Anda di halaman 1dari 6

Realisasikan tugas hakiki guru

Menteri Pendidikan memberi jaminan bahawa guru di negara ini bakal bebas daripada beban tugas
perkeranian selewat-lewatnya awal tahun ini. Hal ini pastinya satu kelegaan buat seluruh warga pendidik
tanah air.

Sudah sekian lama, kita mendengar rungutan mereka bagaikan semakin hilang fokus terhadap tugas
hakiki kepada pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah, disebabkan pelbagai beban tambahan
yang ada kalanya dilihat bukan kerja hakiki.

Mungkin ada yang beranggapan kerja pentadbiran yang perlu dilakukan guru bukan berat mana pun,
tetapi jangan kita lupa semua tugas terpaksa diuruskan menuntut sebahagian besar masa mereka.

Bayangkan jika waktu yang diambil bagi melakukan tugas tambahan itu sepatutnya diperuntukkan
kepada mengajar di dalam kelas, pasti akan menyebabkan kerugian kepada murid. Belum lagi
mengambil kira masa peribadi mereka untuk bersama keluarga di rumah, termasuk pada hujung
minggu.

Mansuh peperiksaan murid Tahap 1

Banyak pihak menyambut baik keputusan KPM memansuhkan peperiksaan bagi murid Tahun 1, 2 dan 3
di sekolah rendah, dengan digantikan oleh sistem pentaksiran yang lebih objektif mulai tahun 2019.
Penamatan ini sememangnya ditunggu-tunggu bukan sahaja

daripada kalangan ibu bapa, malah warga pendidik dan ahli akademik.

Sebenarnya kita sudah ada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),
namun sistem dilaksanakan sejak 2011 itu dikatakan semakin

tersasar daripada konsep dan matlamat asal untuk menilai tahap pencapaian murid tanpa

berteraskan peperiksaan.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia


(NUTP) berpandangan, pemansuhan peperiksaan bagi murid di Tahap Satu ini dapat mengurangkan
tekanan kepada pelbagai pihak,terutama murid itu sendiri.

Tidak dinafikan sistem pendidikan kita perlu seiring dengan zaman yang berkembang pesat.

Namun, ramai bersetuju pada usia awal, persekolahan kanak-kanak tidak sepatutnya dibebankan
dengan pembelajaran berasaskan peperiksaan.

Tanpa kita sedari pendidikan kanak-kanak dikatakan dibebani dengan silibus yang tinggi, sehingga
melampaui pemikiran mereka sebagai murid sekolah rendah.

Ujian dan peperiksaan sering kali diadakan bagi menguji tahap kemampuan murid, namun

ia kadangkala membataskan pemikiran kanak-kanak berfikir lebih kreatif sehingga mereka mengalami
tekanan.

Beg sekolah berat

Pastinya ibu bapa tidak sabar menunggu langkah yang akan diambil KPM dalam menangani isu
berpanjangan beg sekolah berat yang dihadapi murid sekolah rendah.

Komitmen Dr. Maszlee untuk menyelesaikan isu ini perlu diberikan pujian. Seiring dengan kenyataan
menteri berdasarkan Kajian Berat Beg Sekolah Murid Sekolah Rendah oleh KPM pada tahun 2017
bahawa buku teks dan buku aktiviti menyumbang kira-kira 28 peratus daripada berat beg sekolah murid.

Program LINUS dihentikan

Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang diperkenalkan Kementerian

Pendidikan sejak 2009, akan dihentikan bermula tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran,Datuk Dr. Amin Senin,bagaimanapun berkata, sekolah

akan melaksanakan program sendiri mengikut kesesuaian bagi mengatasi masalah penguasaan
kemahiran asas 3M iaitu Membaca,Mengira dan Menulis dalam kalangan murid.
“Pendekatan sekarang, sama ada peringkat kementerian, Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan memberi sokongan kepada program
dirangka pihak sekolah masingmasing.

“Sehubungan itu, setiap sekolah perlu ada inisiatif sendiri merangka program masing-masing yang sesuai
dengan keperluan murid di sekolah mereka,” katanya.

Dr. Amin berkata, langkah menghentikan LINUS antara lain kerana pihaknya tidak mahu lagi
menyediakan ‘pakej’ atau modul sesuatu program dari atas ke bawah kementerian turun ke peringkat
sekolah, sebaliknya sekolah melaksanakan program mengikut ‘acuan’ sendiri.

Program LINUS yang diperkenalkan pada Ogos 2009 adalah sebahagian daripada

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan, bagi
mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih

sistematik.

Pelaksanaan Program LINUS mensasarkan 100 peratus murid Tahun Tiga menguasai kemahiran literasi
dan numerasi sebelum naik ke Tahun Empat, kecuali Murid

Berkeperluan Khas (MBK).

Kokurikulum belajar berenang

Kegiatan kokurikulum belajar berenang bakal diajar kepada murid sekolah pada tahun ini dalam usaha
KPM mempersiapkan mereka dengan kemahiran itu, sekali gus menangani insiden lemas.

Maszlee berkata, buat permulaan kegiatan itu akan diajar kepada sekolah yang berhampiran dengan
kemudahan kolam renang awam.

Bagi menjayakan inisiatif itu, KPM akan mengadakan perbincangan lanjut bagi menyelaraskan perkara
itu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan

Pendidikan Negeri.

Sebagai permulaan, pengajaran renang ini akan diadakan secara


berperingkat untuk murid di sekolah yang berdekatan dengan kolam

renang awam.

Menurut Menteri Pendidikan,kelas berenang boleh diwajibkan atau dijadikan satu daripada sukan yang
diajar dalam subjek Pendidikan

Jasmani.

Kemahiran berenang sangat penting untuk mengelak atau mengurangkan kejadian kanak-kanak lemas
sama ada di kolam renang, tasik, sungai, bekas lombong atau di laut.

sering kali berlaku kejadian membabitkan kanak-kanak lemas di seluruh negara ketika musim tengkujuh.

Kebanyakan negara maju sudah mewajibkan murid-muridnya menguasai kemahiran berenang dengan
memasukkan aktiviti itu sebagai sebahagian daripada kokurikulum. Di negara kita, kemudahan kolam
renang amat terhad dan hampir tiada sekolah mempunyai kolam renang sendiri,kecuali di sekolah
sukan.

Oleh itu, cadangan memperkenalkan kokurikulum renang di sekolah bukanlah usaha mudah dan boleh
dilaksanakan dalam jangka masa yang singkat. Selain memakan

kos yang tinggi untuk membina kolam renang di sekolah, banyak faktor lain perlu diambil kira,
khususnya kekangan kewangan yang dihadapi negara ketika ini.

Kolam renang awam yang dikendalikan PBT juga terlalu kurang dan pastinya tidak dapat

menampung keperluan murid sekolah berhampiran, selain turut menjadi

tumpuan orang awam yang lain.

Faktor keselamatan juga harus diberikan pertimbangan wajar dan pihak mana harus memikul
tanggungjawab memastikan keselamatan murid, selain faktor

masa yang perlu diluangkan murid untuk mengikuti kelas renang dan perbelanjaan sewa, jurulatih serta
pengangkutan yang perlu disediakan ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG).

Rumusan

Walau apa pun tanggapan sesetengah pihak kepada Menteri

Pendidikan dan KPM yang dipimpinnya sekarang, sama ada bersetuju ataupun tidak; kementerian telah
menunjukkan kesungguhan untuk memastikan beban guru dan

murid diringankan pada tahun 2019 ini.

TUARAN: Bagi memupuk minat murid mendalami mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM), guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pukak Kiulu, di sini, menganjurkan program Tamu
STEM daerah Tuaran dengan menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Program bermula jam 9 pagi hingga jam 1.30 tengah hari semalam itu dijalankan di SK Pukak dengan
kerjasama SK Mantob Kiulu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent, Tuaran serta Universiti Malaysia Sabah
(UMS).

Penyelaras Program, Nor Asmah Mohd Salleh, berkata seramai 331 murid membabitkan 24 sekolah
rendah di daerah Tuaran menyertai program itu bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan
menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan murid.

Katanya, program itu bertujuan memupuk murid menyertai pelbagai pertandingan berkonsepkan reka
cipta dan daya penyelesaian masalah bagi merangsang minat mata pelajaran STEM.

“Program julung kali diadakan di sekolah ini menjadi pemangkin murid melalui pertandingan, memberi
inspirasi dan memupuk minat mereka terhadap pembelajaran sains serta teknologi yang
menyeronokkan.

“Ia sekali gus menjadikan platform kepada murid mengembangkan daya kreativiti masing-masing. Tidak
kira menang atau kalah pertandingan itu, ia menjadi satu pengalaman untuk mendorong kejayaan lebih
besar pada masa depan,” katanya ketika ditemui.
Asmah yang juga guru SK Pukak berkata, antara sekolah rendah menyertai program itu adalah SK Pukak,
SK Mantob, SK Malangang Baru, SK Kitapol, SK Pekan Kiulu, SK Bungalio, SK Kapa, SK Giok, SK Guakan
Baru, SK Lingga Baru, Sekolah Rendah (SR) Advent Tamparuli, SK St John, SK Pekan Telipok, SK Togop,
dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) St Philip.

“Program ini mendapat sambutan meriah apabila turut disertai sebahagian ibu bapa yang menyokong
aktiviti murid atau anak masing-masing, menjadikan jumlah kehadiran pengunjung lebih 600 orang,”
katanya.

https://www.pendidik.com.my/2019/01/08/pembaharuan-pendidikan-2019/

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/04/551259/pupuk-minat-murid-mata-pelajaran-
stem

Anda mungkin juga menyukai