Anda di halaman 1dari 2

Page 1 of 2

KOH3433 PJJ KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL (2020)

PENSYARAH: PROF MADYA DR. NOR AZURA ADZHARUDDIN

KURSUS INI TERBAHAGI KEPADA:

1. AKTIVITI KULIAH DAN TUTORIAL: 5%


2. TUGASAN INDIVIDU 1: (25%)
ANALISA ARTIKEL BERKENAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI ANTARA
PERSEORANGAN TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN: MINGGU KE 8.
NOTA: TUGASAN LEWAT TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.

3. TUGASAN INDIVIDU 2 (30%):


(A) TARIKH PENGHANTARAN LAPORAN: MINGGU KE 13

4. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (40%):


A) FORMAT SOALAN OBJEKTIF
B) TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN AKAN DIUMUMKAN KEMUDIAN.

PERINGATAN PENTING:

Semua tugasan hendaklah sampai pada PENSYARAH pada Minggu yang telah dinyatakan. Sekiranya tugasan lewat
sampai ke tangan pensyarah, markah tugasan tidak akan dimasukkan. SEBARANG PERUNDINGAN
TIDAK AKAN DILAYAN.

PERINCIAN TUGASAN KURSUS KOH3433

1. FORMAT MUKA DEPAN LAPORAN

Muka hadapan tugasan perlulah mengandungi maklumat dibawah:

a. Tajuk Tugasan
b. Kod dan Nama Kursus
c. Nama Pensyarah
d. Nama Pelajar
e. No Matrik
f. Program
g. Sesi Pengajian

*Gaya penulisan formal, ditaip pada kertas A4, langkau 1.5 baris, saiz huruf Arial 11/ Times New Roman 12,
.

2. PERINCIAN TUGASAN INDIVIDU :


1. Pelajar hendaklah mencari 4 artikel berkaitan isu kemahiran komunikasi antara perseorangan yang
diplih (contohnya isu dan penyelidikan berkenaan konflik) di perpustakaan sekitar tahun 2015 hingga
2020 sahaja..
2. Pelajar hendaklah membaca dan memahami artikel tersebut dan menganalisa kajian yang
dilakukan/ isu yang dipertikaikan/ dikaji di dalam setiap artikel yang dipilih.
Page 2 of 2

3. Pelajar kemudiannya hendaklah memasukkan setiap perincian mengenai 4 artikel yang dibaca dan
menulis ulasan/komen tentang artikel tersebut berdasarkan:
a) Tajuk/Penulis/Tahun Terbit/Publisher
b) Skop Kajian
c) Latar Belakang Kajian
d) Bahan Kajian (Responden/Sample)
e) Metod Kajian
f) Perbincangan Hasil Kajian
g) Pendapat kritikal anda tentang artikel tersebut (minimum 100/ maksimum 150 patah perkataan).
h) maksimum 10 mukasurat sahaja (Termasuk muka hadapan yang mempunyai maklumat pelajar,
pensyarah dan tugasan kursus, dan rujukan/ appendiks pada akhir laporan.

3. PERINCIAN TUGASAN BERKUMPULAN :


1. Seperti yang telah dipelajari didalam kursus KOH 3433 Komunikasi Interpersonal pelbagai isu wujud
dalam komunikasi antara perseorangan. Oleh itu berdasarkan pengetahuan itu, setiap pelajar perlu
menerangkan kepelbagaian isu komunikasi interpersonal dalam kehidupan seharian.
2. Berdasarkan perbincangan dan pencarian maklumat dari isu semasa dan buku rujukan,
i. Pilih satu isu komunikasi antara perseorangan
ii. Ketengahkan isu tersebut dengan cara kreatif iaitu sediakan laporan berkenaan isu yg dipilih.
iii. Berikan penerangan tentang isu yang anda pilih;
iv. Berikan jalan penyelesaian kepada isu yang diketengahkan.
v. Berikan kesimpulan dan rumusan kepada isu komunikasi interpersonal yang dikaji.
vi. Lampirkan juga bahan rujukan didalam bahagian rujukan atau appendiks

3. Laporan anda perlu mengandungi:

i) Tajuk Isu Komunikasi Interpersonal


ii) Pengenalan kepada isu yang di pilih
iii) Penerangan tentang teori- teori yang dipelajari didalam kursus serta kaitannya dengan
isu yang disentuh (minimum 50 patah perkataan)
iv) Jalan penyelesaian yang di beri.
v) Kesimpulan dan rumusan isu yang dipilih.
vi) Lampiran rujukan.

Nota: Jumlah mukasurat tidak melebihi 15 mukasurat SAHAJA, termasuk rujukan dan lampiran..
Format muka hadapan dan gaya penulisan tugasan ini perlulah sama seperti Tugasan Individu 1.

Anda mungkin juga menyukai