Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM TUGASAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TAJUK PROGRAM : PPG Ambilan Febuari 2012

NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : Murid dan Alam Belajar

SEMESTER : 2

KOD KURSUS TARIKH MULA

: EDU 3103 04 OGOS 2012 TARIKH HANTAR 8 SEPTEMBER 2012

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran-pembelajaran. 2. Menjelaskan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. 3. Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. 4. Mengaplikasikan pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Memilih dan mengaplikasikan pendekatan serta strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori pembelajaran. 6. Membuat perbandingan antara teori-teori pembelajaran yang dipelajari daripada aspek konsep, prinsip, aplikasi dan implikasinya terhadap pengajaranpembelajaran di bilik darjah. 7. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 Objektif Projek 1. Membuat pembacaan, pemerhatian dan mengumpul maklumat. 2. Menganalisis, mengaplikasikan dan mensintesis maklumat yang diperoleh dalam satu kerja kursus. 3. Membentangkan hasil kerja kumpulan mengikut topik yang telah dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan. 4. Bekerjasama dalam kumpulan untuk mendapatkan maklumat yang banyak dan tepat. 5. Menghasilkan penulisan ilmiah mengikut gaya APA iaitu pembuktian yang disokong oleh teori-teori dan pendapat pakar.

Maklumat Tugasan :

A. TUGASAN INDIVIDU (60 Markah) Menyediakan tugasan bertulis tugasan Individu Terdapat beberapa jenis strategi pembelajaran penting yang perlu anda pelajari dalam aspek murid dan alam belajar. Antara strategi pembelajaran tersebut adalah seperti berikut: 1) 2) 3) 4) Pemusatan guru Pemusatan murid Berasaskan bahan Berasaskan tugasan/aktiviti

Berdasarkan strategi di atas, anda dikehendaki memilih mana - mana dua strategi dan buat perbandingan antara kedua-dua strategi tersebut berdasarkan aspek-aspek berikut: a) b) c) d) Konsep Prinsip-prinsip Ciri-ciri Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik berdasarkan pendekatan yang dipilih e) Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

darjah

Perbincangan anda perlu disokong oleh bukti-bukti ilmiah daripada sumber-sumber ilmiah. Kriteria penilaian - Penguasaan ilmu (Isi kandungan) - Aplikasi Teori Pembelajaran dan model Pengajaran, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran - Sumber B. TUGASAN KUMPULAN (15 markah) Pengumpulan maklumat dan pembentangan Kumpulan anda dikehendaki memilih mana-mana dua model pembelajaran dan buat perbandingan antara kedua-dua model tersebut dengan menggunakan borang pengurusan grafik yang sesuai. Selain itu, anda dikehendaki melaksanakan perkara perkara berikut: Kumpul maklumat daripada pelbagai sumber ilmiah tentang model yang dipilih. Bincangkan dan bentangkan hasil perbincangan anda. Galakkan rakan memberi respons terhadap pembentangan kumpulan anda dalam sesi soal jawab. Kriteria Penilaian 2 i. ii. iii.

- Kemahiran membentang(interaktif & kemahiran komunikasi). - Isi kandungan bahan edaran (kesesuaian, keaslian, kreativiti). - Kerjasama dalam kumpulan untuk mencari, mengumpul, memilih, mentafsir maklumat dan menghasilkan slaid power point untuk pembentangan. C. Refleksi Kendiri (15 markah) Berdasarkan model-model yang telah dibentangkan sama ada oleh kumpulan anda atau kumpulan-kumpulan lain, tuliskan satu refleksi berkaitan model pembelajaran yang anda pilih. Refleksi ini mestilah mempunyai elemen-elemen berikut: i. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan model pembelajaran tersebut ii. Implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran iii.Cadangan untuk penambahbaikan D. Sahsiah/Nilai-nilai Keguruan (10 markah) Anda dinilai secara berterusan sepanjang kursus berdasarkan aspek-aspek berikut : Kriteria penilaian - Sikap - Komitmen Jumlah keseluruhan = 100 markah Pemberatan = 50% Arahan : 1. Arahan Tugasan Individu Hasil tugasan anda adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Panjang esei antara 8 -10 muka surat. 1 muka surat ( Refleksi individu) Tugasan refleksi disatukan bersama tugasan individu. Bentuk tulisan Font Arial saiz 12. Langkau 2 baris (double spacing) Rujukan ditulis mengikut gaya APA Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut : a. Perbandingan mana-mana dua pendekatan yang dipilih berdasarkan aspek-aspek berikut: Konsep Prinsip-prinsip Ciri-ciri Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan pendekatan yang dipilih 3

viii.

Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Tugasan bertulis mesti disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Keseluruhan penulisan perlu menunjukkan keaslian, kematangan hujah dan berbentuk ilmiah serta disokong oleh bukti-bukti daripada pelbagai sumber. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

2. Tugasan Kumpulan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Ahli kumpulan : 3 4 orang. Jangka masa pembentangan : 10 15 minit Gaya pembentangan : Berdasarkan kreativiti kumpulan Perlu menggunakan bahan bantu yang bersesuaian. Perlu menulis refleksi secara individu berdasarkan tajuk tugasan kumpulan Perlu menyediakan soft copy dan hard copy slaid power point untuk pensyarah. Perlu mengedarkan slaid power point bercetak kepada semua pelajar sewaktu pembentangan

Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan. Tugasan disediakan oleh _______________________ ( MAHALIZA MANSOR ) Penyelaras EDU3103 (PPG) Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan Abdul Halim Disahkan oleh _______________________ ( Nama Ketua Jabatan)

Disahkan oleh Timbalan Pengarah IPG KSAH

____________________________________

Anda mungkin juga menyukai