Anda di halaman 1dari 14

1 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k

UNISEL

1.0 DEFINISI PEDAGOGI

Perkataan pedagogi ini adalah berasal daripada bahasa latin, yang memberi

maksud kaedah menhgajar kanak-kanak. Namun demikian, sesuai ataupun

seiring dengan kemajuan deunia pendidikan pada masa kini, konsep pedagogi

turut berkembang dan digunakan dalam konteks iaitu pengajaran di semua

peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti.

Shafritz (1997), beliau berpendapat bahawa pedagogi merupakan satu

prinsip dan juga merupakan kaedah pengajaran. Definisi yang lebih tepat

adalah pedagogi ini diertikan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan

oleh guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran, khususnya

dalam suatu bidang. Untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran

tersebut bermakna, seseorang guru perlu memiliki ilmu pedagogi yang amat

baik.
2 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

2.0 MENGAPAKAH SEORANG GURU PERLU MENGUASAI

PEDAGOGI

Kenapa seorang guru perlu menguasai pedagogi? Hal ini sama dengan kenapa

seorang murid perlu menguasai formula matematik? Kerana untuk membantu

murid tersebut dapat menguasai matematik dengan sebaiknya, selain dapat

memahami prinsip-prinsip matematik. Begitu juga dengan guru, seorang guru

perlu menguasai pedagogi kerana pedagogi membantu guru tersebut

memahami prinsip-prinsip penagajaran dan pembelajaran. Pedagogi memberi

satu pendapat bahawa sesuatu pengajaran itu perlulah dimulakan dengan

pengajaran yang mudah untuk murid-murid dan seterusnya kepada pengajaran

yang sukar. Dalam erti kata lain, mudah ke susah. Juga dapat diertikan dari

konkrit ke abstrak.

Selain itu, seorang guru perlu menguasai pedagogi kerana guru tersebut

akan lebih mudah dalam memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan

tahap penerimaan murid-muridnya. Misalnya, guru telah sedia maklum

bahawa kemampuan murid tersebut sejauh mana, jadi dengan adanya ilmu

atau kemahiran pedagogi tersebit, ianya akan memudahkan seorang guru

tersebut merancang pengajaran harian dengan baik dan mudah. Mungkin

seorang guru boleh mengunakan kaedah hanya berpusatkan pada guru sahaja,

atau perpusatkan kepada pelajar sahaja, ianya terpulang kepada seorang guru

tersebut memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap penerimaan

setiap murid.
3 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

Seterusnya adalah pedagogi juga memberi kebaikan kepada guru, dan

akan menjadikan guru lebih bersedia dalam meyediakan bahan-bahan bantuan

mengajar yang lebih menarik dan bermakna. Pedagogi bukan sahaja berkaitan

dengan kemahiran mengajar, malah pedagogi juga merupakan seni atau pun

sains, kenapa ianya dikatakan seni, kerana seorang guru boleh mengajar

mengikut kaedah guru tersendiri, seorang guru digalakkn untuk

mempelbagaikan gaya mengajar agar sesi pengajaran dan pembelajaran

bermakna dan menarik. Sekaligus membantu guru menyediakan baha-bahan

bantuan mengajar yang lebih menarik serta bermakna.

Bukan itu sahaja, guru akan sentiasa melibatkan muridnya secara lebih

aktif dalam pelajaran. Hal ini dikatan demikian kerana, guru yang mempunyai

kemahiran yang tinggi dalam pedagogi mampu menlibatkan murid-murid di

dalam kelas tersebut menjadi aktif dalam pelajaran. Contoh, gaya seorang

guru tersebut mengajar, ini yang akan menyebabkan murid-murid tertarik

dengan gaya tguru tersebut mengajar sekaligus , menjadikan murid tersebut

minat untuk belajar.

Sebagai seorang guru yang kreatif, mengapa pedagogi ini penting untuk

dikuasai adalah guru akan berupaya untuk menggunakan set induksi yang

menarik supaya dapat memulakan pelajaran yang berjaya menarik minat

murid-murid. Sebagai contoh, tidak semestinya guru tersebut terus

memulakan sesi pengajaran tanpa memberi bayangan kepada murid-murid


4 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut. Tetapi, sebagai seorang guru

yang mempunyai kemahiran mengajar yang baik, seseorang guru tersebut

mampu menjadikan set induksi tersebut menjadi menarik, contoh aktiviti yang

boleh dibuat semasa set induksi, iaitu guru menyuruh murid-murid meneka

apa yang guru tersebut lakukan, hal ini bukan sahaja menyuruh murid-murid

untuk meneka, malah membantu murid tersebut meneka apa yang akan

dipelajari pada hari tersebut.

Selain itu juga ,guru akan dapat memperkembangkan lagi potensi pada

muridnya, maknanya adalah dengan mempunyai kemahiran mengajar yang

baik, guru mampu meningkatkan lagi perkembangan pembelajaran murid

tersebut, terutama dalam sesebuah matapelajaran, jika guru tersebut

mempunyai idea yang kreatif dalam mengajar, secara tidak langsung murid

tersebut mempuyai potensi untuk berkembang dalam pengajaran hariannya.

Sebagai contoh, mengajar murid tersebut lompat tinggi, pada permulaannya,

menyuruh murid tersebut hanya melompat pada paras yang rendah, dan setiap

hari guru akan menaikan paras tersebut sehingga murid tersebut boleh

membuat lompatan yang tinggi. Hal ini kerana, sebagai seorang guru, tidak

digalakkan untuk terus memberi lompatan yang tinggi, kerana muri perlu

belajar langkah dmei langkah.


5 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

3.0 PEDAGOGI SATU PROSES

Pedagogi merupakan satu proses, dimana proses tersebut merupakan langkah-

langkah untuk mengajar ataupun yang terdapat dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang telah disarankan oleh beberapa tokoh. Antara tokoh yang

terkenal memperkenalkan model pengajaran tersebut adalah Model Taba,

Model Sim dan banyak lagi. Terdapat beberapa model yang akan

dibentangkan kemudian. Antaranya adalah Model Robert Glazer, Model Sim,

Model Taba, Model Latihan Terus, dan Model Inkuiri.

3.1 Model Robert Glazer

Robert Glazer antara tokoh yang telah memperkenalkan model,

namun Robert berfokus kepada modle yang telah beliau perkenalkan sendiri

sahaja. Robert ytelah membahagikan proses mengajara atau pengajaran dan

pembelajaran kepada empat komponen. Sebagai seoranmg guru, empat

perkara ini perlu diketahui, pertama adalah objektif pengajaran, pengetahuan

sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Namun begitu, Robert juga

menekankan tentang tindak balas pelajar iaitu merupakan satu aspek penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendapat beliau tentang objektif pengajaran adalah, perlu ditentukan

sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar, hal ini kerana sebagai seorang

guru, kita perlu ambil maklum pengethaun atau pengalaman lepas murid ini

yang akan memudahkan pengajaran berjalan dengan lancar. Selain itu,

kaedah mengajar pula perlu dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan


6 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian juga harus dijalankan ke

atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan,

agar guru dapat membuat pengubahsuaian dalam proses pengajarannya,

untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa akan dating.

Keseluruhan daripada Model Pengajaran Robert Glazer inu, ianya dibina

berdasarkan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitkberatkan

langkah-langkah pengajran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan

maklum balas.

3.2 Model Sim

Sim pula, menjelaskan bahawa proses pengajaran yang berlaku adalah

melalui interaksi di antara guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif,

kesemua perkara tersebut saking berkait antara satu sama lain. Sebagai

pengetahun, Model ini dibina berlandaskan bidang komunikasi, iaitu

interaksi di antara guru dan murid dengan objektif da nisi pelajaran dalam

suatu persekitaran tertentu.

Menurut Model Sim, objektif pelajaran harus ditentukan secara

expilisit dan mengikut kebolehan murid-murid. Apa yang membezakan

model ini dengan model Robert Glazer adalah ModeL Sim ini menekankan

perhubungan ataupun komunikasi yang baik antara guru dan muridnya,

supaya akan menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Model ini juga memberi penekanan kepada


7 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuai

dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar.

Secara kesimpulannya adalah, interaksi antara guru, pelajar, objek, isi

pelajaran dan persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan. Seterusnya,

keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahap optimum.

3.3 Model Taba

Berlainan pula dengan Model Taba, Model ini menekanan penyusunan

bahan-bahan pengajaran dalam suatu system yang sesuai yang dapat

meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumat dalam

proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini.

Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar perlu melakukan operasi

kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan suatu konsep haruslah

dilakukan melalui empat peringkat berikut, menyusun data, atau fakta dengan

memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan, menggolong dan mengelas

fakta-fakta menjadi kategori-kategori itu, dan mengaplikasi gapa yang

diperolehi.

Rumusan daripada semuanyanadalah, bahawa model ini merujuk kepada

guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topic kepada

generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk mennentukan

kaedah pengajaran yang sesuai.


8 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

3.4 Model Arahan Terus

Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang

bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau

kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah.

Model ini juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model Pengajaran

Aktif’. Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar

berkaitan pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang

memerlukan sama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga

berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah demi

langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa

yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

3.5 Model Inkuiri

Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk

mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada

masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar

mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang

aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya

mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri

terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru

membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini

sesuai dilaksanakanpada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam


9 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses

kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan

pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.

Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan

maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang

pendidikan.

4.0 MENGAPA PEDAGOGI MEMPUNYAI UNSUR SENI DAN SAINS

Mengapa pedagogi mempunyai unsur seni dan sains. Seperti yang kita sedia

maklum bahawa Pedagogi sebagai satu bidang sains. Kenapa Pedagogi

dikatakan mempunyai unsur sains? Kerana dalam pengajaran terdapat satu siri

aktiviti yang bercorak saintifik.

Selain itu, mmepunyai ciri-ciri sains kerana proses mengajar berdasarkan

penyelidikan, pemerhatian dna mempunyai rumusan-rumusan sebagaimana

kebanyakan yang terdapat dalam bidang sains.Namun begitu jika dplihat dari

sudut prosesnya juga mempunyai banyak teori dan rumusan, sebagaimana

bidang sains yang lain. Contohnya dalam mengajar ataupun pedagogi terdapat

banyak teori yang dikemukan oleh tokoh-tokoh terkenal terutaman

bagaiamana memiliki kemahiran mengajar yang terbaik.

Bukan itu sahaja, kenapa pedagogi ini dikatakan mempunyai unsur seni?

Kerana ianya melibatkan emosi, nilai dan tingkah laku manusia. Sebagai

contoh, didalam kelas kita mempunyai ramai pelajar yang mempunyai

pelabagi ragam, ada yang gembira, sedih dan banyak lagi. Terutama semasa

mengajar akan melibatkan emosi seorang pelajar tersebut. Selain itu, kerana
10 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

guru mempunyai bakat atau seni mengajar dan kreatif contohnya

menggunakan seni lukis, seni lakonan, seni nyanyian, seni muzik dan

sebagainya. Untuk pengetahuan, sesebuah pemebelajaran yang berkesan

adalah hasil daripada guru yang kreatif dan akan menjadikan pengajaran lebih

menari, dan berkesan dan itulah ynag dikatan seni. Sebagaimana seni yang

lain, mengajar juga perlu latihan. Latihan yang sempurna akan menjadikan

pengjaran Lebih menarik dan menjadikan guru lebih berkayakinan.

Selain itu, kerana dalam sesi pengajaran dan pembelajaran terdapat

beberapa kaedah yang telah digunakan oleh guru semasa mengajar, contohnya

kaedah main peranan, sosio drama, selain itu muzik serta pergerakan.

Kesemua perkara inilah yang dipanggil seni kerana aktiviti ini melibatkan seni

muzik, seni visual, seni pergerakan. Contoh yang paling dekat adalah,

membuat aktiviti menari didalam kelas dengan menggunakan pergerakan yang

kreatif.

Unsur seni yang sangat berkait rapat dengan pedagogi adalah teknik

pengajaran yang digunakan oleh guru untuk menarik perhatian kanak-kanak.

Maka benarlah bahawa pedagogi adalah ada kaitan dengan seni.


11 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

KESIMPULAN

Secara rumusanya, pedagogi ini menerangkan secara keseluruhan bahawa amat

penting seorang guru mepunyai kemahiran mengajar yang tinggi. Hal ini kerana,

kemahiran mengajar sangat luas dan banyak kaedah yang perlu dikuasai oleh

seorang guru.

Selain pedagogi memberikan model-model yang banyak untuk panduan

para guru, ianya amat membantu para guru agar mehamai setiap modle yang telah

diperkenalkan oleh setiap tokoh tersebut. Pedagogi perlu mempunyai perancangan

yang baik dan rapi untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan

dengan baik dan lancar.

Sebagai seorang bakal guru, untuk memastikan pengajaran berkesan

perlulah mempunyai sifat guru yang kreatif serta berinovasi tinggi dan

mempunyai kemahiran mengajar yang baik serta tiada tertanding.


12 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

RUJUKAN

Surambi,(2011). Pedagogi Kuliah.Diperoleh semula 6 Mac 2015


daripada
https://surambi.wordpress.com/2011/02/05/pedagogi-kuliah-05-02-2011/

Pedagogi Pendidikan (2103). Definisi Pengajaran Berkesan. Diperoleh semula


6 Mac 2015 daripada
http://pedagogi-pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-pengajaran-
berkesan.html

Pomizi (2011). Pedagogi Pendekatan. Diperoleh semula 6 Mac 2015.


daripada
http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/pendekatan.html
13 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

LAMPIRAN
14 | A u g u s ti n e N g a l i I S M P P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - K a n a k
UNISEL

Anda mungkin juga menyukai