Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: OGOS - NOVEMBER 2022

Program : PPISMP Nama Pelajar :


Kod : BMMB1084 Semester/ Tahun : Semester 1 Tahun 1
Ambilan : Jun 2022
Nama Kursus : Kumpulan :
Asas Tatabahasa Bahasa Melayu BM1, BM2, BM3 DAN BM4

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


Tugasan 1 : Penulisan Esei (1000 1.9.2022 25.9.2022
Patah Perkataan)

Tugasan 2 : Projek Digital 28.9.2022 30.10.2022

Hasil Pembelajaran Kursus:


Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat :
1. Menerangkan tentang pengenalan tatabahasa dan asas morfologi bahasa Melayu.
(C2, HPP1)
2. Menilai pengetahuan asas sintaksis. (C5, HPP2, KKG7)
3. Mengilustrasi konsep sistem ejaan bahasa Melayu dan kegramatisan tatabahasa. (C4,
A4, HPP2, HPP6, KKG3, KDN2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar akan dapat :

1. Menulis sebuah esei tentang proses pembentukan kata dalam bahasa


Melayu dengan memberikan contoh yang sesuai. (C2 Memahami, HPP1 Kemahiran
Pengetahuan & Kefahaman)

2. Mengilustrasikan satu projek digital dengan membuat analisis kesalahan


bahasa yang sering dilakukan di media sosial. (C4 Menganalisis, A4 Menilai, HPP2
Kemahiran Kognitif, HPP6 Kemahiran Digital, KKG3 Membuat Penaakulan, KDN2
Digital)
Stimulus

Tatabahasa dianggap sebagai sistem bagi sesuatu bahasa. Hal ini dikatakan
bahawa setiap bahasa memiliki set aturan yang mendasari sesuatu bahasa (Norliza
Jamaludin 2018). Pada umumnya, tatabahasa melibatkan dua bidang utama iaitu
morfologi dan sintaksis. Morfologi meneliti aspek yang bermula dengan morfem dan
kata, manakala sintaksis meneliti frasa, klausa dan ayat. Morfologi ialah bidang ilmu
yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur
kata melibatkan susunan bentuk bunyi ujaran yang bermakna. Bentuk kata pula
merupakan kata tunggal atau kata terbitan yang dihasilkan daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang
mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz
2008). Dalam menghasilkan ayat yang gramatis, seseorang itu perlu tahu dan mahir
dalam beberapa aspek seperti mematuhi struktur binaan ayat, memahami hukum
tatabahasa bahasa Melayu itu sendiri dan menyedari bahawa kegramatisan ayat itu
mestilah bermakna.

Objektif Pentaksiran Berterusan :


Pelajar dapat :

Tugasan 1 : Menulis Esei (40%)

Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan
dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.

Anda dikehendaki menghasilkan satu penulisan esei yang menerangkan proses


pembentukan kata dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh yang sesuai.

Panjang penulisan esei ini ialah 1000 patah perkataan.


Tugasan 2 :Projek Digital (20%)

Bahasa amat penting sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian manusia.
Dalam dunia yang penuh berteknologi ini, keperluan media sosial oleh setiap individu
memang tidak dapat disangkal lagi penggunaannya. Namun tanpa kita sedar
penggunaan media sosial turut memberi kesan terhadap kegramatisan tatabahasa.

Anda diminta untuk mengilustrasikan satu projek digital dengan membuat analisis
kesalahan bahasa yang sering dilakukan di media sosial. Anda boleh menggunakan
segala kemahiran teknologi digital yang telah dikuasai untuk diaplikasikan dalam
projek digital secara kreatif dan inovatif. Projek digital ini perlu dimuat naik ke dalam
Youtube untuk tujuan perkongsian ilmu dan mendidik pengguna laman sosial lain
menggunakan bahasa dengan betul. Satu salinan softcopy perlu juga dimuat naik ke
Google Classroom untuk tujuan semakan tugasan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1) Pelajar diminta menjawab soalan 1 dan 2.


2) Soalan perlu dijawab secara individu (tugasan 1) dan kumpulan (tugasan 2).
3) Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:
i. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.
ii. Font Arial.
iii. Saiz huruf - 11
iv. Langkau 1.5 baris
v. Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA)
edisi ketujuh.
4) Panjang Tugasan 1 ialah 1,000 patah perkataan; manakala Tugasan 2
dipersembahkan dalam masa 15 minit.
5) Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika terbukti ada amalan
plagiat, maka
tindakan tegas akan diambil mengikut Akta 174.
6) Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta
memenuhi kehendak tugasan yang merangkumi sekurang-kurangnya sumber
daripada tiga buah buku, tiga sumber Internet, tiga jurnal dan dua bahan
bercetak yang lain).
7) Anda wajib menyusun tugasan seperti berikut:
7.1 Kulit Tugasan
7.2 Biodata
7.3 Borang perakuan
7.5 Penghargaan
7.6 Isi Kandungan
7.7 Petikan Soalan Tugasan
7.8 Tugasan
7.9 Rujukan
7.10 Lampiran termasuk set soalan Kerja Kursus BMMB1084 yang lengkap
ditandatangan oleh pensyarah.
8) Kelewatan menghantar tugasan akan menyebabkan markah dipotong.
9) Tugasan-tugasan bertulis mestilah dihantar secara berasingan mengikut
tarikh yang telah ditetapkan. Hantar dalam format PDF dan namakan fail
berkenaan seperti berikut: T1/T2_NAMA ANDA_BMMB1084_KELAS
ANDA_TAJUK TUGASAN.
10) Tugasan anda membawa wajaran 60% penilaian dan pentaksiran.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


1. Untuk penulisan esei, liputan isi kandungan perlu menyeluruh, konsisten dan
terperinci.
2. Esei anda perlulah meliputi perkara yang berikut:
i. Pengenalan yang menarik
ii. Keseluruhan isi dan dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan
hasil kajian dan sokongan ilmiah.
iii. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.
iv. Penulisan esei perlu menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa
yang sesuai, tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah dalam
usaha menterjemahkan maklumat secara kritis dan analitis.
v. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan.
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan
sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.

Anda mungkin juga menyukai