Anda di halaman 1dari 32

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PASCSISWAZAH PENDIDIKAN [PDPP]


AMBILAN JUN 2020
PENDIDIKAN ISLAM (SK) (PDPIKR1)

PIMK2063R PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (RENDAH)

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA AL-


RASYIDIN, KERAJAAN BANI UMAYAH DAN KERAJAAN BANI ABASSIYAH

1. AHMAD NAZIRUL BIN AZMI SOLAH


NAMA AHLI KUMPULAN : 2. MOHAMAD HANAFI BIN GHANI
3. NOR AIN BINTI SAHAMI

NAMA PENSYARAH : USTAZAH MARIAH BINTI RABA’EE

TARIKH HANTAR : 12.9.2020


E-PEMBELAJARAN 1 (4 JAM) TAJUK 2

Sep 9 (Edited Sep 9)


Due Sep 15
Arahan : Jawab soalan e-pembelajaran 1 (Tajuk 2) dengan merujuk buku-buku dan
laman sesawang yang berkaitan. Anda dikehendaki menghantar jawapan dalam
kumpulan bertiga sebelum atau pada 15 September 2020.

Soalan e-pembelajaran: Jelaskan dan huraikan perkembangan Pendidikan Islam


pada zaman berikut :

a. Khulafa al-Rasyidin
b. Kerajaan Bani Umayah
c. Kerajaan Bani Abassiyah

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Islam merupakan satu mata pelajaran yang khusus yang wajib ada di
setiap institusi pendidikan terutamanya di Malaysia. Begitu juga bagaimana Malaysia
atau dahulu dikenali dengan Tanah Melayu mula mendapat Pendidikan Islam dari
para pedagang. Bertitik tolak dari ini maka berkembanglah Pendidikan Islam di
Malaysia.

Sebelum Pendidikan Islam sampai ke Malaysia melalui para pedagang, asal


Pendidikan Islam mesti dari nabi kita iaitu Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ yang
menjadi panduan dan penggerak dalam menyebarkan Pendidikan Islam ini kepada
umat manusia. Bertitik tolak dari Pendidikan Islam yang disebar dan diajarkan oleh
Rasulullah ini membuat umat manusia yang dahulunya jahil menjadi berilmu
pengetahuan dan berakhlak seperti yang diberitahu dalam al-Quran surah Al-Alaq
ayat 1-5 :

‫ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ ٱ‬


ۡ ‫ۡق َر ۡأ ِب مۡس ِ َرب ّ َِك ذَّل ِ ي َخلَ َق َخلَ َق َنسٰ َن ِم ۡن عَلَ ٍق ۡق َر ۡأ َو َرب ُّ َك َأۡل ۡك َر ُم ذَّل ِ ي عَمَّل َ ِب لۡ َقمَل ِ عَمَّل َ َنسٰ َن َما لَ ۡم ي َ ۡعمَل‬
‫ِإۡل‬ ‫ِإۡل‬
1.Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, 2.Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. 3.Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha
Pemurah, 4.Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, 5. Dia mengajar
kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Berdasarkan ayat ini Rasulullah menyebarluaskan Pendidikan Islam dan
menjadi ikutan ketika zaman Khulafah Ar-Rashidin, zaman Umayyah, zaman
Abbasiyah dan lain-lain lagi. Pada zaman-zaman ini lah merupakan titik bermulanya
Pendidikan Islam mula berkembang seterusnya dapat dimanfaatkan oleh umat Islam
yang lain untuk mempelajari dan memahaminya sehingga ke sekarang.

2.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA’ AL-


RASYIDIN

Zaman Khulafa’ al-Rasyidin dipimpin oleh empat orang sahabat Rasulullah iaitu Abu
Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.

Para Khulafa’ al-Rasyidin ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah


s.a.w.. Mereka menyambung dan mengembangkan usaha-usaha yang disusun oleh
baginda dengan mengikut segala jejak langkah seperti yang telah ditunjuk baginda
semasa hidupnya (Zawawi 1984).

            Abdullah Ishak (1995) menjelaskan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin


(11H/632M-41H/661M) yang diperintah oleh empat orang sahabat Rasulullah bukan
sahaja bertindak sebagai Ulu al-Amr yang memelihara kestabilan dan keselamatan
negara bahkan juga memberi penekanan terhadap perkembangan ilmu pengetahuan
dan pendidikan Islam.

2.1 Pendidikan Islam Di Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin

Sistem pendidikan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin telah berkembang dengan


baik. Ia memberi nafas baru bagi menyambung tradisi sistem pendidikan yang
telah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.. Pada zaman baginda,
negara Islam berkembang meliputi Semenanjung Tanah Arab. Pendidikan hanya
berpusat di kota Madinah tetapi perkembangan pendidikan semakin meluas dan
berkembang pesat pada zaman Khulaa’ al-Rasyidin. Pusat pendidikan tersebar
di bandar besar seperti bandar Madinah dan Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik
dan Palestin dan Madrasah Fustat  (Mahayudin 1993).

2.2 Tujuan Pendidikan

Menurut Zawawi (1984), objektif perdidikan Islam di zaman Rasulullah s.a.w.


ialah untuk membentuk sahsiah Islamiyah yang tulin  yang dapat bangun
berjuang bagi menegakkan Islam agama Allah yang suci. Manakala kandungan
pendidikan Islam yang disampaikan bergantung kepada wahyu daripada Allah
s.w.t..

Beliau menjelaskan lagi, dalam masa yang sama, para Khulafa’ al-
Rasyidin, sahabat Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang mewarisi risalah
Rasulullah s.a.w., menyambung usaha-usaha yang telah diatur dan disusun oleh
baginda dengan mengikut segala acuan yang telah dirintis baginda semasa
hidupnya. Ini bermakna, menjadi prasyarat sebelum seseorang yang mejadi
Khalifah Islam mereka perlu melaksanakan ajaran al-Quran dan As-Sunnah
serta menyambung segala usaha yang telah dilaksanakan oleh Khalifah
sebelum mereka. Oleh sebab itu, objektif pengajaran Pendidikan Islam di zaman
Khulafa’ Al-Rasyidin juga sama dengan objektif pengajaran di zaman Rasulullah
s.a.w. iaitu membentuk sahsiah Islamiyah yang tulin untuk menegakkan Islam
sebagai agama Allah yang suci.

2.3 Isi kandungan / sukatan pelajaran pendidikan islam

Isi kandungan pelajaran pendidikan Islam di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin adalah


sama dengan isi kandungan yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu
wahyu dari Allah (al-Quran). Walau bagaimanapun, pada zaman pemerintahan
Khulafa’ al-Rasyidin, isi kandungan pelajaran pendidikan Islam telah bertambah
dengan adanya perubahan zaman dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam
ketika itu.
Selain ilmu al-Quran dan As-Sunnah (hadis), pertambahan ilmu yang ada
ketika zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang pertamanya adalah berkaitan ilmu Islam
ialah tafsir al-Quran, Tauhid, Fekah, Ilmu Mantiq, Bahasa Arab, Sajak, Syair
yang berunsur pendidikan.Keduanya ilmu fizikal seperti memanah, menunggang
kuda, bermain pedang dan seterusnya ialah ilmu mempertahankan diri untuk
menegakkan dan menyebarkan Islam serta menghafaz dan mengingat beberapa
surah.

Menurut Norliyana (2007) pelajaran yang dijadikan tumpuan utama ialah


tauhid, fekah, hadis, Al-Quran, dan Ilmu Mantiq. Khalifah Umar menggalakkan
umat Islam belajar Bahasa Arab, penghasilan sajak dan syair yang berunsur
pendidikan. Mata pelajaran yang belum ada di zaman Khulafa’ al-Rasyidin ialah
ilmu hadis, sejarah, ilmu alam, ilmu pendidikan, karangan, ilmu sains, kimia dan
perubatan kerana ia wujud di zaman Umaiyah (Suffian Abdul Rahman 1983).

2.4 Sumber Pendidikan Islam

Menurut Mahmood Zuhdi (1992) sumber pendidikan Islam dari zaman


Rasulullah hingga zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. ialah Al-Quran, As-
Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w.. Ini berdasarkan sabda
Rasulullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika Muaz diutuskan ke Yaman jelas
menunjukkan penggunaan sumber tersebut digunakan.Sabda Rasullullah s.a.w.
kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda
bertanya kepada Muaz: “Dengan apa engkau berhukum?” Jawabnya “dengan
kitab Allah?” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak menjumpainya (dalam al-
Quran)? Jawab Muaz :  Dengan sunnah Rasulullah saw,” Sabda baginda: “ Jika
engkau tidak juga menjumpainya? Jawab Muaz: “ Aku berijtihad dengan
pendapatku.” Maka rasulullah s.a.w menepuk dada Muaz dan bersabda: “
Segala puji dan puja hanya bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada
utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh Rasulullah.

(Riwayat al-Tarmizi)
Berdasarkan hadis tersebut, sumber pendidikan Islam pada zaman
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. menggunakan al-Quran, As-Sunnah dan
Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w. Ini dapat kita lihat bagaimana Khalifah Abu
Bakar yang menggunakan ijtihad beliau di dalam membukukan mashaf al-Quran
kerana Rasulullah tidak pernah mengarahkan untuk membukukan al-Quran.

Seterusnya pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sumber pendidikan


Islam telah bertambah iaitu dengan menerima ilmu dan tamadun dari sumber
luar yang tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan As-Sunnah terutama
ilmu dan tamadun dari wilayah-wilayah kekuasaan Islam terutama tamadun dari
Parsi. Perkara ini berterusan sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah Ali bin
Abi Thalib r.a.

  2.4.1 Institusi Masjid

Masjid  adalah tempat ibadat dijadikan sebagai institusi pendidikan yang


kedua dalam dunia Islam selepas rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.
Masjid didirikan di setiap wilayah yang ditakluki sebagai pusat pendidikan
dan tempat ibadah muslim (Abdullah Ishak 1995 & Hassan Langgulung
1996).

Selain itu, masjid juga memainkan peranan penting dalam


pembentukan perpaduan ummah. Ini diakui oleh Al Buti (1997) yang
berpendapat masjid itu asas pertama dan utama ke arah pembentukan
masyarakat Islam kerana dengan masjid itulah masyarakat Islam dapat
mengambil suntikan pelalian (immunity) dan kekuatan dengan mengikut
dan mematuhi segala sistem Islam, akidah dan peradabannya.

Bukan itu sahaja, peranan masjid diperluaskan lagi dimana  pada


zaman Rasulullah dan para sahabat, masjid berfungsi sebagai pusat
perkembangan ilmu pengetahuan di samping fungsi-fungsi lain seperti
pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam, pusat kegiatan
sosial, tempat perisytiharan, tempat keadilan dah kehakiman, penggerak
Baitul Mal negara serta tempat para musafir bermalam (Mohd Mokhtar
2003).

Penggunaan masjid selain sebagai institusi pendidikan ianya turut


menjadi tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti ibadah khusus adalah
bersesuaian dengan inspirasi akhlak dan kemasyarakatan umat Islam.
Seiring dengan tersebarnya agama Islam dan perluasan wilayahnya
selepas kewafatan Rasulullah, institusi masjid juga berkembang pesat
sebagai pusat pendidikan (Nasruddin Yunos & Mohamad Taha 2003)

Jelaslah pada zaman khulafa al-Rasyidin masjid memainkan


peranan penting sebagai institusi peribadatan, pendidikan, sosial,
penghakiman dan pelbagai aktiviti yang memberikan  kemudahan kepada
umat Islam. Melalui amalan pengibadatan dan pendidikan yang dijalakan
di masjid, ramai cendiakawan Islam dan ulama telah dapat dilahirkan. Ini
bersesuaian dengan pandangan Haron Din (2007) yang berpendapat
masjid menjadi insitusi pengajian yang melahirkan cerdik pandai Islam
dalam setiap bidang kehidupan dan tempat menyemai dan menyuburkan
iman.

 2.4.2 Institusi Suffah

Menurut Shalaby (1976), Suffah ialah ruang atau bangunan yang dibina
bersambung dengan masjid. Institusi Suffah berperanan sebagai sebuah
sekolah kerana aktiviti pengajaran dijalankan secara sistematik dan
teratur. Antara masjid yang mempunyai institusi Suffah ialah Masjid
Nabawi di Madinah. Pandangan Shalaby ini disokong oleh Abdullah Ishak
(1995) yang berpendapat al-Suffah dapat dianggap sebagai sekolah atau
madrasah berbentuk formal yang terulung dalam pendidikan Islam.

2.4.3 Institusi Kuttab


Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Kuttab lebih berfungsi sebagai institusi
pendidikan sampingan bagi masjid setelah di dapati masjid terlalu ramai
pelajar. Kanak-kanak dan orang yang baru masuk Islam diajar di institusi
tersebut. Pada waktu pagi, kanak-kanak membaca dan menghafaz al-
Quran. Manakala pada waktu tengahari mereka belajar menulis, belajar
solat bahasa dan sastera Arab. Pelajaran yang diajar pada peringkat
kuttab ialah belajar membaca dan menulis, membaca al-quran dan
menghafalnya serta belajar asas agama islam seperti cara berwuduk,
sembahyangh, puasa dan sebagainya (Mahayudin 2005).

2.4.4 Golongan guru

Guru yang mengajar Pendidikan Islam di zaman khulafa’ al-Rasyidin


merupakan guru-guru yang pakar mengikut bidang masing-masing. Umar
sendiri mengajar ilmu hadis di Masjid Madinah dan menggalakkan dan
membenarkan hanya orang yang pandai dan berkebolehan untuk
mengajar hadis bagi mengelakkan bercampur antara hadis yang tulen
dengan hadis palsu  (Suffian Abdul Rahman 1983). Khalifah Umar juga
menggalakkan umat Islam membuat kajian tentang Al-Quran dan Hadis
(Norliyana 2007). Tugas muallim atau guru yang dilantik ialah untuk
membimbing pelajar membaca, menulis dan memahami isi Al-Quran.
Para muallim tersebut diberi ganjaran.Selain itu, Umar juga telah melantik
golongan pakar dalam bidang al-Quran seperti pengkaji hadis dan
perundangan Islam (Mohd Rashad 2006). Ulama dan muballigh dihantar
ke seluruh wilayah kekuasaan Islam seperti Abdullah bin Mas’ud ke Kufah
(Shibli 1981). Ramai juga guru-guru dihantar ke wilayah-wilayah
kekuasaan Islam yang baru (Norliyana 2007).

3.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN BANI UMAYYAH


Kerajaan Bani Umayyah adalah sebuah rejim pemerintahan Islam yang berada di
bawah kekuasaan keluarga Umayyah yang berlangsung dari tahun 661 sehingga tahun
750 M. Peneraju dinasti ini adalah Muawiyah (661-680), putra Abu Sufyan yang pernah
menentang Rasulullah s.a.w, tetapi kemudian beliau memasuki Islam setelah kota
Mekah ditakluki oleh pasukan Islam dari Madinah. Pada mulanya, Muawiyah adalah
gabenor Syria yang berkedudukan di Damaskus. Dia memberontak kepada Khalifah Ali
bin Abi Thalib, hingga Ali wafat dibunuh oleh seorang Khawarij. Pengikut Ali kemudian
mengangkat Hassan, putra sulung Ali bin Abi Talib, sebagai khalifah baru, tetapi
Hassan tidak ingin berkonflik dengan Muawiyah, lalu mengikat perjanjian damai dengan
pihak Muawiyah yang pada akhirnya Muawiyah menjadi penguasa tunggal masyarakat
Muslim waktu itu. Muawiyah Ibn Abi Sufyan memindahkan pusat pemerintahan dari
Hijjaz ke Damaskus, Syria, tempat dia berkuasa tatkala menjadi gabenor. Dia juga
mengganti sistem pemerintahan, dari sistem demokrasi ke sistem monarki dengan cara
pemerintahan yang meniru sistem pentadbiran Byzantine. Salah satu perubahan yang
telah terjadi ialah apabila setiap pasukan tentera diberi gaji yang tetap dan dengan
pentadbiran yang maju juga, pejabat pendaftaran, pejabat pos dan jabatan perisikan
telah ditetapkan bagi kemaslahatan semua orang pada ketika itu.

3.1 Pendidikan Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah


Pada umumnya lembaga pendidikan Islam dimasa ini diklasifikasikan atas dasar
muatan kurikulum yang diajarkan. Dalam hal ini, kurikulumnya meliputi
pengetahuan agama dan pengetahuan umum. Atas dasar ini, lembaga
pendidikan Islam di masa klasik menurut Charles Michael Stanton digolongkan
kedalam dua bentuk, iaitu lembaga pendidikan formal dan tidak formal, di mana
yang pertama mengajarkan ilmu pengetahuan agama dan yang kedua
mengajarkan pengetahuan umum, termasuk falsafah. Sementara George
Makdisi (seorang warga Mesir yang berugama Kristian) dalam hal yang sama
menyebutkannya sebagai lembaga pendidikan ekslusif (tertutup) dan lembaga
pendidikan inklusif (terbuka). Tertutup bermaksud
hanya mengajarkan pengetahuan agama, dan terbuka ertinya menawarkan
pengetahuan umum. Pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umayyah
merupakan kesinambungan daripada pendidikan zaman permulaan dengan
penambahan dari segi struktur institusi,kurikulum dan kepelbagaian guru-guru
yang mengajar.
Tahap pendidikannya mirip tahap pendidikan pada zaman moden dimana
terdapat peringkat pembelajaran yang bermula dari prasekolah yang dinamakan
kuttab, peringkat persekolahan yang diadakan di madrasah dan juga masjid yang
terbahagi kepada peringkat rendah, menengah dan tinggi. Institusi kuttab adalah
sebuah institusi dimana kurikulumnya tertumpu pada pembelajaran asas-asas
agama, pembelajaran Al-Quran, cara membaca serta menulis. Ia memberikan
pendidikan percuma bagi anak-anak atau pelajarpelajar yang miskin dan
dinamakan kuttabus sabil. Disamping itu pendidikan bagi orang awam yang
lainnya dikenakan bayaran. Adapun begitu, istana juga merupakan salah satu
institusi pendidikan di zaman kerajaan Umayyah dimana anak-anak raja
pemimpin dan pembesarpembesar dididik dan dita’dib dari segi ilmu yang
pelbagai terutamanya sejarah, sastera, ilmu berpidato,tatasusila,cara-cara
bergaul dan berhadapan dengan masyarakat dan rakyat jelata umumnya agar
mereka tahu tentang cara kehidupan bermasyarakat. Adapun lembaga
pendidikan Islam yang ada sebelum kebangkitan madrasah pada masa Bani
Umayyah adalah sebagai berikut:

3.1.1 Institusi Suffah


Pada masa Rasulullah s.a.w, suffah adalah suatu tempat yang telah
digunakan untuk aktiviti pendidikan. Biasanya tempat ini menyediakan
tempat sebagai rumah tumpangan bagi pendatang baru dan golongan
miskin. Di sini pelajarnya diajar membaca dan menghafal Al-Quran secara
benar dan hukum Islam dibawah bimbingan langsung dari Nabi s.a.w.
Pada masa ini setidaknya telah ada sembilan suffah yang tersebar di kota
Madinah. Dalam perkembangan berikutnya, sekolah suffah juga
menawarkan pelajaran dasar-dasar ilmu hisab, kedoktoran, astronomi,
geneologi, dan ilmu fonetik.

3.1.2 Institusi Kuttab Atau Maktab


Seperti yang telah dijelaskan, pendidikan di institusi kuttab pada
zaman kerajaan bani umayyah terbagi kepada dua: kuttabus sabil,
pendidikan yang diberikan secara percuma bagi pelajar-pelajar yang
miskin, dan kuttab yang dikenakan bayaran bagi orang-orang awam yang
lain. Kuttab atau Maktab berasal dari kata dasar yang sama, iaitu kataba
yang ertinya menulis. Maka kataba atau maktab bererti tempat untuk
menulis, atau tempat dimana dilangsungkan kegiatan tulis menulis.
Kebanyakan para ahli pendidikan Islam bersepakat bahawa kedua-
duanya merupakan istilah yang sama dalam erti pendidikan Islam yang
mengajar cara-cara untuk membaca dan menulis kemudian meningkat
kepada pengajaran AlQuran dan pengetahuan agama yang asas. Namun
Abdullah Fajar membezakan kedua nya dengan mengatakan bahawa
maktab adalah istilah untuk zaman klasik, sedangkan kuttab adalah istilah
untuk zaman moden.

Philip K. Hitti mengatakan bahawa kurikulum pendidikan di kuttab


ini berorientasi kepada Al-Quran sebagai suatu buku teks. Hal ini
merangkumi pengajaran membaca dan menulis, kaligrafi, gramatikal
bahasa Arab, sejarah Nabi hadith khususnya yang berkaitan dengan Nabi
Muhammad s.a.w. Sejak abad ke-8 M, kuttab mulai mengajar
pengetahuan umum disamping ilmu agama. Hal ini terjadi akibat adanya
persentuhan antara Islam dengan warisan budaya helenisme sehingga
banyak membawa perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam. Bahkan
dalam perkembangan berikutnya kuttab dibezakan menjadi dua, iaitu
kuttab yang mengajarkan pengetahuan bukan agama (secular learning)
dan kuttab yang mengajarkan ilmu agama (religious learning). Dengan
adanya perubahan kurikulum tersebut dapat dikatakan bahawa kuttab
pada awal perkembangan merupakan lembaga pendidikan yang tertutup
dan setelah adanya persentuhan dengan peradaban Helenisme menjadi
lembaga pendidikan yang terbuka terhadap pengetahuan umum,
termasuk falsafah.
3.1.3 Institusi Halaqah
Halaqah bermaksud lingkaran. ertinya, proses belajar dan mengajar di sini
dilaksanakan di mana murid-murid melingkari gurunya. Seorang guru
biasanya duduk dilantai menerangkan, membacakan karangannya, atau
memberikan komen atas karya pemikiran orang lain. Kegiatan halaqah ini
terjadi di masjid atau di rumah-rumah. Kegiatan halaqah ini tidak khusus
untuk mengajarkan atau membincangkan ilmu agama sahaja, tetapi juga
ilmu pengetahuan umum, termasuk falsafah. Oleh kerana itu halaqah ini
dikategorikan sebagai lembaga pendidikan yang terbuka terhadap ilmu
pengetahuan umum. Dilihat dari segi ini, halaqah dikategorikan kedalam
lembaga pendidikan lanjutan setaraf dengan kolej.

3.1.4 Institusi Masjid


Semenjak berdirinya masjid pada masa Nabi Muhammad s.a.w, ia telah
menjadi pusat kegiatan dan informasi berbagai masalah kaum Muslimin,
baik yang bersangkut-paut dengan pendidikan maupun sosial ekonomi.
Namun yang lebih penting adalah sebagai lembaga pendidikan. Sebagai
lembaga pendidikan masjid pada awal perkembangannya dipakai sebagai
sarana informasi dan penyampaian doktrin ajaran Islam.Perkembangan
masjid sangat signifikan dengan perkembangan yang terjadi di
masyarakat. Lebih-lebih lagi pada saat masyarakat Islam mengalami
kemajuan, kehendak masyarakat kepada masjid menjadi sangat
kompleks. Hal ini
menyebabkan ciri-ciri masjid berkembang menjadi dua bentuk, iaitu
masjid tempat solat Jumaat atau jami’ dan masjid biasa. Jumlah jami’
lebih sedikit jika dibandingkan dengan jumlah masjid. Di Baghdad hanya
ada 6 jami’, sedangkan masjid jumlahnya mencapai ratusan, demikian
juga di Damaskus, sedikit sekali jumlah jami dari pada masjid. Namun di
Cairo jumlah jami cukup banyak. Jami’ maupun masjid keduanya
digunakan untuk penyelenggaraan pendidikan Islam. Namun jami’
memiliki halaqah-halaqah, majlis-majlis dan zawiyah-zawiyah (menurut
Abdul Fajar, zawiyah sama dengan kuttab dalam hal pendidikan dasar,
namun muatan kurikulum lebih tinggi kerana memasukan pendidikan
moral dan spiritual atau tasawuf). Ada perbezaan yang penting antara
jami’ dengan masjid. Jami’ dikelolakan dibawah penguasa atau khalifah
memiliki kuasa pemerintahan yang kuat dalam hal pengelolaan seluruh
aktiviti jami’, seperti kurikulum tenaga pengajar, pembiayaan dan lain-lain.
Sedangkan masjid tidak berhubungan dengan kekuasaan. Namun
demikian, baik jami’ maupun masjid termasuk lembaga pendidikan setaraf
dengan kolej. Kurikulum pendidikan di masjid biasanya merupakan
tumpuan pemerintah untuk memperoleh pejabat-pejabat pemerintah,
seperti qadhi, khotib, dan imam masjid. Melihat kaitan antara masjid dan
kekuasaan dalam hal ini dapat dikatakan bahwa masjid merupakan
lembaga pendidikan formal.

3.1.5 Institusi Majlis


Istilah majlis telah dipakai dalam pendidikan sejak abad pertama Islam.
Mulanya ia merujuk kepada tempat-tempat pelaksanaan belajar/mengajar.
Pada perkembangan berikutnya di saat dunia pendidikan Islam
mengalami zaman keemasan, majlis bererti sesi dimana aktiviti
pengajaran atau diskusi/perbincangan berlangsung. Kemudian majlis
bererti sejumlah aktiviti pembelajaran, sebagai contoh, majlis Al-Nabi,
ertinya majlis yang dilaksanakan oleh nabi, atau majlis Al-Syafi’i ertinya
majlis yang mengajarkan dan membincangkan fiqih imam Syafi’i. Seiring
dengan perkembangan pengetahuan dalam Islam, majlis digunakan
sebagai kegiatan perkongsian ilmu pengetahuan sehingga majlis banyak
jenisjenisnya. Menurut Muniruddin Ahmad ada 7 macam majlis, seperti:
Majlis Al-Hadith, majlis ini diselenggarakan oleh ulama/guru yang ahli
dalam bidang hadith. Ulama tersebut membentuk majlis untuk
mengajarkan ilmunya kepada murid-muridnya. Majlis ini berlangsung
antara 20-30 tahun. Dan jumlah peserta yang ikut majlis ini mencapai
ratusan ribu orang, seperti majlis yang disampaikan oleh Asim ibn Ali di
Masjid al-Rusafa diikuti oleh 100,000 sampai 120,000 orang. Majlis Al-
Tadris, majlis ini biasanya merupakan majlis selain daripada hadith,
seperti majlis fiqih, majlis nahu, atau majlis kalam.Majlis Al-Munazharah,
majlis ini dipergunakan untuk sarana perdebatan mengenai suatu
masalah oleh para ulama. Menurut Syalabi, khalifah Muawiyah sering
mengundang para ulama untuk berdiskusi dan berbincang di istananya,
demikian juga khalifah Al-Ma’mun pada dinasti Abbasiyah. Diluar istana
majlis ini ada yang dilaksanakan secara berterusan dan spontan, bahkan
ada yang berupa terbuka dikalangan ulama, untuk majlis ini biasanya
hanya dipakai untuk mencari populariti ulama saja.Majlis Al-Muzakarah,
majlis ini merupakan inovasi dari murid-murid yang belajar hadith. Majlis
ini diselenggarakan sebagai sarana untuk berkumpul dan saling
mengulang dan mengingati kembali serta mengulang pelajaran yang
sudah diberikan sambil menunggu kehadiran guru. Pada perkembangan
berikutnya, majlis Muzakarah ini dibezakan berdasarkan material atau isi
kandungan yang dibincangkan, yang mana ianya meliputi: sanad hadith,
isi dan matan hadith, perawi hadith, hadith-hadith dha’if dan kaitan hadith
dengan bidang ilmu tertentu dan kitab-kitab musnad. Majlis As-Syu’ara,
majlis ini adalah lembaga untuk belajar syair, dan sering dipakai untuk
pesta dan pertandingan para ahli syair. Majlis Al-Adab, majlis ini adalah
tempat untuk membahas masalah adab yang meliputi puisi, silsilah, dan
laporan bersejarah bagi orang-orang yang terkenal. Majlis Al-Fatwa dan
Al-Nazar, majlis ini merupakan sarana pertemuan untuk mencari
keputusan suatu masalah dibidang hukum kemudian difatwakan. Disebut
juga atau dinamakan juga sebagai majlis al-Nazar kerana karakteristik
majlis ini adalah perdebatan antara ulama fiqih atau hukum Islam.

3.1.6 Institusi Khan


Khan biasanya berfungsi sebagai penyimpanan barang-barang dalam
jumlah besar atau sebagai sarana komersial yang banyak memiliki kedai-
kedai, seperti khan al-Narsi yang terletak di Karkh di Baghdad. Selain itu,
khan juga berfungsi sebagai asrama untuk murid-murid dari luar kota yang
berasal dari jauh yang hendak belajar hukum Islam di sesuatu masjid,
seperti khan yang dibangun oleh Di’lij ibn Ahmad ibn Di’lij di Suwaiqat
Ghalib dekat makam Suraij. Disamping fungsi itu, khan juga digunakan
sebagai sarana untuk belajar secara peribadi (private learning).

3.1.7 Institusi Ribath


Ribath adalah tempat kegiatan kaum sufi yang ingin menjauhkan diri dari
kehidupan duniawi dan menumpukan perhatian penuh untuk ibadah
sematamata. Juga memberikan perhatian terhadap kegiatan keilmuan
yang dipimpin oleh seorang syeikh yang terkenal dengan ilmu dan
kesolehannya.
3.1.8 Institusi Rumah-Rumah Ulama’
Para ulama dizaman klasik (bani Umayyah dan bani Abbasiyah) banyak
yang mempergunakan rumah mereka secara ikhlas untuk kegiatan
belajar/mengajar dan pengembangan ilmu pengetahuan.

3.1.9 Institusi Perpustakaan Dan Kedai-Kedai Buku


Kedai-kedai buku memiliki peranan penting dalam kegiatan keilmuan
Islam.Pada awalnya memang hanya menjual buku-buku, tapi berikutnya
menjadi sarana untuk berbincang dan berdebat, bahkan pertemuan rutin
sering dilaksanakan disitu. Disamping kedai buku, perpustakaan juga
memiliki peranan penting dalam kegiatan pendidikan keilmuan islam.

3.1.10 Institusi Hospital


Hospital pada masa bani Umayyah bukan hanya berfungsi sebagai
tempat merawat dan mengubati orang-orang sakit, tetapi juga mendidik
tenaga-tenaga yang berhubungan dengan perawatan dan perubatan.
Pada masa itu, penelitian dan percubaan dalam bidang kedoktoran
(medical) dan ubat-ubatan (pharmaceutical) juga dilaksanakan sehingga
ilmu kedoktoran dan ubat-ubatan berkembang dengan pesat.

3.1.11 Institusi Badiah (Padang Pasir Tempat Tinggal Badwi)


Semenjak berkembang luasnya Islam, bahasa Arab banyak digunakan
sebagai bahasa pengantar oleh bangsa-bangsa diluar Arab yang
beragama Islam. Namun, bahasa Arab disitu cenderung kehilangan
keaslian dan kemurniannya, kerana mereka kurang fasih melafazkannya
dan kurang memahami kaedah-kaedah bahasa Arab, sehingga bahasa
Arab menjadi bahasa pasar. Namun tidak demikian halnya dibadiah, ini
adalah kerana mereka tetap mempertahankan keaslian dan kemurnian
bahasa Arab. Dengan demikian badiah-badiah ini merupakan sumber
bahasa Arab yang asli dan murni. Oleh kerana itu, badiah-badiah menjadi
pusat untuk sumber belajar pelajaran bahasa Arab yang asli dan murni,
sehingga banyak anak-anak khalifah, ulamaulama dan para ahli ilmu
pengetahuan pergi ke badiah-badiah dalam rangka mempelajari ilmu
bahasa kesusasteraan Arab. Dengan begitu, badiah-badiah telah
berfungsi sebagai salah satu lembaga pendidikan Islam pada ketika itu.

3.1.12 Tenaga Pengajar


Berdasarkan kepada kepelbagaian institusi yang wujud pada zaman
kerajaan Umayyah ini, serta kurikulum dan sasaran pelajar yang berbeza
mengikut sesuatu institusi itu, tenaga pengajar yang mengajar di satu-satu
institusi itu tidak sama dari segi pencakupan ilmu masing-masing. Guru-
guru di kuttab rendah sedikit ilmu mereka jika dibandingkan dengan guru-
guru atau mu’addib yang mengajar di istana. Ini jelas kerana kurikulum
kuttab yang sangat asas hanya memerlukan guru-guru yang dapat
mendidik dari segi kaedah membaca dan menulis yang asas, pembacaan
Al-Quran serta ilmu asas-asas agama seperti berwudhu, solat dan
sebagainya. Tidak pula dengan guru-guru atau mu’addib yang mendidik
anak-anak raja dan para pembesar di istana yang memerlukan ilmu dalam
bidang berpidato serta ahli dalam bidang sejarah dan sastera. Proses
mendidik (grooming) anakanak raja dan para pembesar ini sangat jelas
memerlukan para guru yang lebih ilmunya dari para guru yang diperlukan
di kuttab. Hal yang sama juga dititikberatkan dalam keperluan tenaga
pengajar di peringkat madrasah dan masjid. Mereka ini merupakan para
ulama’ yang terkenal dengan ketinggian ilmu mereka, dan para ulama’ ini
mengajar hanya kerana Allah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang
mereka ada. Antara para ulama’ yang terkenal yang mengajar di masjid
pada ketika itu adalah ‘Abdullah bin Abbas yang pernah mendirikan
madrasah di Makkah, juga merupakan ahli dalam bidang tafsir, hadith,
fiqh dan sastera. Seorang lagi ulama’ yang terkenal ialah Hassan al-Basri
yang merupakan ulama’ fiqh dan ususuluddin yang amat terkenal di Iraq.
Antara murid beliau ialah Wasil bin Ata’ yang merupakan pengasas
mazhab Mu’tazilah.
3.2 Kurikulum Atau Intipati Pendidikan Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan
Bani Umayyah
Runtuhnya kerajaan Romawi pada abad ke-5 M merupakan awal dari ‘zaman
pertengahan yang gelap’ (dark ages), iaitu ketika Eropah mengalami
kemunduran peradaban. Sementara di timur (negeri-negeri Islam) peradaban
mengalami kemajuan yang sangat pesat. Sehingga Islam selama kira-kira 5
abad menjadi mercu dunia dalam segala aspek. Di antara penyebab kemajuan
tersebut adalah adanya asimilasi budaya antarabangsa. Fanatisme ke-arab-an
yang melekat pada zaman sebelum bani Umayyah mula ditinggalkan dan diganti
dengan prinsip egalitarianisme (fahaman bahawa semua orang sama rata, dan
dgn itu mestilah mendapat hak dan peluang yg sama) dalam segala aspek
dengan diperkuatkan dasar-dasar agama sebagai sendi Negara. Pada masa
dinasti Umayyah kajian ilmu yang ada pada waktu ini berpusat di Damaskus,
Kufah, Mekkah, Madinah, Mesir, Cordova dan beberapa kota lain, seperti:
Basrah dan Kuffah (Iraq), Damsyik dan Palestina (Syam), Fustat (Mesir). Pada
masa bani Umayyah, pakar pendidikan Islam menggunakan kata AlMaddah
untuk pengertian kurikulum. Kerana pada masa itu kurikulum lebih serupa
(identical) dengan rangkaian mata pelajaran yang harus diberikan pada murid
dalam tahap tertentu. Sejalan dengan perjalanan waktu, pengertian kurikulum
mula berkembang dan mencakupi sesuatu yang lebih luas, iaitu merangkumi
segala aspek yang mempengaruhi peribadi siswa/pelajar. Kurikulum dalam
pengertian yang moden ini merangkumi tujuan, mata pelajaran, proses belajar
dan mengajar serta evaluasi. Berikut ini adalah jenis-jenis kurikulum yang
berkembang pada masa bani Umayyah:

3.2.1 Kurikulum Pendidikan Rendah


Terdapat kesukaran ketika ingin membatasi mata pelajaran-mata
pelajaran yang membentuk kurikulum untuk semua peringkat pendidikan
yang bermacammacam. Pertama, kerana tiadanya kurikulum yang
terbatas, baik untuk peringkat rendah maupun untuk peringkat tertinggi,
kecuali Al-Quran yang terdapat pada kurikulum. Kedua, kesukaran
diantara membezakan fasa pendidikan dan tempoh pembelajaran kerana
tidak ada masa tertentu yang mengikat murid-murid untuk belajar pada
setiap lembaga pendidikan. Sebelum berdirinya madrasah, tidak ada
tingkatan dalam pendidikan Islam, tetapi bukan hanya satu tingkat yang
bermula di kuttab dan berakhir di diskusi halaqah. Malahan tidak ada
kurikulum khusus yang diikuti oleh seluruh umat Islam. Dilembaga kuttab
biasanya diajarkan membaca dan menulis disamping Al-Quran. Kadang-
kadang ada juga diajarkan bahasa, nahu, dan arudh. Umumnya pelajaran
diberikan guru kepada murid-murid seorang demi seorang. Baik di Kuttab
atau di Masjid pada peringkat menengah. Pada peringkat tinggi pelajaran
diberikan oleh guru dalam satu halaqah yang dihadiri oleh pelajar
bersama-sama. Ilmu-ilmu yang diajarkan pada Kuttab pada mula-mulanya
adalah dalam keadaan sederhana, yaitu: belajar membaca dan menulis,
membaca Al-Qur’an dan menghafalnya, belajar pokok-pokok agama
Islam, seperti cara wudhu, shalat, puasa dan sebagainya. Ilmu-ilmu yang
diajarkan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari: Al-Qur’an dan
tafsirannya, hadith dan mengumpulkannya, serta fiqih (tasri’).

3.2.2 Kurikulum Pendidikan Tinggi


Kurikulum pendidikan tinggi (halaqah) bervariasi tergantung pada syaikh
yang mengajar. Para mahasiswa tidak terikat untuk mempelajari mata
pelajaran tertentu, demikian juga guru tidak mewajibkan kepada
mahasiswa untuk mengikuti kurikulum tertentu. Mahasiswa bebas untuk
mengikuti pelajaran di sebuah halaqah dan berpindah dari sebuah
halaqah ke halaqah yang lain, bahkan dari satu kota ke kota lain. Menurut
Rahman, pendidikan jenis ini disebut pendidikan orang dewasa kerana
diberikan kepada orang ramai yang tujuan utamanya adalah untuk
mengajarkan mereka mengenai Al-Quran dan agama. Kurikulum
pendidikan tingkat ini dibagi kepada dua jurusan, jurusan ilmuilmu agama
(al-ulum al-naqliyah) dan jurusan ilmu pengetahuan (al-ulum alaqliyah).
Kedua jurusan kurikulum ini sejalan dengan dua masa transisi penting
dalam perkembangan pemikiran Islam. Kurikulum pertama adalah sejalan
dengan fasa dimana dunia Islam mempersiapkan diri untuk mendalami
agama, menyiarkan dan mempertahankannya. Namun perhatian pada
agama ini tidaklah terbatas pada ilmu agama sahaja, tetapi dilengkapi
juga dengan ilmu-ilmu bahasa, ilmu sejarah, hadith dan tafsir. Menurut
Mahmud Yunus, kurikulum jurusan ini adalah tafsir Al-Quran, hadith, fiqih
dan usul fiqih, nahu saraf, balaghah, bahasa dan sasteranya..Kurikulum
kedua, iaitu kurikulum ilmu pengetahuan. Ia merupakan ciri khas fasa
kedua perkembangan pemikiran umat Islam, iaitu ketika umat Islam mula
menyentuh pemikiran Yunani, Persia dan India. Menurut Mahmud Yunus
lagi, kurikulum untuk pendidikan jenis ini mantiq, ilmu alam dan kimia,
muzik, ilmu-ilmu pasti, ilmu-ilmu ukur, ilmu-ilmu falak, ketuhanan, ilmu
haiwan, ilmu tumbuh-tumbuhan dan kedoktoran. Ikhwan Al-Shafa
mengklasifikasikan ilmu-ilmu umum kepada: Disiplin-disiplin umum: tulis-
baca, erti kata dan tatabahasa, ilmu erkiraan, sastera (sajak dan puisi)
ilmu tentang tanda-tanda dan isyarat, ilmu sihir dan jimat, kimia,
perdagangan, jual beli, komersial, pertanian dan perternakan, serta
biografi dan kisah. Ilmu-ilmu falsafah: matematik, lojika, ilmu angka-angka,
geometri, astronomi, muzik, aritmatika, dan hukum-hukum geometri, ilmu-
ilmu alam dan antropologi zat, bentuk, ruang, waktu dan gerakan
kosmologi produk peleburan, dan elemen-elemen meterologi dan
minerologi, esen alam dan manifestasinya, botani, zoology, anatomi dan
antropologi, embriologi, manusia sebagai mikro kosmos, perkembangan
jiwa (psychological evolution), tubuh dan jiwa, perbezaan bahasa-bahasa
(filologi), psikologi, teologi-doktrin esoteris Islam, susunan dan spiritual,
serta ilmu-ilmu alam ghaib. Masuknya ilmu-ilmu asing yang berasal dari
tradisi Hellenistik ke dalam kurikulum pendidikan Islam bukan merupakan
bagian dari pendidikan yang ditawarkan dimasjid, tetapi dilakukan di
halaqah-halaqah pribadi atau juga di perpustakaan-perpustakaan, seperti
Dar al-Hikmah, dan Bait al-Hikmah ,yang dianggap sebagai perpustakaan
pertama di dalam dunia Islam yang terletak di Baghdad. Syalabi
menggambarkan bagaimana giatnya umat Islam mengadakan penelitian,
penerjemahan, diskusi dalam berbagai aspek di kedua lembaga tersebut.

3.3 Kecendrungan Muawiyah Bin Abi Sufyan Terhadap Ilmu


Muawiyah merupakan pengasas kerajaan bani Umayyah yang mana
pelantikannya telah dipersetujui oleh Hassan bin Ali sendiri. Beliau merupakan
seorang pemerintah yang pintar yang sangat minat mendalami pelbagai ilmu.
Telah diriwayatkan bahawa pada setiap hari setelah selesai tugas rasminya,
beliau akan menghabisan sepertiga malamnya dengan mempelajari cerita-cerita
bangsa Arab dan peperangan yang telah terjadi diantara mereka, begitu juga
dengan cerita-cerita bangsa asing serta sistem politik pemerintahan
masingmasing.
3.4 Tadwinul Hadith Atau Pembukuan Hadith Pada Zaman Pemerintahan
Khalifah Umar Abdul Aziz
Sistem perlantikan khalifah secara syura tidak lagi diamalkan bahkan Muawiyyah
menjadikan perlantikan khalifah sebagai warisan keluarganya. Setelah beberapa
keturunan Muawiyyah menjadi khalifah, maka lahirlah seorang khalifah yang
hebat lagi zuhud dari keturunan tersebut. Beliau ialah khalifah Umar bin Abd Aziz
yang menerajui kerajaan bani Umayyah di Syam. Khalifah Umar bin Abd Aziz
terkenal dengan kewarakan dan kezuhudan beliau. Beliau juga telah
mengembalikan sistem syura yang dihapuskan oleh datuknya Muawiyyah dan
mentadbir negara dengan penuh keadilan sehingga tiada lagi rakyatnya
menderita kemiskinan. Kehebatan beliau telah menjadi contoh teladan yang baik
kepada umat Islam seluruhnya sebagai pemimpin negara yang unggul. Kisahnya
tercatat dalam lipatan sejarah sehingga ke hari ini. Pada tahun pertama beliau
dilantik menjadi khalifah iaitu pada tahun 99H, Khalifah Umar Abdul Aziz telah
mengadakan beberapa reformasi dan rancanganrancangan yang begitu
menyeluruh dalam semua bidang. Antaranya ialah menyusun semula nama-
nama para gabenor, qadhi-qadhi dan para pegawai kerajaan. Khalifah Umar
Abdul Aziz juga melantik qadhi-qadhi disetiap wilayah, nama pemimpin tentera,
pemungut cukai, ketua polis, ketua pos, dan pelbagai jabatan lagi yang berkaitan
dengan pelaksanaan pentadbiran umat. Khalifah Umar Abdul Aziz bertindak
tegas kepada sesiapa sahaja dari para pembesarnya atau gabenornya samada
gabenor yang telah dilantik oleh khalifah-khalifah Umaiyyah yang lalu atau
kepada mereka yang dilantik oleh beliau sendiri. Pada pemerintahan khalifah
Umar Abdul Aziz, selain usaha penyebaran ilmu agama Islam, telah terdapat
juga banyak pencampuran ilmu asing terutama ilmu falsafah. Ilmu Falsafah ini
hanya menyelinap masuk kedalam pendidikan Islam pada akhir zaman bani
Umayyah. Ini disebabkan dengan banyaknya orang-orang Barat dan Eropah
yang telah memasuki Islam dengan membawa ilmu dan peradaban masing-
masing. Falsafah yang merupakan satu ilmu yang telah dipelopori oleh bangsa
Yunani semenjak digunakan oleh Plato,Aristotle dan Pythagoras, sebenarnya
telah lama digunakan oleh ilmu teologi Kristian sebelum munculnya Islam.
Disamping itu juga, khalifah Umar sangat mengambil berat dalam ilmu
keagamaan atau kerohaniaan dan ilmu keduniaan lebih-lebih lagi ilmu
kedoktoran kerana keperluan orang ramai dalam kehidupan mereka seharian,
untuk menjamin kesihatan badan dan kesejahteraan iman. Pada zaman Umar
lahir seorang doktor yang terkenal bernama Abdul Malik bin Abjar atau Ibn Bahr
al-Kamani. Ramai lagi tokoh-tokoh dalam berbagai bidang yang lahir pada
zaman Khalifah Umar hasil daripada perluasan dan pengembangan ilmu
pengetahuan. Beliau pernah mengumpulkan ahli bijak pandai dalam pelbagai
bidang untuk menterjemahkan buku-buku asing seperti buku dari Greek, Parsi
dan sebagainya kedalam bahasa arab yang merupakan bahasa rasmi kerajaan
pada ketika itu. Tujuan beliau adalah untuk memberi kefahaman kepada orang-
orang Islam terhadap berbagai ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan. Dalam
bidang pengajian nahu dan saraf, baginda menggunakan cara yang baru. Ini
disebabkan oleh banyaknya orang-orang bukan Islam memeluk Islam. Salah
satu daripada usaha khalifah Umar yang amat meninggalkan kesan di dalam
sejarah pendidikan Islam ialah tadwinul hadith atau pembukuan hadith pada
abad kedua hijrah. Beliau memerintahkan gabenor Madinah, Abu Bakar bin
Amru bin Hazm, untuk mengumpulkan hadith dari para penghafal hadith yang
ada ditanah suci kedua umat Islam tersebut. Saat itu, di Madinah terdapat dua
ulama besar penghafal hadith, Amrah binti Abdurrahman dan Qasim bin
Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq. Kedua ulama besar itu menerima hadith
dari Aisyah binti Abu Bakar dan yang paling dipercaya dalam meriwayatkan
hadith. Selain itu Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga memerintahkan Muhammad
bin Syihab az-Zuhri untuk menghimpun hadis yang dikuasai oleh para ulama
pada ketika itu.

3.5 Kemaskini Penulisan Alquran


Pada zaman bani Umayyah juga, penulisan Al-Quran telah dikemaskini dengan
penambahan titik serta tanwin. Menurut satu riwayat, ulama yang pertama yang
memberikan baris dan titik pada huruf-huruf Al-Quran adalah Hasan al-Basri atas
perintah Abd al-Malik ibn Marwan.

3.6 Kewujudan Madrasah


Madrasah-madrasah yang ada pada masa Bani Umayyah adalah sebagai
berikut:
3.6.1 Madrasah Makkah
Guru pertama yang mengajar di Makkah ialah Mu’az bin Jabal.
Beliau telah mengajar Al Qur’an dan hukum-hukum tentang halal dan
haram dalam Islam. Pada masa khalifah Abdul Malik bin Marwan,
Abdullah bin Abbas telah pergi ke Makkah, dan mengajar tafsir, fiqh dan
sastera di Masjidil Haram dan dia merupakan pengasas madrasah
Makkah, yang termasyur seluruh negeri Islam.

3.6.2 Madrasah Madinah


Madrasah Madinah lebih masyhur dan lebih dalam ilmunya kerana di
sanalah tempat tinggal sahabat-sahabat Nabi yang mana ramai
dikalangan mereka merupakan ulama’ terkemuka.

3.6.3 Madrasah Basrah


Ulama’ sahabat yang termasyur di Basrah ialah Abu Musa Al-asy’ari dan
Anas bin Malik. Abu Musa Al-Asy’ari adalah ahli fiqih dan ahli hadith, serta
ahli Al-Quran. Sedangkan Anas bin Malik termasyhur dalam ilmu hadith.
Al-Hasan Basry sebagai ahli fiqh, juga ahli pidato dan kisah, ahli fikir dan
ahli tasawuf. Dia bukan saja mengajar tentang ilmu-ilmu agama kepada
pelajar-pelajar, bahkan juga mengajar orang awam dengan mengadakan
majlis ilmu di masjid Basrah.

3.6.4 Madrasah Kufah


Madrasah Ibnu Mas’ud di Kufah melahirkan enam orang ulama besar,
iaitu: ‘Alqamah, Al-Aswad, Masroq, ‘Ubaidah, Al-Haris bin Qais dan ‘Amr
bin Syurahbil. Mereka menggantikan Abdullah bin Mas’ud menjadi guru di
Kufah.

3.6.5 Madrasah Damsyik


Negeri Syam (Syria) menjadi perhatian para khalifah setelah ia menjadi
sebahagian negara Islam dengan ramai penduduknya yang memeluk
agama Islam. Madrasah itu melahirkan imam penduduk Syam, iaitu
Abdurrahman AlAuza’iy. Mazhabnya tersebar di Syam sampai ke Magrib
dan Andalusia. Tetapi kemudian mazhabnya itu lenyap, kerana pengaruh
mazhab Syafi’i dan Maliki yang lebih besar pada ketika itu.

3.6.6 Madrasah Fustat


Mesir menjadi pusat ilmu-ilmu agama sesudah ianya menjadi satu wilayah
Islam. Ulama’ yang terawal yang menjadi pengasas madrasah di Mesir
ialah Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘As, iaitu di Fustat (Mesir lama). Beliau
merupakan ahli hadith yang amat mahir dan alim dalam ilmu tersebut
kerana beilau bukan sahaja menghafal hadith-hadith yang beliau dengar
dari Nabi s.a.w., bahkan beliau juga turut menulis dalam buku catatan,
agar beliau tidak lupa atau khilaf pada ketika ingin meriwayatkan hadith-
hadith tersebut kepada murid-muridnya. Oleh kerana itu banyak sahabat
dan tabi’in meriwayatkan hadith-hadith daripadanya. Sememangnya tidak
memadai bagi para pelajar untuk belajar pada seorang ulama di negeri
tempat tinggalnya sahaja, maka kebanyakan pelajar pada ketika itu
melawat kota yang lain untuk melanjutkan ilmu masing-masing. Pelajar
Mesir melawat ke Madinah, pelajar Madinah melawat ke Kufah, pelajar
Kufah melawat Syam dan begitulah seterusnya. Dengan demikian dunia
ilmu pengetahuan tersebar seluruh kota-kota di Negara Islam.

Sistem pendidikan Islam semakin maju berkembang pada zaman


pemerintahan bani Umayyah. Dengan sistem monarki yang telah diterajui
oleh khalifah Muawiyah, setiap khalifah sesudah beliau merupakan
daripada keturunannya bahkan mereka yang dari kerabatnya diangkat
menjadi golongan bangsawan dan rakyat kelas tinggi pada ketika
itu.Namun begitu terdapat beberapa khalifah yang tinggi ilmunya dari segi
agama dan lainnya yang menyumbang kepada kemajuan dan
ketamadunan kerajaan ini. Gerakan ilmu agama memang telah lama
diwar-warkan semenjak zaman Rasulullah s.a.w dan apa yang terjadi
pada zaman Umayyah merupakan kesinambungan daripada gerakan ilmu
agama pada zaman khulafa’ rasyidin. Adapun peradaban dan
ketamadunan Islam telah semakin pesat membangun dengan penjajahan
beberapa kota dan pengislaman berbilang umat manusia, ia sedikit
sebanyak telah memberi kesan yang mendalam kepada gerakan ilmu
pada ketiku itu. Dengan kemasukan peradaban barat dan golongan
mereka yang memasuki Islam, gerakan falsafah juga semakin berleluasa
pada zaman akhir-akhir bani Umayyah iaitu pada masa ia diterajui oleh
khalifah yang juga merupakan seorang ulama’, Umar bin Abdul Aziz.
Selain daripada itu, sejarah terbesar dalam pendidikan Islam juga tercetus
pada zaman ini dimana tadwinul hadith telah dimulakan, juga pada zaman
pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz. Begitu juga halnya dengan
sejarah mengemas kini tulisan Al-Quran serta qiraat yang berbeza-beza.
Apa yang dapat dilihat ialah perkembangan ilmu dari masa kesemasa
berubah menurut edaran zaman. Begitu halnya yang terjadi dengan ilmu
kedoktoran, ilmu haiwan, ilmu kiraan, ilmu geografi dan lain-lain. Galakkan
para khalifah pada ketika itu untuk membawa masuk ilmu-ilmu bukan
agama ini, dengan mendatangkan ilmuwan yang bukan Islam untuk
menabur ilmu mereka dalam bidang masing-masing jelas memberikan
kesan yang hebat dalam sejarah pendidikan Islam. Tidak dilupakan juga
khidmat para ahli bahasa yang pada ketika itu amat giat menterjemah
buku-buku ilmu dari bahasa asing kepada bahasa arab yang merupakan
bahasa rasmi pada ketika itu. Di tengah-tengah era dimana Negara barat
mengalami the dark ages, kerajaan Islam telah merupakan satu mercu
ilmu yang gah pada satu ketika dulu. Namun kesimpulannya disini
dapatlah dirumuskan bahawa kepesatan sesuatu era itu jelas
bertunjangkan kualiti ilmu yang tersebar dan dipergunakan pada ketika itu.
Apa yang jelas, martabat ulama’ pada ketika itu amat dipandang tinggi
kerana ketinggian ilmu masing-masing dan sifat ikhlas mereka untuk
menyebarkan ilmu agama untuk membina ummah yang kulli yang
mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat memang sewajarnya dicontohi
kini.

4.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN ABBASIYAH

Selepas kewafatan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, Pelbagai kerajaan Islam


telah muncul antaranya adalah Kerajaan Bani Abbasiyah. Kerajaan ini merupakan
lanjutan daripada gerakan Revolusi Abbasiyah. Kerajaan ini merupakan kerajaan Islam
yang terbesar dan yang paling lama bertahan dalam sejarah. Kerajaan ini berpusat di
Baghdad dan diasaskan oleh Abu al-Abbas Abdullah al-Saffah sekitar tahun 750
Masihi. Dalam tamadun Bani Abbasiyah ia lebih bersifat kepelbagaian etnik serta
pembangunannya berasaskan sains dan keagamaan. Contoh ialah golongan Mawali
yang sebelum ini dipinggirkan oleh kerajaan Bani Umaiyah telah mendapat perhatian
dari pemerintah Bani Abbasiyah dengan diberi kedudukan dalam system pemerintahan
negara.

Ketika zaman Bani Abbasiyah, telah ramai khalifah yang menjadi pemerintah
yang bermula dengan Abu al-Abbas Abdullah al-Saffah (750-754 M) sehinggalah Al-
Mu’tasim (1242-1258 M) yang menjadi khalifah yang terakhir (Ibn Jawi, 2019). Menurut
Ahmad Mohd Salleh (2011), ketika zaman Khalifah Harun al-Rashid dan Khalifah al-
Makmun merupakan zaman kemajuan dan kegemilangan ilmu pengetahuan dan
Pendidikan Islam.

Pada zaman Bani Abbasiyah menurut Ahmad Mohd Salleh (2011:402 ) menyatakan
masjid, surau, kuttab, istana dan lain-lain dijadikan pusat pembangunan ilmu
pengetahuan dan pendidikan. Di samping itu, pusat pengajian yang lebih moden dan
lengkap didirikan seluruh negara, terutamanya ialah di kota Baghdad, Madinah Kufah,
Qahirah Balkh dan lain-lain lagi.

4.1 Institusi Pendidikan

Seterusnya, pendidikan di masjid memainkan peranan sebagai tempat ibadat


dan pusat penyebaran ilmu pengetahuan dengan dipenuhi dengan halaqah ilmu
pengetahuan. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2011: 402 menyatakan kuttab yang
telah wujud sejak zaman kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah
merupakan tempat pertama bagi seorang kanak-kanak belajar membaca al-
Quran, menulis, mempelajari asas-asas agama, bahasa dan ilmu Hisab.

Manakala di Istana khalifah dijadikan sebagai tempat untuk para ulamak


bermuzakarah dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pemerintah
dalam menguruskan hal negara. Perpustakaan dibina bagi menyimpan karya
atau kitab-kitab dari ulama yang terdahulu. Perpustakaan yang terulung ketika itu
ialah baitul hikmah di baghdad yang dibina oleh khalifah harun ar-rasyid. Di sana
terdapat pelbagai karya sarjana tempatan dan karya terjemahan daripada
bahasa parsi, yunani, cina dan india. Khalifah al-makmun mengambil inisiatif
membawa masuk khazanah karya-karya yunani yang diambil dari pulau cyprus
dan Istanbul untuk disimpan dalam perpustakaan ini. Antara Peranan baitul
hikmah ketika itu ialah sebagai Pusat pertemuan para sarjana, Pusat
penterjemahan, Pusat sumber, Pusat penyelidikan ilmiah dan Pusat latihan para
ilmuan. Selain itu, terdapat juga perpustakaan lain yang terkenal di kaherah iaitu
darul hikmah yang menjadi tempat penyimpanan buku-buku dan karya-karya
yang dijadikan rujukan.

Bagi pusat pengajian pula menurut Ahmad Mohd Salleh (2011:402) pusat
pengajian di zaman Bani Abbasiyah ialah mencakupi peringkat rendah,
menengah dan tinggi. Banyak pusat pengajian dibina oleh khalifah, menteri dan
orang kaya diatas tanah milik kerajaan, wakaf dan persendirian bagi meluaskan
lagi ilmu pengetahuan dan Pendidikan Islam ini. Antara pusat pengajian yang
terkenal ialah al-madrasah an-Nizamiyah yang tempat penyebaran dan
perkembangan ilmu. Kebanyakan sumber kewangan bagi menampung
perbelanjaan pusat pengajian ketika itu diambil daripada hasil tanah-tanah waqaf
atau perbendaharaan negara.

4.2 Bidang – Bidang Ilmu

Pelbagai bidang telah muncul ketika zaman Bani Abbasiyah. Bidang-bidang ini
muncul berteras dua sumber iaitu wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah dan
bersumberkan akal. Ilmu yang diterokai berdasarkan wahyu antaranya adalah
Ilmu tafsir di mana pada awalnya wujud dalam keadaan tidak tersusun. Ianya
mula disusun mengikut susunan surah oleh yahya bin ziyad al-farra' dan
diperbaharui oleh at-tabari. Kedua ialah Ilmu hadis yang merupakan sumber
kedua yang disepakati oleh majoriti Ulama Islam. Ketika zaman Abbasiyah
merupakan zaman kegemilangan pengumpulan dan penyusunan hadis yang
hanya menjadi hafalan para pengumpul hadis. Hasilnya adalah dengan
munculnya pakar-pakar hadis terkenal seperti al-bukhari, muslim, abu daud, at-
tirmizi, an-nasai dan ibnu majah.

Ilmu yang ketiga adalah Ilmu fekah. Dengan ilmu ini muncul tokoh-tokoh
ulamak muktabar yang mengasaskan mazhab-mazhab fekah seperti Imam Abu
Hanifah, Imam Malik, Imam Malik, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Bin Hanbal
yang menjadi rujukan pada masa kini. Seterusnya ialah ilmu tauhid.
Perkembangan ilmu falsafah memberikan kesan sampingan buruk terhadap
akidah umat islam. Ini kerana terdapat umat islam pada masa itu menganggap
falsafah yunani sebagai rujukan utama dalam menyelesaikan masalah akidah
Bertitik tolak dari masalah ini maka muncul ulamak-ulamak terkenal seperti Abu
Hasan Al-A'sya'ri yang berjuang memurnikan semula akidah umat islam daripada
pengaruh falsafah yunani yang menyesatkan.

Seterusnya, bidang ilmu yang kedua iaitu akal yang lahir pada zaman
Bani Abbasiyah ialah ilmu matematik dengan muncul beberapa formula baru
matematik seperti trigonometri, algebra, geometry dan logarithm. Zaman ini
diperkenalkan juga sistem angka dalam abjad arab dan bilangan kosong ( 0 )
dalam sistem angka. Antara tokoh terkenal ialah al-khawarizmi. Beliau merantau
ke india untuk mempelajari ilmu matematik dan menghasilkan buku "integration
and equations". Al-Khawarizmi juga mahir dalam ilmu falak dan geografi. Kedua
ialah ilmu falak. Kajian yang dilakukan ialah untuk mengukur jarak antara bumi
dengan matahari, membuat jadual pergerakan bulan dan bintang, menjelaskan
sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap pertukaran
musim dan mencipta alat pengukur sudut yang dikenali sebagai astrolabe. Tokoh
terkenal dalam bidang ini ialah Al-Butani.

Ilmu yang ketiga yang muncul ialah ilmu kimia. Ia bermula apabila umat
islam di zaman ini telah berjaya membetulkan beberapa teori kimia yang penting
dan mengasaskan fakta-fakta kimia berdasarkan uji kaji. Antaranya ialah
penemuan asid galian seperti asid nitrik, asid sulfurik, dan asid hidroklorik, teori
penghasilan petroleum, penghasilan alcohol dan membaiki proses pembuatan
kaca. Ilmu seterusnya ialah ilmu fizik. Ilmu fizik merupakan salah satu cabang
ilmu sains yang dikuasai oleh umat islam di zaman ini. Antara pencapaian ilmu
fizik di zaman ini ialah, pergerakan jirim, daya graviti, dan pantulan cahaya,
menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan, menyukat kelajuan
bunyi dan cahaya dan mencipta cermin mata.

Ilmu kelima ialah geografi. Ilmu ini telah menemui penemuan-penemuan


baru iaitu memberi ukuran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi dan
menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob.Yang keenam ialah ilmu
perubatan. Ilmu ini hasil daripada hubungan orang arab dengan orang rom dan
farsi. Hasil pencapaian ilmu perubatan di zaman ini ialah menjelaskan kesan
kuman dalam penyakit, menjelaskan teori jangkitan virus seperti TB, menemui
pelbagai jenis penyakit seperti rubella, alahan, cacar dan penyakit jiwa, mencipta
ubat untuk pelbagai penyakit kronik dan mencipta picagari, ubat bius dan benang
yang khusus untuk menjahit luka pembedahan. Menurut Ahmad Mohd Salleh
(2011: 403), antara ilmuan Islam yang pakar dalam bidang ini ialah Al-Khalil, Abd
Qahir al-Jurjani dan lain-lain lagi.

Pendidikan Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin merupakan


kesinambungan agenda pendidikan yang telah diletak acuannya oleh Rasulullah
sendiri. Pendidikan Islam pada zaman Khulafa’ al Rasyidin dilaksanakan
mengikut kredibiliti dan kebijaksanaan pemerintah ketika itu.

Sumber pendidikan yang menjadi rujukan utama pemerintahan, kekal


berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah serta Ijtihad para sahabat. Sumber-sumber
ini menjadi paksi kepada usaha memartabatkan pendidikan Islam. Keempat-
empat tokoh sahabat yang ulung ini telah berjaya memartabatkan pendidikan di
landasan yang cukup tinggi dan unggul di dalam pemerintahan masing-masing.
Kesinambungan kejayaan mereka telah berkembang pesat dan berlanjutan
sehingga ke hari ini.

Pendidikan di zaman Khulafa’ al-Rasyidin dijalankan secara sistematik


dan teratur, mempunyai objektif, isi kandungan dan sukatan pelajaran, sumber
pendidikan serta mempunyai institusi pendidikan yang tersendiri. Pergolakan
politik yang terjadi di zaman tersebut tidak menjejaskan perkembangan ilmu dan
pendidikan Islam. Bahkan menjadikan pendidikan Islam semakin mantap kerana
setiap masalah yang timbul dapat  diatasi dengan sempurna dan jayanya. Ini
menjadikan pendidikan Islam semakin matang setelah mengharungi cabaran
yang dilalui.

Aktiviti pendidikan yang telah dilaksanakan telah merintis kepada


kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu dan pendidikan yang memberi sumbangan
yang cukup besar dan bernilai kepada umat Islam. Sehubungan dengan itu
setiap ummah perlu menjadikan acuan pendidikan dan aktiviti pendidikan yang
telah diletak asasnya oleh khulafa’ al Rasyidin ini sebagai contoh dan model
ikutan bagi menjadikan kita sebagai umat yang cemerlang.

5.0 KESIMPULAN
Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah ‫ ﷺ‬merupakan model bagi
munculnya pelbagai ilmu-ilmu baru ketika zaman Khalifah Ar-Rashidin, zaman
Umayyah dan zaman Abbasiyah. Selepas kewafatan nabi, para sahabat, tabiin dan tabi’
tabi’in terus mengembangkan lagi Pendidikan Islam ini dengan pelbagai institusi-
institusi dari tahap kanak-kanak hinggalah ke golongan tua dalam mendalami ajaran
Islam. Seterusnya Pendidikan Islam juga telah dipecahkan kepada beberapa bahagian
bagi memudahkan para penganutnya dalam mempelajarinya.

Selain itu, dengan Pendidikan Islam ini juga pelbagai ilmu baharu telah muncul
dengan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi sumber rujukan. Maka
muncul ramai ilmuan Islam yang menjadi rujukan hingga ke sekarang. Oleh itu,
pentingnya kita sebagai umat Islam menjaga dan menambahbaik Pendidikan Islam ini
agar dapat digunakan oleh generasi akan dating dalam memahaminya dengan lebih
telus.

RUJUKAN
al-Quran
Ahmad Mohd Salleh (2011), Kurikulum, metodologi dan pedagogi Pengajian Islam :
KPLI Pengajian Islam & j-QAF, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Alzuhri.(2012-2013),Pendidikan Islam Pada Zaaman Pemerintahan Umayyah.Sejarah
Pendidikan Islam I.
http://www.sabah.edu.my/cwm010/abbasiyah_pendidikan.htm
https://asyshakor.wordpress.com/2011/01/22/pendidikan-islam-di-zaman-khulafa
%E2%80%99-al-rasyidin/
Ibn Jawi (2019), Kitab Tamadun Islam, Ed. 1, Patriots Publication.
Jurnal Tarbiya Volume.1 No: 1 2015 (47-76), Pertumbuhan Dan Perkembangan
Pendidikan Islam Pada Masa Bani Ummayah.

Anda mungkin juga menyukai