Anda di halaman 1dari 6

Arahan :

Jawab soalan e-pembelajaran 1 (Tajuk 2) dengan merujuk buku-buku dan laman sesawang yang
berkaitan. Anda dikehendaki menghantar jawapan dalam kumpulan bertiga sebelum atau pada 15
September 2020.

Soalan e-pembelajaran:

Jelaskan dan huraikan perkembangan Pendidikan Islam pada zaman berikut :

a. Khulafa al-Rasyidin

b. Kerajaan Bani Umayah

c. Kerajaan Bani Abassiyah

b.Kerajaan Bani Umayyah

Pengenalan Ringkas Khulafa’ Al-Rasyidin

Zaman Khulafa’ al-Rasyidin dipimpin oleh empat orang sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar al-
Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.

Para Khulafa’ al-Rasyidin ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah s.a.w.. Mereka
menyambung dan mengembangkan usaha-usaha yang disusun oleh baginda dengan mengikut segala
jejak langkah seperti yang telah ditunjuk baginda semasa hidupnya (Zawawi 1984).

            Abdullah Ishak (1995) menjelaskan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin (11H/632M-41H/661M)


yang diperintah oleh empat orang sahabat Rasulullah bukan sahaja bertindak sebagai Ulu al-Amr yang
memelihara kestabilan dan keselamatan negara bahkan juga memberi penekanan terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam.

Pendidikan Islam Di Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin

Sistem pendidikan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin telah berkembang dengan baik. Ia memberi
nafas baru bagi menyambung tradisi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w.. Pada zaman baginda, negara Islam berkembang meliputi Semenanjung Tanah Arab.
Pendidikan hanya berpusat di kota Madinah tetapi perkembangan pendidikan semakin meluas dan
berkembang pesat pada zaman Khulaa’ al-Rasyidin. Pusat pendidikan tersebar di bandar besar seperti
bandar Madinah dan Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah Fustat  (Mahayudin
1993).

Tujuan Pendidikan

Menurut Zawawi (1984), objektif perdidikan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. ialah untuk
membentuk sahsiah Islamiyah yang tulin  yang dapat bangun berjuang bagi menegakkan Islam agama
Allah yang suci. Manakala kandungan pendidikan Islam yang disampaikan bergantung kepada wahyu
daripada Allah s.w.t..

Beliau menjelaskan lagi, dalam masa yang sama, para Khulafa’ al-Rasyidin, sahabat Rasulullah
s.a.w. ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah s.a.w., menyambung usaha-usaha yang telah
diatur dan disusun oleh baginda dengan mengikut segala acuan yang telah dirintis baginda semasa
hidupnya. Ini bermakna, menjadi prasyarat sebelum seseorang yang mejadi Khalifah Islam mereka perlu
melaksanakan ajaran al-Quran dan As-Sunnah serta menyambung segala usaha yang telah dilaksanakan
oleh Khalifah sebelum mereka. Oleh sebab itu, objektif pengajaran Pendidikan Islam di zaman Khulafa’
Al-Rasyidin juga sama dengan objektif pengajaran di zaman Rasulullah s.a.w. iaitu membentuk sahsiah
Islamiyah yang tulin untuk menegakkan Islam sebagai agama Allah yang suci.

Isi kandungan / sukatan pelajaran pendidikan islam

Isi kandungan pelajaran pendidikan Islam di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin adalah sama dengan isi
kandungan yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu wahyu dari Allah (al-Quran). Walau
bagaimanapun, pada zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin, isi kandungan pelajaran pendidikan
Islam telah bertambah dengan adanya perubahan zaman dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam
ketika itu.

Selain ilmu al-Quran dan As-Sunnah (hadis), pertambahan ilmu yang ada ketika zaman Khulafa’
al-Rasyidin yang pertamanya adalah berkaitan ilmu Islam ialah tafsir al-Quran, Tauhid, Fekah, Ilmu
Mantiq, Bahasa Arab, Sajak, Syair yang berunsur pendidikan.Keduanya ilmu fizikal seperti memanah,
menunggang kuda, bermain pedang dan seterusnya ialah ilmu mempertahankan diri untuk menegakkan
dan menyebarkan Islam serta menghafaz dan mengingat beberapa surah.

Menurut Norliyana (2007) pelajaran yang dijadikan tumpuan utama ialah tauhid, fekah, hadis,
Al-Quran, dan Ilmu Mantiq. Khalifah Umar menggalakkan umat Islam belajar Bahasa Arab, penghasilan
sajak dan syair yang berunsur pendidikan. Mata pelajaran yang belum ada di zaman Khulafa’ al-Rasyidin
ialah ilmu hadis, sejarah, ilmu alam, ilmu pendidikan, karangan, ilmu sains, kimia dan perubatan kerana
ia wujud di zaman Umaiyah (Suffian Abdul Rahman 1983).

Sumber Pendidikan Islam

Menurut Mahmood Zuhdi (1992) sumber pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga zaman
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. ialah Al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w..
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika Muaz diutuskan ke Yaman jelas
menunjukkan penggunaan sumber tersebut digunakan.Sabda Rasullullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal
ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda bertanya kepada Muaz: “Dengan apa engkau
berhukum?” Jawabnya “dengan kitab Allah?” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak menjumpainya (dalam
al-Quran)? Jawab Muaz :  Dengan sunnah Rasulullah saw,” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak juga
menjumpainya? Jawab Muaz: “ Aku berijtihad dengan pendapatku.” Maka rasulullah s.a.w menepuk
dada Muaz dan bersabda: “ Segala puji dan puja hanya bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada
utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh Rasulullah.

(Riwayat al-Tarmizi)

Berdasarkan hadis tersebut, sumber pendidikan Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
r.a. menggunakan al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w. Ini dapat kita lihat
bagaimana Khalifah Abu Bakar yang menggunakan ijtihad beliau di dalam membukukan mashaf al-Quran
kerana Rasulullah tidak pernah mengarahkan untuk membukukan al-Quran.

Seterusnya pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sumber pendidikan Islam telah bertambah
iaitu dengan menerima ilmu dan tamadun dari sumber luar yang tidak bertentangan dengan ajaran al-
Quran dan As-Sunnah terutama ilmu dan tamadun dari wilayah-wilayah kekuasaan Islam terutama
tamadun dari Parsi. Perkara ini berterusan sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib
r.a.

 Institusi Masjid

Masjid  adalah tempat ibadat dijadikan sebagai institusi pendidikan yang kedua dalam dunia
Islam selepas rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Masjid didirikan di setiap wilayah yang ditakluki sebagai
pusat pendidikan dan tempat ibadah muslim (Abdullah Ishak 1995 & Hassan Langgulung 1996).
Selain itu, masjid juga memainkan peranan penting dalam pembentukan perpaduan ummah. Ini
diakui oleh Al Buti (1997) yang berpendapat masjid itu asas pertama dan utama ke arah pembentukan
masyarakat Islam kerana dengan masjid itulah masyarakat Islam dapat mengambil suntikan pelalian
(immunity) dan kekuatan dengan mengikut dan mematuhi segala sistem Islam, akidah dan
peradabannya.

Bukan itu sahaja, peranan masjid diperluaskan lagi dimana  pada zaman Rasulullah dan para
sahabat, masjid berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan di samping fungsi-fungsi lain
seperti pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam, pusat kegiatan sosial, tempat perisytiharan,
tempat keadilan dah kehakiman, penggerak Baitul Mal negara serta tempat para musafir bermalam
(Mohd Mokhtar 2003).

Penggunaan masjid selain sebagai institusi pendidikan ianya turut menjadi tempat untuk
melakukan aktiviti-aktiviti ibadah khusus adalah bersesuaian dengan inspirasi akhlak dan
kemasyarakatan umat Islam. Seiring dengan tersebarnya agama Islam dan perluasan wilayahnya selepas
kewafatan Rasulullah, institusi masjid juga berkembang pesat sebagai pusat pendidikan (Nasruddin
Yunos & Mohamad Taha 2003)

Jelaslah pada zaman khulafa al-Rasyidin masjid memainkan peranan penting sebagai institusi
peribadatan, pendidikan, sosial, penghakiman dan pelbagai aktiviti yang memberikan  kemudahan
kepada umat Islam. Melalui amalan pengibadatan dan pendidikan yang dijalakan di masjid, ramai
cendiakawan Islam dan ulama telah dapat dilahirkan. Ini bersesuaian dengan pandangan Haron Din
(2007) yang berpendapat masjid menjadi insitusi pengajian yang melahirkan cerdik pandai Islam dalam
setiap bidang kehidupan dan tempat menyemai dan menyuburkan iman.

 Institusi Suffah

Menurut Shalaby (1976), Suffah ialah ruang atau bangunan yang dibina bersambung dengan
masjid. Institusi Suffah berperanan sebagai sebuah sekolah kerana aktiviti pengajaran dijalankan secara
sistematik dan teratur. Antara masjid yang mempunyai institusi Suffah ialah Masjid Nabawi di Madinah.
Pandangan Shalaby ini disokong oleh Abdullah Ishak (1995) yang berpendapat al-Suffah dapat dianggap
sebagai sekolah atau madrasah berbentuk formal yang terulung dalam pendidikan Islam.
Institusi Kuttab

Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Kuttab lebih berfungsi sebagai institusi pendidikan sampingan
bagi masjid setelah di dapati masjid terlalu ramai pelajar. Kanak-kanak dan orang yang baru masuk Islam
diajar di institusi tersebut. Pada waktu pagi, kanak-kanak membaca dan menghafaz al-Quran. Manakala
pada waktu tengahari mereka belajar menulis, belajar solat bahasa dan sastera Arab. Pelajaran yang
diajar pada peringkat kuttab ialah belajar membaca dan menulis, membaca al-quran dan menghafalnya
serta belajar asas agama islam seperti cara berwuduk, sembahyangh, puasa dan sebagainya (Mahayudin
2005).

Golongan guru

Guru yang mengajar Pendidikan Islam di zaman khulafa’ al-Rasyidin merupakan guru-guru yang
pakar mengikut bidang masing-masing. Umar sendiri mengajar ilmu hadis di Masjid Madinah dan
menggalakkan dan membenarkan hanya orang yang pandai dan berkebolehan untuk mengajar hadis
bagi mengelakkan bercampur antara hadis yang tulen dengan hadis palsu  (Suffian Abdul Rahman 1983).
Khalifah Umar juga menggalakkan umat Islam membuat kajian tentang Al-Quran dan Hadis (Norliyana
2007).

Tugas muallim atau guru yang dilantik ialah untuk membimbing pelajar membaca, menulis dan
memahami isi Al-Quran. Para muallim tersebut diberi ganjaran.Selain itu, Umar juga telah melantik
golongan pakar dalam bidang al-Quran seperti pengkaji hadis dan perundangan Islam (Mohd Rashad
2006). Ulama dan muballigh dihantar ke seluruh wilayah kekuasaan Islam seperti Abdullah bin Mas’ud
ke Kufah (Shibli 1981). Ramai juga guru-guru dihantar ke wilayah-wilayah kekuasaan Islam yang baru
(Norliyana 2007).

Kesimpulan

Pendidikan Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin merupakan kesinambungan agenda


pendidikan yang telah diletak acuannya oleh Rasulullah sendiri. Pendidikan Islam pada zaman Khulafa’ al
Rasyidin dilaksanakan mengikut kredibiliti dan kebijaksanaan pemerintah ketika itu.

Sumber pendidikan yang menjadi rujukan utama pemerintahan, kekal berteraskan Al-Quran dan
Al-Sunnah serta Ijtihad para sahabat. Sumber-sumber ini menjadi paksi kepada usaha memartabatkan
pendidikan Islam. Keempat-empat tokoh sahabat yang ulung ini telah berjaya memartabatkan
pendidikan di landasan yang cukup tinggi dan unggul di dalam pemerintahan masing-masing.
Kesinambungan kejayaan mereka telah berkembang pesat dan berlanjutan sehingga ke hari ini.

Pendidikan di zaman Khulafa’ al-Rasyidin dijalankan secara sistematik dan teratur, mempunyai
objektif, isi kandungan dan sukatan pelajaran, sumber pendidikan serta mempunyai institusi pendidikan
yang tersendiri. Pergolakan politik yang terjadi di zaman tersebut tidak menjejaskan perkembangan ilmu
dan pendidikan Islam. Bahkan menjadikan pendidikan Islam semakin mantap kerana setiap masalah
yang timbul dapat  diatasi dengan sempurna dan jayanya. Ini menjadikan pendidikan Islam semakin
matang setelah mengharungi cabaran yang dilalui.

Aktiviti pendidikan yang telah dilaksanakan telah merintis kepada kemajuan dalam pelbagai
bidang ilmu dan pendidikan yang memberi sumbangan yang cukup besar dan bernilai kepada umat
Islam. Sehubungan dengan itu setiap ummah perlu menjadikan acuan pendidikan dan aktiviti pendidikan
yang telah diletak asasnya oleh khulafa’ al Rasyidin ini sebagai contoh dan model ikutan bagi menjadikan
kita sebagai umat yang cemerlang.

Rujukan :

https://asyshakor.wordpress.com/2011/01/22/pendidikan-islam-di-zaman-khulafa%E2%80%99-al-
rasyidin/

Anda mungkin juga menyukai