Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM MALAYSIA SARAWAK

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

DIPLOMA DAKWAH ISLAMIYYAH

PENGANTAR DAKWAH

(DPD 1133)

TAJUK :

SA’ID NURSI

IBN BADIS

AL-MAWDUDI

HASAN AL-BANNA

PAK NATSIR

NAMA AHLI KUMPULAN :

SYAZA SYAHMINA BINTI RAZAK

(DDI 2249)

NURUL FAZDLIN BINTI MOHAMAD

(DDI 2248)

NURUL ATHIRAH BINTI MARAN

(DDI 2273)

NAMA PENSYARAH :
ISI KANDUNGAN M/S
1.0. PENGENALAN
2.0. TOKOH-TOKOH DAKWAH ABAD
KE-20

3.0.
1.0. Pengenalan
2.0. Tokoh-Tokoh Dakwah Abad Ke-20

Dakwah Islam terus bergerak melalui usaha-usaha yang dilakukan sepanjang masa. Sejak
Nabi Muhammad s.a.w. dan sampailah sekarang gerakan dakwah terus berjalan dipimpin
oleh tokoh-tokohnya.
3.0. Tokoh-Tokoh Dakwah Abad Ke-19

Abad ke-19 menyaksikan kelahiran ramai tokoh dakwah yang memimpin gerakan dakwah di
rantau masing-masing. Antara tokoh dakwah yang terpenting lahir pada abad ke-19 ialah :

1. Muhammmad ibn ‘Ali al-Sanusi (1787-1859/1202H-1276H).


Tokoh sufi dalam mazhab Ahli Sunnah berpengaruh di bahagian barat Afrika,
terutamanya Maghribi dan Algeria. Gerakannya menentang kejahilan orang Islam,
penjajahan Itali dan Perancis dan menentang perpecahan di kalangan orang Islam.

2. Jamaluddin al-Afghani (1839-1897/1254H-1315H).


Al-Afghani adalah tokoh pembaharuan pemikiran umat Islam yang merancang dan
berusaha menyatupadukan seluruh umat Islam bagi menentang Barat, sama ada
penjajahan fikiran atau penjajahan bumi. Beliau muncul di kebanyakan negara Islam
di Asia Barat.

3. Sayyid ‘Abd al-Rahman al-Kawakibi (1839-1902/1265H-1320H).


Tokoh tajdid ini memperjuangkan pembaharuan pemikiran dan melenyapkan
penjajahan pemikiran Barat di kalangan orang Islam. Tokoh ini muncul bahagian
utara negara-negara Arab (Syam).

4. Muhammad ‘Abduh (1849/1265H-1905H).


Tokoh pembaharuan dalam pemikiran Islam ini muncul di Mesir. Gerakannya
menentang pemikiran jumud di kalangan umat Islam.

5. Muhammad Rashid Rida (1865-1935).


Tokoh pembaharuan pemikiran dalam Islam, sebagaimana gurunya Muhammad
‘Abduh muncul di kalangan negara-negara Arab, terutamanya di Mesir. Gerakannya
menentang perkauman, pembaratan dan meniupkan kesedaran pemerintahan secara
Islam.

Manakala abad ke-20 pula menyaksikan beberapa tokoh yang memimpin jamaah-
jamaah dakwah. Antara tokoh yang terpenting pada abad ini ialah :
1. Badi’ al-Zaman Sa’id al-Nursi
2. Ibn Badis
3. Al-Mawdudi
4. Hassan al-Banna
5. Pak Natsir
6.
4.0. Sa’id Nursi (1873-1959/1379H)

4.1. Kelahiran Dan Pendidikan


Nama penuh Sa’id Nursi ialah Badi’al-Zaman Sa’id Nursi. Beliau dilahirkan di Turki
pada tahun 1873 dari satu keluarga yang mulia dan berpengaruh. Sejak berumur
sembilan tahun beliau menumpukan usahanya kepada bidang ilmu,terutamanya ilmu
agama. Bermacam-macam ilmu dipelajari oleh Sa’id Nursi dan beliau telah dapat
menguasai bidang yang diceburinya sebelum umurnya mencapai 18 tahun. Di
samping itu, Sa’id Nursi juga mengambil berat mempelajari ilmu-ilmu kekuatan
jasmani, seperti melontar target, pertarungan dalam pertahanan diri, menunggang
kuda dan lain-lain.

4.2. Masyarakat Turki


Masyarakat Turki pada masa Sa’id Nursi adalah sebuah masyarakat yang telah
diresapi oleh fahaman sekular di bawah pimpinan Mustapha Kamal Ataturk (1.881).
Pengaruh gerakan sekular sangat kuat di kalangan masyarakat Turki yang akhirnya
menyebabkan keruntuhan sistem khalifah di Turki pada tahun 1924.
Muhammad Ali Danawi menjelaskan bahawa pada pertengahan abad ke-19 muncul
dalam kerajaan Islam Uthmaniyah di Turki gerakan sekular yang kuat di kalangan
masyarakat yang terdedah dengan pendidikan Barat. Pengaruh sekular meresap di
kalangan orang awam dan tentera. Mereka membawa aliran pembaharuan untuk
membangunkan kerajaan Uthmaniyah dengan acuan berasaskan Barat. Dengan
percubaan demi percubaan mereka berjaya melaksanakan rancangan tersebut.
Mustafa Muhammad pula menjelaskan bahawa kedudukan politik dalam era baru
Turki yang dicipta oleh Kamal Ataturk dan dasar Barat yang menjadi asas kepada era
ini menyebabkan kegoncangan dalam jiwa orang Islam Turki. Mereka hamper tidak
mempercayai apabila melihat kejatuhan Islam yang kemudiannya Islam menjadi satu
amalan yang beku di dalam masjid sahaja. Malah, selepas itu azan dan bacaan al-
Qur’an telah diperintahkan supaya dilakukan dalam bahasa Turki, di samping tiada
kebebasan dalam agama, sama ada mengenai ibadat, pakaian, bacaan dan pelajaran.

4.3. Dakwah Nursi


Sa’id Nursi telah melakukan dakwah kepada seluruh orang Islam di Turki supaya
mengubah pemikiran mereka agar selaras dengan pemikiran Islam. Beliau menyeru
orang ramai supaya memahami al-Qur’an dan berakhlak dengan akhlak Islam.
Pada tahun 1908, iaitu selepas jatuhnya Sultan Abdul Hamid ke-Ⅱ hasil usaha oleh
Jami’yah al-Ittihad wa al-Tarqqi, Sa’id Nursi dengan segera membentuk satu
pertubuhan Islam yang diberi nama Kesatuan Muhammad. Uslub yang digunakan
oleh Kesatuan Muhammad ialah dengan membangkitkan syiar-syiar kesatuan, iaitu
bersatu, kebebasan, islah yang semuanya dilandaskan kepada Syariah Islam.
Beliau telah mendedahkan kepada masyarakatnya tentang perlunya kembali semula
kepada kehalusan Islam, berusaha mengembalikan semula kepercayaan generasi baru
kepada sejarah keagungan silam yang mesti diperjuangkan untuk mengembalikannya
semula, mendedahkan kejayaan-kejayaan dalam Syariah Islam dan keistimewaan-
keistimewaannya yang berkekalan yang mesti direbut oleh generasi pemuda Turki
yang akan datang.
Disebabkan usaha Sa’id Nursi yang begitu gigih memperjuangkan Islam melalui
Kesatuan Muhammad, beliau telah ditangkap pada tahun 1909 dan dikenakan
hukuman gantung bersama-sama dengan 15 orang pengikutnya. Ketika beliau ditanya
oleh pihak mahkamah, adakah beliau juga berusaha untuk melaksanakan Islam yang
boleh mengakibatkan beliau dihukum gantung, beliau menjawab : Kalaulah sya
memiliki seribu nyawa, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan kesemuanya
sebagai tebusan kepada perjuangan Islam, sebab saya hanya mengiktiraf Islam sahaja
sebagai cara hidup…saya jelaskan kepada kamu semua bahawa saya sedang berada di
alam kubur, walaupun kamu menamakannya penjara untuk menunggu kenderaan
yang akan membawa saya ke alam akhirat.
Keberanian Sa’id Nursi memperjuangkan Islam dapat dilihat melalui beberapa kali
beliau dihadapkan ke mahkamah dan dipenjara, malah beliau pernah disabitkan
hukuman gantung. Sejarah mencatatkan bahawa selama 35 tahun beliau berada di
dalam penjara dan dibuang daerah.
Beliau meninggal dunia pada 1959 (27 Ramadan 1379), iaitu ketika berumur 86
tahun.

4.4. Manhaj Dakwah Sa’id Nursi


Pada keseluruhannya, kefahaman al-Qur’an
5.0. Sa’id Nursi (1873-1959/1379H)

5.1. Kelahiran Dan Pendidikan


Nama penuh Sa’id Nursi ialah Badi’ al-Zaman Sa’id Nursi. Beliau dilahirkan di Turki
pada tahun 1873 dari satu keluarga yang mulia dan berpengaruh.
Sejak berumur sembilan tahun beliau menumpukan usahanya kepada bidang ilmu,
terutamanya ilmu agama. Bermacam-macam ilmu dipelajari oleh Sa’id Nursi dan
beliau telah dapat menguasai bidang yang diceburinya sebelum umurnya mencapai 18
tahun.
Di samping itu, Sa’id Nursi juga mengambil berat mempelajari ilmu-ilmu kekuatan
jasmani, seperti melontar target, pertarungan dalam pertahanan diri, menunggang
kuda dan lain-lain.

5.2. Masyarakat Turki

Anda mungkin juga menyukai