Anda di halaman 1dari 6

Pengantar Ilmu Al-Qawaid Al-Fiqhiah

Mengenal Al-Qawaid Al-Fiqhiah


Kata al-Qawaid adalah bentuk jamak dari kata al-qaidah yang secara bahasa dia
bermakna asas/landasan. Allah Taala berfirman, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim
meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail. (QS. Al-Baqarah: 128)
Dan firman Allah Taala, Maka Allah menghancurkan rumah-rumah mereka dari
pondasinya. (QS. An-Nahl: 26)
Adapun menurut istilah, maka kata al-qaidah sendiri dalam penggunaan ulama
dipergunakan untuk beberapa makna, di antaranya:
a. Al-ashlu (Kaidah dasar)
b. Al-qanuun (undang-undang)
c. Al-masalah (permasalahan)
d. Adh-dhaabith (ketentuan spesifik)
e. Al-maqshad (tujuan) .
Sementara definisi al-qawaid al-fiqhiah adalah:
Hukum kulli (menyeluruh) fiqhi yang berlaku pada banyak bagian dalam bab yang
berbeda-beda .
Dikatakan hukum karena hukum itu adalah menetapkan sesuatu atau menafikan
sesuatu, dan dalam al-qawaid al-fiqhiah terdapat penetapan atau penafian.
Dikatakan kulli, untuk mengecualikan hukum-hukum yang tidak bersifat menyeluruh
akan tetapi hanya terbatas pada masalah tertentu, sebagaimana umumnya hukum-
hukum fiqhi.
Dikatakan fiqhi, untuk mengecualikan qaidah kulliah (menyeluruh) yang ada pada
disiplin ilmu lainnya, seperti qaidah nahwu dan selainnya.
Dikatakan berlaku pada banyak bagian karena inilah hakikat dari sebuah qaidah yaitu
harus berlaku pada banyak bagian.
Dikatakan dalam bab yang berbeda-beda untuk mengecualikan adh-dhabith al-fiqhi.
Perbedaan antara al-qaidah al-fiqhiah dengan adh-dhabith al-fiqhi:
Adh-Dhabith secara bahasa berasal dari kata Ash-Dhabthu yang bermakna penjagaan
ketat . Sementara menurut istilah, adh-dhabith adalah sesuatu yang mengumpulkan
banyak furu (cabang) dari satu bab yang sama .

a. Al-qaidah al-fiqhiah bisa digunakan pada banyak bab yang berbeda-beda. Misalnya
qaidah al-umuru bi maqashidiha (setiap perkara tergantung dengan niatnya). Dari
kaidah ini kita bisa menyatakan wajibnya niat dalam semua ibadah dan juga untuk
menyatakan adanya perbedaan antara amalan yang disengaja dengan yang tidak
disengaja, misalnya dalam pembunuhan dan semacamnya.
Sementara adh-dhabith al-fiqhi hanya bisa digunakan pada satu bab saja. Misalnya
dhabith apa yang dibolehkan dalam shalat wajib maka itu juga dibolehkan dalam shalat
sunnah. Dhabith ini tentunya hanya berlaku dalam bab shalat sunnah dan tidak berlaku
pada bab lainnya.

b. Pada lafazh al-qaidah al-fiqhiah terdapat isyarat kepada sumber atau dalil
hukumnya. Contoh qaidah di atas, terdapat isyarat kepada hadits niat riwayat Umar bin
Al-Khaththab.
Sementara adh-dhabith al-fiqhi tidak mengandung isyarat kepada sumber atau dalil
hukumnya.
Faidah:
Telah ditemukan kalimat dari para ulama yang lahiriahnya menunjukkan samanya
antara qaidah dengan dhabith dan tidak ada perbedaan di antara keduanya. Di antara
mereka adalah Ibnu Rajab dalam Al-Qawaid fi Al-Fiqhi Al-Islami, As-Subki dalam
kitabnya Al-Asybah wa An-Nazha`ir, As-Suyuthi juga dalam kitabnya Al-Asybah wa An-
Nazha`ir, dan juga Ibnu Al-Qayyim pada beberapa tempat dalam Ilam Al-Muwaqqiin.
Bahkan Al-Allamah Ahmad bin Muhammad Al-Fayyumi menegaskan, Qaidah menurut
istilah semakna dengan dhabith, yaitu aturan kulli (menyeluruh) yang berlaku pada
semua bagiannya.
Karenanya Abdul Majid Jumah Al-Jaza`iri berkata, Nampak bagi saya bahwa kedua
istilah ini tidaklah dibedakan kecuali pada zaman-zaman belakangan, ketika kata adh-
dhabith sudah menjadi sebuah istilah yang tersebar luas di kalangan fuqaha` yang
membahas fiqhi Islam.
Ilmu Usul Fiqh telah lama berkembang dalam dunia kesarjanaan Islam. Teori
pembangunan Usul Fiqh telah bermula sejak kewafatan baginda Rasulullah SAW
sehingga ke hari ini. (10)
Ini kerana, semasa hayat baginda, tidak memerlukan kepada ilmu Usul Fiqh kerana
memadai Rasulullah sebagai pemutus dalam segala permasalahan yang berlaku
semasa itu.
Namun, setelah Rasulullah wafat, sahabat-sahabat perlu berijtihad dalam
mengeluarkan hukum mengikut garis panduan yang telah diajar oleh Rasulullah
semasa hayat baginda.
Didikan dan tunjuk ajar Rasulullah terhadap sahabat-sahabat untuk berijtihad dapat kita
perhatikan melalui sebuah hadis tentang dialog Rasulullah dengan Muadz bin Jabal r.a:
Dari Muadz ibn Jabal r.a. bahawa Nabi SAW ketika mengutusnya ke Yaman, Nabi
bertanya: Bagaimana kamu jika dihadapkan permasalahan hukum? Dia berkata: Saya
berhukum dengan kitab Allah.
Nabi berkata: Jika tidak terdapat dalam kitab Allah? Dia berkata: Saya berhukum
dengan sunnah Rasulullah SAW. Nabi berkata: Jika tidak terdapat dalam sunnah
Rasul SAW? Dia berkata: Saya akan berijtihad dan tidak berlebih (dalam ijtihad).
Maka Rasulullah SAW memukul ke dada Muadz dan berkata: Segala puji bagi Allah
yang telah sepakat dengan utusannya (Muadz) dengan apa yang diredai Rasulullah
SAW. (riwayat al-Thabrani). (3)
Melalui Hadis tersebut, kita dapat memahami bahawa terdapat sahabat-sahabat yang
diberikan mandat untuk berijtihad sewaktu hayat baginda lagi khususnya yang berada
jauh daripada Nabi. Ini disebabkan ketinggian ilmu yang ada dan kesukaran untuk
merujuk kepada baginda.
Justeru, selepas wafatnya Nabi, para sahabat tidak memerlukan ilmu Usul Fiqh kerana
jarak mereka yang hampir dengan zaman Rasulullah. Mereka juga memahami secara
mendalam Bahasa Arab serta mengetahui sebab nuzul Quran dan sebab wujud Hadis.
Pada zaman tabiin, telah mula perluasan kuasa kerajaan Islam. Masyarakat Islam mula
dihantar untuk menjadi gabenor atau amir di negeri-negeri yang telah dibuka dalam
melancarkan lagi proses berijtihad dalam membuat keputusan. (9)
Namun, para tabiin biasanya tidak mempunyai masalah untuk berijtihad kerana jarak
masa mereka dengan Rasulullah tidak terlalu jauh. Mereka juga berguru dan
meriwayatkan Hadis-Hadis daripada para sahabat.
Justeru, kefahaman mereka terhadap dalil-dalil yang terkandung dalam Al-Quran atau
Hadis masih mendalam di samping kecekapan mereka dalam memahami Bahasa Arab.
Keadaan itu berterusan sehingga zaman Tabi Tabiin. Pada zaman ini, berlakunya
perluasan kuasa dengan lebih pesat lagi sehingga mereka yang dihantar ke negeri-
negeri tersebut sukar untuk merujuk kepada ulama-ulama yang muktabar disebabkan
mereka dipisahkan dengan jarak lokasi yang agak jauh. Maka pada waktu itu mereka
memerlukan kepada kaedah tertentu untuk memudahkan mereka mencari penyelesaian
kepada masalah-masalah yang berlaku terutamanya yang tidak disebut hukumnya
dalam Al-Quran dan Hadis.
Menyedari tentang hakikat itulah, maka Imam Syafie atau nama sebenarnya Abu
Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi ibn Ubaid ibn Abdu Yazid
ibn Hashim ibn Mutalib ibn Abdu Manaf (meninggal 820M) telah mengambil inisiatif
menyusun ilmu Usul Fiqh sebagai disiplin ilmu yang tersendiri. (4)
Dari usaha yang telah dibuat oleh beliau, maka terhasillah sebuah karya agung yang
menjadi rujukan para ulama dalam berijtihad iaitu Al-Risalah.
Setelah itu, ilmu Usul Fiqh semakin berkembang dan menjadi satu kaedah yang
membantu para ulama dalam membuat ketetapan hukum bagi sesuatu masalah yang
berlaku di kalangan mereka. Ini untuk memastikan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh
para ulama sejajar dengan Maqasid Syariah iaitu untuk membuka maslahah (kebaikan)
kepada manusia dan untuk menutup segala ruang kemudaratan (keburukan) daripada
berlaku. (5)
Bermula dari detik itulah, maka masyarakat awam mula berjinak dengan ilmu Usul Fiqh.
Ia bukan lagi menjadi sebuah ilmu yang eksklusif untuk golongan yang bergelar ulama
sahaja. Bahkan, ia dapat dihayati dan difahami oleh mereka yang mengkaji walaupun
tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan ijtihad.

Fiqh
Fiqh bermaksud kefahaman. Faham disini adalah faham para ulama' yang
berkelayakan dan berautoriti meneliti dalil-dalil untuk mengeluarkan hukum dan fatwa
yang tiada dalam Al Quran dan Hadis. Fiqh juga adalah suatu kefahaman kepada dalil-
dalil menurut kepintaran dan kepakaran ulama' serta difahamkan mengikut uruf dan
adat persekitaran. Fiqh adalah amali kepada syariat itu. Sebagai contoh kefahaman
yang pelbagai dari para ulama' dalam hal Wuduk dan persoalan Haidh serta bab sentuh
perempuan. (6)


Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru. (Al
Baqarah : 228)
Quru diartikan suci oleh orang-orang Hijaz, dan diartikan haid oleh orang-orang Iraq.
Firman Allah S.W.T :


: (

6 )

Nafi, Ibnu Amir dan Kisaii membaca secara nasab sementara Ibnu Kathir, Abu Amru
dan Hamzah membaca secara jarr. Bacaan nasab mewajibkan kaki dibasuh kerana ia
diatafkan () kepada . Manakala bacaan jar mensyaratkan sapu sahaja.


Atau menyentuh perempuan. (QS. al-Maidah[5]: 6)
Yang dimaksud menyentuh di dalam ayat ini adakah menyentuh perempuan dengan
tangan atau jima. Sehingga terjadi perbezaan pendapat apakah menyentuh dengan
tangan membatalkan wudlu atau tidak.
Walaubagaimana pun Fiqh ada yang tidak boleh diijtihad lagi seperti kekalnya bilangan
waktu solat dan Fiqh yang boleh diijtihad seperti cara-cara berjual beli yang pelbagai
mengikut mazhab yang berlainan. Boleh diingkari sekiranya kita mengetahui dalil yang
lebih baik atau mempunyai keyakinan kepada fatwa yang lebih tinggi maslahahnya.
Fiqh bersifat kontekstual atau berdasarkan perubahan uruf, adat, cara hidup dan sosial
masyarakat. (7)

Kesimpulannya secara ringkas, selain kita memahami Bahasa Arab, mempelajari Ilmu
Fiqh, Ilmu Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah adalah sangat penting. Ia diibaratkan
sebagai jambatan dalam memahami nas-nas Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Para
sarjana Feqah dan Ilmuan Islam dari dulu lagi begitu menitik beratkan pembelajaran
Ilmu Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah. Nikmat kita beribadat sekarang adalah hasil titik
peluh ulama Feqah terdahulu menyusun, menulis, mengajar dan mengembangkan Ilmu
Fiqh, Ilmu Usul Feqah dan Qawaid Fiqhiyyah dan lain-lain cabang ilmu baik duniawi
dan ukhrawi.


- 97
Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Allah, dan apa yang tak baik itu datang
dari diri kita sendiri.

Anda mungkin juga menyukai