sama-sama berusaha menubuhkan sebuah sekolah Islam di Gunung
Semanggol sebagai ganti pondok ar-Rahmaniah. Berkat usaha gigih Syeikh Abu Bakar al-Baqir
dan dengan sokongan kuat Haji Abdul Rahman dan tokoh-tokoh muslim tempatan, maka pada
tahun 1934 berdirilah sebuah sekolah agama yang mempunyai manhaj baru, yang diberi nama
Maahad Al-Ehya al-Shariff, menggantikan pondok yang sedia ada yang telah dibangunkan dan
diuruskan oleh Haji Abd. Rahman.
Pada tahun 1935, beliau dinikahkan dengan Fatimah Abdul Rahman. Beliau terus menyertai
isterinya ini, dengan mendapat kurnia empat orang anak, seorang lelaki dan tiga orang perempuan,
hinggalah beliau kembali ke rahmatullah pada 13 Julai 1974. Putera-puteri beliau itu ialah Sahar
Mursyid Abu Bakar, Miskiah Fadilah Abu Bakar, Naqibah Nu´ma Abu Bakar, dan Aniqah Rusda
Abu Bakar.
Dari segi pembaharuan Islam, beliau menunjukkan pembaharuan yang mirip dengan Syeikh
Juned Tola. Beliau membangunkan bidang pendidikan, politik, ekonomi, dan kerja kebajikan.
Beliau tidak begitu mengambil berat tentang fahaman bermazhab atau tidak bermazhab.
Sepertimana Syeikh Juned Tola, meskipun beliau menganut fahaman pembaharuan dalam bidang
akidah dan syariah, namun gerakan "islah"nya tidak berkonfrontasi dengan pihak Syafiiyah. Beliau
menekankan pembaharuan itu dalam bidang pendidikan.
Pembangunan pendidikan rasmi telah beliau penuhi dengan menubuhkan Maahad al-Ihya al-
Syarif. Dalam hal ini beliau mendapat kerjasama daripada kaum muslimin tempatan, khasnya
daripada Haji Abd. Rahman Mahmud, Tuan Imam Lebai Sirat, dan Haji Abd. Manaf, Penghulu
Kampung Gunung Semanggol. Selain itu, beliau juga mengajar di kelas pengajian yang diadakan
di masjid dan surau di sekitar Gunung Semanggol.
Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh tokoh-tokoh Islam terkemuka telah dibentuk suatu badan
yang bernama Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA). Sebagai Pengerusi Badan Kebajikan dan
Pelajaran MATA beliau telah memainkan peranan penting dalam merangka dasar pendidikan yang
bertaraf nasional. Dalam suatu persidangan yang diadakan di Maahad al-Ihya al-Syarif yang
dihadiri oleh lebih kurang 500 orang pada 15 November 1947 telah dibentuk pula Lembaga
Pendidikan Rakyat, atau singkatannya LEPIR, yang pengelolaannya diserahkan kepada Ustaz
Abd. Rabb al-Tamimi.
Antara matlamat yang hendak diperjuangkan oleh LEPIR ialah menyamakan kurikulum
pendidikan sekolah agama rakyat dalam Malaya, dan untuk mencapai ini sebuah Pusat Pentadbiran
Sekolah Rakyat telah dibentuk dan dikelolakan oleh Haji Zubir Ahmad, yang kemudiannya
digantikan oleh Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi. Perjuangan beliau juga meliputi bidang politik.
Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh Kesatuan Melayu pada masa itu
seperti Ibrahim Yaakub dan Dr. Burhanuddin al-Hilmi (meninggal 25 September 1969).
Bersama-sama dengan kelahiran MATA dalam suatu persidangan di bangunan al-Ihya al-
Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 2 000 orang para alim ulama dan cendekiawan Melayu serta
utusan dari Singapura dan Indonesia pada 22-24 Mac 1947 lahir pula Pusat Perekonomian Melayu
seMalaya, atau singkatannya PEPERMAS.
Untuk memenuhi hasrat, orang Melayu kepada suatu pertubuhan politik yang bertujuan
mencapai kemerdekaan, maka pada 13-14 Mac 1948, sebuah lagi persidangan telah diadakan di
al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 5 000 orang. Antara yang hadir ialah Dr.
Burhanuddin al-Hilmi. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah
parti politik yang berasaskan Islam, dengan diberi nama Hizbul Muslimin atau HAMIM. Parti ini
ditubuhkan pada 14 Mac 1948. Nama ini dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir, dan beliau jugalah
yang mengetuai parti Islam itu. Selepas itu dilakukanlah lawatan ke seluruh Malaya, bertujuan
memberi penerangan kepada rakyat muslimin dan membentuk cawangan di tempat yang boleh
dibentuk. Dalam waktu yang tidak lama, parti ini telah mempunyai cawangan di Johor, Pahang,
Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka, Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang.
Berhubung dengan suara dan sikapnya yang lantang menuntut kemerdekaan, maka parti ini
ditakuti oleh pihak berkuasa, terutama penjajah British. Maka beliau dilemparkan denganpelbagai
tuduhan dan tohmahan. Beliau juga dituduh sebagai parti "merah" (komunis). Dato´ Onn Jaafar,
yang pada masa itu memimpin UMNO, bersikap agak lunak, bahkan dengan secara sindiran
mengingatkan anggota UMNO bahawa ´pertumbuhan politik di Gunung Semanggol itu ialah suatu
bahaya dari gunung yang patut diawasi´. Pengaruh Gunung Semanggol dalam membentuk
pemikiran umat Islam di Malaya sesungguhnya amat ketara.
Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembangan cita-cita Islam dalam politik
memuncak ketika pada 29 Julai 1948, pukul 12.00 tengah hari tiga orang pemimpin utama
HAMIM ditangkap. Mereka ialah Syeikh Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abdul Rabb al-Tamimi, dan
Ustaz Abdul Rauf Nur. Syeikh Abu Bakar dibebaskan daripada tahanan pada Oktober 1952.
Ekoran daripada penahanan itu, HAMIM menjadi lumpuh dan akhirnya terkubur. Bagaimanapun,
semangat perjuangannya untuk menegakkan Islam di Tanah Melayu diwarisi oleh parti baru, iaitu
Parti Islam Se-Malaya, sekarang Parti Islam Se-Malaysia, (PAS).
Syeikh Abu Bakar al-Baqir meninggal dunia pada 13 Julai 1974. Bagaimanapun, jasanya tetap
tinggal. Maahad al-Ihya al-Syarif terus berdiri dengan kukuh. Dari segi kewangan, meskipun
sangat sederhana, namun tidak mengecewakan. Sekolah ini kebun-kebun getah dan kelapa sawit,
serta bendang. Kebun getahnya ada lebih kurang 40 ekar, kebun kelapa sawitnya seluas 60 ekar
dan sawah padi seluas 12 ekar. Beliau juga mempunyai kedai di Sri Manjong yang disewakan
RM350.00 sebulan. Selain itu, sekolah ini juga mendapat bantuan daripada Majlis Agama Negeri
Perak. Walau bagaimanapun, fungsi sekolah itu sebagai salah satu pusat perjuangan umat Islam
telah berhenti sejak pemergian Syeikh Abu Bakar al-Baqir.
3. Tuan Guru Dato Dr. Harondin
Darussyifa' telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Beliau
merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan cara rawatan Islam kepada
masyarakat umum di Malaysia. Sebagai anak murid, maka eloklah kita mengetahui latar belakang
Tuan Guru semoga dengan itu lebihlah lagi kita sayang dan hormat kepadanya.

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14
Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis.
Menikah dengan seorang Istri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga
perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama
Islam. Ibu bapak beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada
masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik
beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik
perempuan. Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz
Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai
sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.
Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun
ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan
Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz
Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan
kepada Ustaz Haron Din sahaja.
Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian
dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-
‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan
pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sertifikat
Tertinggi Kampus dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Beasiswa
Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar,
Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua
degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma
Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat
sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula
ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D
Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).
Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam
adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM
menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

4. Abdul Malik bin Abdullah


Abdul Malik bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Pulau Manis merupakan salah
seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka. Abdul Malik bin Abdullah atau nama
penuhnya Syeikh Abdul Malik bin Abdullah merupakan salah seorang daripada
ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar islam di nusantara.
Beliau dikatakan mendapat pendidikan awal dari beberapa orang Ulama Terengganu dan
seterusnya melanjutkan pelajaran di Aceh. Di antara gurunya di Aceh ialah Syeikh Abdur Rauf
bin Ali Al-Fansuri. Semasa di Aceh beliau telah bersahabat dengan beberapa orang yang akhirnya
menjadi tokoh dan ulama besar. Mereka ialah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-
Mankatsi dari Bugis-Makasar, Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan dan Syeikh Burhanuddin
Ulakan dari Sumatera Barat. Mereka telah menerima ijazah Tarikat Syathariyah dari ulama Aceh
yang terkenal itu. Mereka kemudiannya bersama melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah.
Semasa di Mekah, beliau bersahabat dengan Syeikh Abdus Syukur bin Abdul Karim Batani al-
Fathani dan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani.
Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan
peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang
dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.
Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab
seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada
kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana
seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat
dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.Pengetahuan ugama dan politik dunia ini
menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.
5. Tok Selehong
Tokoh guru pondok yang paling terkemuka di Jajahan Tumpat selepas zaman Haji Abdul
Malek Sungai Pinang. Seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Padang Jelapang, Tok Bachok, Tok
Seridik dan Tok Kemuning.
Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Osman. Kadang-kadang dipanggil juga
dengan nama Haji Abdul Rahman Syair atau Tok Syair kerana kepandaiannya mengarang syair.
Seorang daripada guru awalnya tentulah Haji Abdul Malek Sungai Pinang yang berdekatan dengan
kampungnya. Kamudian menyambung belajar di pondok Cha-ok, Petani berguru dengan Tok Cha-
ok Haji Abdullah bin Mohd Akib. Akhir sekali pergi mendalami pengajian di kota Makkah -
berguru dengan Pak Chik Wan Daud Patani, Tuan Mukhtar Bogor, Tok Shafie Kedah dan ramai
lagi.
Selepas 18 tahun bermukim di tanah suci Makkah, pulang ke tanah air (1921) lalu mengasas
pusat pengajian pondok sendiri di pinggir sungai Selehong. Di pondok inilah beliau mengajar dan
mengembangkan pondoknya yang sangat dikenali ramai pada zaman itu. Bidang ilmu yang sangat
ditumpukannya ialah ihsannuddin atau tasawuf dengan Syarh Hikam Ibn Ata'Allah sebagi teks
utama. Tok Seleong masyhur sebagai ahli sufi yang zahid. Bagi tujuan supaya hatinya tidak
tertambat kepada dunia, beliau menggali sebuah lubung khas dalam kawasan tanah perkuburan
Islam berhampiran pondok Selehong yang dijadikan semacam kamar khusus tempat belau
beribadat dan bersuluk.
Hobi tok guru yang pandai bersilat ini pun agak aneh. Beliau bukan sahaja sering keluar
memukat ikan dan berburu rusa, malahan meminati haiwan yang cantik-cantik seperti kuda, biri-
biri jantan, ayan jantan laklung persis orang pelihara ayam serama zaman kini. Bapa mertua kepada
Tuan-tuan Guru Haji Ahmad Batu Tiga Repek dan Haji Awang. Beliau kembali ke rahmatullah
pada jam 8.30 malam Khamis 18 Zulkaedah 1353 bersamaan 20 Favruaru 1935 dan dikebumikan
di Kubur Selehong, Tumpat. Kegiatan dakwah Islamiahnya diteruskan oleh murid-muridnya
hingga kehari ini.
Antara yang mashur termasuklah Pak Cu Che Abbas Kelong, Haji Yaakub Kelong, Haji Pak
Man Berangan, Haji Che Mamat Kok Keli, Haji Awang Lambor, Haji Yaakub Wakaf Bharu, Haji
Abdul Rahman Dalam Pator, Haji Abdul Rahman Tendong, Haji Abdul Rahman Pohon Tanjong,
Hj. Abdullah Tal Tujoh, Hj Che Mat Padang Upeh, Hj. Abdul Aziz Kg. Tujoh, Hj. Mat Bola
Geting, Hj. Saleh Pedada Bunohan, Pak Su Wil Kg. Dangar, Hj. Abdul Kadir Gaal, Yb Hj.
Muhammad Batu Hitam dan Hj. Wan Abdul Latif Jerteh (Terengganu).
DAFTAR PUSTAKA

Hj Wan Mohd Shagir Abdullah (1999). Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu
Jilid 6. Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah Kuala
Lumpur. ISBN 9839701290.
https://pemuda-hijau.blogspot.com/
https://titas-1112.blogspot.com/2012/04/tokoh-islam-di-malaysia.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Malik_bin_Abdullah

Anda mungkin juga menyukai