Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PDPP Nama Pelajar:

Kod: BMMB2082R Semester / Tahun: 2, Tahun 1

Nama Kursus: Ambilan:


Kumpulan: Bahasa Melayu
Pentaksiran dalam Pendidikan Bahasa
Melayu

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Kuiz ( 4 soalan struktur ) – 20% 1 November 2021 6 Novermber 2021

2. Projek - 30% 1 November 2021 15 November 2021

3. Penulisan (1200 patah perkataan) – 50% 1 November 2021 21 November 2021

Hasil Pembelajaran :

HPK 1 - Menghuraikan pengertian dan konsep pentaksiran, taksonomi domain serta jenis
penilaian bahasa. (C2, HPP1)
HPK 2- Mensintesis proses pembinaan ujian serta kaedah penilaian kemahiran mendengar
menggunakan elemen, aktiviti, bahan dan aspek penilaian yang sesuai. (C5, A4,
HPP2, HPP7, KKG3, KPK1)
HPK 3 - Menganalisis kaedah dan aspek penilaian kemahiran membaca, bertutur dan
menulis (C4, HPP2, KKG2)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3


Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menilai proses pembinaan ujian serta kaedah penilaian kaedah mendengar


berdasarkan ujian mendengar.
2. Menganalisis aspek bacaan berdasarkan video penyampaian berita.
3. Menganalisis kaedah membaca yang dapat meningkatkan pengetahuan.
4. Menjelaskan konsep pentaksiran, pengujian, penilaian, taksonomi Anderson, ujian
saringan dan diagnostik dalam bentuk kuiz.

TUGASAN 1: KUIZ - 30 MINIT ( 20 %)

Kuiz berbentuk soalan struktur. Terdapat empat soalan struktur berdasarkan tajuk berikut:

1. Konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian


2. Taksonomi Anderson
3. Ujian saringan
4. Ujian diagnostik

TUGASAN 2: PROJEK - MEMBUAT PENILAIAN (30%) NPDL

Berdasarkan ujian mendengar yang telah dilaksanakan di sekolah, buat penilaian mengenai
proses pembinaan ujian tersebut yang mencakupi jenis soalan, jenis rubrik, kesahan dan
kebolehpercayaan.

Pilih SATU kaedah penilaian kemahiran mendengar dalam ujian mendengar yang
dilaksanakan seperti di atas, nilaikan perkara-perkara yang telah digunakan melibatkan
elemen, aktiviti, bahan serta aspek lain dalam penilaian tersebut.

TUGASAN 3: PENULISAN - 1200 patah perkataan (50%)

Berdasarkan video penyampaian berita yang anda pilih, analisis aspek bacaan yang meliputi
sebutan, intonasi, nada dan kefasihan dengan lengkap.

Buktikan bahawa kaedah membaca bagi tujuan menyusun maklumat, memahami maklumat
tersurat serta membaca untuk pemikiran kritis dapat meningkatkan pengetahuan seseorang.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Kuiz
a. Tempoh menjawab kuiz adalah selama 30 minit sahaja.
b. Soalan kuiz berdasarkan topik yang dinyatakan dalam arahan soalan.
c. Jawab kesemua empat soalan struktur
2.Projek (membuat penilaian)
a. Tugasan dilaksanakan secara individu
b. Penilaian projek berdasarkan ujian mendengar yang telah dilaksanakan
di sekolah.
c. Pelajar menilai proses pembinaan ujian dan menilai kaedah penilaian
kemahiran mendengar.

3. Penulisan

a. Tugasan penulisan dilaksanakan secara individu.


b. Pelajar menganalisis kaedah DAN aspek penilaian kemahiran membaca.
c. Panjang penulisan adalah 1200 patah perkataan
d. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i. Jenis huruf - Arial dan saiz - 11
ii. Langkau 1.5 baris
iii.Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja
e. Tempoh pelaksanaan tugasan ini adalah seperti yang tercatat dalam jadual di
atas.
f. Rujukan mestilah mengandungi aspek-aspek berikut :
i. sekurang-kurangnya tiga sumber yang pelbagai (buku, jurnal, kertas
kerja, majalah, surat khabar dan sebagainya)
ii. daripada sumber bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
iii. sekurang-kurangnya mempunyai 10 sumber rujukan yang ada kredibiliti.
iv. Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA)
g. Rujukan dan lampiran tidak termasuk dalam pengiraan perkataan.
h. Tugasan mestilah karya dan idea asal dan amalan plagiat tidak dibenarkan.
i. Pemarkahan akan dinilai secara holistik dan analitikal berdasarkan rubrik
yang ditetapkan.
j. Muka hadapan tugasan anda mesti mengandungi butiran berikut :
Institut dan Logo
Nama Pelajar
Nombor Kad Pengenalan
Nombor Angka Giliran
Program dan Unit
Nama dan Kod Kursus
Nama Pensyarah
Tarikh Serahan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Nama: AZMAN BIN RAHMAT) (Nama: )


Pensyarah BMMB2082R SME Subjek BMMB2082R
Disahkan oleh: Jabatan Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu

(Nama: DR. MOHD HAIDI BIN HJ. KASRAN )


Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu

Anda mungkin juga menyukai