Anda di halaman 1dari 12

SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

‫ﺟ ﻨﺎﻧ ﯿﺐ ةﯾ ﻤ ﻼﻋ ﻼ ةﯾ ﺠﻮﻟ ﻮﻧ ﻜ ﺘ ﻼ ةﯾ ﻤ ﻼ ﺳ ﻺا ةﯾ ﻌﻤﺎﺟ ﻼ ةﯾ ﻠ ﻜ ﻼ‬

KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG

FINAL EXAMINATION
SEMESTER 2 2021/2022

(FU 233) USUL AL-FIQH


Duration: 2 hours
(Masa: 2 jam)
___________________________________________________________________

Please check that this examination paper consists of FOUR (4) questions on
FOUR (4) printed pages before you begin the examination.

[Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT(4) soalan


pada EMPAT(4) mukasurat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan
ini.]

Answer ALL questions in this examination booklet.


[Jawab SEMUA soalan di dalam kertas peperiksaan ini.]

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA


MARKAH PENUH MARKAH DIPEROLEH

II

Jenis kertas soalan. Tandakan X dalam ruangan tertentu.


X Jawapan bertulis (Essay type –
subjective) Objektif

1
KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG

FU 233 USUL AL-FIQH

ARAHAN :

1. KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 4 SOALAN.

2. JAWAB SEMUA SOALAN.

3. PELAJAR HARUS MENGGUNAKAN KERTAS KAJANG UNTUK MENJAWAB


SOALAN.

4. PASTIKAN NAMA DAN NO. MATRIK PELAJAR DITULIS PADA SETIAP


HELAIAN SKRIP JAWAPAN PELAJAR.

5. PELAJAR PERLU MENGHANTAR SKRIP JAWAPAN DALAM BENTUK PDF


DAN EMAIL KE aisamuddin@kitab.edu.my SEBELUM WAKTU PEPERIKSAAN
TAMAT.

6. PLAGIAT ATAU SEBARANG PENIRUAN TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

2
SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

Soalan (1) :

A. Apakah maksud Usul al-Fiqh dari sudut bahasa dan istilah?

∑ Usul fiqh dari sudut bahasa, perkataan usul fiqh terbentuk dari dua perkataan iaitu al

usul dan al fiqh. Al usul berasal dari aslu yang membawa maksud asas. Al-fiqh

membawa maksud mengetahui. Dari sudut istilah, usul fiqh ialah ilmu yang

membahaskan tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulama mujtahid untuk

mengeluarkan hukum syarak berdasarkan dalil-dalil syarak.

(4 markah)

B. Berikan tiga (3) skop perbahasan dan tiga (3) kepentingan ilmu Usul al-Fiqh.

∑ skop perbahasan ilmu usul fiqh:

i. membahaskan tentang kaedah yang digunakan para ulama untuk

mengeluarkan sesuatu hukum.

ii. membahaskan tentang dalil hukum yang disepakati seperti Al-Quran dan dalil

hukum yang tidak disepakati seperti Al-Istihsan.

iii. mengenai kaedah istinbat hukum bagi sesuatu masalah

∑ kepentingan ilmu usul fiqh:

i. untuk mengetahui cara bagaimana ulama mengeluarkan hukum dari Al-Quran,

Al-Sunnah, Ijmak atau Qiyas.

ii. untuk menentukan hukum yang sesuai mengikut perubahan zaman dan

keadaan semasa dalam masyarakat.

iii. mengetahui asas-asas bagi hukum syarak serta hikmahnya.

(6 Markah)

3
SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

C. Apakah maksud al-Quran dari sudut Istilah? Nyatakan pembahagian ayat al-

Quran beserta contoh baginya.

∑ maksud Al-Quran dari sudut istilah ialah kalam Allah yang diturunkan dalam

bahasa Arab sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW melalui

perantaraan Malaikat Jibril , diturunkan secara mutawatir dan membacanya

dikira sebagai satu ibadah.

∑ Ayat Al-Quran terbahagi kepada dua iaitu ayat muhkamat iaitu ayat yang jelas

maksudnya dah mudah difahami dan jenis kedua ialah dan ayat mustasyabihat

iaitu ayat yang hanya Allah sahaja yang mengetahui maksud sebenarnya atau

ayatnya boleh difahami dengan mendalaminya berpandukan dalil.

(5 Markah)

D. Huraikan pembahagian al-Sunnah dari sudut matan.

ÿ Sunnah Qauliyyah: iaitu segala bentuk perkataan atau ucapan Nabi S.A.W.

Contohnya, Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya setiap amalan itu hendaklah

disertakan dengan niat”

ÿ Sunnah Fi’liyyah iaitu segala bentuk perbuatan Nabi S.A.W, tetapi bukan semua

perbuatan Nabi itu dianggap sebagai al-Sunnah. Ini kerana Sunnah Fi’liyyah

terbahagi kepada tiga

i. Perbuatan semula jadi iaitu perbuatan daripada Nabi SAW secara semula

jadi dan tabiat manusia seperti cara berjalan, makan, minum dan

sebagainya. perbuatan ini adalah harus untuk diikuti.

4
SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

ii. Perbuatan yang hanya untuk Nabi SAW sahaja. Contohnya berkahwin

lebih daripada empat dalam satu satu masa. hukumnya adalah haram untuk

diikuti oleh umat.

iii. Perbuatan yang dilakukan oleh Nabi SAW yang bertujuan untuk

disyariatkan dan dijadikan sebagai rujukan.

ÿ Sunnah Taqririyyah iaitu segala perakuan Nabi S.A.W. terhadap percakapan,

perbuatan atau sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat sama ada melalui

perakuan baginda secara terus terang atau dengan mendiamkan diri. Contohnya,

ada sahabat yang memakan Dhab tetapi Nabi SAW tidak melarangnya atau

memakannya. ini bermakna memakan Dhab adalah harus.

ÿ Al Sunnah Al-Hamiyyah iaitu cita-cita nabi untuk mengerjakan sesuatu tetapi

baginda tidak sempat menunaikannya. Contoh, Nabi SAW pernah bersabda

“Sesungguhnya jika aku sempat hidup hingga tahun hadapan,aku akan berpuasa

pada hari kesembilan,iaitu beserta hari kesepuluhnya.”

(10 Markah)

5
SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

Soalan (2) :

A. Nyatakan lima (5) peranan al-Sunnah dan contoh setiap satu baginya.

i. sebagai penyokong kepada Al-Quran

ii. untuk menjelaskan hukum yang ada dalam Al-Quran. contohnya, dalam Al-Quran

tidak menjelaskan cara untuk solat, tetapi al-Sunnah menjelaskan perkara ini

dengan sabda Nabi SAW iaitu “solatlah engkau sebagaimana engkau melihat aku

solat”.

iii. untuk mengkhususkan hukum yang umum di dalam Al-Quran. contohnya

iv. untuk mendatangkan hukum baru yang tidak ada dalam Al-Quran

v. mengikat apa yang mutlak yang ada di dalam Al-Quran

(10 Markah)

B. Apakah takrif qias? Sebutkan rukun-rukun qias dan contoh.

∑ Qias ialah menyamakan sesuatu hukum yang tidak ada di dalam Al-Quran dengan

sesuatu yang telah dinyatakan hukumnya di dalam Al-Quran atau As-Sunnah.

∑ Rukun qias ialah asal, hukum asal, furu’ dan ‘illah.

(5 Markah)

C. Berikan maksud bagi istilah-istilah berikut :

I. Al- Istihsan

ÿ mengambil hukum yang terbaik setelah para ulama mujtahid

mempertimbangkan keburukan dan kebaikan sesuatu perkara itu.

6
SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

II. Al-Istishab

ÿ berpegang kepada sesuatu hukum yang telah ada sehingga ada

dalil yang mengubah hukum tersebut.

III. Al- ‘Urf

∑ uruf ialah sesuatu yang dilakukan oleh orang ramai dan telah menjadi

kebiasaan bagi mereka sama ada dari segi perbuatan, perkataan atau

meninggalkan sesuatu.

IV. Syar’u Man Qablana

ÿ syariat umat-umat terdahulu melalui rasul-rasul dan nabi-

nabi yang diutuskan kepada mereka.

(10 Markah)

Soalan (3) :

B. Apakah takrif Masalih al-Mursalah dari segi bahasa dan istilah?

Huraikan pembahagiannya.

ÿ Dari sudut bahasa, masalih al-mursalah terbentuk dari dua perkataan

iaitu masalih yakni kepentingan dan al-mursalah yakni dilepaskan.

Dari sudut istilah pula, masalih mursalah ialah sesuatu perkara yang

digunakan bagi melepaskan manusia dari sebarang keburukan.

7
SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

ÿ Masalih al-mursalah terbahagi kepada tiga iaitu:

i. Daruriyyat , iaitu keperluan asasi yang mendesak. Keperluan ini

penting bagi menjaga kehidupan manusia. Di bawah daruriyat ini,

terdapat lima perkara penting yang perlu dipelihara iaitu memelihara

agama dengan dibolehkan membunuh orang yang murtad. Yang

kedua, memelihara nyawa dengan penentuan hukum haram bunuh

diri. Yang ketiga, memelihara keturunan dengan perintah haram

berzina. Keempat, memelihara harta iaitu dengan perlaksanaan

hukuman potong tangan bagi yang mencuri. Kelima, memelihara akal

dengan pengharaman minum arak.

ii. hajiyat, iaitu keperluan untuk menghindarkan manusia dari

kesempitan hidup. contohnya, diberikan rukhsah solat bagi yang

musafir lebih dari dua marhalah dan rukhsah berpuasa.

iii. kamaliyat/tahsiniyat, iaitu keperluan untuk memenuhi keselesaan

manusia. Contohnya, dari segi adat dan uruf.

(10 Markah)

B. Berdasarkan hukum taklifi yang dipelajari, nyatakan hukum dan alasan bagi

permasalahan berikut :

I. Melihat perempuan yang ingin dinikahi.

ÿ hukumnya harus. kerana untuk memastikan bahawa perempuan tersebut

adalah individu yang betul yang ingin dia nikahi.

II. Ali meminum arak bagi tujuan perubatan.

8
SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

ÿ hukumnya harus. kerana untuk menyelamatkan nyawa dan memelihara diri.

III. Zaki memukul bapanya tanpa sebab.

ÿ haram dan brdosa. kerana haram menyakiti orang lain.

IV. Ramzi berkahwin dengan adik susuannya.

ÿ hukumya haram. kerana mereka merupakan saudara susuan. saudara susuan

termasuk dalam golongan orang yang haram dikahwini selama-lamanya.

(10 Markah)

C. Jelaskan maksud ‘Urf dan tiga (3) contoh ‘Urf.

ÿ uruf ialah sesuatu yang dilakukan oleh orang ramai dan telah menjadi kebiasaan bagi

mereka sama ada dari segi perbuatan, perkataan atau meninggalkan sesuatu.

ÿ contoh uruf ialah :

i. uruf fasid, contohnya, pergaulan bebas tanpa menutup aurat di antara seorang

perempuan dengan sepupu lelaki. perkara ini bercanggah dengan hukum

syarak.

ii. uruf perkataan, contohnya, perkataan al walad digunakan hanya untuk kanak-

kanak lelaki, sedangkan maknanya adalah untuk kanak-kanak lelaki dan

perempuan.

iii. uruf perbuatan , iaitu uruf am dan uruf khas. contoh bagi uruf am ialah

perbuatan seseorang Muslim yang tidak menanggalkan kasut ketika masuk ke

dalam masjid diangap menghina kemualiaan masjid. contoh uruf khas ialah di

Malaysia, jika seseorang memasuki rumah orang Islam tanpa menanggalkan

kasut, ia dianggap tidak menghormati tuan rumah, namun sebaliknya di

Jordan.

(5Markah)

9
SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

Soalan (4) :

A. Nyatakan maksud al-Amru dari sudut istilah dan berikan lima (5) penggunaan

lafaz al-Amru daripada makna majazi berserta contoh.

ÿ maksud al-Amru dari sudut istilah ialah

ÿ lima penggunaan lafaz al-Amru ialah :

i. al-nadbu iaitu suruhan yang menunjukkan sunat.

ii. al-irsyad iaitu suruhan yang membawa maksud petunjuk

iii. al-tahdid iaitu suruhan yang membawa maksud ugutan atau untuk

menakut-nakutkan

iv. al-ikram iaitu suruhan yang membawa maksud memuliakan

v. al-taskhir suruhan yang membawa maksud penghinaan

(10 Markah)

B. Apakah maksud hukum Wad’i? Huraikan pembahagiannya.

ÿ hukum wad’i ialah sesuatu yang menyebabkan kerananya berlaku penetapan

sesuatu hukum.

ÿ hukum wad’i terbahagi kepada tiga iaitu sebab, syarat dan mani’. sebab ialah

sesuatu asas yang terbentuknya sesuatu hukum. contohnya, munculnya anak bulan

menjadi sebab kepada wajib berpuasa. syarat merupakan bahagian daripada

terlaksananya sesuatu , tetapi bukan bermaksud dengan adanya sesuatu itu maka

akan adanya syarat, contohnya, syarat sah solat adalah berwudhuk, tetapi bukan

bermakna jika berwudhuk, perlu menunaikan solat, kadangkala orang berwudhuk

untuk membaca al-Quran dan sebagainya. mani’ pula ialah penghalang kepada

terlaksananya sesuatu. contohnya, ahli waris layak menerima harta pusaka , tetapi

10
SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

jika berlainan agama, seseorang tidak boleh menerima harta tersebut, di sini,

berlainan agama menjadi mani’ atau penghalang kepada seseorang itu menerima

harta pusaka.

(5 Markah)

C. Sebutkan tempat rujukan hukum dan alasan bagi permasalahan berikut :

I.Pengharaman dadah.

ÿ qiyas. kerana dadah merupakan sesuatu yang memabukkan. ia diqiyaskan

kepada haram minum arak kerana memabukkan.

II.Membina bank dan pejabat pos.

ÿ masalih mursalah. kerana untuk kepentingan manusia. untuk menghindarkan

manusia dari kesusahan.

III.Diharuskan minum baki minuman yang diminum oleh burung.

IV.Berpuasa di bulan Ramadhan.

ÿ al-Quran. hukumnya wajib kerana ada dalil yang mengatakan bahawa jika

kamu melihat anak bulan, maka wajib berpuasa ( pada bulan Ramadhan).

V. Wakaf untuk diri sendiri daripada golongan Mahjur ‘alaih.

(10 Markah)

**KERTAS SOALAN TAMAT**

11
SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

12

Anda mungkin juga menyukai