Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN PROJEK (100%) Kesalahan merupakan selewengan disebabkan faktor prestasi seperti ingatan yang terhad, kesalahan dalam

urutan sistem kala, sebutan ejaan, keletihan, pengaruh emosi dan sebagainya. Kebanyakan kesilapan boleh diperbetulkan oleh pelajar apabila perhatian diberikan kepada kesalahan tersebut yang dilakukan oleh penutur asli bahasa itu sendiri. Dengan kata lain, kesalahan terjadi apabila seseorang penutur asli gagal menggunakan sistem atau rumus bahasa dengan sepenuhnya. (Media Indera Kasih, 2003) A. Analisis Kesilapan Tatabahasa di Media Massa dan Pameran (50%) Berdasarkan penyataan di atas, anda dikehendaki menganalisis kesalahan tatabahasa bahasa Melayu yang digunakan dalam papan iklan dan media cetak. Ambil gambar kesalahan tersebut sebagai bukti dan baiki kesalahan itu dalam bentuk tatabahasa bahasa Melayu dengan betul. Setelah itu, pamerkan bahan kesalahan dan pembetulannya dalam pameran anjuran pasukan anda. Pameran tersebut mestilah berlangsung dalam tempoh 2 hari bekerja dan ada majlis perasmian sama ada perasmian pembukaan atau penutupan oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah IPG. B. Penulisan Akademik (30%) Berdasarkan hasil kerja murid, temu bual dan kajian dokumen, anda dikehendaki menganalisis kesilapan tatabahasa bahasa Melayu yang dilakukan oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Penulisan anda hendaklah mengikut format APA, melakukan rujukan terhadap 5 buah buku, 3 buah jurnal/artikel dan 1 rujukan internet. Panjang laporan akademik anda hendaklah antara 25 30 muka surat. Contoh laporan sila rujuk contoh yang diberikan. C. Penulisan Reflektif (20%) Tuliskan refleksi tentang proses dan pengalaman anda melaksanakan tugasan yang diberi. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek-aspek yang berikut: i. Pengalaman dan pengetahuan atau ilmu baharu yang anda peroleh sepanjang melaksanakan tugasan tersebut (proses temubual, mencari maklumat, memikirkan idea untuk membina instrumen kajian yang kreatif dan berkesan, dan sebagainya) Kaitkan pengalaman anda dengan teori-teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Sejauh manakah pengalaman anda dalam melaksanakan tugasan ini (pameran dan analisis kesalahan/kesilapan) mampu meningkatkan kefahaman anda tentang aspek tatabahasa yang gramatis, santun dan penggunaannya yang betul dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimanakah anda mengatasi serta menyelesaikan masalah tersebut. (Rujuk contoh penulisan refleksi yang yang diberi sebagai panduan).

ii.

iii.

D. 1. 2. 3.

Panduan Pelaksanaan Projek Tugasan ini adalah tugasan kumpulan (soalan 1) dan individu (soalan 2 dan 3). Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut : 3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini 3.2. Fon Arial 3.3. Saiz huruf - 12

3.4. 3.5. 3.6 3.7.

Langkau 1.5 baris Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association) Lampiran adalah wajib Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja

4. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan 6. Pelajar perlu mendapatkan bimbingan pensyarah. Lengkapkan borang kolaborasi untuk tujuan tersebut. 7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh dua hingga enam minggu. 8. E. 1. 2. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50% Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut : Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut : a. PAMERAN Pameran anda harus dilaksanakan dalam kumpulan dan ada jawatankuasa kecil pelaksana. Sediakan kertas kerja untuk tujuan tersebut. Setelah itu, setiap pelajar dikehendaki menganalisis TIGA kesalahan tatabahasa pada papan iklan atau media cetak dan perbaiki kesilapan itu. Bahan pameran dalam bentuk fotografi dan tayangan video. Kenal pasti kesalahan tatabahasa yang menepati tajuk dan perbaiki kesalahan tatabahasa itu mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Anda juga boleh menggunakan kreativiti anda semasa menghasilkan bahan untuk PAMERAN ini dengan mempelbagaikan jenis pengurusan grafik, meletakkan gambar-gambar, animasi dan video (dalam bentuk CD) serta penggunaan warna yang menarik dan bahan sokongan pameran yang sesuai. b. Laporan Penulisan Akademik Rujuk tajuk penulisan dan contoh yang diberi. Namun, anda mesti merujuk bahan-bahan yang pelbagai seperti buku, jurnal, artikel, makalah, majalan, penerbitan bersiri, buletin, laman web, temu ramah, video dan sebagainya. c. Semua proses pembikinan tugasan ini hendaklah direkodkan dalam refleksi anda dan kaitkan dengan teori-teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Nyatakan ilmu baharu yang anda peroleh sepanjang melaksanakan tugasan Lengkapkan refleksi anda berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan dalam panduan pelaksanaan projek. 3. 4. 5. 6. 7. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan: Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah yang sesuai

Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain)

F.

Kriteria Pemarkahan Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

................................................................... (SITI SALAMAH BT. MOHD YUSOF) Penyelaras Kursus PKP 3116 Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Bahasa Melayu

........................................................... (MAGESWARI A/P MARIE) Pakar Bidang (SME) Pendidikan Pemulihan Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Bahasa Melayu

Disahkan oleh :

.................................................................... (DR MOHAMAD ISA BIN AZIS) Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai