Anda di halaman 1dari 15

AMALAN QUNUT NAZILAH DI ANTARA AL-TAQLID DAN AL-ITTIBA’

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN 1

2. PENGENALAN AL-TAQLID DAN AL-ITTIBA’


i. DEFINISI TAQLID 3
ii. DEFINISI ITTIBA’ 4

3. HUKUM AL-TAQLID DAN AL-ITTIBA’


i. HUKUM AL-TAQLIQ 5
ii. LARANGAN TAQLID DAN WAJIB ITTIBA’ 6

4. PENGENALAN QUNUT NAZILAH


i. DEFINISI QUNUT 8
ii. DEFINISI NAZILAH 9
iii. DEFINISI QUNUT NAZILAH 10

5. ALAMAN QUNUT NAZILAH SEBAGAI PRINSIP ASAS ISLAM KEPADA 11


DOA SEBAGAI USAHA

6. KESIMPULAN 13

7. RUJUKAN 14
PENDAHULUAN

Usul fiqh merupakan salah satu cabang ilmu pengetahuan yang membahas tentang dalil-dalil yang
mendasari hukum asal dari fiqh. Dasar-dasar hukum bersumberkan dari Al-Quran, Hadis, Ijma’
dan Qiyas. Keempat-empat sumber tersebut merupakan landasan yang disepakati oleh jumhur
Ulama.

Para ulama yang berkecimpung dalam perkara fiqh, disebut dengan Fuqaha. Sehingga
dalam Usul Fiqh, terdapat pembahasan tentang ittiba’ dan taqlid. Kedua-dua perbahasan ini
mencangkup tentang perbahasan menerima dan mengikuti pendapat para Fuqaha berserta landasan
dalilnya.

Mutakhir ini, Qunut Nazilah adalah satu perkara yang banyak kita dengari tidak kira di
masjid, institusi pendidikan, media massa dan media sosial. Sejak Oktober 2023 yang lalu, masjid-
masjid di negeri seluruh Malaysia diseru untuk melaksanakan Qunut Nazilah dalam setiap solat
fardhu1.

Walaupun begitu, ramai di antara masyarakat Islam di Malaysia yang hanya mengikut apa
yang diarahkan oleh pihak berautoriti tempatan tanpa memahami signifikan perlaksanaan Qunut
Nazilah secara luas tersebut. Adalah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Islam di Malaysia yang
tidak arif dalam hukum hakam Islam bertaqlid dengan kata-kata dan pandangan dari pemimpin
Islam seperti Sultan dan Mufti.

Namun begitu, hanya bertaqlid kepada pandangan pemimpian Islam tidak cukup untuk
menyatakan bahawa seseorang itu menghayati Islam dengan sebenar-benarnya. Menurut Sheikh
Dawud al-Fatani dalam kitab al-Dur al-Thamin menyatakan bahawa orang yang bertaqlid dalam
akidah sedangkan dia mampu belajar itu tidak disebutkan sebagai orang yang mengenal Allah

1
Hazelen Liana Kamarudin. (08 Oktober 2023). Umat Islam diminta solat hajat, baca Qunut Nazilah untuk Palestin.
Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/283162/berita/nasional/umat-islam-diminta-solat-hajat-baca-
qunut-nazilah-untuk-palestin
Lihat juga: Safina Ramli. (19 Oktober 2023). Konflik Palestin-Israel: Masjid di Pulau Pinang diseru laksana qunut
nazilah. Kosmo. https://www.kosmo.com.my/2023/10/19/konflik-palestin-israel-masjid-di-pulau-pinang-diseru-
laksana-qunut-nazilah/ , Mohamed Farid Noh. (13 Oktober 2023). Masjid, surau di Johor diarah buat solat hajat, baca
qunut nazilah. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1019516/masjid-surau-di-johor-diarah-
buat-solat-hajat-baca-qunut-nazilah dan Bernama. (10 Oktober 2023). Isu Palestin: JAIS seru masjid, surau anjur solat
hajat, Qunut Nazilah. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-palestin-jais-seru-masjid-surau-
anjur-solat-hajat-qunut-nazilah-441078?

1
SWT dengan sebenar meskipun sudah berkeyakinan bahawa Allah SWT itu adalah Tuhan bagi
semesta alam. Manakala, Sheikh al-Hududi menjelaskan dalam Kitab Syarh Umm al-Barahin
bahawa seseorang yang mengikuti perkataan atau keyakinan orang lain tanpa mengetahui dalilnya
itu dinamakan sebagai taqlid.

Dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ِ ‫اَّلل ِبِه خْيا ي فَِقهه ِِف‬


‫الدي ِن‬ ُ ْ ُ ً ْ َ ُ ‫مَنْ يُِردْ ه‬
Maksudnya: Barangsiapa Allah kehendaki baginya kebaikan maka Dia akan menjadikannya
faham (berilmu) tentang (urusan) agama (Islam).

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith sahih lain, iaitu dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ك طَِريْقًا يَلْتَِمسُ ِفيِْه ِعلْمًا سَ ههلَ هللاُ لَهُ ِبِه طَِريْقًا ِإ ََل ا ْْلَنِهة‬
َ َ‫مَن سَل‬
Maksudnya: Barangsiapa menempuh suatu jalan dengan tujuan untuk menuntut ilmu (agama),
maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.

(Hadis Riwayat Muslim)

Imam Ibn Qayyim dalam kitab Miftah Daris Sa'adah menyatakan bahawa hadis di atas
menunjukkan bahawa orang yang tidak difahamkan dalam urusan agama maka bererti Allah SWT
tidak mengkehendaki kebaikan bagi dirinya.

Pemahaman agama yang dimaksudkan di sini adalah ilmu yang bermanfaat (Al Quran dan
Hadis) untuk seseorang itu mengamalkan serta mewariskan amal soleh yang menepati ajaran Islam
yang sebenarnya. Lantas itu memastikan dia beramal dengan konsep ittiba’ dan bukannya dengan
mengikuti tanpa mengetahui punca dan alasannya (taqlid).

Oleh yang demikian, fokus penulisan ini adalah untuk memahami konsep al-taqlid dan al-
ittiba’ dalam amalan Qunut Nazilah dalam kalangan masyarakat Malaysia.

2
PENGENALAN AL-TAQLID DAN AL-ITTIBA’

iii. DEFINISI TAQLID

Taqlid (‫ )تقليد‬berasal dari perkataan qallada (ََ‫)قَلَّد‬, yuqallidu (َُ‫)يُقَلِّد‬, taqliidan (‫ )ت َ ْقل ْيدًا‬yang bermaksud
meniru, menyerahkan, menghiasi dan menyimpangkan. Selain itu, al-taqlid membawa maksud
mengikat ikatan di tengkuk (Amin al-Jarumi, 2010).

Secara istilahnya, al-taqlid bermaksud mengikuti pendapat orang lain tanpa mengetahui
sumber atau alasannya. Menurut Ibn Qudamah dalam kitab Rawdat al-Nazir wa Jannat al-
Manazir, dari pandangan Ulama’ Usul al-taklid adalah mengambil pakai pendapat orang lain tanpa
mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil itu.

Menurut Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaili dalam kitabnya Usul al-Fiqh al-Islami menyatakan
bahawa, terjemahannya: “Taqlid secara bahasa dikaitkan seperti rantai di leher, sebahagian dari
taqlid ialah taqlid hadiah di dalam haji. Iaitu menggunakan rantai di leher adalah hukum hadiah
di tanah haram berupa beberapa haiwan ternakan. Secara istilah (ahlu usul), taqlid adalah
mengambil perkataan dari orang lain tanpa mengetahui dalilnya. Ini sepertimana mengusap
sebahagian kepada (wudhu’) dengan bertaqlid kepada Imam Syafie dan seperti Makmum
menunggalkan bacaan al-Fatihah dalam solat dengan bertaqlid kepada abu Hanifah dan lainya”.

Secara kesimpulannya, al-taqlid adalah mengambil pendapat orang lain tanpa mengetahui
dalilnya serta tidak mengetahui kuat atau tidak dalil tertentu.

3
iv. DEFINISI ITTIBA’

Al-Ittiba’ (َ‫ )اتباع‬berasal dari bahasa arab iaitu dari kata kerja (fi’il) ittaba’a (َ‫)إتَّ َب َع‬, yattabi’u (‫)يتبع‬
dan ittiba’an (‫ )اتِّباعًا‬yang membawa maksud mengikuti atau menurun. Menurut al-Farra’
sepertimana dinukil oleh al-Azhari dalam kitab Tahdzib al-Lughah, al-ittiba’, ittiba’ bermaksud
seseorang berjalan dan anda berjalan di belakang dia. Menurut Muhammad Rawwas Qal’ah Ji
dalam Mu’jam Lughah al-Fuqaha’, al-ittiba’ berasal dari ittaba’a, iaitu berjalan di belakang
orang lain dan di dalam jejaknya; atau berbuat menurut ucapan orang lain dan meneladaninya.

Al-Ittiba’ dari segi istilah bermaksud cara pengikut (al-tabi’) mengikuti jalan orang yang
diikut (al-matbu’) dan dia mengambil sesuatu hukum daripada dalil melalui cara yang diambil oleh
orang yang diikutinya itu (Amin Al-Jarumi, 2010). Menurut Inb Manzur dalam kitab Lisanul Arab
menyatakan al-ittiba’: “setiap orang yang engkau ikuti dengan hujah dan dalil padanya, maka
engkau adalah muttabi’ (orang yang mengikuti)”

4
HUKUM AL-TAQLID DAN AL-ITTIBA’

iii. HUKUM AL-TAQLIQ

Pada asalnya, bertaqlid dalam hukum Islam adalah dilarang. Hal ini kerana ia hanya mengikut
tanpa mengetahui alasan dan dalilnya. Namun, para ulama’ berbeza pandangan berkenaan al-taqlid
dengan tiga (3) hukum:-

a. Haram
Ulama’ bersepakat bahawa haram hukumnya jika bertaqlid dalam tiga (3) keadaan:
1) Bertaqlid semata-mata mengikut adat kebiasaan atau pendapat nenek moyang atau
orang terdahulu yang bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis.
2) Bertaqlid kepada orang yang tidak diketahui bahawa dia boleh diambil perkataannya.
3) Bertaqlid kepada perkataan atau pendapat seseorang, sedangkan yang bertaqlid itu
mengetahui bahawa pendapat atau perkataan itu salah.

b. Harus
Adalah taqlidnya seorang yang sudah mengerahkan usahanya untuk ittiba’ kepada yang
diturunkan Allah SWT. Hanya sebahagian sahaja darinya tersembunyi bagi orang tersebut
sehingga dia taqlid kepada orang yang lebih berilmu darinya.
Secara asasnya, taqlid ini sifatnya semetara. Misalnya taqlid sebahagian mujtahid kepada
mujtahid lain, kerana tidak ditemui dalil yang kuat untuk pemecahan suatu persoalan.
Termasuk taqlidnya orang awam kepada ulama’.

c. Wajib
Adalah taqlid kepada orang yang perkataannya dijadikan sebagai dasar hujah, iaitu perkataan
dan perbuatan Rasulullah SAW. Juga sebagaimana perkataan Ibn Qayyin iaitu: “sesungguhnya
Allah SWT telah memerintah agar bertanya kepada ahli zikr dan az-Zikir adalah Al-Quran
dan Hadis yang Allah SWT perintahkan agar para isteri Nabi-Nya selalu mengingatiNya”.

5
iv. LARANGAN TAQLID DAN WAJIB ITTIBA’

Terdapat perbezaan di antara taqlid dan ittiba’. Antaranya adalah larangan para imam kepada para
pengikutnya untuk taqlid dan perintahkan kepada para pengikutnya agar selalu ittiba’.

Menurut Imam Abu Hanifah berkata: “Tidak halal atas seorang pun yang mengambil
perkataan kami selama dia tidak tahu dari mana kami mengambilnya” Dalam riwayat lain beliau
berkata, “Orang yang tidak tahu dalilku, haram atasnya berfatwa dengan perkataanku”

Menurut Imam Malik berkata pula: “Sesungguhnya aku adalah manusia yang boleh betul
dan boleh keliru. Lihatlah pendapatku, setiap yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah maka
ambillah, dan setiap yang tidak sesuai dengan Kitab dan Sunnah maka tinggalkanlah”

Manakala Imam As-Shafie pula berkata: “Jika kamu menjumpai sunnah Rasulullah SAW,
ittiba’lah kepadanya, janganlah kamu menoleh kepada perkataan sesiapa pun” Beliau juga
berkata: “Setiap yang aku katakan, kemudian ada hadis sahih yang menyelisihinya, maka hadis
Nabi lebih utama untuk diikuti. Janganlah kamu taqlid kepadaku”.

Imam Ahmad juga berkata: “Janganlah engkau taqlid dalam agamamu kepada
seorangpun dari mereka, apa yang datang dari Nabi dan para sahabatnya ambillah” Beliau juga
berkata, “Ittiba’ adalah jika seseorang mengikuti apa yang datang dari Nabi SAW dan para
sahabatnya”.

Ibn Qayyim berkata: “Jika ada yang mengatakan: Kamu semua mengakui bahawa para
imam yang ditaqlid dalam agama mereka berada di atas petunjuk, maka orang-orang yang taqlid
kepada mereka pasti di atas petunjuk juga, kerana mereka mengikuti langkah para imam tersebut.
Dikatakan kepadanya, mengikuti langkah para imam ini secara automatiknya membatalkan sikap
taqlid kepada mereka, kerana jalan para imam ini adalah ittiba’ kepada hujah dan melarang umat
taqlid kepada mereka”.

Jelaslah sudah perbezaan antara ittiba’ dan taklid, tidak boleh melakukan ijtihad dan taklid
pada permasalahan ittiba’. Oleh kerana itu, nas-nas yang sahih yang menunjukkan dengan jelas
tentang hukum sesuatu masalah dan tidak bertentangan dengan nas-nas lainnya, sama sekali tidak

6
boleh disertai dengan ijtihad dan taqlid. Hal ini kerana, sebagaimana sudah dimaklumi, mengikuti
dan mentaati nas tersebut hukumnya wajib atas setiap orang, tidak kira siapapun orangnya.

7
PENGENALAN QUNUT NAZILAH

iv. DEFINISI QUNUT

Qunut (َ‫ )قنوت‬adalah perkataan yang mempunyai makna yang berbeza. Terdapat lebih sepuluh (10)
makna berbeza sebagaimana yang dipetik daripada Ibn ‘Arabi, Zayn al-Din al-‘Iraqi dan Ibn
Manzur (Ismail Shindi, 2004). Antaranya adalah:-

a) Menahan diri daripada berkata-kata atau diam;


b) Lama berdiri (Qiyam);
c) Taat;
d) Zikir (dengan maksud mengingati Allah SWA melalui ketaatan);
e) Ibadah;
f) Khusyu’;
g) Berdiri;
h) Berterusan menjalankan ketaatan;
i) Penetapan ibadah kepada Allah SWT; dan
j) Doa.

Secara amnya, Qunut membawa maksud berdoa ketika berdiri dalam solat. Menurut Ibn
Manzur dalam kitabnya Lisan al-Arab, Qunut dari segi bahasa bermaksud berdoa. Ini adalah
definisi yang masyhur menurut Ibn Manzur.

Dari segi istilah pula, Qunut bermaksud doa dalam solat. Dalam erti kata lain qunut ialah
zikir yang khusus yang mengandungi ucapan doa dan puji-pujian kepada Allah SWT. Ia boleh
untuk diucapkan dengan apa-apa lafaz yang mempunyai dua unsur ucapan tersebut termasuk ayat-
ayat al-Quran dengan syarat hendaklah seseorang itu berniat membaca doa qunut. Hal ini
sepertimana yang disebutkan di dalam Kasyifah al-Saja Syarh Safinat al-Naja, bahawa:

‫ اللهم‬:‫والقنوت هو ذكر خمصوص مشتمل على دعاء وثناء وحيصل بكل لفظ اشتمل عليهما أبي صيغة شاء كقوله‬

،‫ الطف يب اي لطيف وهكذا‬:‫ وكذلك ارمحين اي رحيم وقوله‬،‫ فالدعاء حيصل ابغفر والثناء بغفور‬،‫اغفر يل اي غفور‬

8
‫ ربنا اغفر لنا‬:‫ وكقوله تعاَل‬،‫ومثل الذكر املخصوص آية تتضمن ذلك كآخر سورة البقرة بشرط أن يقصد هبا القنوت‬

‫وإلخواننا الذين سبقوان ابإلميان وال جتعل ِف قلوبنا غالًّ للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم‬

Maksudnya: Qunut ialah zikir yang khusus yang merangkumi doa dan puji-pujian kepada Allah
SWT. Ia boleh diucapkan dengan apa-apa lafaz yang membawa makna kedua-dua unsur tersebut,
contohnya: “Ya Allah, ampunkan dosaku, wahai Yang Maha Pengampun.” Maka, doa terhasil
dengan lafaz ‘ampunkan’ dan puji-pujian terhasil dengan lafaz ‘Yang Maha Pengampun’.
Contohnya lagi: “Kasihanilah aku wahai Yang Maha Mengasihani.”, “Berlemah lembutlah ke
atasku wahai Yang Maha Lembut.” Dan sebagainya. Begitu juga termasuk dalam zikir yang
khusus ini juga ialah ayat al-Quran yang mempunyai unsur tersebut (doa dan pujian) seperti ayat
terakhir dalam surah al-Baqarah dengan syarat hendaklah diniatkan untuk membaca qunut. Dan
juga seperti firman Allah SWT, “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada
mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa
saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam
hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".

Walau bagaimanapun, lafaz doa qunut yang lebih baik (afdhal) bagi doa qunut ialah apa
yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW oleh Abu Hurairah RA, iaitu apa yang biasa
diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini dan disertakan dengan beberapa penambahan. Bagi
penambahan doa dan puji-pujian tersebut, Imam Ibn al-Hajar berpendapat bahawa tidak mengapa
untuk menambah lafaz (doa dan puji-pujian) dan tidak perlu sujud sahwi kerana meninggalkan
tambahan tersebut.

v. DEFINISI NAZILAH

Nazilah (‫ )نازلة‬dari segi bahasa bermaksud musibah. Dari segi istilah pula, ia bermaksud suatu
keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim
kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudarat yang jelas menimpa umat Islam.

9
vi. DEFINISI QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah dilakukan apabila terdapat nawazil yang menimpa kaum Muslimin. Jika
tiada bencana yang menimpa atau telah berakhir, maka tidak dilakukan Qunut nazilah. Menurut
mazhab Shafie, hukum Qunut nazilah adalah sunat hai’ah dan disyariatkan dalam lima waktu solat
fardu pada ruku‘ terakhir sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

Qunut Nazilah disyariatkan apabila terjadi bahaya terhadap umat Islam dan hendaklah
ditinggalkan apabila bencana telah berakhir, zahir kesannya, tamat penderitaan, sesuatu kaum
memeluk Islam atau menyesal atas perbuatan (taubat). Al-Nawawi menyatakan bahawa Qunut
nazilah dilakukan apabila terjadi nawazil berupa bahaya, ketakutan, wabak, malapetaka, kezaliman,
penindasan, penganiayaan atau yang semisal dengannya kepada kaum Muslimin. Ia boleh
dilaksanakan dalam mana-mana solat fardu secara jahar (lantang).

Qunut Nazilah adalah sunnah Nabi SAW yang perlu dilaksana untuk mendapat bantuan
daripada Allah atas bencana yang melanda. Nabi SAW pernah mendoakan kemusnahan kepada
tiga kabilah Arab iaitu Ri’lan, Dhakwan dan ‘Usayyah yang menipu baginda SAW sehingga
menyebabkan 70 sahabat Ansar mati dibunuh. (Sahih al-Bukhari, 3781).

Baginda SAW turut melakukan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan beberapa
sahabat Nabi yang ditawan di Mekah. Ia bermaksud: Ya Allah selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abi
Rabi’ah, al-Walid bin al-Walid dan Salamah bin Hisyam. Ya Allah selamatkanlah orang yang
lemah dalam kalangan orang yang beriman. Ya Allah keraskan ‘azab-Mu ke atas Mudhar (kabilah
Arab Mekah). Ya Allah jadikanlah (azab-Mu) ke atas mereka dalam bentuk musim kemarau yang
panjang sebagaimana musim kemarau pada zaman Nabi Yusuf a.s. (Sahih al-Bukhari, 951).

Semasa dikepung tentera bersekutu di Madinah pada tahun ke 5 Hijrah dalam perang Ahzab
baginda berdoa yang bermaksud: Ya Allah! Tuhan Yang menurunkan kitab, cepat audit-Nya,
tewaskanlah tentera bersekutu. Ya Allah tewaskan mereka serta gegarkan kedudukan mereka.
(Sahih Muslim, 3277)

Secara ringkasnya tiada lafaz khusus dalam doa Qunut Nazilah dan ia boleh disesuaikan
dengan situasi yang melanda.

10
ALAMAN QUNUT NAZILAH SEBAGAI PRINSIP ASAS ISLAM KEPADA DOA
SEBAGAI USAHA

Prinsip asas dalam ajaran Islam adalah menjadikan doa sebagai komponen yang penting dalam
kehidupan seharian seorang Muslim, tanpa mengira keadaan apa pun. Dalam situasi yang kritikal,
doa dianggap sebagai suatu usaha yang perlu dilaksanakan. Ini sepertimana dalam hadis riwayat
al-Hakim:

‫الدُّعَاءُ ِس َالحُ الْمُ ْؤِم ِن‬

Maksudnya: Doa adalah senjata orang mukmin.

Di sini, Qunut Nazilah dijadikan satu bentuk aplikasi kepada prinsip tersebut ketika
berlakunya bahaya, ketakutan, wabak, malapetaka, kezaliman, penindasan, penganiayaan atau
sebagainya. Kata Imam Shafie dalam kitab al-Umm: “Tiada qunut dalam mana-mana solat
melainkan solat subuh, kecuali apabila berlaku bencana maka dibaca qunut pada setiap solat
sekiranya imam mahu melakukannya”.

Manakala Imam al-Nawawi dalam kitab Syarh Sahih Muslim menyatakan tentang amalan
Qunut Nazilah ketika bencana bahawa: “Pandangan yang sahih dan mashur ialah apabila berlaku
bencana seperti musuh, kemarau, wabak, kepanasan dan apa jua kemudaratan yang berat ke atas
muslim dan yang sepertinya, maka mereka berqunut pada setiap solat wajib”.

Dalam kitab Asna al-Matalib dan Syarh Sahih Muslim ada menyatakan berkenaan dengan
adab-adab amalan Qunut Nazilah. Anataranya adalah:-

a) Bagi solat bersendirian, dibaca perlahan. Bagi imam hendaklah dibaca kuat walau
pun pada solat bacaan perlahan.
b) Makmum mengaminkan doa imam.
c) Bagi selain lafaz doa dalam qunut, makmum masing-masing membaca bacaannya
sendiri.
d) Apa jua bacaan doa adalah dibolehkan. Sebaiknya adalah bacaan yang masyhur iaitu:-

11
‫ وَابَ ِر ْك َِلْ ِفيْمَا‬,‫ت‬ ِ
َ ْ‫ وَتَوَلهِِنْ فيْمَنْ تَوَلهي‬,‫ت‬
ِ ِ ِ ِ ّٰ
َ ْ‫اللهُمه اهْدِِنْ فيْمَنْ هَدَي‬
َ ْ‫ وَعَافِِن فيْمَنْ عَافَي‬,‫ت‬
ِ ِ
َ‫وَال‬, ‫ت‬َ ْ‫ وَا نههُ الَ يَذ ُّل مَنْ وَالَي‬, ‫ك‬ َ ‫ فَِان‬,‫ت‬
َ ْ‫هك تَ ْق ِضىْ وَالَ يُْقضّٰى عَلَي‬ ِ ‫اَعْطَي‬
َ ْ‫ وَقِينْ شَ هرمَا قَضَي‬,‫ت‬
َْ
‫ت‬ ِ
َ ْ‫ت رَبهنَا وَتَعَالَي‬
َ ‫ تَبَارَْك‬,‫ت‬
َ ْ‫يَع ُّزمَنْ عَادَي‬
Maksudnya: “Ya Allah berikanlah aku petunjuk sebagaimana mereka yang telah
Engkau berikan petunjuk. Dan berikanlah aku kesihatan sebagaimana mereka yang
telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau pelihara. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah
Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang
telah Engkau tetapkan. Dan sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menghukum dan
tidak ada yang bisa menghukum-Mu. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang
Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci Engkau
wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.”

e) Tidak memanjangkan doa.


f) Dibaca sehingga diangkat bencana walau pun dalam tempoh yang lama. Rasulullah
SAW sendiri pernah membaca Qunut Nazilah selama sebulan.
g) Boleh mendoakan secara khusus dengan menyatakan nama tertentu

Dari sudut aplikasinya, doa perlu diperbanyakkan dalam menghadapi bencana dan/atau
musibah. Amalan yang diwarisi dari Nabi SAW. perlu diutamakan dalam pelaksanaan berbanding
dengan amalan-amalan tambahan yang lain. Sebagai contoh, amalan Qunut Nazilah dalam solat
fardu berjemaah perlu diutamakan untuk dilaksanakan berbanding mengadakan solat sunat hajat
berjemaah.

12
KESIMPULAN

Pada hari ini, masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia malah umat Islam di seluruh dunia
diperlihatkan mengamalkan bacaan Qunut Nazilah susulan pergolakan dan peperangan yang
berlaku di Palestin sejak Oktober 2023. Amalan Qunut Nazilah ini adalah sebagai solidariti dan
usaha bagi mendoakan kemenangan, kesejahteraan dan keamanan rakyat di Palestin dari ancaman
rejim Zionis.

Walaupun amalan Qunut Nazilah ini menjadi satu amalan yang berterusan atas dasar
anjuran dan gesaan daripada kerajaan dan pihak berautoriti tempatan, umat Islam di Malaysia
secara amnya hendaklah memahami konsep dan signifikan amalan Qunut Nazilah tersebut.

Adapun sebagai rakyat, kita dibolehkan bertaqlid kepada apa yang disuruh oleh kerajaan
dan/atau pihak berautoriti tempatan. Namun begitu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai
seorang mukallaf sentiasa berusaha mendapatkan penjelasan dan memahami dalil dan hujah
sesuatu amalan tersebut sehingga ke tahap ittiba’ sepertimana yang dianjurkan oleh Islam.

Masyarakat Islam di Malaysia seharusnya berusaha bertanyakan kepada yang lebih arif,
banyakkan bacaan serta menghadiri majlis ilmu untuk memahami lebih mendalam berkenaan
dengan isu berkaitan dengan Qunut Nazilah ini supaya dapat mengamalkan dengan penuh
kefahaman dan keyakinan seterusnya lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Semoga usaha dan amalan seluruh umat Islam, terutamanya masyarakat Islam di Malaysia
secara amnya ini, boleh menjadikan asbab kebaikan dan dakwah kepada masyarakat bukan Islam
untuk lebih mengenali dan memahami Islam sebagai agama Rahmatan lil ‘alamin dan
mementingkan ukhwah sesama umat.

13
RUJUKAN

Kitab

Ibn Manzur. 1992. Lisan al-Arab. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi wa Muassasah al-Turath al-
Arabi.

Imam al-Shafii. al-Umm. al-Maktabah al-Shamilah.

Ismail Shindi. 2004. Ahkam al-Qunut fi al-Fiqh al-Islami: Dirasah Fiqhiyah Muqaranah. Palestin:
Jami’ah al-Quds al-Maftuhah.

Nawawi al-Bantani. Kasyifah al-Saja Syarh Safinah al-Naja. Jilid 1. Dar Ibn Hazm.

Nawawi, Mahyu al-Din Yahya. 1929. Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi. Kaherah: Al-Matba'ah
al-Misriyyah.

Al-Ansari. Asna al-Matalib. al-Maktabah al-Shamilah.

Artikel/Akbar

Bernama. (10 Oktober 2023). Isu Palestin: JAIS seru masjid, surau anjur solat hajat, Qunut Nazilah.
Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-palestin-jais-seru-masjid-
surau-anjur-solat-hajat-qunut-nazilah-441078?

Hazelen Liana Kamarudin. (08 Oktober 2023). Umat Islam diminta solat hajat, baca Qunut Nazilah
untuk Palestin. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/283162/berita/nasional/umat-islam-diminta-solat-
hajat-baca-qunut-nazilah-untuk-palestin

Mohamed Farid Noh. (13 Oktober 2023). Masjid, surau di Johor diarah buat solat hajat, baca qunut
nazilah. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1019516/masjid-
surau-di-johor-diarah-buat-solat-hajat-baca-qunut-nazilah

Safina Ramli. (19 Oktober 2023). Konflik Palestin-Israel: Masjid di Pulau Pinang diseru laksana
qunut nazilah. Kosmo. https://www.kosmo.com.my/2023/10/19/konflik-palestin-israel-
masjid-di-pulau-pinang-diseru-laksana-qunut-nazilah/

14

Anda mungkin juga menyukai