Anda di halaman 1dari 11

PENGERTIAN ASSABIYAH

Assabiyah;-di dalam kamus al-raaid,terdapat TIGA erti bagi perkataan Assabiyah atau

Asbiah,satu,bererti-keluarga dari sebelah bapa,kedua-sikap taksub atau fanatik dan

ketiga,-bererti ganguan saraf yang mudah menimbulkan perasaan marah.

Manakala perkataan TAGHUT dari perkataan asalnya ialah TAGHA’bererti;-

peraturan-peraturan yang terkeluar daripada ajaran islam.Ketiga-tiga pengertian

mengenai Assabiyah itu bolehlah dicantumkan menjadi satu,iaitu satu sikap taksub atau

fanatik yang melahirkan sikap egoisma dan bangga terhadap diri

sendiri,keluarganya,kumpulan,puak dan kaum bangsawannya.Sikap ini menyebabkan

seseorang itu sanggup melakukan kezaliman dan penghinaan terhadap kumpulan lain dan

mereka sanggup pula menolak segala kebenaran dan mengenepikan segala keadilan.

Sikap taksub atau fanatik perkauman sempit ini telah wujud dan hidup subur

dikalangan masyarakat jahiliah hari ini khususnya di zaman jahiliah dahulu dan kerana

sikap inilah mereka hidup da dalam keadaan permusuhan sepanjang zaman.Sikap

Assabiyah ini menjadikan sesuatu kaum atau sesuatu bangsa itu menjadi sombong dan

angkuh,mendabik dada bahawa kumpulan akulah yang benar dan paling tinggi

darjatnya,manakala kumpulan lain adalah hina dan rendah nilainya.Sikap

Assabiyahmenyebabkan timbulnya puak-puak,kasta-kasta serta kabilah-kabilah dan

setiap kabilah atau puak itu pula berbangga dengan sikap fanatism kepada kabilahnya.

Apabila datangnya ajaran islam,semangat perkauman (assabiyah) yang sempit ini

telah dihapuskan dikalangan masyarakat islam.Sikap ini telah digantikandengan sikap

muhibah dan kasih sayangsesama manusia untuk emncapai perpaduan ummah sejagat
melalui (ukhuwah islamiah),dan keamanan seluruh dunia (rahmah Alamiah),sebagaimana

yang terkandung di dalam firman Allah:-

(Tidaklah kami utuskan engkau ke dunia,kecuali untuk menjadi rahmat kepada

seluruh sekalian alam).

Permusuhan yang lahir dari sikap Assabiyah ini telah digambarkan oleh Allah

dalam firmannya yang berbunyi;

(Kenangkanlah akan nikmat Allah yang dikurniakan ke atas kamu,di mana dulu

kamu hidup bermusuh-musuhan,lalu Allah cantumkan antara hati-hati kamu menjadi

satu-dan dengan nikmat itu kamu jadi bersaudara ).

Dengan ajaran Islam,masyarakat Arab yang hidup mabuk dengan semangat

Assabiyah itu dapat diubah dan distukan di bawah bendera perpaduan Islam.Di antara

ajaran Islam untuk menghapuskan sikap Assabiyah itu ialah,firman Allah;-


(Berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berceraiberai).Dan

Allah berfirman;-

(Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara).Dan Nabi Muhammad s.a.w

telah bersabda dengan bermaksud,“Kamu belum beriaman hingga ia mengasihi

saudaranya sama seperti ia mengasihi dirinya sendiri”.

Firman Allah;

(Hai manusia ,kami jadikan kamu daripada seorang lelaki dan seorang

perempuan,kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan perpuak-puak supaya

kamu berkenalan,sesungguhnya yang lebih mulia antara kamu ialah orang yang lebih

takwa).

Nabi Muhammad SAW bersabda;

(Hai manusia,sesungguhnya Tuhan kamu satu,dan bapa kamu satu,semua kamu

daripada Adam dan Adam daripada Tanah).


Menurut sejarah Islam yang lampau,sikap Assabiyah ini sangat sukar untuk

dihapuskan dikalangan masyarakat bangsa Arab keran asikap ini sudah berakar umbi

begitu lama dalam masyarakat jahiliah,dimana dalam keadaan tertentu ia cambah dan

hidup subur kembali.Terdapat beberapa peristiwa di mana sikap sikap Assabiyah ini

masihterbawa-bawa ke dalam masyarakat Islam di zaman Rasulullah s.a.w.,antaranya

dalam peperangan Bani Mustalik,telah berlaku perkelahian antara dua orang tentera

Islam,seorang dari kaum Muhajirin bernama Jahjah Bin Masud Al-Ghifari,manakala

seorang lagi dari kaum Ansar bernama Sinan Bin Wabri Al-Juhani daripada keturunan

Khazrazj.

Perkelahian itu dikatakan berpunca daripada perebutan untuk mendapat bekalan

air di sebuah perigi.Di sinilah sikap Assabiyah yang telah lama berkubur itu hidup semula

dengan serta merta,walaupun mereka berdua dari satu pasukan tentera Islam,tetapi

semangat dan sikap Assabiyah bangkit semula lalu berlakulah pertengkaran.Kedua-dua

tentera Islam itu malaung-laungkan perkataan dengan laungan Assabiyah; “Hai orang

Muhajirin” ...“Hai orang-orang Ansar,” ,Maka tentera Islam yang satu itu berpecah dua

dan berhadapan antara satu sama lain untuk memulakan pergaduhan dan peperangan

sesame sendiri tanpa menyedari bahawa mereka telah dirasuk oleh sikap

Assabiyah.Baginda Rasulullah segera mendapatkan dua kumpulan itu dan menasihatkan

mereka supaya berdamai.Baginda Rasulullah saw,dengan nada yang marah bersabda;-


(Adakah kamu masih berpegang dengan sikap Assabiyah jahiliah,sedangkan aku masih

berada bersama kamu?,tinggalkan sikap Assabiyah ini.kerana ia adalah sangat busuk).

Sikap Assabiyah ini terus hidup subur dan terbawa-bawa ke dalam masyarakat

Islam selepas zaman Rasulullah saw sehinggalah sekarang.Ibni Abil Hadid menceritakan

bahawa di akhir zaman pemerintahan Ali Bin Abi Talib r.a.,penduduk-penduduk Kufah

hidup berpuak-puak,sikap Assabiyah telah menguasai mereka.Dalam peristiwa itu seorang

pemuda dari satu kabilah telah keluar dari perkampungan itu dan masuk ke

perkampungan lain,dia menyeru dan melaungkan perkataan,“hai orang-orang

Nakhak….hai orang-orang Kindah,”.Maka keluarlah pemuda-pemuda dari kampung itu

sambil menyeru perkataan, “hai orang-orang Timim,hai orang-orang Rabiah.”.

Serentak dengan itu penduduk-penduduk kampung dalam kabilah itu keluar

ramai-ramai membelasah pemuda itu dengan teruk.Kejadian itu tersebar sehingga ke

kabilah pemuda itu lalu berlakulah pertengkaran sehingga tercetusnya peperangan antara

dua kabilah itu.

Al-Aghani,seorang periwayat Islam di zaman silam menceritakan,seorang pemuda

yang bernama Tuwais adalah seorang penyair yang suka membaca sajak-sajak dari suku

kaum Aus dan kaum Khazrazjyang menggambarkan permusuhan dan perkelahian antara

kaum-kaum itu di zaman jahiliah.Tujuan beliau membacakan sajak-sajak itu adalah

untuk menimbulkan api permusuhan antara kedua puak atau kaum itu.Setiap kali majlis

yang diadakan,pemuda Tuwais yang membacakan sajak-sajak perkauman itu-kumpulan

Aus dan kumpulan Khazrazj akan bergaduh dan mencetuskan suasana huruhara.Pemuda
Tuwais Berjaya melalui sajak-sajaknya membakar semangat api permusuha dan

assabiyah antara kedua kaum beragamaislam itu.

Fajrul Islam menerangkan,-Di zaman pemerintahan kerajaan Umaiyah,sikap

Assabiyah ini hidup kembali dengan subur sebagaimana di zaman jahiliah,di mana

hubungan antara keluarga dari satu keturunan Bani Umaiyah dan keturunan Bani

Hashim terus pincang dan bersengketa.masing-masing mengangkat bendera

Assabiyah,permusuhan dan pertarungan dengan menggunakan mata pedang terus berlaku

antara umat islam yang berlainan keturunan itu.

Begitu juga permusuhan antara keturunan Kathan dengan keturunan Adnan terus

berlaku dan berlarutan yang berpunca dari sikap dan semangat Assabiyah,mereka akan

bergaduh dan bertumbuk di mana-mana sahaja mereka berjumpa atau tinggal

bersama.Menurut sejarah,permusuhan yang berpuncadari sikap dan semangat Assabiyah

berlaku antara kaum Azad dan kaum Tamim,keturunan Adnan di Khurasan.permusuhan

berlaku antara kaum Kalbi dengan keturunan Khatan dan kaum Qais keturunan Adnan

di negeri Syam dan perkara yang sama berlaku di Andalusia,di Iraq dan lain-lain.

CIRI-CIRI ASSABIYAH

Antara ciri-ciri Assabiyah ialah suka bermegah dan berbangga dengan pangkat dan

keturunan sehingga mengenepikan keadaan keharmonian,keadilan dan kebenaran.di

dalam ucapan terakhir( )antara lain Rasulullah saw berpesan; “


(Hai manusia,ingatlah bahawa Allah telah menghapuskan daripada kamu sikap hidup

jahiliah yang berbangga kepada keturunan,semua kamu adalah daripada tanah,tidak ada

kelebihan orang Arab ke atas orang Ajam,kecuali dengan kelebihan takwa).

Allah telah berfirman;

(Sesungguhnya orang yang lebih mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling

bertakwa).

Sikap berbangga dengan keturunan dan pangkat ini menyebabkan seseorang itu

suka menghina dan merendah-rendah orang lain.Perbuatan ini adalah dilarang oleh

ajaran Islam.

Firman Allah;

(Hai orang-orang yang beriman,janganlah sesuatu kaum menghina kaum yang

lain,kerana boleh jadi mereka itu lebih dari mereka itu,dan janganlah segolongan

perempuan menghina segolongan perempuan yang lain,dan janganlah kamu mencela

sesame kamu dan janganlah kamu gelar menggelar dengan gelaran yang hina seperti
fasik,kerana sebusuk busuk nama ialah fasik selepas mereka beriman,dan barang siapa

tidak bertaubat,maka mereka itu ialahorang-orang yang zalim).

Sesungguhnya bahawa tidak ada gelaran yang lebih hina dan keji kepada orang-

orang Islam selain dari gelaran fasik,kafir,laknat Allah dan ahli neraka,semuanya gelaran-

gelaran ini dilarang dengan sekeras-kerasnya dalam Islam.

Nabi Muhammad saw telah bersabda,dengan maksud, “Apabila seseorang berkata

bermaki-makian kepada saudaranya,wahai orang kafir,maka sesungguhnyaperkataan itu

akan kembali kepada salah seorang keduanya,kiranya orang itu tidak layak,maka

perkataan itu akan kembali kepada diri sendirinya,”.

Nabi Muhammad saw juga bersabda dengan maksud,“tuduhan sesorang terhadap

orang lain dengan tuduhan kafir atau fasik,maka perkataan itu akan kembali

kepadanya,kiranya orang dituduh bukan ahlinya”.

Para Ulama sudah berijmak menyatakan bahawa perbuatan melaknat atau

mengutuk seseorang islam itu adalah haram dan sangat besar dosanya di dalam

Islam.Iman Syafie r.a berpendapat bahawa adalah berdosa melaknat orang-orang tertentu

kecuali orang itu telah yakin ia mati dalam kufur,seperti Abu Lahab,Abu

Jahal,Firaun,Haman dan lain-lain.

Ada ulama-ulama mengatakan bahawa mengutuk atau melaknat seseorang itu

bererti ‘kita’ menjauhkan orang itu dari rahmat Allah,sedangkan ‘kita’ tidak tahu apakah

kesudahan orang-orang yang ‘kita’ Nampak fasik dan dikatakan kafir itu.
Sikap taksub atau Assabiyah menyebabkan seseorang itu sombong, takabur,

bongkok , bangga diri sendiri serta memandang hina kepada orang lain,hingga

menggangap dirinya atau puak kumpulannya paling baik,bersih dan paling layak menjadi

ahli syurga,sementara orang lain dan puak kumpulan lain dianggap kotor dan najis,paling

hina dan paling layak menjadi ahli neraka.Sifat-sifat ini adalah terlalu keji dan kotor

dalam pandangan Islam.

Nabi Besar Muhammad Saw pernah bersabda dengan maksud;-“Sesungguhnya

Allah Taala telah mewahyukan kepadaku; hendaklah kamu semua merendah diri hingga

tidak ada yang sombong terhadap orang lain dan tidak melakukan penindasan terhadap

orang lain”.

Allah telah berfirman dengan berbunyi;-“Itulah negeri akhirat,Kami jadikan

untuk orang yang tidak sombong di muka bumi dan tidak melakukan keganasam,”.

Sabda Rasulullah Saw dengan maksud;-“Sukakah aku ceritakan ahli Neraka?, iaitu

setiap orang yang sombong dan takbur,”.

Nabi Muhammad Saw pernah bersabda dengan maksud;-“Demi Allah,aku sendiri

pun tidak berani jamin selamt dari siksaan Allah,walaupun sebelah kakiku sudah berada

dalam syurga,”.

Dengan sifat-sifat keikhlasan dan kejujuran,Nabi Muhammad sendiri tidak

sombong dan bongkak terhadap kedudukan dan kemulian diri baginda sehinggakan

baginda bersabda seperti itu dengan merendah diri walaupun sebelah kaki baginda sudah

berada dalam syurga.Tetapi,malangkan masyarakat Islam sekarang khususnya setengah-

setengah golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pemimpin kepada perjuangan
parti Islam sanggup mendabik dada bahawa merekalah golongan orang yang ‘maksum’

dan orang lain adalah jahil,kufur,murtad, dan kafir, pada hal diri mereka sendiripun

belum tentu menjadi ahli syurga atau ahli neraka.

Diriwayatkan bahawa apabila Othman Bin Maz’un meninggal dunia, Ummul-alla

telah memuju-muji tentang dirinya dihadapan Rasulullah Saw,sambil berkata,“Semoga

Allah cucuri rahmatnya ke atas engkau wahai Abu Said,aku saksikan bahawa engkau

telah dimuliakan Allah,”.

Mendengar pujian-pujian itu,Nabi Muhammad Saw lantas bertanya;

“Apakah benar kamu mengetahui bahawa Allah telah memuliakannya?”.Jawab

Ummul-alaa; “saya tidak mengetahui sebenarnya wahai Rasulullah,” Lalu Rasulullah pun

brsabda dengan maksud;” Adapun Othman Bin Maz’un ,maka sesunguhnya ia telah

mendapat keyakinan,demi Allah aku berharap semoga ia beroleh kebaikan,sebenarnya

aku sendiripun tidak mengetahui,sedangkan aku adalah utusan Allah,apakah yang akan

berlaku ke atas diriku sendiri,”. Ummul-alaa sangat menyesal dan berkata, “demi Allah

aku tidak akan memuji sesiapa selepas ini,”.

Menolong kaum keluarga dan anak bangsa untuk mencapai kebaikan dan

kesejahteraan bukanlah dinamakan Assabiyah atau sikap taksub,kerana hal ini telah

diterangkan oleh Nabi Muhammad Saw di dalam sebuah hadis;-

(tulis hadis sini)


Ertinya, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Saw,wahai Rasulullah,adakah

dari sikap Assabiyah seseorang itu kasih kepada bangsanya? Jawab baginda , Tidak, tetapi

sikap assabiyah itu ialah orang yang menolong puaknya melakukan kezaliman”.

Hadis lain menyebutkan bahawa,daripada Wathilah Bin Asqaa’,katanya, “Saya

bertanya, hal ini kepada Rasulullah ,Wahai Rasulullah , apakah sebenarnya Assabiyah

itu? Jawab Baginda, iaitu engkau menolong kaum bangsamu melakukan kezaliman,”.

Berdasarkan kepada hadis-hadis itu, mereka yang bersikap asaabiyah sanggup

melakukan apa sahaja terhadap orang lain yang bukan dari puaknya, kumpulannya,

partinya atau golongannya. Dan kerana Assabiyah jugalah mereka sanggup bertindak liar

yang terkeluar dari batas-batas kesopanan dan kesusilaan serta budi bahasa yang luhur

dan murni. Kerana sikap Assabiyah itulah Rasulullah Saw telah melarang dengan keras

supaya umatnya tidak bersikap kotor, keburukan dan kejahatan dalam ciri-ciri sifat

Assabiyah.

Baginda bersabda dengan maksud; “Jauhilah sikap ini kerana ia terlalu kotor dan

busuk,”.

Anda mungkin juga menyukai